BOILER
Air sering dikaitkan dengan kedamaian. Kenyamanan. Suatu yang mampu memberikan kesejukan. Hingga wajar, manusia secara semulajadi, mengingin dan mendambakan kedamaian, bercita dan berkehendakkan keadilan, lantaran seluruh makhluk hidup yang ada di alam maya ini, tercipta daripada unsur-unsur asas yang bernama air.

"Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"
(Surah Al-Anbiya' [21]:30)
Allah juga berfirman:
(Surah Al-Anbiya' [21]:30)
Allah juga berfirman:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya."
(Surah An-Nahl [16]:90)
Kata Dr. Atabik Luthfi di dalam bukunya "Tafsir Da'awi", perintah dengan kata "Ya'muru" (memerintah), bukan "Ya'murukum" (memerintahkan kamu semua) di dalam ayat di atas, harus difahami sebagai ayat universal yang mengikat seluruh hamba Allah, tanpa ada sekat fanatisme golongan, perbezaan pandangan, friksi, perbezaan suku bangsa dan sebagainya, kerana secara fitrah, manusia memang dilahirkan membawa prinsip-prinsip kebaikan yang diperintahkan di dalam ayat ini, selain membenci peribadi keburukan serta kezaliman yang dicegah oleh ayat tersebut.
Lalu, apa kaitannya air dengan kisah panjang lebar kita berkenaan Power Plant ini? Mari kita renung kembali secara mengundur asal-usul tenaga elektrik yang kita gunakan sehari-hari. Dari mana tenaga elektrik itu kita peroleh? Dari penjanaan elektrik yang berlaku di dalam Power Plant. Apakah peralatan yang menghasilkan elektrik itu? Generator. Bagaimana perkakas bernama Generator menghasilkan elektrik? Ia menukar tenaga kinetic kepada tenaga elektrik, sesuai dengan prinsip sains Fleming's Right Hand Rule: apabila ada pergerakan (tenaga kinetic) serta medan magnet, maka akan terhasillah tenaga elektrik.
Dari mana Generator memperoleh tenaga kinetic tersebut? Daripada peralatan bernama "Turbine" yang berputar laju menghasilkan tenaga kinetik. Apa yang menggerakkan Turbine ini? Untuk Hydro Power Plant, air daripada empanganlah yang menggerakkan Turbine tersebut. Dan untuk Thermal Power Plant pula, stim bertekanan tinggi dan bersuhu maha besarlah, yang menggerakkan Turbine tersebut.
Bagaimana pula steam yang maha dahsyat (di dalam Thermal Power Plant) tadi terhasil? Daripada hasil pemanasan air di dalam sebuah "cerek gergasi" yang kita panggil sebagai boiler. Boiler memanaskan air sehingga ia menjadi steam bersuhu dan bertekanan maha tinggi. Apakah bahanbakar yang digunakan oleh Boiler ini? Itulah diesel, atau gas, atau arang batu yang telah pun kita bahaskan sebelum ini.
Ertinya pada "cerek gergasi" dikenali sebagai "Boiler" yang dipenuhi air yang serba menenang dan mendamaikan ini, terkandung sebuah potensi serta kuasa yang maha dahsyatnya buat manusia. Persis pepatah Melayu; "air yang tenang, jangan disangka tiada kuasa!" (*nota: buaya digantikan dengan kuasa, agar ada lebih feeling keengineering).
Saudaraku,
Ketika Hassan Al-Banna memfamouskan kembali madrasah tarbiyah melalui usrah/ halaqah dan seumpamanya, ia barangkali berharap madrasah tarbiyah kaum Muslimin ini bisa berperanan seumpama Boiler tadi. Tanpa Boiler, tenaga elektrik dalam skala yang besar tidak dapat dihasilkan. Sebegitu jugalah dengan "tenaga kebangkitan" yang diharapkan ditengah-tengah umat kita ini, ianya tak kan menjadi tanpa menyemaraknya madrasah tarbiyah di tengah-tengah keberadaan umat hari ini.
Lalu, madrasah tarbiyah ini mampu membentuk pesertanya, untuk menjadi sedamai air yang memasuki sebuah Boiler. Produk-produk madrasah tarbiyah seharusnya menjadi pendamai dan penenang di tengah-tengah kehangatan dan kebobrokan umat, lantaran madrasah tarbiyah ini seharusnya mampu melahirkan individu-individu yang merealisasikan peranan Nabi "untuk menyempurnakan semulia-mulia akhlaq."
Boiler tidak menjadikan api sebagai inputnya. Sebaliknya boiler menjadikan medium sesejuk air sebagai intipatinya. Makanya, madrasah tarbiyah seharusnya menjadikan para pesertanya, daripada seorang pemarah, kepada yang tahan sabar. Daripada tergesa-gesa, kepada individu yang lebih tenang dan perlahan. Daripada emosional, kepada rasional. Daripada pendendam, kepada pemaaf.
Daripada peminat dan penyebar gossip, kepada mempromosikan tabayyun dan baik sangka. Daripada kurang ajar, kepada rendah diri dan reti menghormati orang. Daripada sikap tidak peduli and pentingkan diri, kepada memikirin nasib umat pada setiap hembusan nafas dan denyutan nadi. Lantaran "Boiler" ini sedar, air yang tenang, mampu menghasilkan steam yang kedahsyatan kuasanya tak terbilang. Kata "Sang Murabbi", KH Rahmat Abdullah:
Merendahlah,
engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina
Nah, disebalik ketenangan dan kedamaian peserta tarbiyah, itu tidak bererti mereka bisa dilanyak, dibuli, dihina dan diperlekehkan. Air, tatkala dipanaskan di dalam Boiler, akan menjadi steam yang amat bisa menggerakkan, mampu menggerunkan. Selayaknya Sang Ghulam di dalam kisah Ashabul Ukhdud. Madrasah Tarbiyah di bawah bimbingan sang rahib (murabbi) telah menjadikan dirinya individu paling ditakuti oleh rejim zalim dan Thaghut, hingga akhirnya, Sang Raja tunduk saja kepada segala SOP dan arahan yang ia keluarkan, demi menamatkan riwayatnya sang pembela kebenaran. "Dengan nama Allah, Rabb ghulam ini," kata sang raja tatkala melepaskan busur yang membunuh Ghulam yang beriman. Tanpa ia sedar, rancangannya untuk menamatkan nur kebenaran ternyata backfire apabila rakyat yang menyaksikan, terkejut mendengar ada Tuhan lain selain sang raja, iaitu Allah. Lalu mereka pun beriman berbondong-bondong. Ternyata, Ghulam yang beriman ini telah mampu menggerakkan masyarakat, menyedarkan umat, biarpun nyawanya telah berpisah daripada jasad dan kehidupan.
Inilah yang dibimbangi oleh para musuh kebenaran. Mereka tidak mahu peserta-peserta Madrasah Tarbiyah ini, menggerakkan "turbine kesedaran" di tengah-tengah umat, lalu mereka pun melancarkan serangan psycology (ghazwul fikri) dengan mempromosikan konon para mukmin sejati, hanyalah mereka yang sifatnya setenang dan sedamai air, dan cuba melupakan para mukminin akan potensi "steam" yang dipunyai oleh sang air.
Tetapi Madrasah Tarbiyah pula meniupkan kembali slogan "ruhbanul fill ail, wa furshodan fin nahar." Peserta tarbiyah, mampu di malam harinya setenang air, dan di siangnya, mampu beraksi sedahsyat steam. Dan inilah yang dikhuatiri oleh para musuh agama ini.
Maka, marilah kita mengembalikan semangat "steam" umat ini, sesuai dengan saranan Al-Quranul Karim; "Hai Nabi! Kobarkanlah semangat kaum Mukminin untuk berperang!"

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab Pengamal "Rusmul Bayan" |
No comments:
Post a Comment