Followers

Friday, December 2, 2011

INTERLOCK

Interlock, di dalam bidang engineering mempunyai fungsi dan peranan yang tiada tara pentingnya.  Ianya lebih daripada sekadar sebuah novel, bahkan merupakan nadi kepada sesebuah sistem yang berperanan menjamin keselamatan kedua-dua mesin mahupun manusia.

 

Applikasi interlock terhadap peralatan elektriklah yang membantu menghalang sesebuah mesin daripada mencederakan pengendalinya, atau membantu menghalang mesin itu daripada rosak, dengan cara menghentikan operasi mesin tersebut. Ia berfungsi umpama turutan huruf abjadiyah A, B, C. B tidak akan berlaku, melainkan setelah A. Begitulah juga dengan C, tanpa berlakunya B, anda tidak akan sampai ke C. Maka, applikasi interlock akan menghalang C daripada berlaku, andainya ia dapati terdapat masalah dan kecacatan pada B, kerana jika tiada interlock pada B ini, operasi C boleh membahayakan sama ada pengendali mesin, mahupun mesin itu sendiri. Anda faham penerangan saya?

 

Contoh mudah, beberapa perkakas rumah turut dilengkapi dengan interlock ini. Microwave dilengkapi dengan interlock switches yang akan menghalang pembebasan "magnetron" andainya pintu itu dibuka. Ertinya, untuk magnetron dibebaskan (katakan ianya turutan C), B yakni pintu microwave harus ditutup harus berlaku dahulu. Jika ada masalah pada B, secara otomatik C tidak akan berlaku. Sekarang, tatkala B yakni pintu microwave dibuka, maka C yakni pembebasan magnetron pun dihentikan. Faham, bukan?

 

Contoh yang lain adalah pada mesin basuh. Pusingannya (andaikan ia C) akan berhenti tatkala penutupnya dibuka (andaikan ianya B). Kenapa? Kerana tanpa cirri-ciri keselamatan ini, mungkin boleh mengakibatkan kecederaan andainya manusia menghulurkan tangannya ke dalam mesin basuh tatkala ianya sedang melaksanakan tugasannya.

 

Dalam hidup, sebab itulah kita perlukan hukum, kerana ianya bertindak sebagai interlock daripada masalah dan mudharat yang lebih besar daripada berlaku. Maka atas dasar itulah Allah meletakkan had-Nya, kerana dengan melanggarinya, ternyata menjadikan hidup lebih huru-hara adanya.

 

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah [2]:229)

 

Lihatlah sahaja bagaimana manusia melanggar syarat-syarat menuduh orang tanpa bukti, dengan hukuman qazaf tidak dikenakan terhadapnya. Akibatnya, masyarakat kini hidup dalam keadaan fitnah-memfitnah, dengan harga diri dan kehormatannya seakan-akan tidak ada lagi kemuliaan dan nilainya di sisi manusia.

 

Akibat manusia disable aplikasi interlock di dalam ikhtilat, yakni hubungan lelaki dan wanitalah, zina semakin berleluasa di dalam masyarakat. Begitu jugalah dengan pembuangan bayi. Maka cara untuk mengatasinya, bukanlah dengan menumbuhkan baby hatch, sebaliknya memasang kembali interlock  di dalam ikhtilat sehari-hari sang pria dan sang wanita.

 

Tatkala manusia memahami hukum-hukum Allah bertindak sebagai interlock kepada kemudharatan hidup bermasyarakat, mudah-mudahan mereka tidak emosi sepertimana emosinya mereka pada novel Interlock. Mudah-mudahan.

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah,

Competent Electrical Engineer

 

 

1 comment: