Followers

Sunday, March 16, 2014

[JOM]: POWER PLANT ELECTRICAL

POWER PLANT ELECTRICAL

 

Maaf, tetapi saya terkadang naik menyampah dengan orang-orang oil & gas (O&G). Ini kerana jika anda ingin beralih arah, bertukar angin dengan berangan untuk menyertai keluarga besar mereka, sering kali pihak berkenaan yang bertanggung jawab di bahagian recruitment, akan pantas berkata kepada anda: “maaf, awak tiada pengalaman di dalam bidang oil & gas. Permohonan awak tidak dapat diterima!

 

 

Pada saya, mungkin bagi mereka yang berlatar belakangkan mechanical misalnya, pernyataan tersebut mungkin ada rasionalnya. Ini kerana mesin dan peralatan yang digunakan di atas pelantar minyak, di tengah-tengah laut ataupun gurun, yang jauh daripada kemajuan, jauh daripada ketamadunan, jauh daripada peradaban, adalah mesin dan peralatan khas yang tidak dapat dijumpai di tempat-tempat dan industri-industri yang lainnya. Hingga wajar permohonan seseorang yang bukan berasal daripada bidang O&G ini tidak mendapat layanan dan pertimbangan yang sewajarnya. Namun, sebagai seorang yang sudah mencapai achievement tertinggi di dalam bidang electrical tatkala berjaya menjadi seorang Jurutera Elektrik Kompeten, saya berani berkata bahawa hal tersebut tidak sama untuk bidang electricalku yang tercinta.

 

Masakan tidak, dari sudut electrical, mesin dan peralatan yang digunakan di dalam industry oil & gas, adalah lebih kurang sama kalaupun tidak serupa, dengan industri-industri yang lain-lainnya. Hampir tidak ada mesin ataupun peralatan elektrik yang dicipta khas semata-mata untuk kegunaan pelantar minyak misalannya.Bahkan prinsip dan konsep generator di atas pelantar misalnya, adalah sama juga dengan yang diguna pakai di atas darat. Begitu juga switchgear, atau transformer, atau motor, dan yang lain sebagainya. Mana ada mesin dan perkakasan elektrik khas untuk kegunaan industri tengah laut. Tetapi, hal itu mungkin sedikit berbeza untuk Power Plant: pusat, sumber dan asal-usul terciptanya tenaga elektrik yang diguna-pakai oleh semua industri. Hampir semua mesin dan perkakasan elektrik, dapat ditemui di Power Plant. Masakan tidak, sebagai pusat di mana semuanya bermula, wajar untuk anda temui kesemuanya di sana. Malahan, sebesar-besar mesin dan perkakasan, tempatnya adalah di Power Plant. Oleh yang demikian, setelah mana anda terbiasa berhadapan dengan mesin dan perkakasan yang maha besar, apalah sangat halangan tatkala berhadapan dengan yang lebih kecil. Maka, sang jurutera elektrik Power Plant –menurut saya- memiliki kelebihan berbanding mereka yang di dalam industry O&G.

 

Saudaraku,

 

Bukanlah niatku membanding-bandingkan sesama kita. Cuma kalau Power Plant merupakan medan di mana tenaga elektrik segenap tempat dijana, maka pertemuan-pertemuan kecil yang kalian namakan usrah, atau halaqah, atau liqa, dan yang sewaktu dengannya, harus juga menjadi medan yang memainkan peranan ini. Oleh yang demikian, jika pengalaman di Power Plant memberikan anda kesempatan untuk bertemu segala yang telah anda pelajari di bidang keelektrikan, maka sepatutnya pertemuan-pertemuan kecil tersebut juga memberikan kelebihan yang lebih kurang sama.

 

Itulah sebabnya, sebahagian gerakan dakwah yang menjadikan tarbiyah sebagi core businessnya, menyebutkan betapa di antara ahdafut tarbiyah (objektif/ tujuan tarbiyah) menurut mereka, adalah supaya para peserta tarbiyah itu memperoleh at-tashawwur al-Islami al-wadih, mendapat gambaran tentang Islam yang sebenarnya.

 

 

Lihat saja hasil pentarbiyah yang dilakukan oleh gerakan Al-Ikhwan. Mereka berjaya melahirkan kader-kader dan peserta-peserta tarbiyah yang tidak sekadar memahami, bahkan bisa menjelaskan tentang Islam -secara umum- daripada A to Z. Biarpun mereka bukannya ustaz, tetapi mereka memahami Islam secara sahih serta syamil, baik dari segi aqidah, mahupun dari segi fiqihnya, malah daripada segala sudut kehidupannya. Hingga wajar, jika dikaji senarai mereka yang telah memimpin gerakan Al-Ikhwan sebagai Mursyid Amnya, daripada Hassan Al-Banna hinggalah ke pimpinannya yang sekarang, Dr. Muhammad Badi’, belum ada di kalangan Mursyid Amnya yang daripada kalangan ustaz. Malah Presiden cabang politiknya, FJP, iaitu Dr. Mohamad Morsi, merupakan seorang jurutera. Mengapa boleh terjadi hal yang demikian? Bukankah kita perlukan “seorang yang faqih” untuk memimpin gerakan Islam? Di sinilah bezanya gerakan Al-Ikhwan dengan yang lainnya: Power Plant bernama usrah/ halaqah/ liqa’ itu, berjaya meng”ustaz”kan para professional mereka, selain mem”professional”kan para asatizah mereka.

 

Cumanya, medan usrah/ halaqah/ liqa’ ini hanya mampu memainkan peranan bak Power Plant, andainya gerakan dakwah itu benar-benar menerapkan apa yang telah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi nyatakan di dalam kitab “fiqh al-awlawiyat”nya: mengutamakan kualiti ke atas kuantiti. Mengutamakan kefahaman ke atas hafalan. Hingga ketika umat ini bertanya kepada para peserta tarbiyah persoalan-persoalan berkaitan fiqih misalnya, para peserta tarbiyah tidak punya masalah untuk merungkaikan persoalan mereka, berbekalkan dalil dan hujah yang nyata, hasil pembelajaran dan pembacaan mereka terhadap kitab-kitab fiqh yang muktabar.

 

Tidak ada lagi peserta tarbiyah yang beria-ia mengkagumi Iran misalannya, malahan bersungguh-sungguh membela mereka, hanya kerana tidak jelas betapa isu Syiah merupakan isu berkait rapat dengan aqidah, bukan agenda ghazwul fikri yang direka-reka oleh musuh untuk melaga-lagakan umat Islam seperti yang disangkanya.

 

Tidak ada lagi peserta tarbiyah yang berterusan menyebarkan hadith-hadith dan kisah-kisah palsu berkenaan sahabat misalannya, hanya untuk dijadikan cerita demi meraih ibrah dan pengajaran. Tidak ada lagi yang menuduh Saydina Umar Al-Khattab pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup misalnya, atau menuduh Tsa’labah tidak membayar zakat misalnya, dan lain-lain donggeng-donggeng yang direka-reka guna memburukkan para sahabat, yang sebahagian besarnya dicanangkan oleh para ahli Bid’ah mahupun orang-orang Syiah.

 

Tarbiyah seharusnya menjadi medan yang menjanakan para peserta, untuk memberikan “cahaya” kepada masyarakat yang lainnya. Mereka bisa menjadi duta umat Islam melalui perbuatan. Mereka bisa menjadi duta umat Islam melalui perkataan. Tetapi, untuk memberikan kefahaman yang sebenar kepada umat ini, para peserta tarbiyah itu sendiri yang perlu terlebih dahulu dibina dengan pemahaman Islam yang menyeluruh (syamil), dan pada masa yang sama, Islam yang mereka sampaikan itu sahih, yakni terbukti kebenarannya.

 

 

Benar, para jurutera Power Plant don’t earn sebanyak mereka yang daripada O&G, maka sebegitu jugalah mereka yang lahir daripada madrasah tarbiyah ini. Mereka mungkin tidak seglamer para penceramah umum lainnya, yang “kaya” dengan pelbagai khazanah cerita termasuk yang palsu dan tidak ada asal-usulnya, namun para “jurutera” gerakan tarbiyah merasakan “kekurangan” mereka itu tidak mengapa, asal mereka berjaya menjaga asholah (keaslian) sumber dan bangunan tarbiyah yang telah dan sedang mereka “jana”kan kepada umat ini.

 

Maka, janganlah kalian limitkan silibus tarbiyah kalian, wahai para pimpinan gerakan tarbiyah, kerana yang telah dijanjikan oleh ar-Rasul junjungan sebagai penyelamat daripada gerbang kesesatan, adalah tatkala kalian berpegang kepada yang dua: kitabullah, dan sunnah nabi-Nya SAW (HR Imam Malik). Bukan berpegang kepada Tafsir Al-Wadih dan Tauhid Zindani. Atau berpegang pada Tafsir Fi Zhilal dan Sirah As-Siba’ie. Tetapi Quran dan Sunnah. Maka daripada mana sahaja sumber yang dapat menjadikan anda semakin memahami lagi mendekati keduanya, ambillah ia, kerana hikmah itu adalah barang berharga milik orang yang beriman, yang telah hilang daripada mereka, Di mana saja mereka mendapatinya, maka merekalah yang paling berhak terhadapnya.

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Sijil Pengajian Syariah

Jurutera Profesional berdaftar & Jurutera Elektrik Kompeten bertauliah


Sunday, March 9, 2014




“Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati"

(Surah Al-Baqarah [2]:38)

 

Ada banyak ayat yang senada dengan ayat di atas: tidak ada ketakutan, dan tidak pula berkesedihan. Tetapi untuk ayat Surah Al-Baqarah di atas, Allah menggambarkan attribute tidak takut dan tidak sedih itu dengan mereka-mereka yang memilih untuk mengikuti “huda”, mengikuti “petunjuk”, yakni petunjuk yang datangnya bukannya daripada mimpi. Atau khayalan. Tetapi petunjuk, yang datangnya “minni ” ”daripada-Ku”, iaitu lewat wahyu Qur’ani atau lewat lisannya baginda Nabi.

 

Inilah antara karunia besar yang diberikan kepada mereka yang tawakal dan penyerah harapan mereka kepada Allah Azza Wa Jalla begitu tinggi, begitu erat, dan begitu akrab sekali. Cuma soalnya, kenapa Allah menyebutkan 2 attribute ini: tidak takut dan tidak sedih?

 

Sehebat mana pun manusia, biarpun pernah memenangi rancangan Fear Factor misalnya, tetapi tetap akan memiliki perasaan takut. Ini kerana, tiada manusia yang mengetahui apa yang terhidang dan tersedia untuknya di masa hadapan, hingga timbullah perasaan takut di dalam dirinya. Lantaran itu jugalah, perkataan “takut” yakni “khauf”, disebut dalam bentuk ism, yakni kata nama, berbanding perkataan “sedih” yakni “hazan” yang disebut dalam bentuk fi’il (kata kerja).

 

Perasaan sedih, berlaku dan berlangsung terhadap perkara yang telah berlalu. The past. Kita mungkin sedih ketika itu, namun orang yang mengikuti petunjuk Tuhannya, tidak akan berkepanjangan dan berkekalan di dalam kesedihan itu.

 

Dek kerana itulah, pentingnya kita sentiasa mengikuti petunjuk yang telah diturunkan oleh Tuhan kita, terutamanya dalam saat-saat getir kini: jangan berterusan sedih dengan keputusan Mahkamah Rayuan hingga berhenti berjuang, dan moga dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk tabah menghadapi “ketakutan” yang menjelma dek pelbagainya “kemungkinan-kemungkinan” dek hilangnya pesawat MH 370 kelmarin.

 

Semoga Allah karuniakan kita petunjuk-Nya. Lalu kita tidak lagi ketakutan, tidak berkepanjangan dalam kesedihan.

 

(setakat artikel ditulis, pesawat MH370 masih belum dijumpai. Kita doakan yang terbaik. Amin)