Followers

Sunday, December 14, 2014

[JOM]: Udara

Kenapa kita memerlukan udara? Ramai akan menjawab, untuk pernafasan. Kerana di udara itu, terkandung elemen yang sangat diperlukan oleh hampir kesemua makhluk kehidupan: oksigen. Hingga barangkali kita terlupa, oksigen hanya merangkumi 21% sahaja daripada komposisi udara. Ertinya, masih ada banyak elemen, gas-gas lain yang berkongsi ruang dan peranannya di dalam udara. Sebuah kenikmatan, dan rezeki anugerah pemberian Tuhan.
       
Mengapa kita hanya ingat pada oksigen? Apa jadi dengan Argon? Bukankah di udara juga turut terdapat Helium? Sedarkah pula akan kehadiran Neon? Apa khabar yang namanya  nitrogen?  Apa hanya oksigen yang punya peranan dalam kisah seharian bernama kehidupan?

Bukankah nitrogen merupakan majoriti gas di dalam udara, bahkan begitu dominan sehingga mencecah angka 78%? Lalu, mengapa pula kita tidak pernah berbicara tentang yang majoriti ini, tetapi sebaliknya sering tertumpu kepada yang minoriti persis ingatan kita terhadap gas yang bernama oksigen? Seperti kritikan dan hinaan yang kita lemparkan kepada penganjur program "I Want to Touch a Dog", yang, kalaupun salah (sekali lagi: kalau) , pantaskah kita melupakan program-program kebajikan sang penganjur yang sangat banyak, malah kebaikan dan usahanya tentu lebih banyak berbanding dengan kebaikan dan usaha-usaha yang sebahagian besar di kalangan kita pernah sumbangkan? Apakah kerana nitrogen itu tidak ada peranannya di dalam kehidupan?
       

Tahukah kamu, nitrogen digunakan secara meluas di dalam industri makanan?  Nitrogen sangat diperlukan untuk menstabilkan tanah, terutamanya dalam projek pembinaan terowong dan fasiliti-fasiliti bawah tanah?  Juga berguna dalam pengeluaran minyak mentah dan gas? Nah, apakah kalian masih fikir nitrogen, dan gas-gas adi lainnya di udara, tiada langsung fungsi mahupun peranan?

◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊

Amru Bin Al-Asr –barangkali- merasakan dirinya umpama "oksigen". Masakan tidak, sejak sebelum keIslaman lagi, beliau merupakan bak "juara pidato", "pembahas PPM (Piala Perdana Menteri)" dan lain-lain gelar yang bisa dimenangi oleh seorang sefasih lidahnya. Sebelum hidayah menyapanya, silat lidahnya terasa begitu tajam menentang dakwah Sang Nabi untuk belasan tahunnya. Lalu setelah terjadinya "Langkah Hidayah" yang berkesan dan tidak sumbang itu, hidayah pun menyapanya. Bersama Khalid Al-Walid dan Uthman Bin Thalhah, ia pergi ke Madinah bertemu Sang Nabi, demi menyatakan KeIslamannya. Maka wajar, ia terasa begitu istimewa. Apatah lagi, daripada perlakuan, sikap dan kata-kata Sang Nabi, pastilah dirinya yang paling istimewa lagi "number one for me" bagi Sang Nabi.

Mengingati potensi lisan yang dipunyainya itu, suatu hari, ia memberanikan diri bertanya tanya, untuk barangkalinya mendapatkan sebuah kepastian. "Ya Rasulullah, siapakah yang paling kau cintai?"

"Aisyah," jawab Sang Nabi dengan sekuntum senyuman.

"Maksudku," kata Amr, "dari kalangan lelaki?"

"Ayahnya Aisyah (yakni Abu Bakar)," jawab Ar-Rasul masih mengukir senyuman.

"Selepas itu siapa?"

"Umar."

"Selepas itu?"

"Uthman." Dan Rasul terus tersenyum.

"Setelah itu," bicara Amr di kemudian harinya, "aku menghentikan pertanyaanku. Aku takut namaku akan disebut paling akhir!"  Hari tu, Amr tersedar bahawa baginda Ar-Rasul adalah seorang manusia -bahkan boleh jadi satu-satunya manusia- yang mampu menjadikan setiap jiwa merasa dialah yang paling disayangi, paling dicintai dan paling dekat dengan sosok tubuh junjungan nan mulia itu. 


Hebat! Apa bisa kau menjadikan setiap orang merasakan dirinya "istimewa" malahan "number one for me"  dalam jiwa ragamu?

◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊◊

Saudaraku,

Disaat engkau merasakan dirimu hebat, pertanyakanlah pada dirimu, apa mampu engkau melayani manusia sehingga dirinya merasa sebegitu istimewa? Jika tidak, nah betapa jauhnya sosok dirimu, juga diriku, sosok kita semua, berbanding dia yang seharusnya menjadi kekasih, panutan dan teladan yang cuba dicontohi oleh kita semua: Ar-Rasul Musthofa Muhammad SAW?

Benarkah kita sudah sebegitu bagus, sebegitu hebat, atau sebaliknya kalau saja para penghuni langit bisa memberikan kesaksian, pasti nama si fulan, kemudian fulanan, kemudian fulanun dan lagi dan lagi dan lagi akan disebutkan oleh para penghuni langit dalam list sosok insan yang dikagumi mereka, sehingga kita mula gelisah apakah kita tergelincir daripada list itu? Benarkah kita sudah sedemikian bagus, hingga mula timbul bibit-bibit kesombongan, sedang Al-Quran menukilkan mereka yang benar-benar diiktiraf bagus –Ulil Albab gelaran Allah kepada mereka- malahan merasa begitu kerdil begitu hina, sehingga sering memohon berdoa pada Yang Maha Kuasa, agar mereka diselamatkan daripada api Neraka?

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulil Albab). (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(Surah Ali Imran [3]:190-191)

Kau fikir engkau "oksigen", apakah kau tidak sedar bahawa nitrogen berkali ganda daripada dirimu di dalam episod kehidupan. Maka ingatkanlah kembali pesannya para salafus soleh: 

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab,
Cikarang, Indonesia
 

*Untuk lebih lanjut tentang gas, layari website http://www.fascinating-gases.com/

Tuesday, November 18, 2014

H20 (siri II)

Kita sedang membicarakan berkenaan air, atau istilah saintifiknya: H2O. Pada perbincangan lepas, kita sudah berceloteh panjang lebar berkenaan salah satu juzuk penting di dalam komponen H20 ini, iaitu Hydrogen. Mari kita sempurnakan perbahasan kita tentang makhluk bernama H20 ini dengan bertadabbur bersama-sama komponen pelengkapnya, yakni Oksigen.

Saudaraku,
Yang namanya manusia, adalah sejenis makhluk yang tidak pernah merasa puas. Sentiasa mahu lebih. Sentiasa merasa kekurangan. Hingga wajar, Ar-Rasul Musthofa SAW  menjelaskan;

"Seandainya seorang Bani Adam (manusia) itu memiliki selembah emas, dia tentu mengingkan memiliki dua lembah dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya kecuali tanah (tidak merasa puas sebelum mati) (Muttafaqun 'alaih)

Dalam ia mahu yang lebih dan lebih dan lebih lagi, barangkali ia tidak sedar betapa yang lebih tidak semestinya menguntungkan. Ambillah oksigen di udara misalannya. Oksigen sangat diperlukan oleh seluruh kehidupan di dunia nan fana ini. Namun, jika nisbah oksigen sebanyak 21% yang ada di udara ini ditingkatkan hatta sebanyak 2% sahaja, itu sudah cukup untuk menjadikan kenyamanan kehidupan terancam dan lintang-pukang lantaran meningkatnya risiko pembakaran, dek sifat oksigen yang cenderung untuk mencetuskan kebakaran. Nah, ternyata dengan oksigen sebanyak itu, biar kecil kelihatan angkanya, ternyata itu sudah cukup untuk memberikan kehidupan buat manusia, haiwan, malah tumbuh-tumbuhan. Kandungan oksigen di udara semacam menjadi saksi, betapa seringkali yang lebih itu, bahkan bisa membahayakan,  memberikan ancaman, malah membawa kepada kemudharatan, selain menjauhlah kemanfaatan yang diharap-impikan.

Namun, bersyukur dan bersikap redha dengan apa yang ada, tidaklah bererti harus berasa puas dengan achievement yang tidak seberapa sehingga langsung berhenti berusaha. Kerana harus kita akui, "kefakiran itu bisa membawa kepada kekafiran." Sungguhpun hadith tersebut ternilai sangat dhaif darjatnya, tetapi mesej dan maksud yang terkandung pada ungkapan itu ternyata banyak juga kebenarannya. Bahkan banyak hadith-hadith yang lebih sahih dan lebih tepat, yang menyokong kenyataan tersebut.

Di dalam sunan Abu Daud Dari Abu Said al-Khudry R.A: Pada suatu hari, Rasulullah telah memasuki masjid (baginda) dan mendapati seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah bertanya: "Wahai Abu Umamah, kenapa aku tak ada nampak pun engkau duduk-duduk di masjid semasa waktu solat?" Abu Umamah menjawab: "Kerisauan dan hutang-hutang memaksaku demikian, Ya Rasulullah." Rasulullah: "Adakah engkau mahu jika aku ingin mengajarmu kata-kata yang apabila engkau menyebutnya Allah akan membawa pergi kerisauanmu dan melunaskan hutangmu?" Abu Umamah menjawab: "Sudah tentu, Ya Rasulullah!" Rasulullah bersabda: Ucapkanlah ketika pagi dan petang: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dari-Mu daripada kerisauan, kesedihan, rasa lemah-lemah (badan) dan sifat malas, juga daripada sifat penakut dan kedekut, serta dari belenggu hutang dan penganiayaan (perlakuan keras/kasar) manusia terhadapku.

 Maka Abu Umamah Justeru aku pun mengamalkannya, maka Allah telah menghilangkan kerisauanku dan terlunas semua hutang-hutangnya.

Dalam riwayat yang lain yang menyebut al-faqr (kefakiran) dengan status yang lebih sahih dan sanad yang kuat ialah hadis doa Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kefakiran, kekurangan, kehinaan dan dari menzalimi orang lain atau dizalimi oleh orang lain.
(Musnad Ahmad, hadis nombor: 8053; Adab al-Mufrad, al-Bukhary, hadis nombor: 678; Sunan Abu Daud, hadis nombor: 1539, Sunan al-Nasa'iy, hadis nombor: 5460; Sunan Ibnu Majah, hadis nombor: 3842; Ibnu Hibban, hadis nombor 1030; Mustadrak, al-Hakim, hadis nombor: 1983; al-Sunan al-Kubra, al-Baihaqy, hadis nombor: 12929 - isnadnya sahih dan Al-Albany juga mengkategorikannya sebagai hadis sahih dalam Sahih al-Jami', hadis nombor: 1287).

Seperti Oksigen, begitu kandungannya di udara turun hingga ke paras 11%, itu sudah bisa membawa kepada kerosakan otak, hilangnya kesedaran, bahkan bisa membawa kepada maut! Maka lihatlah, bagaimana menjunamnya prestasi Islam di tengah-tengah ketamadunan dan peradaban manusia, justeru menyebabkan hilangnya izzah dan penghormatan masyarakat dunia kepada agama yang justeru sebenarnya membangunkan dan menggemilangkan!


Wajar, Imam Hassan Al-Banna ketika mana berbicara tentang maratibul amal, Al-Banna tidak sekadar menyebut peri-pentingnya menjadi Muslim yang baik. Atau punya keluarga yang Islami. Tidak juga sekadar beroleh pemerintah yang Islami atau Negara yang Islam. Bahkan, Al-Banna punya visi betapa targetnya umat Islam itu, harus sampai kepada ustaziyatul alam: guru dan pusat referensi kepada seluruh alam! Bukankah Ar-Rasul itu sendiri terutus sebagai rahmah buat sekalian alam?

Maka dengan itu, sedarlah kita betapa pengasih lagi pemurahnya Ar-Rahman, tatkala ia menyebut tentang sifat-sifat Ar-Rahman-Nya itu, tidak lupa Dia menyebut tentang betapa rahmatnya alam, udara dan semuanya, diciptakan di atas neraca keseimbangan. Firman Allah:

"Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca.
Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu."
(Surah Ar-Rahman [55]:7-9)

Itulah kata kuncinya: keseimbangan. Lantas, dengan terciptanya komposisi udara secara seimbang –Oksigen 21%, Nitrogen 78% dan Argon 1%- apakah kita sedar lalu bersyukur dengan betapa besarnya nikmat dan kurnia pemberian Tuhan? Andai kurang bisa membawa kepada kematian. Andai lebih, membawa pula malapetaka berbentuk kebakaran. Tapi bila ianya just nice, tawazun, wasatiyyah, tenyata kehidupan nyawan lagi membahagiakan. Apakah dikau pernah bersyukur dengan keseimbangan ini?

Itulah sebabnya Allah SWT menyebutkan:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya."
(Surah Ibrahim [14]:34)

Betapa lemah, dhaif dan lekanya manusia, hingga takkan pernah bisa, takkan pernah sanggup mensyukuri segala nikmat pemberian Tuhan. Maka, kembalilah bertanya kepada diri-diri kita, nikmat pemberian Tuhanmu yang manakah yang sudah dikau alpakan?
-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab,
Cilegon, Banten


Wednesday, October 15, 2014

Sering kadang, banyak perkara yang dapat kita pelajari daripada kanak-kanak…

·        Kartun Ninja Turtle zaman saya…

Anak-anak saya –seperti saya juga di kala usia mereka- adalah peminat rancangan animasi "Teenaga Mutant Ninja Turtle." Bagi yang tidak pernah menonton rancangan animasi ini, ianya berkisarkan tentang 4 ekor penyu (turtle) yang telah menjadi mutant, lalu di"usrahkan" dan di"halaqahkan" oleh seekor tikus (khilaf: ada yang kata dia memang seekor tikus. Ada yang kata dia pun mutant gabungan manusia dan seekor tikus) yang mana tikus itu (namanya Splinter) bertindak sebagai murabbi mereka. Lalu membesarlah mereka dalam "tarbiyah ninja" sehingga berjaya menjadi Teenage Mutant Ninja Turtle: kumpulan hero penyelamat bumi! 


·        Ninja Turtle zaman anak-anak…

Berkawan dengan anak-anak terkadang benar-benar memberikan pengajaran berguna buat kita. Selain menajamkan pemikiran untuk menjawab soalan anak-anak yang macam-macam, corak pemikiran simple mereka juga menjadi buah berguna buat diri yang ingin bermuhasabah. Cuba fikirkan, bukankah penyu itu slow. Lambat. Nah,macam mana pula penyu boleh jadi Ninja? Boleh bergerak pantas menewaskan musuh-musuh?

Saya mengambil jalan mudah bagi merungkaikan persoalan tersebut: sebab kartun tu tipu hahahaha…. Tapi apa pun, the creators of Teenage Mutant Ninja Turtle has definitely add-in an important item to the turtle characters that all of us –especially Muslims- should have: Hope! Belief!

Tanpa hope, tanpa belief ini, apa mungkin baginda Musa A.S bias menghadapi ke"gergasian" kerajaan Firaun? Apa mungkin baginda akan terlepas daripada ancaman Firaun lewat laut Merah yang terbelah secara ajaibnya?

Anak-anak tidak peduli bagaimana penyu yang sebenarnya lambat, boleh tiba-tiba bergerak pantas seperti Ninja. Kerana pemikiran mereka hasil tarbiyah ala kartun sebenarnya turut memberikan ruang yang positif buat mereka: believe in the impossible! Dan sebeginilah yang cuba ditanamkan oleh Islam kepada mentality para penganutnya: ada mentari dan pelangi indah di hujung gerhana (kemunduran Islam)!

Memang ada yang harus kita pelajari daripada anak-anak. Belajarlah, untuk mempercayai kemustahilan!

Wednesday, October 8, 2014

Hydrogen

H20

Ketika artikel ini ditulis, saya sedang berada di Cilegon, sebuah kota industri yang terletak di dalam provinsi Banten, Indonesia. Saya berada di sini atas urusan kerja, di sebuah kilang pengeluar gas oksigen, jauh beribu batu daripada kampung halaman tercinta, dengan dipisahkan samudera luas terbentang biru warnanya. 


Laut adalah paduan air dalam bentuk asli yang kita kenalinya: cecair (liquid). Pada artikel yang lepas, kita sudah berbicara bentuk lain kepada makhluk yang bernama air ini: steam. Steam, adalah air tetapi di dalam bentuk gas. Nah, jika air (dalam bentuk cecair) sering dikaitkan dengan ketenangan dan kedamaian, kenyamanan dan kebugaran, maka –seperti yang sudah kita bicarakan pada edisi yang lalu- steam pula bisa mendatangkan impak yang menggerunkan lagi menakutkan. Siapa sangka, di sebalik ketenangan dan kenyamanan yang dipamerkan sang air, terkandung kekuatan luar biasa tatkala ia berubah bentuk kepada bentuknya yang lain: steam. Benarlah kata pepatah; air yang tenang, jangan sangka tiada bahaya. Nantikan saja bentuk steamnya hahaha…. (peribahasa dirobah sendiri. Maaf).

Lalu, jika air itu adalah bentuk cecairnya kepada steam sedang steam itu pula adalah bentuk gasnya kepada air, maka apakah komponen asas kepada air atau steam ini? Jawapannya, terletak pada panggilan sains atau kimia kepada sang air ini; itulah H20. Dua atom Hydrogen, dan satu atom oksigen.

Hydrogen adalah elemen yang paling ringan dan paling banyak di alam maya ini. Oleh kerana hydrogen hanya menjana air dan tiada apa-apa lagi pengeluaran yang berbahaya tatkala ianya dibakar, hydrogen dikategorikan sebagai environmentally friendly dengan masa depan yang cerah.

Sifat environmentally friendly yang dipunyai oleh hydrogen ini, mengingatkan kita kepada sifat asas yang seharusnya dipunyai oleh orang-orang Muslim kita. Di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim, nabi kita SAW diberitakan bersabda;

"Seorang Muslim itu adalah seorang yang orang-orang Muslim yang lain terselamat daripada (gangguan) lidahnya dan tangannya."

Nah, bayangkan seandainya semua orang-orang Islam mempraktikkan requirement yang terkandung di dalam hadith di atas. Tentulah masyarakat seantero dunia akan melihat, betapa Islam ini benar-benar merupakan rahmatan lil 'alamin untuk masyarakat sejagat. Sayangnya, ternyata hakikat yang terpampang di hadapan mereka mempamerkan hal yang berlawanan dan yang sebaliknya.

Lihatlah sahaja bagaimana dunia politik hari ini misalnya, sudah mula menjadi "semurah" dunia hiburan. Jika dunia hiburan sinonim dengan gossip-gosip yang jelasnya sama ada kisah-kisah fitnah ataupun pembukaan aib sesama Muslim (sedangkan jelas Islam menyuruh kita menutup aib saudara kita), lalu apa bezanya dengan dunia politik? Hari ini bila kau disuka kau dipuja, esok bila kau dibenci kau dicerca. Hari ini apabila orang memerlukanmu kau disanjung, esok bila sudah tidak diperlu kau dilambung. Hari ini kejayaanmu pantas dijunjung, esok bila kejayaan itu ingin dirampas, segala aib dan kelemahan atau rekaan tiba-tiba muncul sebegitu pantas. Politik sudah saling tidak ubah seperti dunia hiburan.

Tetapi, di balik sifat hydrogen yang bisa mendinginkan itu, ia ada kuasa letupan yang luar biasa. Hingga, anda akan mengelak percampuran hydrogen dengan udara, kerana bisa menghasilkan letupan yang menggerunkan. Tetapi andai kuasa letupan ini digunakan pada jalan yang betul, ia tetap memberi manfaat yang besar kepada kehidupan manusia, seperti yang sedang cuba dilakukan oleh para pengeluar industri automatif dunia yang cuba memperkenalkan kenderaan berasaskan hydrogen cell.

Kerna itu, syeikh Mutawalli Sya'rawi menimbulkan persoalan, tatkala ia membahaskan firmanullahi Ta'ala di dalam surah Al-Ma'idah ayat yang ke-54:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya"

Kata Sya'rawi, "mengapa Allah mengatakan   kerana  menunjukkan suatu ketinggian, sedangkan   mengisyaratkan sesuatu yang rendah." Jawapan saya,  seperti perbahasan kita tentang hydrogen tadi! Sifat hydrogen sebagai agen penyejuk adalah contoh kerendahan dirinya, sedang sifatnya yang mampu meletup adalah contoh kemuliaan dan bangga dirinya. Lalu Sya'rawi menyambung lagi; "maksud yang dituju adalah untuk menunjukkan bahawa kelembutan di sini bukan makna yang sering dipahami orang, tapi kelembutan yang syarat dengan sifat mengayomi dan menyayangi. Meskipun terkesan bahawa kelembutan itu berstatus rendah..."

"Kelembutan adalah faktor yang membuat harkat seorang mukmin menjadi mulia. Makna ini dinyatakan dalam sebuah pepatah: "Orang yang tawadhu' dinaikkan martabatnya oleh Allah."
(Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi, "Tafsir Sya'rawi (Jilid 3)", Duta Azhar, ms. 739-740)

Ramai yang tidak sedar, sikap low profile  sebenarnya tidaklah menurunkan darjat seseorang. Malah sikap low profile, tawadhu' dan rendah diri ini bahkan bisa mengangkat darjat sesorang di kalangan penghuni langit, selain akhlak terpuji di kalangan para mukmin penghuni bumi. Seperti hydrogen, ianya mungkin ringan dan menyejukkan pada pandangan engineer fresh grad, tetapi suatu kuasa luar biasa di kalangan para pakar industri automatif.

Lihatlah sikap "hydrogen" yang dipamerkan oleh Imam kita yang mulia, Imam An-Nawawi rahimahullah. An-Nawawi digelar sebagai "muhyiddin", yakni "orang yang menghidupkan agama" oleh orang-orang di zamannnya. An-Nawawi, dek rasa tawadhu' dan rendah dirinya, tidak menyukai gelar itu diberikan kepadanya. Malah melarang keras orang memanggil gelaran sebegitu mulia itu terhadap dirinya. Kata Al-Lakhmi; "shahih darinya bahawa dia mengatakan; "aku tidak menghalalkan siapa pun yang menggelariku dengan Muhyiddin." (Syaikh Ahmad Farid, "Niografi 60 Ulama Ahlus Sunnah", Darul Haq, ms. 845)

Tetapi lihatlah bagaimana Allah memunculkan gelar ini untuknya untuk mengenang dan mengabdikan namanya. Inilah yang disebutkan oleh baginda Nabi SAW di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah;

"tidaklah seseorang bertawadhu' kerana Allah melainkan Allah (pasti) meninggikan (darjat)nya."
(HR Muslim (Al-Birr, 16/141), Tirmidzi (Al-Birr, 4/376), Ahmad dalam Al-Musnad 2/386 dan Ad-Darimi (Az-Zakah, 1/396)

Maka janganlah memandang rendah kepada seseorang wahai kawanku. Siapa tahu, mungkin ia lebih dapat berbakti kepada agama ini, berbanding dengan dirimu!

Bersambung..... 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Pengamal "Rusmul Bayan"



Tuesday, September 16, 2014

Soalan

Saya telah ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang hamba Allah yang boleh dikatakan macam tidak menggunakan akal sepenuhnya. Dia pegang jawatan ketua kelas, tapi macam hanya sekadar nama sahaja. Senang cerita macam ni la..dia tidak amanah.

Ustaz Faridul, macam mana saya perlu hadapi dengan orang yang tidak menggunakan akal ini, yang tidak dapat menerima apa yang saya sampaikan kepadanya.

Jawapan

Assalamualaikum

Minta maaf sebab ambik masa sikit nak merespon musykilah anta. Pada masa yang sama, anak muda juga harus belajar tentang perkara ini: jangan gopoh dalam merespon apa-apa permasalah atau persoalan daripada ummah.

Kita belajar daripada asbabun nuzul Suratil Kahfi. Ahli Kitab datang bertanya kepada baginda Nabi SAW tentang 3 persoalan. Kata Nabi (SAW), esok aku jawab. Namun, ternyata esoknya wahyu tidak tiba (bagi menjawab persoalan tersebut). Lusa juga. Tulat juga. Hanya 14 hari  (atau lebih. Atau kurang) kemudiannya, beserta teguran langsung daripada Allah Azza Wa Jalla:

“dan janganlah Engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa Aku akan lakukan Yang demikian itu, kemudian nanti". melainkan (hendaklah disertakan Dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(Surah Al-Kahfi [18]:23-24)

Juga, sebagai pelajaran kepada umat Islam betapa Allah Azza Wa Jalla sahaja tidak gopoh menjawab setiap persoalan hamba-Nya. Bukan kerana Allah “tak reti” nak jawab. Tapi sebagai pelajaran pada kita ni yang banyak tak reti, kalau Allah sahaja tidak gopoh, mengapa kita mahu berperlakuan sedemikian?

“Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil (teratur dan benar).”
(Surah Al-Furqan [25]:32)

Daripada apa yang ana faham daripada Whatsapp anta yang panjang lebar, isu anta dengan sahabat anta ni adalah masalah dia tidak menjalankan tugas sebagai ketua kelas. Yang lain daripada tu, dia ni ok. Dia orang yang solat. Dia rajin datang kelas (dia hadir ke kelas ekonomi dan tidak pergi kursus ketua kelas), dia bergaul dengan orang (main futsal), dan sebagainya. So totally isu anta dengan dia adalah isu dia “tidak amanah” (menurut perhitungan anta) sebagai ketua kelas, dan dia “tidak menggunakan akal” kerana tak makan nasihat anta. Harap pemahaman ana terhadap musykilah anta ni betul.

Sebagai Muslim, kita adalah golongan yang senantiasa menjadikan Quran dan Sunnah sebagai reference teragung kita. Dalil naqli baik daripada nash Quran, atau hadith, atau sirah, akan sentiasa kita dahulukan berbanding dalil aqli, yakni pemikiran dan pemahaman kita sendiri.

Ketahuilah wahai adikku, golongan Quraisy Mekah daripada Bani Ummayyah dalah di antara kelompok yang paling akhir memeluk Islam di zaman baginda Rasul SAW. Di zaman permulaan dakwah, bahkan kelompok merekalah yang paling kuat dan paling extreme menentang dakwah Ar-Rasul SAW. Kemudian, menjelang kemenangan Islam dan setelah kemenangan Islam, barulah kelompok Bani Umayyah ini memeluk Islam, sesuai dengan firman Allah:

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, “
(Surah An-Nashr [110]:1-2)

Tokoh Bani Umayyah, Abu Sufyan, yang dahulunya terkenal sebagai ketua penentang dakwah baginda Nabi SAW, memeluk Islam menjelang peristiwa pembukaan Makkah (Fathu Makkah). Begitu juga tokoh-tokoh Bani Umayyah yang lainnya, sehingga, in terms of seniority sebagai Muslim, Bani Umayyah ni tergolongan di kalangan kelompok yang antara “paling junior” memeluk Islam (di zaman Nabi SAW).

Sudahlah junior, dari segi kesolehan dan kedekatan dengan Allah SWT, ternyata tidak mampu menyaingi darjat kesolehan dan kedekatan dengan para sahabat-sahabat senior yang lain, terutamanya mereka yang terlibat dengan peristiwa Hijrah, atau mereka yang terlibat dengan Perang Badar Al-Kubra. Sirah mengajarkan kita hadith daripada baginda Nabi SAW:

إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى نَظَرَ إِلَى أَهْلِ بَدْرِِ فَقَالَ : اعْمَلُوْا مَا شِئْتُمْ فَإِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ
“Sesungguhnya Allah tabaraka wa ta’ala melihat ahli Badar dan berfirman, ‘Berbuatlah sesuka hatimu, sesungguhnya Aku telah mengampunimu.'”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3.007) dan Muslim (2.494) dari hadis Ali radhiyallahu 'anhu]

Sungguhpun yang demikian, ternyata Islam tidak culas dalam melantik sahabat di kalangan Bani Umayyah sebagai pemimpin mereka. Sahabat Bani Umayyah bukan sekadar dilantik menjadi pemimpin di zaman Nabi, bahkan juga dilantik sebagai pemimpin di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Soalnya sekarang, mengapa?

Bagi yang memahami persoalan ini, automatic mereka akan memahami hadith Nabi SAW berkenaan hadith “pemimpin itu harus dari bangsa Quraisy”. Yang lebih tepat, Bani Ummayyah.

Bani Umayyah, sungguhpun tidaklah se”gah” sahabat-sahabat yang lain, terutamanya yang masuk ke kategori Muhajirin dan Ansar, tetapi mereka merupakan kelompok yang memang “tera” dalam bab management dan kepimpinan. Merekalah yang memegang kekuasaan sebelum kedatangan Islam, maka dengan potensi dan kelebihan ini, sewajarlah mereka diberikan amanah kepimpinan, sungguhpun masih “hijau” atau junior dari sudut keIslamannya. Inilah antara lain mesej yang tekandung dalam hadith “logam”:

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."

Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Ramai sahabat yang jauh lebih hebat kesolehannya dibandingkan sahabat Bani Umayyah. Jauh lebih power dakwahnya, namun, Nabi SAW tidak memberikan amanah kepimpinan kepada sahabat itu. Contohnya Abu Dzar Al-Ghiffari R.A.

Abi Dzar memeluk Islam ketika di Mekah. Jumpa Nabi SAW kejap je. Tarbiyyah dengan Nabi SAW terlalu pendek, namun bila balik kepada kaumnya yang brutal, kaum Ghiffar, beliau mampu mengIslamkan, mampu menjinakkan, mampu melunakkan kekerasan dan kebrutalan kaum Ghiffar untuk memeluk Islam. How cool and powerful could that be?

Still, ketika Abu Dzar meminta jawatan daripada baginda Nabi SAW, apa jawab baginda Nabi?

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي أَبِي شُعَيْبُ بْنُ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ الْحَارِثِ بْنِ يَزِيدَ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ ابْنِ حُجَيْرَةَ الْأَكْبَرِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Maksudnya : cAbd al-Malik bin Shucaib bin Laith telah menceritakan kepada kami, telah menceritakan kepadaku bapakku Shucaib bin Laith,  Laith bin Sad telah menceritakan kepadaku, Yazid bin Abu Habib telah menceritakan kepadaku  daripada Bakr bin cAmr daripada al-Harith bin Yazid al-Hadramiy daripada Ibn Hujairah al-Akbar daripada Abu Dhar dia berkata, saya bertanya, "Wahai Rasulallah, sudikah tuanku melantikku sebagai seorang pegawai?" Abu Dhar berkata, "Kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda: "Wahai Aba Dhar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan), sedangkan jawatan itu merupakan satu amanah. Kelak pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar."
(Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Kepimpinan, Bab Makruh Meminta Jawatan Tanpa Darurat, hadith no. 3404)

Di dalam riwayat lain, Nabi SAW bersabda;

“Wahai Wahai Aba Dhar, sesungguhnya aku melihat mu sebagai seorang yang lemah (daripada menerima jawatan), sedangkan aku mencintaimu sepertimana aku mencintai diriku. Janganlah kamu menjadi pemimpin di antara dua orang dan janganlah kamu menguasai harta anak yatim”
(Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Kepimpinan, Bab Makruh Meminta Jawatan Tanpa Darurat, hadith no. 3405)

Begitulah. Layak menjadi pemimpin tidak bererti dia punya kedudukan mulia di sisi Allah. Belum tentu! Dan seorang yang tinggi darjat kesolehannya, tidak bererti yang reti memegang jawatan. Lihatlah kisah di bawah (boleh rujuk blog lama ana http://faridul.blogspot.com/2007/06/serial-pengorbanan-orang-besar.html)

Tidak hairanlah Umar al-Khattab, di saat memenuhi appointment para sahabatnya di zaman kekhilafahannya, mendahulukan Bilal, kemudian Shuhaib, kemudian Salman, kemudian Ibnu Mas’ud, sehingga memetik suis kebengangan Abu Sufyan. “Aku tidak mengira bila Umar membuatku lama menanti sesudah mereka masuk terlebih dahulu sebelumku,” keluh Abu Sufyan kemarahan.

Namun, Umar punya parameternya yang tersendiri, tatkala memilih “orang besar” yang harus ia utamakan. Maka sang bijak Suhail Ibnu ‘Amr pun menegur, “Wahai Abu Sufyan, demi ALLAH, aku tidak peduli dengan pintu ‘Umar dan izinnya. Akan tetapi, aku khuatir bila kita dipanggil pada hari kiamat nanti, maka mereka akan masuk Syurga, sedang kita ditinggalkan, kerana sesungguhnya mereka dan kita ketika diseur, ternyata merekalah yang menyambutnya, sedang kita terlambat. Mereka telah mengenal, sedang kita mengingkari. Oleh kerana itu, pantaslah bila mereka didahulukan, sedang kita dikemudiankan.”

Maka, ana berpandangan, isu dengan sahabat anta ni adalah dia tidak pandai menjadi pemimpin. Itu sahaja. Penyelesaiannya pun mudah: tukar ketua kelas.

Kerana jika semua orang yang tidak pandai menjadi pemimpin dikatakan “tidak menggunakan akal” atau “tidak amanah” lain sebagainya, bagaimana pula dengan kedudukan Abi Dzar? Just bayangkan kalau baginda Nabi SAW tetap menyerahkan urusan kepimpinan kepada Abu Dzar, ada tak kemungkinan dia akan buat perangai macam sahabat anta ni? Lalu anta pun akan anggap Abu Dzar ni pun perangai sama. Walhal dia di antara sahabat yang paling terkenal dan tersohor kesolehan dan kewarakannnya. Tidak syak lagi! Cuma, dia tak reti memimpin, itu sahaja. Tak semua orang boleh memegang kepimpinan!

Pele merupakan lagenda bola sepak. Hebat di atas padang. Tak bererti dia dapat jadi manager dan coach yang baik. Alex Ferguson tak terkenal pun sebagai player bolasepak, tapi berjaya menjadi antara manager paling berjaya, paling berpengaruh dan paling dihormati di kemudian harinya. Ini contoh difference between main bagus dalam padang, dengan strategi hebat dan keupayaan menguruskan sebuah pasukan.


Jadi, jika benar pemahaman ana terhadap persoalan anta yakni isu anta sekarang ni just isu dia sebagai ketua kelas, pada ana penyelesaiannya tukar ketua kelas. Tutup cerita. Ada lagi banyak jenis manusia yang patut kita bimbangkan contohnya yang tak solat, yang kerja pukul orang,  yang minum arak, dan sebagainya. Anta belum tengok dunia lagi ni, sebab judgement anta sekadar pada budak yang nakal yang anta berjaya pujuk untuk berubah. Walhal ada lebih ramai manusia yang lebih brutal di luar sana, yang tak seperti expectation anta. Akhi, Nabi SAW pun tak dapat mengubah semua manusia. Masih ramai yang keras penentangannya terhadap Nabi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Atau Musa berhadapan dengan Firaun. Apakah anta rasa semua orang semudah itu didakwahi dan dinasihati? Oleh yang demikian, jangan beratkan otak dengan isu yang kecil lalu dibesar-besarkan, kerana di luar sana lagi banyak isu-isu besar yang harus kita bimbangkan.

Juga teguran ana kepada generasi muda hari ini. Di zaman Nabi SAW dan salafus solih, semua orang ikut tarbiyah. Semua orang boleh berdakwah. Tapi ramai yang menolak-nolak bila diberikan jawatan. Generasi zaman sekarang, ikut tarbiyah tak nak. Nak suruh berdakwah kata tak mampu. Tapi bila diberi jawatan cepat pulak terimanya. Totally 180 degree daripada generasi ikutan umat ini, teladan para salafus soleh.

Kerana itu Hassan Al-Banna memfamouskan kembali tarbiyah. Usrah-usrah dan sebagainya. Untuk mengembalikan fikrah dan pemahaman umat ini seperti pemahaman salafus soleh.

Di dalam tarbiyah, kita menyedari jalan dakwah ini panjang. Maka perlu melaluinya secara slow and steady. Jangan gopoh memetik hasil, kata Al-Banna. Focus on takwin (pembinaan). Bukan  program-program besar yang glamer dan kemasyhuran.

Generasi hari ini, yang tak ikut tarbiyah, tapi bersemangat Islam, mereka gagal memahami hakikat ini. Itulah sebabnya sibuk melakukan program-program besar dan gempak, lalu tak ikut dan tak konsisten dalam usrah. Tidak sabar memetik hasil. Mungkin terlupa dakwah era Makkah baginda Nabi SAW sahaja memakan 13 tahun. 13 tahun tak boleh balas balik pukulan dan serangan! 13 tahun bersabar di atas kesabaran! 13 tahun penumpuan kepada takwin (pembinaan. Buat usrah. Buat usrah. Dan buat usrah), walhal ketika itu sudah ada dua orang tenno besar umat; Hamzah dan Umar Al-Khattab! Namun, beginilah tabiat jalan dakwah....

Tarbiyah memahamkan kita untuk berpendapat dan bertindak selari dengan nash dan dalil, bukan ikut pendapat kita semata-mata. Siapalah kita kalau dibandingkan kebenaran dan kebijaksanaan petunjuk Ilahi:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.“
(Surah Al-Ahzab [33]:36)

Namun, berapa ramai di kalangan anak muda sana, yang bersemangat dan berkeazaman tinggi kepada agamanya, namun sering bertindak dan berpemikiran tidak selari dengan apa yang dipandukan oleh Quran dan baginda Nabi? Hanya lantaran mereka perasan mereka lebih Islamik berbanding petunjuk dan wahyu Ilahi?

Maka nasihat ana, hidupkan kembali tarbiyah. Usrah. Daurah. Konsistenlah datang usrah, bukan konsisten datang meeting! Kerana percayalah, kekuasaan itu akan datang sendiri insyaAllah, setelah tarbiyah dan takwin kita cukup mantap! Firman Allah:

„Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.“
(Surah An-Nur [24]:55)

Belajarlah daripada Hamas. Atau Ikhwan.Atau Nahdah. Atau PKS. Bagaimana kuasa itu datang, setelah tarbiyah dan dakwah menyebar ke tengah-tengah masyarakat. Di Indonesia, ODOJ (On Day One Juz), artis pun mampu nak fulfill. Di Malaysia, budak dakwah yang kononnya power pegang jawatan, berapa hari baru dapat habiskan 1 juz? Mari kita berubah agar kebangkitan Islam benar-benar reality tidak lagi fantasi.


Akhukum,

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Thursday, September 11, 2014

Ada potongan kata-kata yang indah, inspirational, dan menggugah, yang konon diucapkan Sir Richard Branson, sang "otai" dunia penerbangan murah. Konon katanya;

 

Train people well enough so they can leave.

 

Treat them well enough so they don't want to.

 

Saudaraku,

 

Bukan hanya di alam pekerjaan , malahan di alam "pembinaan" (yakni pembinaan kader-kader dan rijal-rijal), quotable quote Sir R.Branson itu bisa terpakai. Ini bukan dunia silat dulu-dulu yang ngko harus sembunyikan sedikit apa yang ngko tahu, agar anak murid tak boleh dan tidak akan melawan guru. Bukan. Bukan! Ini dunia Islam yang amanah terhadap ilmu! Hingga, beberapa hadith yang Nabi SAW tujukan specifically kepada individu-individu tertentu, lalu menjadi rahsia mereka di zaman baginda Rasul, kemudiannya diceritakan kepada kita semua selepas kewafatan baginda, sebagai memenuhi amanah ilmu dan penyebaran hadith dan sunnah baginda Nabi SAW.

 

Ngko tidak perlu takut pengikut "melawan" guru, selagi mana ngko treat them well enough, insyaAllah….

 

Train them well enough memenuhi keperluan fikri manusia. Manusia yang tidak terpenuhi keperluan fikri ini, akan menyebabkan terjadinya maradhus Syubhat, yakni penyakit "konfius". Sehingga, jadilah ia golongan yang disebut Ad-dhallin di dalam Al-Fatihah.

 

Sedang treat them well enough adalah bagi memenuhi keperluan hati dan perasan –biasa juga disebut rohani- agar manusia tidak memiliki maradhus syahwat, yakni penyakit busuk hati, gedebe dan lain seumpanya. Inilah golongan yang tergolong di dalam Magdhubi alaihim seperti yang tersebutkan di dalam Al-Fatihah.

 

Nah, Al-Fatihah mengajarkan kepada kita kesempurnaan dan keseimbangan aspek kemanusiaan ini. Sir Richard Branson mensimplifykannya kepada kita di kemudian hari. Gabungan padu nash dan keteladanan, kemudiannya menghasilkan apa yang bisa kita sebut sebagai bayyinah, sesuai dengan apa yang Allah gambarkan di dalam surah yang ke-98:

 

"…bayyinah. Rasul daripada Allah (keteladanan) yang membacakan suhuf yang menyucikan (nash)"

 

Alangkah indahnya jika keteladanan ini ditunjukkan oleh seorang yang beragama Islam? Makanya, train your kader, your rijal, to be the best. Even better than you!

And treat them well enough, as what was reminded by our Prophet Nabi SAW, in hadith arbain ke-13, sesuai seperti apa yang anda mahu orang lain treat you!

Sunday, September 7, 2014

[JOM]: BOILER

BOILER

Air sering dikaitkan dengan kedamaian. Kenyamanan. Suatu yang mampu memberikan kesejukan. Hingga wajar, manusia secara semulajadi, mengingin dan mendambakan kedamaian, bercita dan berkehendakkan keadilan, lantaran seluruh makhluk hidup yang ada di alam maya ini, tercipta daripada unsur-unsur asas yang bernama air.
"Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
(Surah Al-Anbiya' [21]:30)

Allah juga berfirman:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya."
(Surah An-Nahl [16]:90)

Kata Dr. Atabik Luthfi di dalam bukunya "Tafsir Da'awi", perintah dengan kata "Ya'muru" (memerintah), bukan "Ya'murukum" (memerintahkan kamu semua) di dalam ayat di atas, harus difahami sebagai ayat universal yang mengikat seluruh hamba Allah, tanpa ada sekat fanatisme golongan, perbezaan pandangan, friksi, perbezaan suku bangsa dan sebagainya, kerana secara fitrah, manusia memang dilahirkan membawa prinsip-prinsip kebaikan yang diperintahkan di dalam ayat ini, selain membenci peribadi keburukan serta kezaliman yang dicegah oleh ayat tersebut.

Lalu, apa kaitannya air dengan kisah panjang lebar kita berkenaan Power Plant ini? Mari kita renung kembali secara mengundur asal-usul tenaga elektrik yang kita gunakan sehari-hari. Dari mana tenaga elektrik itu kita peroleh? Dari penjanaan elektrik yang berlaku di dalam Power Plant. Apakah peralatan yang menghasilkan elektrik itu? Generator. Bagaimana perkakas bernama Generator menghasilkan elektrik? Ia menukar tenaga kinetic kepada tenaga elektrik, sesuai dengan prinsip sains Fleming's Right Hand Rule: apabila ada pergerakan (tenaga kinetic) serta medan magnet, maka akan terhasillah tenaga elektrik.

Dari mana Generator memperoleh tenaga kinetic tersebut? Daripada peralatan bernama "Turbine" yang berputar laju menghasilkan tenaga kinetik. Apa yang menggerakkan Turbine ini? Untuk Hydro Power Plant, air daripada empanganlah yang menggerakkan Turbine tersebut. Dan untuk Thermal Power Plant pula, stim bertekanan tinggi dan bersuhu maha besarlah, yang menggerakkan Turbine tersebut.

Bagaimana pula steam yang maha dahsyat (di dalam Thermal Power Plant) tadi terhasil? Daripada hasil pemanasan air di dalam sebuah "cerek gergasi" yang kita panggil sebagai boiler. Boiler memanaskan air sehingga ia menjadi steam bersuhu dan bertekanan maha tinggi. Apakah bahanbakar yang digunakan oleh Boiler ini? Itulah diesel, atau gas, atau arang batu yang telah pun kita bahaskan sebelum ini.

Ertinya pada "cerek gergasi" dikenali sebagai "Boiler" yang dipenuhi air yang serba menenang dan mendamaikan ini, terkandung sebuah potensi serta kuasa yang maha dahsyatnya buat manusia. Persis pepatah Melayu; "air yang tenang, jangan disangka tiada kuasa!" (*nota: buaya digantikan dengan kuasa, agar ada lebih feeling keengineering).

Saudaraku,

Ketika Hassan Al-Banna memfamouskan kembali madrasah tarbiyah melalui usrah/ halaqah dan seumpamanya, ia barangkali berharap madrasah tarbiyah kaum Muslimin ini bisa berperanan seumpama Boiler tadi. Tanpa Boiler, tenaga elektrik dalam skala yang besar tidak dapat dihasilkan. Sebegitu jugalah dengan "tenaga kebangkitan" yang diharapkan ditengah-tengah umat kita ini, ianya tak kan menjadi tanpa menyemaraknya madrasah tarbiyah di tengah-tengah keberadaan umat hari ini.

Lalu, madrasah tarbiyah ini mampu membentuk pesertanya, untuk menjadi sedamai air yang memasuki sebuah Boiler. Produk-produk madrasah tarbiyah seharusnya menjadi pendamai dan penenang di tengah-tengah kehangatan dan kebobrokan umat, lantaran madrasah tarbiyah ini seharusnya mampu melahirkan individu-individu yang merealisasikan peranan Nabi "untuk  menyempurnakan semulia-mulia akhlaq."

Boiler tidak menjadikan api sebagai inputnya. Sebaliknya boiler menjadikan medium sesejuk air sebagai intipatinya. Makanya, madrasah tarbiyah seharusnya menjadikan para pesertanya, daripada seorang pemarah, kepada yang tahan sabar. Daripada tergesa-gesa, kepada individu yang lebih tenang dan perlahan. Daripada emosional, kepada rasional. Daripada pendendam, kepada pemaaf.

Daripada peminat dan penyebar gossip, kepada mempromosikan tabayyun dan baik sangka. Daripada kurang ajar, kepada rendah diri dan reti menghormati orang. Daripada sikap tidak peduli and pentingkan diri, kepada memikirin nasib umat pada setiap hembusan nafas dan denyutan nadi. Lantaran "Boiler" ini sedar, air yang tenang, mampu menghasilkan steam yang kedahsyatan kuasanya tak terbilang. Kata "Sang Murabbi", KH Rahmat Abdullah:

Merendahlah,
engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina

Nah, disebalik ketenangan dan kedamaian peserta tarbiyah, itu tidak bererti mereka bisa dilanyak, dibuli, dihina dan diperlekehkan. Air, tatkala dipanaskan di dalam Boiler, akan menjadi steam yang amat bisa menggerakkan, mampu menggerunkan. Selayaknya Sang Ghulam di dalam kisah Ashabul Ukhdud. Madrasah Tarbiyah di bawah bimbingan sang rahib (murabbi) telah menjadikan dirinya individu paling ditakuti oleh rejim zalim dan Thaghut, hingga akhirnya, Sang Raja tunduk saja kepada segala SOP dan arahan yang ia keluarkan, demi menamatkan riwayatnya sang pembela kebenaran. "Dengan nama Allah, Rabb ghulam ini," kata sang raja tatkala melepaskan busur yang membunuh Ghulam yang beriman. Tanpa ia sedar, rancangannya untuk menamatkan nur kebenaran ternyata backfire apabila rakyat yang menyaksikan, terkejut mendengar ada Tuhan lain selain sang raja, iaitu Allah. Lalu mereka pun beriman berbondong-bondong. Ternyata, Ghulam yang beriman ini telah mampu menggerakkan masyarakat, menyedarkan umat, biarpun nyawanya telah berpisah daripada jasad dan kehidupan. 


Inilah yang dibimbangi oleh para musuh kebenaran. Mereka tidak mahu peserta-peserta Madrasah Tarbiyah ini, menggerakkan "turbine kesedaran" di tengah-tengah umat, lalu mereka pun melancarkan serangan psycology (ghazwul fikri) dengan mempromosikan konon para mukmin sejati, hanyalah mereka yang sifatnya setenang dan sedamai air, dan cuba melupakan para mukminin akan potensi "steam" yang dipunyai oleh sang air. 


Tetapi Madrasah Tarbiyah pula meniupkan kembali slogan "ruhbanul fill ail, wa furshodan fin nahar." Peserta tarbiyah, mampu di malam harinya setenang air, dan di siangnya, mampu beraksi sedahsyat steam. Dan inilah yang dikhuatiri oleh para musuh agama ini.

Maka, marilah kita mengembalikan semangat "steam" umat ini, sesuai dengan saranan Al-Quranul Karim; "Hai Nabi! Kobarkanlah semangat kaum Mukminin untuk berperang!"

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Pengamal "Rusmul Bayan"



Monday, August 11, 2014

[JOM]: ARANG BATU

ARANG BATU

Diakui, tenaga boleh ubah atau renewable energy mempunyai "aura" dan "pesona"nya yang tersendiri. Tidak hairanlah semakin banyak institusi pengajian tinggi baik yang awam mahupun yang swasta, baik tempatan mahupun yang luar negara, yang menubuhkan pusat-pusat khas yang mengkhususkan kajian terhadap sektor dan industri ini. Bagi orang awam pula, mereka menyatakan sokongan dan dokongan kepada renewable energy ini kerana pada pemikiran mereka, penggunaan tenaga boleh ubah ini –yang mengambil tenaga daripada cahaya mentari, atau angin, atau takungan air dan sebagainya- akan tentunya membawa kepada zero costing, atau dalam lain perkataan, penggunaan tenaga elektrik secara percuma.

Sayangnya, kesemua yang disebutkan di atas tadi, hanya merupakan persepsi mereka semata-mata. Hakikatnya, renewable energy ini sebenarnya tidaklah reliable (boleh diharap) selain juga tidak begitu efisyen. Misalannya tenaga solar. Dengan jumlah cahaya mentari yang tidak bisa kita kawal, bagaimana mungkin tenaga solar boleh kita harapkan untuk tujuan menjana keperluan tenaga (secara konsisten) sesebuah Bandar? Itulah sebabnya, kebergantungan kita terhadap thermal power plant, yang menjana tenaganya daripada gas, atau arang batu, dan sebagainya, masih tidak dapat kita nafi, masih tidak dapat untuk kita ketepikan.

Hari ini, dengan kos thermal power plant berasaskan gas yang dianggap tinggi, negara kita semakin cenderung kepada tenaga yang berasaskan kepada arang batu. Hingga, wajar, projek-projek pembinaan power plant baru di negara kita, merupakan power plant-power plant yang berasaskan kepada arang batu sebagai sumber utamanya. Ternyata, di sebalik "kehodohan" dan kehitaman arang batu ini, terselindung manfaat yang luar biasa besar, yang bisa membahagiakan kehidupan manusiawi sejagat.

Saudaraku,

Ramai daripada kita sedia tahu hadith baginda Nabi SAW berkenaan kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing yang sedang dalam kedahagaan. Mari kita lihat "highlight" hadith ini.

Sabda Nabi SAW: "Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu" (Riwayat al-Bukhari).

Siapakah "wira" di dalam hadith ini? Seorang pelacur!

Apa-apaan saja yang disumbangkan oleh sang pelacur tadi? Air daripada telaga., yang free of charge! Bukan air sirap bandung, atau kopi cappuccino, atau ABC special, dan lain-lain air yang mungkin punya harga yang tinggi. Sebaliknya hanya air yang sifatnya biasa-biasa sahaja, malah harganya pula no cost encured!

Dan siapakah yang dibantu oleh sang pelacur tadi? Seekor anjing! Yang, menurut masyarakat kita, anjing itu najis mughalazoh! Keji. Hina. Jijik. Seakan tiada nilainya di sisi manusia.

Namun, di sebalik wira yang yang kelihatannya hina, sumbangan yang nampaknya tidak berharga, dan watak yang dibantu yang tiada nilainya, ar-Rasul menyimpulkan kisah ini sebagai pemenang anugerah yang tiada-taranya: Syurga!

Seperti arang batu. Ia hodoh. Hitam. Buruk. Kotor. Apakah ada manusia yang berminat dan berkecendurungan kepadanya? Namun, bagi mereka-mereka yang tahu akan nilai dan harga sekilo arang batu ini, mereka melihatnya sebagai bahan mentah yang sangat berharga. Bahkan, bisa menjadikan mereka kaya!

Saydina Bilal radhiallahu anhu juga sedemikian. Sudahlah bekas hamba. Hitam legam. Hingga, kalau saja ukuran kasta dibenarkan di sisi agama kita, tentu masyarakat akan menilai Saydina Bilal pada nilai kasta yang paling rendah sekali. Namun, Bilal di sisi Allah dan Rasul-Nya, justeru sangat-sangat mulia. Bukan sekadar ahli Syurga, malahan kakinya saja dibenarkan menginjak Baitullah demi melaungkan azan. Hingga benar sabda Nabi kita SAW di dalam hadith riwayat Ibnu Majah:

"Kehormatan seseorang Mukmin itu lebih besar di sisi Allah berbanding kehormatan engkau (Ya Ka'bah)," (Hadith 3932, Sunan Ibnu Majah, Juzu'2, Darul Fikr)

Tiada siapa di kalangan kita tahu kedudukan dan nilai kita di sisi Allah wahai saudaraku. Boleh jadi orang yang kelihatannya mulia di sisi manusia, justeru hina di sisi peghuni langit kesemuanya. Dan boleh jadi mereka yang kelihatannya kerdil, atau hina di mata kita, dia teramat mulia di kalangan penghuni langit yang di atas sana. Seperti intan permata yang nampak cantik dan molek, tetapi tidak bernilai dan berguna untuk menjanakan tenaga, sebaliknya arang batu yang kotor, hodoh dan hitam legam, dan tidak dipandang oleh kebanyakan daripada manusia, justeru sangat berguna untuk menjanakan tenaga bagi membantu kehidupan kita semua.

Kerana itu, jangan suka berbangga dan memandang tinggi diri sendiri, dan jangan pula suka memandang lekeh dan rendah terhadap diri dan pendapat orang lain, biar pun ia orang bawahan kita, atau anak usrah, atau siapa pun dia yang berada di "bawah" kedudukannya berbanding kita. Firman Allah:

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Surah Luqman [31]:18)

Tatkala orang atas –siapa pun dia. Baik bos sebuah syarikat. Atau kepimpinan sesebuah negara. Atau amir sebuah jemaaah dakwah. Atau naqib/ murabbi sebuah usrah- memilih "veto" di dalam setiap katanya, dan mewajibkan sam'an wa tho'an (dengar dan patuh) terhadap para pengikutnya, itu saja merupakan tanda memandang lekeh terhadap orang lain, seakan hanya kita saja yang tahu semuanya, sedang bawahan kita tidak reti apa-apa. Tetapi kesiapan kepada dialog dan memberikan ruang untuk bawahan berbicara, mengemukakan idea, adalah proses kita memanfaatkan potensi manusia, seperti mana kita gain the best from arang batu, dengan memperolehi tenaga elektrik yang diperlukan oleh kita semua.

Bukankah di dalam Surah Al-Fatihah sahaja, Allah memasukkan mesej betapa Quran-Nya harus punya interaksi dua hala?

Sabda Nabi SAW: "Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : "Aku membagi shalat antara Aku dan hambaKu separoh-separoh, dan bagi hambaKu apa yang dimintanya.

Apabila hamba membaca : Alhamdulillahi rabbil 'alamin (Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam), maka Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman: "HambaKu memuji Aku". Apabila ia membaca Arrahmanirrahim (Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang), maka Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : Hamba Ku menyanjung Aku. Apabila ia membaca : Maliki yaumiddin. (Yang Memiliki hari Pembalasan), maka Allah berfirman : "HambaKu memuliakan Aku", dan sekali waktu Dia berfirman : "HambaKu menyerah kepadaKu".

Apabila ia membaca : Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in (Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan), Allah berfirman : "Ini antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dimintanya".

Apabila ia membaca : Ihdinashshirathal mustaqim. Shirathal ladzina an'amta alaihim ghairil maghdhubi'alaihim wa ladhdhallin (Tunjukilah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang Engkau beri petunjuk atas mereka bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai atas mereka dan bukan (jalan) orang-orang yang sesat). Maka Allah berfirman : "Ini untuk hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dimintanya".
(Hadits ditakhrij oleh Muslim)

Arang batu. Jangan sampai ada yang tersilap lalu mengorder air "Arang Batu Campur" (ABC jugak kan?)
Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Sijil Pengajian Syariah
Jurutera Profesional berdaftar & Jurutera Elektrik Kompeten bertauliah

Monday, August 4, 2014

QARUNic Lifestyle

Saya mendengar radion ikim semalam dalam perjalanan pulang. Slot Ibrah, bersama Ustaz Ashaari (moga Allah memelihara dan merahmati beliau). Tentang "Qarunic Lifestyle."

Di antara ciri-ciri "Qarun"ic Lifestyle ini adalah:-

1) Menunjuk-nunjukkan kekayaan

Tak salah menjadi kaya. Tapi isunya dengan Qarun ini ialah, ia mempamer-pamerkan kekayaan tersebut dengan nada megah. Hingga kunci-kunci gedungnya sahaja harus dipikul oleh bodyguard-bodyguard bertubuh sasa (Surah 28:76)

2) Mengclaim bahawa kejayaannya mengumpulkan hartanya itu, adalah dek kerana kebijaksaannya

Kita memang disuruh berusaha, tetapi segala yang diperoleh itu adalah nikmat pemberiannya. Rujuk Surah 28:78

3) Tak mahu mendengar nasihat

Kerana sudah merasa gah, sapa lagi yang bisa menegur? Lihat Surah 29:39