Followers

Monday, August 26, 2013

Will Smith on the Azan (Muslim Call for Prayer)

[JOM]: CAHAYA

CAHAYA

 

Semua makhluk berkehendak kepada cahaya. Manusia, haiwan, bahkan tumbuh-tumbuhan, semuanya pasti menuju kepada cahaya, lantaran fitrah kehidupan tidak suka kepada kegelapan. Kecerahan adalah fitrah bagi makhluk hidup. Maka wajar, para non-Muslim yang dikemudian harinya mengucapkan syahadatain, lebih wajar dikatakan sebagai seorang revert berbanding convert, kerana mereka sebenarnya tidak menukar akidah pegangan mereka, sebaliknya mereka hanya “kembali” kepada fitrah asal kemanusiaan: meyakini dan mempercayai sumber cahaya hidayah itu, yakni Allah SWT. Bukankah Nabimu SAW telah mengingatkan: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi” (HR Muslim daripada Abu Hurairah R.A)

 

Namun, tidak semua cahaya itu baik untuk kita. Sebahagian pancaran matahari misalnya -iaitu cahaya UV- tidak baik, malah boleh membahayakan kesihatan kita. Begitu juga dengan kecerahan cahaya atau pun illumination. Kecerahan/ illumination yang sesuai akan membantu penglihatan kita, tetapi sebaliknya, illumination yang kurang atau pun warna cahaya yang tidak sesuai, justeru boleh merabunkan mata kita, malah bisa membahayakan penglihatan kita. Lantaran itu, untuk mencapai kecerahan/ illumination yang menyihatkan, kita harus tahu daripada mana atau sumber mana ingin didapatkan cahaya itu.

 

Sumber gambar: http://azzamoro.blogspot.com/2012/10/is-your-face-sun-protected-adakah-kulit.html

 

Oleh kerana semua benda hidup berkehendak kepada cahaya, maka para musuh umat manusia cuba berselindung di balik cahaya tersebut, buat menipu dan menggoda manusia untuk turut bersama mereka menuju ke Neraka. Contohnya adalah gerakan Dajjal yang penuh dengan kerahsiaan. Apakah yang mereka namakan diri mereka? “Iluminati”, sempena dengan nama “kecerahan”, iaitu illumination. Siapakah nama Tuhan yang mereka seru dan agung-agungkan? “Lucifer”, sempena nama unit kecerahan, iaitu “Lux”. Secara lebih tepat, ia terbit daripada perkataan “Lucius” atau “Lucis” yang membawa maksud “form of Luke – light, illumination”. Ironis, Iblis yang kita kenali sebagai pembawa kegelapan dan menutup cahaya dan segala sumbernya, yang sudah mencatatkan sejarah hitam di langit, berkenan pula untuk digelar sebagai “cahaya”; the light bearer!

 

Kata Albert Pike, seorang Panglima Perang yang digelar Sovereign Grand Commander serta Grand Commander Freemasonry Amerika Utara sejak tahun 1859 hingga 1891, di dalam “Morals and Dogma”, pada muka surat ke-321 (terjemahannya):

 

“Lucifer adalah penyandang cahaya!Satu nama misteri dan aneh, untuk dipakaikan kepada Roh Kejahatan! Lucifer adalah cahaya awal di waktu pagi. Dialah yang memegang panji cahaya, dengan kegemilangan yang tiada cacat celanya atau kekurangan? Tiada keraguan mengenainya!”

 

 

Itulah sebabnya, Nabi SAW dan para salafus shalih sentiasa mengingatkan keperluan dan kepentingan untuk berpegang kepada sumber asli “cahaya” ini; yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Renungkanlah kembali pesan Nabi SAW kepada kita semua:

 

Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam memberikan kami nasehat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata : Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasehat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “ Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Karena di antara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, karena semua perkara bid’ah adalah sesat “

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, dia berkata : hasan shahih)

 

Islam harus didasarkan di atas dua sumber ini, bukan yang selainnya. Kerana tanpa keyakinan kepada apa yang termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya SAW, kemungkinan untuk umat manusia ditipu dan diperdaya oleh “dia” yang ditunggu-tunggu oleh musuh umat manusia –Dajjal- sangat mungkin akan terjadi. Masakan tidak? Tatkala Dajjal datang, dia akan membawa segala macam magic dan segala macam miracle, yang begitu di”jakun”kan oleh manusia hari ini. Syurga di tangan kanan, Neraka di tangan kiri. Api di satu tangan, air di sebelah tangan lagi. Kata Huzaifah R.A:

“Adapun apa yang terlihat air oleh manusia maka itu sebenarnya adalah api yang membakar.  Sedangkan apa yang terlihat api oleh manusia maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan segar.”  Barangsiapa di antara kamu sekalian berjumpa dengan Dajjal, maka hendaklah ia membuat keputusan memilih pada apa yang terlihat sebagai api kerana sesungguhnya itu adalah air yang segar dan baik.”  Kemudian Abu Mas`ud berkata, “Saya pun telah mendengar berita yang seperti itu.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Lihatlah masyarakat Islam hari ini. Kebenaran Islam yang mereka fahami, adalah apabila ada ikan atau buah-buahan yang tertulis kalimah Allah. Atau sebatang pohon yang kelihatan sedang rukuk, dan arahnya betul-betul menghadap kea rah Kiblat! Atau sekumpulan sejadah yang kelihatannya sedang solat menghadap Allah. Seakan-akan Islam terbina bukan di atas akidah yang benar, berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya Islam seolah-olah terbina di atas magic dan miracle> Dan inilah yang kelak akan ditawarkan oleh Al-Masih Ad-Dajjal!

 

Kerana itu, berpegang kepada yang selain daripada kedua sumber “cahaya kebenaran” itu (Al-Quran dan As-Sunnah) umpama berjemur di tengah mentari panas di tengahhari; ia sangka akan beroleh Vitamin D, rupanya tidaklah ia peroleh melainkan pancaran cahaya UV! Ia menginginkan manfaat, tetapi justeru yang diperolehnya, tidak lain melainkan mudarat. Benarlah apa yang dikatakan oleh Muhammad bin Sirin, seorang daripada golongan Tabi’in:

 

“Sesungguhnya ilmu ini adalah Deen (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu”

(Riwayat Muslim dalam mukadimah sahihnya)

 

Terakhirnya, pasukan “kegelapan” merupakan millatan wahidah, ajaran dan golongan yang satu. Baik Kafir, baik Munafik, baik Illuminati dan yang sama waktu dengannya. Semuanya adalah Hizbus Syaitan, pasukan Syaitan. Namun anehnya, mereka bersungguh-sungguh pula membela dan memperjuangkan “kesesatan” mereka. Maka kita di pasukan “cahaya”, yang meyakini agama kita benar, sumber kita benar, mengapa pula kita tidak bersungguh membela, memperjuang, menyebar dan mempertahankannya?

 

Nyalakanlah “Lightsaber”mu, dan perangilah The Dark Side. Dan nyalakanlah bumi ini, dengan “cahaya” kebenaran.

 

 

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Pengamal “Rusmul Bayan”

 

 

Sunday, August 25, 2013

[copy&paste]: Teori Konspirasi.....???

Apabila Nasi Lemak Juga Berunsur Freemason + Iluminiti...Boikot?

 

 

 

 

Salam untuk semua,

 

Ramai yang tak sedar bahawa NASI LEMAK TELUR MATA yg femes sebagai menu sarapan kita sebenarnya merupakan agenda yahudi + freemason + illuminati. Bahaya ni...! Cer baca kajian ni...

 

Kerana apa? Lihat sendiri :

● Telur mata itu membentuk seperti satu mata atau "all-seeing eye" yg merupaka simbol freemason.

● Nasi lemak itu sengaja dibentukkan seperti piramif yg juga menjadi simbol freemason dan illuminati.

● kacang goreng yg berwarna kemerah2an itu merupakan simbol red bean army

● sambal yg seakan2 warna darah itu merujuk kepada "blood brotherhood" yg menjadi asas kesatuan freemason.

● nasi lemak mengandungi lemak n kolesterol yg tinggi yg boleh menyebabkan pemakannya menjadi mengantuk lalu mengurangkan produktiviti dan lama kelamaan akan membawa penyakit seperti jantung dll. Maka ini adalah agenda yahudi utk melemahkan kekuatan org melayu.

Maka kita kena boikot nasi lemak telur mata! Boikot boikot! Agenda freemason!

 

 

- Sumber: http://www.mohamadazhan.com/2013/08/apabila-nasi-lemak-juga-berunsur.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Mohamadazhancom+%28Mohamadazhan.Com%29#sthash.1fvaGPEo.dpuf

Tuesday, August 20, 2013

 

"Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia".

-Erdogan, sang PM Turki-

 

 

Wednesday, August 14, 2013

Kejohanan Badminton Dunia 2013

Lee Chong Wei and Lin Dan. Apa persamaan mereka? Apakah lebih banyak hal yang menyatukan, atau terlebih banyak hal yang membezakan?

 

Yang jelas, kedua-duanya bersaing sesama mereka. Bersaing untuk meraih gelar tertinggi impian semua; baik itu namanya emas Olimpik, baik itu namanya Sang Juara All England, baik itu namanya yang terunggul di Kejohanan Dunia.

 

Dan lagi, “Jemaah” mereka berbeza. Seorang wakil Malaysia, yang seorang lagi wakil Negara China. Namun, apakah segala perbezaan itu mengharuskan saling menjahanamkan antara yang satu dengan yang lainnya?

 

 

 

Sedarlah, kita mungkin berbeza, tetapi tidak bererti kita harus berseteru selamanya.

 

Kita mungkin tidak sependapat, namun tidak bererti kita harus saling jatuh-menjatuhkan.

 

Yang bisa menggerakkan hati sang “musuh” untuk bersimpati dengan lawannya, barangkali, adalah kemanusiaan. Perikemanusiaan.

 

 

Mesir. Sudah hilangkah perikemanusiaan?

 

Wednesday, August 7, 2013

Moga kita semua dikurniakan TAQWA dan TAJDIDUL FITRAH di Aidil Fitri ini.

 

Taqabbalallah minna waminkum

 

Daripada kami sekeluarga;

Faridul Farhan Abd Wahab

Nur Hanani Makhtar

Nashrul Farhan

Fathul Farhan

Abdul Qayyum Farhan

 

Isu Video Raya Anjing

Artikel lama untuk isu yang berbeza, tapi mempunyai “Root Cause” yang sama: http://faridul.wordpress.com/2007/10/31/29/