Followers

Monday, April 1, 2013

 

Yang Mencipta, dan Yang Memusnahkan, semuanya adalah Allah.

 

Bukan dewa pemusnah.

 

Bukan pula Anwar Ibrahim.

 

 

Orang murtad, non-Muslim yang dipersalahkan. Kenapa tak salahkan diri sendiri yang merosakkan aqidah umat sendiri? Sebagaimana Bible Bahasa Melayu hendak diharamkan kerana konon merosakkan aqidah umat Islam, banner sebegini juga harus segera diharamkan, harus segera didemonstrasi-bantahankan

 

Thursday, March 28, 2013

Cristiano Ronaldo

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasiq dengan membawa sebuah berita, maka checklah (kesahihan) berita tersebut.."

(Surah Al-Hujurat [49]:6)

 

Maka, dalam keghairahan sebahagian kita mempromosikan "berita-berita baik" mengenai seorang Cristiano Ronaldo, seperti gambar di atas, saya berusaha mencari kesahihan maklumat yang diwar-warkan. Dan secara peribadi, saya juga berdoa, moga-moga Allah memberikan hidayah kepada Cristiano Ronaldo. Amin.

 

Berkenaan beliau tidak minum minuman keras, Wikipedia membenarkannya:

 

"Ronaldo's father, José Dinis Aveiro, died of an alcoholism-related liver condition in September 2005 at age 52 when Ronaldo was 20.[257] Ronaldo's mother and Manchester United coach have stated that he does not drink alcohol as a result"

(http://en.wikipedia.org/wiki/Cristiano_Ronaldo)

 

Berkenaan beliau tidak mempunyai tatu di badan, Zimbio membenarkan hal yang demikian:

 

"I don't have tattoos because I donate blood very often " – Cristiano Ronaldo said."

(http://www.zimbio.com/Cristiano+Ronaldo/articles/jrlCv3_MPkK/Don+t+Tattoos+My+Body+Cristiano+Ronaldo)

 

Juga di sini:

http://www.asiaplate.com/blog.php?blog_title=Reason%20Cristiano%20Ronaldo%20Does%20Not%20Has%20Tattoo

 

Dan lain-lain lagi.

 

Berkenaan derma-derma yang beliau sumbangkan kepada warga Gaza, Wikipedia memetik pelbagai macam sumber yang menyatakan hal itu:

"In November 2011, Ronaldo donated a pair of his football boots to be auctioned by Real Madrid's 'Clasico' network. They were sold for £2050 with the proceeds going to fund schools in Gaza, Palestine.[269]

In May 2012, Ronaldo and his agent, Jorge Mendes, decided to fund a pioneering treatment for a nine-year-old boy when it seemed that there was no hope left for the child, who has been battling cancer since before his second birthday.[270]

In November 2012, Ronaldo sold the golden boot he had won in 2011 for €1.5 million and gave the money to fund schools for children in Gaza.[271]"

(http://en.wikipedia.org/wiki/Cristiano_Ronaldo)

 

Sekarang, berkenaan beberapa kenyataan yang konon menunjukkan kecenderungan Ronaldo kepada Islam.

 

 

Saya cuba memastikan kesahihan berita ini (yang sebarkan dalam pelbagai macam blog, tanpa menyebutkan sumbernya yang sebenar). Maka, saya dapati bahawa berita ini masih boleh dipertikaikan, kerana menurut International Business Times (http://www.ibtimes.co.uk/articles/449952/20130325/cristiano-ronaldo-palestine-israel-real-madrid-swap.htm dan http://www.ibtimes.co.uk/articles/450518/20130326/cristiano-ronaldo-israel-palestine.htm ), Ronaldo sememangnya moody sepanjang perlawanan.

 

Berkenaan komentar beliau kepada David Villa berhubung insiden pemain itu dengan pemain Muslim Madrid, Mesut Ozil, dan benarkah beliau belajar Al-Fatihah dengan Ozil, saya masih mengkaji kesahihan berita itu.

 

Cumanya pesanan saya, jangat cepat menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya. Apa pun, kita sama-sama berdoa moga Allah berikan hidayah-Nya kepada Cristiano Ronaldo, dan moga Islam akan semakin kuat dengan pengaruh dan sikap baik yang ada pada dirinya.

 

Tuesday, March 26, 2013

“The price of greatness is responsibility”

-Winston Churchill-

 

Monday, March 25, 2013

[serial kepolitikan]: Mengambil 'ibrah dari ibadah zakat

“Atas dasar apa anda akan memerangi manusia?” tanya Umar.  Maka jawab Abu Bakar, “Demi Allah, andai saja mereka enggan untuk menyerahkan seekor kambing betina –(dan dalam satu riwayat: seutas tali)- yang sebelumnya mereka serahkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam, pastilah akan kuperangi mereka semua kerananya. Sesungguhnya zakat itu adalah hak harta. Dan demi Allah, aku pasti akan memerangi orang yang membedakan antara kewajiban shalat dan zakat!” Maka Umar pun menyahut; “Akhirnya aku sadari bahawa Allah telah melapangkan hati Abu Bakar untuk memerangi mereka dan aku yakin itulah yang benar.”

(ringkasan kisah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Disebut juga di dalam buku “150 Qissah min Hayat Abi Bakar As-Shiddiq wa Umar bin Al-Khattab wa Usman bin ‘Affan wa Ali bin Abi Thalib” Ahmad Abdul ‘Aal ath-Thahthawi, “Ashabur Rasul Sallallahu ‘Alaihi was Sallam” Syaikh Mahmud Al-Mishri, dengan dialog di atas diambil dari buku Ibnu Katsir, “Tartib wa Tahzib Al-Bidayah wa Nihayah (Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung)”, Darul Haq ms. 88)

 

Zakat,seperti yang kita sedia ketahui, adalah lebihan harta (yakni yang cukup haul dan nisab) yang dikutip daripada seseorang yang beragama Islam yang merdeka. Ertinya, harta zakat (dimudahkan di dalam bahasa moden ini dengan menyebut wang zakat untuk memahami jumlah harta yang terkumpul) adalah harta yang diperolehi daripada orang Islam, yang kemudiannya diagih-agihkan kepada asnaf zakat yang telah pun disebutkan oleh Allah Azza Wa Jalla di dalam ayat berikut:

 

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

(Surah At-Taubah [9]:60)

 

Saya ingin berbicara tentang asnaf yang bernama muallaf. Kita sering memahami bahawa muallaf itu adalah orang yang baru memeluk Islam. Namun, kitab-kitab fiqh ketika berbicara mengenai muallaf “di kalangan orang Islam”, sering menghuraikan maksudnya lebih daripada itu. Kitab Al-fiqh Al-Manhaji misalnya menyebut bahawa yang namanya muallaf itu, selain daripada mereka yang baru memeluk Islam, juga adalah orang Islam yang terkenal dan berkedudukan tinggi di kalangan kaum mereka, orang Islam yang berada di tempat-tempat berbahaya untuk melindungi orang lain daripada serangan orang Kafir dan keganasan puak pelampau, atau yang bertugas memungut zakat daripada penduduk yang tidak dapat dihantarkan ‘amil kepada mereka (Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha, ‘Ali Al-Syarbaji, “Al-Fiqh Al-Manhaji (Manhaj Fiqh Al-Syafi’I Jilid II)”, Jabatan Mufti Negeri Sembilan ms. 104-105).

 

Namun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa muallaf ini bukan sekadar daripada kalangan orang Muslimin, tapi juga dari kalangan mereka yang masih kufur kepada ajaran Allah dan Rasul-Nya. Dan yang termasuk di kalangan muallaf non-Muslim yang berhak menerima wang zakat hasil kumpulan orang-orang Islam ini, adalah:

 

1.    Dengan dipikat itu, diharapkan agar mereka beriman seperti Shafwan bin Umaiyah yang telah diberi keamanan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wassallam sewaktu penaklukan Mekkah, dan diberi tangguh selama empat bulan agar ia dapat berpikir untuk menentukan pilihan buatnya…

2.    Orang yang dikhawatirkan akan berbuat bencana, hingga dengan memberinya zakat, hal itu dapat dihindarkan.

(Sayid Sabiq, “Fiqhus Sunnah (Fikih Sunnah Jilid 3)”, Victory Agencie ms 95-97)

 

Dan Sayid  Sabiq menyambung lagi, kata-kata Ibnu Abbas tentang golongan kedua yang disebutkan di atas: “Ada suatu kaum yang datang menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wassallam dan jika mereka diberi, mereka puji agama Islam, kata mereka: “Ini agama yang baik!” Serta jika tidak diberi, mereka cela atau caci. Di antara mereka ialah Abu Sufyan bin Harb, Aqra’ bin Habis dan ‘Uyainah bin Hishn. Masing-masing mereka telah diberi Nabi 100 ekor unta.”

 

Nah, persoalannya sekarang adalah, atas urusan apa wang kumpulan daripada orang Islam, bahkan harus digunakan dan dikeluarkan kepada mereka yang bukan beragama Islam, bahkan, turut diberikan kepada golongan non-Muslim yang kedua yang terbiasa berbuat onar dan bencana kepada kaum Muslimin? Saya kira, di antara jawapannya adalah, Islam adalah sebuah agama yang mengajarkan penganutnya untuk senantiasa “sadar diri”! Ini kerana, di antara hikmah peristiwa pemindahan kiblat dahulu pun, antara lain adalah point ini.

 

Tidakkah kalian merasa heran, ketika Ar-Rasul Shallallahu ‘alaihi wassallam di Mekah, umat Islam solat menghadap ke Ka’bah. Begitu terjadinya peristiwa Hijrah, Ar-Rasul Shallallahu ‘alaihi wassallam  dan para sahabatnya diperintahkan untuk solat menghadap ke Baitul Maqdis, sehingga, 16 atau 17 bulan setelah Hijrah, turun ayat-ayat Quran (permulaan Juzu’ 2) yang mengarahkan agar solat kembali menghadap ke Ka’bah (lihat Tafsir “Fi Zhilal Al-Quran” Sayyid Quthb). Persoalannya, untuk apa solat menghadap ke Baitul Maqdis, kalau kiranya dalam tempoh tidak sampai 2 tahun, akan kembali solat berkiblatkan Ka’bah?

 

Jawapannya –menurut Ustaz M. Anis Matta, Presiden baru Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia- adalah  kerana “siyasatud da’wah.” Di Madinah, umat Islam akan hidup berdampingan dengan sebuah komuniti ahlul kitab yang secara social politiknya sangat berpengaruh, iaitu Yahudi. Dan Yahudi, kiblat mereka adalah Baitul Maqdis. “Jadi peralihan kiblat itu merupakan upaya bargaining politik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam untuk menarik simpati komunitas Yahudi.” (lihat Anis Matta, “Arsitek Peradaban: Kumpulan Esei Penggugah Jiwa,” Fitrah Rabbani ms. 129-135).

 

Selain itu –menurut Ustaz Anis Matta lagi- komuniti Muslim yang baru terbentuk di Madinah itu masih memerlukan waktu untuk mengikat sosio-politik dan ideology mereka, selain memerlukan waktu untuk beradaptasi yang cukup. Maka dalam kondisi sebegini, semua kemungkinan konflik dengan pihak “luar” harus sedapat mungkin dihindari, dan ini tentunya termasuk, dengan komuniti Yahudi, yang memang “hobinya” itu adalah berkonflik.

 

Hanya setelah hubungan social sesama kaum Muslimin semakin erat, barulah ketika itu Ar-Rasul Shallallahu ‘alaihi wassallam merasakan betapa perlunya “komuniti ideologi” yang baru lahir itu memiliki “symbol identity cultural”nya yang tersendiri, lalu Allah Azza Wa Jalla pun menurutkan ayatnya yang grant the Muslim society their wish, dengan perintah untuk kembali solat menghadap ke Ka’bah, selain pesanan agar mereka melanjutkan perintah ini dengan sabar dan salat.

 

“Hai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”

(Surah Al-Baqarah [2]:153)

 

Oleh itu, wahai saudaraku, umat Islam sungguh pun memiliki agama yang “satu-satunya diiktiraf di sisi Tuhan,” namun itu tidak bererti bahawa umat ini harus lalai dan lupa untuk “mengukur baju di badan sendiri.” Sungguh pun umat Islam diajar untuk senantiasa meyakini betapa Allah Yang Maha Kuasa mampu melakukan miracles in life –yang kita sebut sebagai syariatullah- namun itu tidak bermakna umat ini harus menolak “hukum sebab dan akibat”, atau rasional, atau logic, atau lumrah, yang kita kenali sebagai sunnatullah. Maka, sungguh pun agama ini adalah agama “yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya,” itu tidak bererti kita sombong dan lupa diri, hingga tidak menyedari kelemahan dan kekurangan kita, hingga lupa betapa kita terkadang memerlukan siyasatud da’wah untuk kembali mengagung dan memenangkan agama-Nya.

 

Lihatlah pada kekecewaan para sahabat, dan perkataannya seorang Umar, yang begitu kecewa tatkala Haji mereka dihalang, dan isu “kalimah” (yakni kalimah “Ar-Rahman Ar-Rahim” pada nama Allah, dan “Rasulullah” pada kalimah Muhammad) tidak menyebelahi mereka;

 

“Bukankah orang-orang kita yang terbunuh akan masuk Syurga dan orang-orang mereka yang terbunuh akan masuk Neraka?”

 

“Lalu, mengapa kita menyetujui agama kita direndahkan?”

(Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy, “Fiqhus Sirah (Sirah Nabawiyah)”, Robbani Press ms. 306)

 

Namun, Islam bukanlah sebuah agama yang terlampau fanatic terhadap isu kalimah, tetapi yang terlebih penting adalah essence, intipati juga values yang menjadikan Islam menjadi rahmah bukan sekadar untuk orang-orang Muslim, bahkan juga buat non-Muslim, juga buat binatang, juga buat alam sekitar, mudahnya menjadi rahmatan lil ‘alamin! Itulah sebabnya Al-Quran Al-Karim sering kali mengingatkan tentang values ini, disebalik disyariatkan sesebuah ritual, hatta ritual seperti penyembelihan haiwan korban, atau solat menghadap Ka’bah, dan lain-lain lagi, agar umat Islam akan benar dan lurus persepsi mereka semuanya.

 

Sungguhpun begitu, apakah selamanya kita harus mengharapkan political bargaining dengan penganut aqidah yang berbeza dengan kita? Jawapannya tentulah tidak, kerana di saat Umat Islam sudah kuat, barulah kata dan tindakan kita punya value untuk diikuti dan dituruti, seperti juga kisah pemindahan kembali kiblat ke Ka’bah yang di atas. Di dalam konteks Zakat, Mazhab Hanafi berpendapat bahawa pemberian zakat kepada orang-orang muallaf telah hapus atau gugur dengan kejayaan yang telah diberikan oleh Allah kepada agama-Nya.

 

Di dalam Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq menceritakan tentang tuntutan beberapa orang muallaf kepada Abu Bakar untuk memperoleh wang zakat. Abu Bakar pun menulis surat persetujuan, yang kemudian mereka bawakan kepada Umar. Tetapi Umar telah menolak dan mengoyak-ngoyakkan surat itu, sambil berkata:

 

“Ini adalah pemberian dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wassallam untuk memikat kalian dalam agama Islam. Tetapi sekarang Allah telah menguatkan Islam dan tidak memerlukan kalian lagi. Jika kalian tetap dalam keislaman maka baik, dan jika tidak, maka pedanglah yang akan menyelesaikan urusan kita! Dan katakana: Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, maka siapa yang ingin beriman, berimanlah, dan siapa yang tidak, kafirlah!”

(Sayid Sabiq, “Fiqhus Sunnah (Fikih Sunnah Jilid 3)”, Victory Agencie ms 96)

 

Nah, ertinya di saat umat Islam belum cukup kuat, kita seharusnya sadar diri, dan perlu banyak bertoleransi dengan kaum-kaum penganut agama lain yang hidup bersama-sama dengan kita. Maka, kalau di Mesir dan Palestin yang majority Muslimnya jauh lebih besar berbanding kita, dan gerakan-gerakan Islamnya jauh lebih hebat dan kuat berbanding dengan kita, namun mereka memberikan kedudukan kepada non-Muslim, saya tidak faham bagaimana kita di sini pula mahu menyeru manusia seolah-olah kita tidak memerlukan sokongan dan dokongan non-Muslim di Negara kita. Jika pada wang zakat yang memang hasil kutipan daripada orang Islam sepenuhnya, pun kita bisa serahkan kepada non-Muslim lantaran sadar diri kita, kecuali setelah beroleh power dan kekuatan yang sesungguhnya barulah bisa digugurkan portion pemberian itu, maka kita yang di Malaysia yang masih sangat lemah, hingga penggunaan kalimah Allah oleh Kristian yang dibenarkan penggunaannya oleh Al-Quran sendiri kita bantah dengan beralasan umat islam masih lemah lalu khuatir akan terpengaruh dengan segala macam dakyah, namun tiba-tiba kita perasan “gah” hingga merasa tidak memerlukan sokongan, dokongan dan undian non-Muslim, ini tentu hal yang sangat aneh sekali.

 

Marilah kita kembali sadar diri, betapa we are not alone in this world, dan Islam pun tidak pernah menafikan perkara ini.

 

 

Sunday, March 24, 2013

[JOM]: Pantulan Cahaya

PANTULAN CAHAYA

 

Saudaraku,

 

Terakhir kita ketemu, kita telah membicarakan perihal lampu. Kali ini, mari kita lanjutkan kesinambungan kisah lampu, dengan berbiacara tentang apa yang keluar daripadanya, yakni cahaya.

 

Cahaya, tatkala ia menerobos bahantara yang berbeza ketumpatan, ia akan melalui beberapa fenomena. Terkadang ia melalui kejadian “pembiasan” (refraction), seperti refleksi seekor itik di dalam air. Terkadang, ia akan menjadi “pantulan dalam penuh” (total internal reflection) yang menjadi punca terhasilnya pelangi. Terkadang juga terjadinya serakan cahaya, yang menjadi penyebab variasi warna pada sang pelangi, yang ingin melakarkan dirinya di ruang langit bumi.

 

 

Tahukah anda, apa aplikasi pantulan dalam penuh ini? Konsep pantulan dalam penuh ini, sebenarnya digunakan di dalam bidang penghantaran maklumat. Umum tahu betapa penemuan fiber-optic cable telah membolehkan maklumat dihantar dan disebar pada tahap kelajuan yang sangat bombastic sekali. Tidak dapat dinafikan, biarpun aplikasi tanpa wayar (wireless) semakin canggih dan mendapat tempat di hati kita, namun tahap kelajuan penyampaian maklumat yang ada pada kaedah wireless, langsung tidak dapat dapat menyaingi apa yang ditawarkan oleh fiber-optic cable.

 

Dan lagi, kaedah pantulan dalam penuh ini telah membolehkan cahaya untuk tetap sampai ke destinasinya, biarpun cable dibengkang-bengkokkan. Hebat, bukan? Sehingga, dengan kebolehan maklumat diterima biarpun melalui cable yang bengkang-bengkok, telah membolehkan manusia menerokai kawasan-kawasan tersorok seperti perut manusia, melalui alat yang dinamakan endoskop.

 

 

Saudaraku,

 

Ada pepatah indah yang berlegar di tengah-tengah masyarakat Arab. Pepatah itu berbunyi;

 

“Tirulah orang-orang yang mulia itu, andainya kamu tidak bisa jadi seperti mereka.

Kerana dengan meniru orang-orang yang mulia itu, sungguh merupakan sebuah kejayaan!”

 

Maksudnya, kalau pun kita tahu, walau pun kita sedar, bahawa insan marhain seperti kita, tidak akan pernah mampu untuk menjadi seperti tokoh-tokoh hebat yang menjadi “sumber cahaya”, itu tidak bererti bahawa kita tidak akan mampu menjadi seperti endoskop, atau fiber-optic cable, yang biar pun tidak mampu “memancarkan cahaya”, namun mampu “memantulkan cahaya”, sehingga cahaya hidayah itu dapat menyentuh dan menyinari hati-hati gersang yang tercari-cari jalan untuk kembali kepada Tuhannya.

 

Itulah sebabnya, oleh baginda Nabi SAW, sering kali mengingatkan betapa “Demi Allah, sekiranya Allah memberikan cahaya hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah (yakni kenderaan paling mahal/ mewah di zamannya)” (Hadith Mutafaqun ‘alaih) dan juga “Barangsiapa mengajak kepada cahaya petunjuk, ia berhak mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka sedikit pun..” (Hadith Riwayat Muslim)

 

Benar, siapalah kita untuk menjadi “sumber” mahupun “pemancar” cahaya. Tetapi bukankah cukup sekiranya kita menjadi fiber-optic cable yang menjadi asbab manusia-manusia di luar sana, kembali mendekati agamanya?

 

Dan lagi, kita memang tiada apa-apa. Tidak cukup ilmu. Tidak cukup baik. Tak pandai cakap, dan kelemahan-kelemahan lain yang sering menjadikan diri terasa kerdil di tengah-tengah masyarakat manusia. Kerana itu kita harus sedar, betapa tugas kita hanyalah “memantulkan cahaya”, sedang Allahlah sumber cahaya hidayah itu. Hingga baginda Nabi SAW sahaja diingatkan oleh Allah SWT tentang hakikat ini:

 

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”

(Surah Al-Qashas [28]:56)

 

Nah, apakah yang dikau tunggu-tunggukan lagi?

 

Mati itu hanya sekali,

Jadikanlah ia untuk syahid di jalan Allah.

Muliakan hidup ini dengan dakwah dan jihad.

Jangan berundur walau sesaat,

Haruman Syurga pendorong semangat,

Mati syahid jadi matlamat,

Buat Mujahid di medan jihad.

 

Atau, kau masih ingin bersabar dengan internet yang lembap? Mari memantulkan cahaya, wahai sahabat-sahabatku!

 

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Sijil Pengajian Syariah, Jurutera Profesional (BEM)  dan Jurutera Elektrik Kompeten (Suruhanjaya Tenaga)

 

 

 

Thursday, March 21, 2013

Taman Bunga

 

 

“saya membayangkan bahawa Indonesia ini adalah sebuah taman, setiap orang di dalam taman ini adalah sebuah bunga. Dan setiap bunga itu punya warna sendiri.”

“jadi, kalau saya ingin mendefinisikan apa itu masyarakat Indonesia, saya bisa mengatakan bahawa masyarakat Indonesia itu adalah masyarakat bunga. The flower society.

“tiupkan nafas cinta ke dalam republic ini, biar ia tumbuh menjadi bunga yang memenuhi “taman Indonesia” dan insyaAllah bunga ini akan tumbuh mekar dalam taman itu.”

-M.Anis Matta bercakap tentang Indonesianya, Jateng-