Followers

Tuesday, September 16, 2014

Soalan

Saya telah ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang hamba Allah yang boleh dikatakan macam tidak menggunakan akal sepenuhnya. Dia pegang jawatan ketua kelas, tapi macam hanya sekadar nama sahaja. Senang cerita macam ni la..dia tidak amanah.

Ustaz Faridul, macam mana saya perlu hadapi dengan orang yang tidak menggunakan akal ini, yang tidak dapat menerima apa yang saya sampaikan kepadanya.

Jawapan

Assalamualaikum

Minta maaf sebab ambik masa sikit nak merespon musykilah anta. Pada masa yang sama, anak muda juga harus belajar tentang perkara ini: jangan gopoh dalam merespon apa-apa permasalah atau persoalan daripada ummah.

Kita belajar daripada asbabun nuzul Suratil Kahfi. Ahli Kitab datang bertanya kepada baginda Nabi SAW tentang 3 persoalan. Kata Nabi (SAW), esok aku jawab. Namun, ternyata esoknya wahyu tidak tiba (bagi menjawab persoalan tersebut). Lusa juga. Tulat juga. Hanya 14 hari  (atau lebih. Atau kurang) kemudiannya, beserta teguran langsung daripada Allah Azza Wa Jalla:

“dan janganlah Engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa Aku akan lakukan Yang demikian itu, kemudian nanti". melainkan (hendaklah disertakan Dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(Surah Al-Kahfi [18]:23-24)

Juga, sebagai pelajaran kepada umat Islam betapa Allah Azza Wa Jalla sahaja tidak gopoh menjawab setiap persoalan hamba-Nya. Bukan kerana Allah “tak reti” nak jawab. Tapi sebagai pelajaran pada kita ni yang banyak tak reti, kalau Allah sahaja tidak gopoh, mengapa kita mahu berperlakuan sedemikian?

“Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil (teratur dan benar).”
(Surah Al-Furqan [25]:32)

Daripada apa yang ana faham daripada Whatsapp anta yang panjang lebar, isu anta dengan sahabat anta ni adalah masalah dia tidak menjalankan tugas sebagai ketua kelas. Yang lain daripada tu, dia ni ok. Dia orang yang solat. Dia rajin datang kelas (dia hadir ke kelas ekonomi dan tidak pergi kursus ketua kelas), dia bergaul dengan orang (main futsal), dan sebagainya. So totally isu anta dengan dia adalah isu dia “tidak amanah” (menurut perhitungan anta) sebagai ketua kelas, dan dia “tidak menggunakan akal” kerana tak makan nasihat anta. Harap pemahaman ana terhadap musykilah anta ni betul.

Sebagai Muslim, kita adalah golongan yang senantiasa menjadikan Quran dan Sunnah sebagai reference teragung kita. Dalil naqli baik daripada nash Quran, atau hadith, atau sirah, akan sentiasa kita dahulukan berbanding dalil aqli, yakni pemikiran dan pemahaman kita sendiri.

Ketahuilah wahai adikku, golongan Quraisy Mekah daripada Bani Ummayyah dalah di antara kelompok yang paling akhir memeluk Islam di zaman baginda Rasul SAW. Di zaman permulaan dakwah, bahkan kelompok merekalah yang paling kuat dan paling extreme menentang dakwah Ar-Rasul SAW. Kemudian, menjelang kemenangan Islam dan setelah kemenangan Islam, barulah kelompok Bani Umayyah ini memeluk Islam, sesuai dengan firman Allah:

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, “
(Surah An-Nashr [110]:1-2)

Tokoh Bani Umayyah, Abu Sufyan, yang dahulunya terkenal sebagai ketua penentang dakwah baginda Nabi SAW, memeluk Islam menjelang peristiwa pembukaan Makkah (Fathu Makkah). Begitu juga tokoh-tokoh Bani Umayyah yang lainnya, sehingga, in terms of seniority sebagai Muslim, Bani Umayyah ni tergolongan di kalangan kelompok yang antara “paling junior” memeluk Islam (di zaman Nabi SAW).

Sudahlah junior, dari segi kesolehan dan kedekatan dengan Allah SWT, ternyata tidak mampu menyaingi darjat kesolehan dan kedekatan dengan para sahabat-sahabat senior yang lain, terutamanya mereka yang terlibat dengan peristiwa Hijrah, atau mereka yang terlibat dengan Perang Badar Al-Kubra. Sirah mengajarkan kita hadith daripada baginda Nabi SAW:

إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى نَظَرَ إِلَى أَهْلِ بَدْرِِ فَقَالَ : اعْمَلُوْا مَا شِئْتُمْ فَإِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ
“Sesungguhnya Allah tabaraka wa ta’ala melihat ahli Badar dan berfirman, ‘Berbuatlah sesuka hatimu, sesungguhnya Aku telah mengampunimu.'”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (3.007) dan Muslim (2.494) dari hadis Ali radhiyallahu 'anhu]

Sungguhpun yang demikian, ternyata Islam tidak culas dalam melantik sahabat di kalangan Bani Umayyah sebagai pemimpin mereka. Sahabat Bani Umayyah bukan sekadar dilantik menjadi pemimpin di zaman Nabi, bahkan juga dilantik sebagai pemimpin di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Soalnya sekarang, mengapa?

Bagi yang memahami persoalan ini, automatic mereka akan memahami hadith Nabi SAW berkenaan hadith “pemimpin itu harus dari bangsa Quraisy”. Yang lebih tepat, Bani Ummayyah.

Bani Umayyah, sungguhpun tidaklah se”gah” sahabat-sahabat yang lain, terutamanya yang masuk ke kategori Muhajirin dan Ansar, tetapi mereka merupakan kelompok yang memang “tera” dalam bab management dan kepimpinan. Merekalah yang memegang kekuasaan sebelum kedatangan Islam, maka dengan potensi dan kelebihan ini, sewajarlah mereka diberikan amanah kepimpinan, sungguhpun masih “hijau” atau junior dari sudut keIslamannya. Inilah antara lain mesej yang tekandung dalam hadith “logam”:

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."

Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Ramai sahabat yang jauh lebih hebat kesolehannya dibandingkan sahabat Bani Umayyah. Jauh lebih power dakwahnya, namun, Nabi SAW tidak memberikan amanah kepimpinan kepada sahabat itu. Contohnya Abu Dzar Al-Ghiffari R.A.

Abi Dzar memeluk Islam ketika di Mekah. Jumpa Nabi SAW kejap je. Tarbiyyah dengan Nabi SAW terlalu pendek, namun bila balik kepada kaumnya yang brutal, kaum Ghiffar, beliau mampu mengIslamkan, mampu menjinakkan, mampu melunakkan kekerasan dan kebrutalan kaum Ghiffar untuk memeluk Islam. How cool and powerful could that be?

Still, ketika Abu Dzar meminta jawatan daripada baginda Nabi SAW, apa jawab baginda Nabi?

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي أَبِي شُعَيْبُ بْنُ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ الْحَارِثِ بْنِ يَزِيدَ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ ابْنِ حُجَيْرَةَ الْأَكْبَرِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Maksudnya : cAbd al-Malik bin Shucaib bin Laith telah menceritakan kepada kami, telah menceritakan kepadaku bapakku Shucaib bin Laith,  Laith bin Sad telah menceritakan kepadaku, Yazid bin Abu Habib telah menceritakan kepadaku  daripada Bakr bin cAmr daripada al-Harith bin Yazid al-Hadramiy daripada Ibn Hujairah al-Akbar daripada Abu Dhar dia berkata, saya bertanya, "Wahai Rasulallah, sudikah tuanku melantikku sebagai seorang pegawai?" Abu Dhar berkata, "Kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda: "Wahai Aba Dhar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan), sedangkan jawatan itu merupakan satu amanah. Kelak pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar."
(Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Kepimpinan, Bab Makruh Meminta Jawatan Tanpa Darurat, hadith no. 3404)

Di dalam riwayat lain, Nabi SAW bersabda;

“Wahai Wahai Aba Dhar, sesungguhnya aku melihat mu sebagai seorang yang lemah (daripada menerima jawatan), sedangkan aku mencintaimu sepertimana aku mencintai diriku. Janganlah kamu menjadi pemimpin di antara dua orang dan janganlah kamu menguasai harta anak yatim”
(Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Kepimpinan, Bab Makruh Meminta Jawatan Tanpa Darurat, hadith no. 3405)

Begitulah. Layak menjadi pemimpin tidak bererti dia punya kedudukan mulia di sisi Allah. Belum tentu! Dan seorang yang tinggi darjat kesolehannya, tidak bererti yang reti memegang jawatan. Lihatlah kisah di bawah (boleh rujuk blog lama ana http://faridul.blogspot.com/2007/06/serial-pengorbanan-orang-besar.html)

Tidak hairanlah Umar al-Khattab, di saat memenuhi appointment para sahabatnya di zaman kekhilafahannya, mendahulukan Bilal, kemudian Shuhaib, kemudian Salman, kemudian Ibnu Mas’ud, sehingga memetik suis kebengangan Abu Sufyan. “Aku tidak mengira bila Umar membuatku lama menanti sesudah mereka masuk terlebih dahulu sebelumku,” keluh Abu Sufyan kemarahan.

Namun, Umar punya parameternya yang tersendiri, tatkala memilih “orang besar” yang harus ia utamakan. Maka sang bijak Suhail Ibnu ‘Amr pun menegur, “Wahai Abu Sufyan, demi ALLAH, aku tidak peduli dengan pintu ‘Umar dan izinnya. Akan tetapi, aku khuatir bila kita dipanggil pada hari kiamat nanti, maka mereka akan masuk Syurga, sedang kita ditinggalkan, kerana sesungguhnya mereka dan kita ketika diseur, ternyata merekalah yang menyambutnya, sedang kita terlambat. Mereka telah mengenal, sedang kita mengingkari. Oleh kerana itu, pantaslah bila mereka didahulukan, sedang kita dikemudiankan.”

Maka, ana berpandangan, isu dengan sahabat anta ni adalah dia tidak pandai menjadi pemimpin. Itu sahaja. Penyelesaiannya pun mudah: tukar ketua kelas.

Kerana jika semua orang yang tidak pandai menjadi pemimpin dikatakan “tidak menggunakan akal” atau “tidak amanah” lain sebagainya, bagaimana pula dengan kedudukan Abi Dzar? Just bayangkan kalau baginda Nabi SAW tetap menyerahkan urusan kepimpinan kepada Abu Dzar, ada tak kemungkinan dia akan buat perangai macam sahabat anta ni? Lalu anta pun akan anggap Abu Dzar ni pun perangai sama. Walhal dia di antara sahabat yang paling terkenal dan tersohor kesolehan dan kewarakannnya. Tidak syak lagi! Cuma, dia tak reti memimpin, itu sahaja. Tak semua orang boleh memegang kepimpinan!

Pele merupakan lagenda bola sepak. Hebat di atas padang. Tak bererti dia dapat jadi manager dan coach yang baik. Alex Ferguson tak terkenal pun sebagai player bolasepak, tapi berjaya menjadi antara manager paling berjaya, paling berpengaruh dan paling dihormati di kemudian harinya. Ini contoh difference between main bagus dalam padang, dengan strategi hebat dan keupayaan menguruskan sebuah pasukan.


Jadi, jika benar pemahaman ana terhadap persoalan anta yakni isu anta sekarang ni just isu dia sebagai ketua kelas, pada ana penyelesaiannya tukar ketua kelas. Tutup cerita. Ada lagi banyak jenis manusia yang patut kita bimbangkan contohnya yang tak solat, yang kerja pukul orang,  yang minum arak, dan sebagainya. Anta belum tengok dunia lagi ni, sebab judgement anta sekadar pada budak yang nakal yang anta berjaya pujuk untuk berubah. Walhal ada lebih ramai manusia yang lebih brutal di luar sana, yang tak seperti expectation anta. Akhi, Nabi SAW pun tak dapat mengubah semua manusia. Masih ramai yang keras penentangannya terhadap Nabi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Atau Musa berhadapan dengan Firaun. Apakah anta rasa semua orang semudah itu didakwahi dan dinasihati? Oleh yang demikian, jangan beratkan otak dengan isu yang kecil lalu dibesar-besarkan, kerana di luar sana lagi banyak isu-isu besar yang harus kita bimbangkan.

Juga teguran ana kepada generasi muda hari ini. Di zaman Nabi SAW dan salafus solih, semua orang ikut tarbiyah. Semua orang boleh berdakwah. Tapi ramai yang menolak-nolak bila diberikan jawatan. Generasi zaman sekarang, ikut tarbiyah tak nak. Nak suruh berdakwah kata tak mampu. Tapi bila diberi jawatan cepat pulak terimanya. Totally 180 degree daripada generasi ikutan umat ini, teladan para salafus soleh.

Kerana itu Hassan Al-Banna memfamouskan kembali tarbiyah. Usrah-usrah dan sebagainya. Untuk mengembalikan fikrah dan pemahaman umat ini seperti pemahaman salafus soleh.

Di dalam tarbiyah, kita menyedari jalan dakwah ini panjang. Maka perlu melaluinya secara slow and steady. Jangan gopoh memetik hasil, kata Al-Banna. Focus on takwin (pembinaan). Bukan  program-program besar yang glamer dan kemasyhuran.

Generasi hari ini, yang tak ikut tarbiyah, tapi bersemangat Islam, mereka gagal memahami hakikat ini. Itulah sebabnya sibuk melakukan program-program besar dan gempak, lalu tak ikut dan tak konsisten dalam usrah. Tidak sabar memetik hasil. Mungkin terlupa dakwah era Makkah baginda Nabi SAW sahaja memakan 13 tahun. 13 tahun tak boleh balas balik pukulan dan serangan! 13 tahun bersabar di atas kesabaran! 13 tahun penumpuan kepada takwin (pembinaan. Buat usrah. Buat usrah. Dan buat usrah), walhal ketika itu sudah ada dua orang tenno besar umat; Hamzah dan Umar Al-Khattab! Namun, beginilah tabiat jalan dakwah....

Tarbiyah memahamkan kita untuk berpendapat dan bertindak selari dengan nash dan dalil, bukan ikut pendapat kita semata-mata. Siapalah kita kalau dibandingkan kebenaran dan kebijaksanaan petunjuk Ilahi:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.“
(Surah Al-Ahzab [33]:36)

Namun, berapa ramai di kalangan anak muda sana, yang bersemangat dan berkeazaman tinggi kepada agamanya, namun sering bertindak dan berpemikiran tidak selari dengan apa yang dipandukan oleh Quran dan baginda Nabi? Hanya lantaran mereka perasan mereka lebih Islamik berbanding petunjuk dan wahyu Ilahi?

Maka nasihat ana, hidupkan kembali tarbiyah. Usrah. Daurah. Konsistenlah datang usrah, bukan konsisten datang meeting! Kerana percayalah, kekuasaan itu akan datang sendiri insyaAllah, setelah tarbiyah dan takwin kita cukup mantap! Firman Allah:

„Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.“
(Surah An-Nur [24]:55)

Belajarlah daripada Hamas. Atau Ikhwan.Atau Nahdah. Atau PKS. Bagaimana kuasa itu datang, setelah tarbiyah dan dakwah menyebar ke tengah-tengah masyarakat. Di Indonesia, ODOJ (On Day One Juz), artis pun mampu nak fulfill. Di Malaysia, budak dakwah yang kononnya power pegang jawatan, berapa hari baru dapat habiskan 1 juz? Mari kita berubah agar kebangkitan Islam benar-benar reality tidak lagi fantasi.


Akhukum,

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

1 comment: