Followers

Thursday, February 3, 2011

Demonstrasi Solidariti Mesir - Ada apa dengan kerajaan U.S?

1)      Esok merupakan hari yang penting buat Negara Mesir. Dijangkakan perhimpunan atau demonstrasi esok, bakal menentukan hala tuju dan masa depan kerajaan dan rakyat Negara Mesir.

 

2)      Demonstrasi pula harus diakui, betapa ada ketikanya, ia menjadi “tonik” yang cukup penting untuk rakyat sesuatu Negara, lantaran perkumpulan lautan manusia sememangnya boleh meninggalkan kesan baik kepada manusia yang berhimpun, mahu pun manusia yang menyaksikan. Mungkin contoh yang boleh kita lihat ialah perhimpunan orang Islam ketika haji, atau jemaah Tabligh di India, dan sebagainya (mungkin). Oleh yang demikian, saya adalah antara penyokong kuat “perhimpunan sejuta umat” bagi membantah isu murtad Lina Joy di Masjid Wilayah tidak lama dahulu, selain demonstrasi ke kedutaan U.S ketika peristiwa serangan terhadap kapal Mavi Mavara tahun lepas.

 

3)      Saya teringat sebuah kisah, bagaimana mantan Mursyid al-Am gerakan Ikhwanul Muslimin, Hasan Hudhaibi, saat ia berada di luar Negara, telah ditanya oleh media antarabangsa akan apa pandangan beliau terhadap kerajaan dictator negaranya (Mesir). Apa jawab Hudhaibi? Lebih kurang katanya; “saya tidak akan mengkritik Negara saya, di luar Negara saya.” Di sebalik kekejaman yang tertuju kepadanya oleh rejim Mesir, Hudhaibi tetap mengekalkan semangat nasionalis penuh kesatria.

 

4)      Berdasarkan kisah di atas, saya mengucapkan tahniah kepada orang Islam yang akan turun berdemonstrasi esok, walau bagaimana pun, saya kurang bersetuju dengan cadangan para demonstran untuk berarak hingga ke Kedutaan Amerika. Apa kaitan Amerika dalam hal ini? Rakyat Mesir “bersuara” kepada kerajaan mereka, bukan kepada kerajaan Amerika. Jika benar kita turut berhimpun sebagai tanda solidarity terhadap mereka, kenapa kita tidak turut “bersuara” kepada kerajaan atau wakil kerajaan mereka di sini (dalam konteks kita, Kedutaan Mesir di Malaysia), seperti yang mereka lakukan?

 

5)      Pada pendapat saya, we should leave the U.S out of this, kerana kita mahu berdemonstrasi terhadap rejim Husni Mubarak, bukan Barack Obama. Melibatkan kerajaan Amerika yang tidak ada kena-mengena dalam hal ini, boleh back fire ke kita balik in the future. Contoh, katakan kerajaan baru Mesir di pimpin oleh al-Ikhwan al-Muslimun, maka jika Amerika campur tangan dan menjatuhkan kerajaan baru pimpinan Ikhwan, kita tidak boleh kata apa sebab kita yang “menuntut” keterlibatan dan campur tangan mereka in the first place. Mereka akan menggunakan dalih ini untuk interfere di Mesir, seperti mana mereka menggunakan dalih yang sama –konon mendapatkan semula keadilan dan kenyamanan- saat mereka mencerobohi Afghanistan, saat mereka mencerobohi Iraq.

 

6)      Oleh yang demikian, melibatkan kerajaan Amerika dalam urusan “rumah tangga” orang lain, sekadar membawa mudharat yang lebih besar berbanding manfaat. Biarlah urusan Mesir diselesaikan oleh rakyat Mesir, dengan dokongan , sokongan dan doa dari kita semua. Jangan serahkan urusan mereka ke tangan Amerika.

 

7)      Anda bisa bersetuju, bisa tidak bersetuju dengan pendapat saya. Ini sekadar pendapat peribadi yang mungkin ada cacat celanya.

 

4 comments:

  1. salam maaf menncelah..tapi ustaz..siapakah yang menguatkan mubarak saat ini??sekiranya dia hanya dengan sekutunya di Mesir..dia pasti dah lama melepaskan jawatannya.Sekadar lontaran.Dan pada pendapat saya..ustaz harus melontarkan terus pendapat ini kepada ketua demonstrasi bukan hanya disuarakan di blog.tahniah sekiranya sudah di lontarkan.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dgn post ini.
    tapi mungkin mereka lihat dari konteks yg cik Robi'ah El-Jawawi komen tu kot.
    biasa, setiap org melihat sesuatu dari sudut berbeza.

    cuma yang meragukan, saya kurang setuju dgn cara org malaysia berdemo. kadangkala ada yg sikap mereka waktu berdemo tak mencerminkan akhlak seorang muslim. mungkin hanya segelintir atau itu cara demo sebenar. saya tidak ahli dalam hal ini. cuma suarakan pendapat.

    ReplyDelete
  3. salam akhi,

    ana setuju dgn akhi ...

    ada apa dgn 'amerika'...

    jawapannya pasti berbeza bagi setiap org tapi ana sekata dgn akhi...

    ReplyDelete
  4. Saya hormati pendapat ntum.mfr5071 penah join demo ke?kalau ada nmpak xsuka teruslah tegur,jgn bersikap menoleh dan bercakap belakang..cuma saya menegaskan bahawa setiap perkara takkan pernah settle kalau akar/root of the problem tu xsettle.saya nampak akar nya adalh kerajaan Amerika yg turut dijadikan boneka Yahudi.maaf sekiranya ada yang terguris.

    ReplyDelete