Followers

Wednesday, January 21, 2015

[JOM]: Rotating Machine

ROTATING MACHINE

Jika anda bertanya kepada para jurutera elektrik, kebiasaannya mereka akan mengkategorikan dunia elektrik mereka mengikut tahap Voltan sesuatu sistem elektrik itu, sama ada kategori Voltan rendah atau LV (Low Voltage), Voltan sederhana atau MV (Medium Voltage), atau boleh juga kategori Voltan Tinggi aka HV (High Voltage). Ini bermakna sistem elektrik yang digunakan di rumah-rumah adalah di bawah kategori LV, sistem pembahagaian dan penghantaran elektrik dari pencawang ke rumah-rumah berada di bawah kategori MV, sedang sistem penghantaran talian tinggi dan Power Plant, adalah di bawah kategori HV.

Jika anda tanya saya, sebetulnya pembahagian elektrik mengikut kategori, tidak terhad kepada tahap Voltan semata-mata. Kaedah lain untuk mengkategorikan dunia elektrik ini, adalah dengan membahagikannya mengikut jenis perkakasan elektrik itu, sama ada ia di bawah kategori static machinery, atau ianya sebahagian daripada keluarga rotating machine. Pembahagian sebegini, akan memudahkan kita tatkala merencanakan perancangan untuk membuat maintenance dan bajet, kerana kebiasaannya mesin yang static "tidak banyak songeh", sedang rotating machine ini, tidak lepas daripada wear and tear. Contoh static machine adalah seperti transformer, switchgear dan lain sebagainya, sedang contoh rotating machine bahkan melangkau ke alam mekanikal, seperti pam, compressor, fan, selain perkakasan elektrik seperti generator dan motor. Dek kerana pelbagai ragam yang ditimbulkan oleh pergerakan dan dinamika mesin ini, maka wajar jurutera yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang rotating machine ini, adalah jurutera-jurutera yang sedang demand dan hangat di pasaran di dalam industri kejuruteraan kini.

Saudaraku,
Antara bahagian penting rotating machine ini, adalah bearing. Dan bearing, sifatnya tidak kekal lama. Ia kelak akan haus, lalu pudar dan punahnya akhirnya. Maka bagi para jurutera, ia sedar bearing tidak akan pernah kekal selamanya, lalu apa yang ia perbuat adalah merancang dan merencana bilakah masanya penggantian ataupun greasing harus dikenakan kepada bahagian yang memang sifatnya fana, wear and tear ini. Dan sebegitulah seharusnya kehidupan manusia.

Manusia, bukanlah sekelompok makhluk yang statik sifatnya. Sifat manusia yang dinamik, umpama rotating machine ini, tentunya menghasilkan friction-friction, geseran-geseran, yang "menghauskan" keharmonian perhubungan sesama. Kerana itu, para pencinta Islam harus sedar, mengharapkan kesamaan dalam cara dan lagak berfikir manusia,adalah satu angan-angan yang membuang masa semata-mata sifatnya. Oleh yang demikian para pencinta Islam harus menukar mind-set mereka, daripada mengharapkan persamaan fikrah semua manusia,kepada meraikan dan menguruskan perbezaan pandangan sesama insan.

Pergeseran, penghausan, wear and tear adalah suatu yang pasti. Bagaimana kita mengendalikan maintenance itulah yang perlu bijak untuk diuruskan. Para pemimpin umat perlu bijak mengendalikan yang satu ini. Bukankah di dalam sirah an-nabawiyah, episod pergeseran dan pertentangan pendapat sesama sahabat turut terjadi? Tetapi lihatlah bagaimana An-Nabi SAW menguruskan "maintenance" bagi menangani kesemua itu daripada membarah.

Syeikh Abbas As-Sisiy dalam karya agungnya Thoriq ilal Qulub merakamkan episod penting di dalam sirah ini. Di bawah tajuk "fitnah yang hanya mampu dihadapi seorang Nabi", cerita sekembalinya para sahabat daripada Perang Hunain disajikan buat muhasabah dan renungan kita semua.

Kemenangan umat Islam datang bersama fa'i. Cumanya harta itu dibahagikan terutamanya kepada para tokoh kabilah yang baru saja masuk Islam, bahkan An-Nabi SAW memberikan puluhan unta kepada setiap daripada mereka. Hal ini menimbulkan kecik hati di kalangan sahabat Anshar, apatah lagi mereka tidak mendapat jatah hasil daripada harta rampasan perang ini.

Dengan perasaan sedih dan terkilan bertapak di hati para sahabat Ansar, Sa'ad bin Ubadah menyampaikan kepada An-Nabi ketidak senangan kaumnya itu. Lalu Rasulullah mendatangi mereka, menyelamatkan "rotating machine" umat ini daripada "wear and tear" iman dan ukhuwah yang sememangnya pasang dan surut tabiatnya.

"Wahai sahabat Anshar, saya telah mendengar tentang kalian bahawa hati kalian muncul segumpal perasaan yang mengganjal mengenai tindakanku membagi-bahagikan fa'i (harta rampasan perang).

Wahai kaumku, bukankah aku datang kepada kalian pada saat kalian tersesat, lalu Allah tunjukkan jalan kepada kalian? Aku datang kepada kalian saat kalian melarat, lalu Allah berikan kekayaan kepada kalian? Aku datang kepada kalian saat kalian saling bermusuhan, lalu Allah satukan hati kalian?"

Serentak, mereka (sahabat Anshar) menjawab; "Benar, Allah dan Rasul-Nya yang telah memberikan karunia dan anugerah."

Tak semena-mena, Rasul bertanyakan lagi; "mengapa kalian tidak mau menjawab pertanyaanku, wahai kaum Anshar?"

Mereka tencengang; "apa lagi yang harus kami jawab ya Rasulullah."

Lihatlah jawapan An-Nabi yang mententuh hati, meluluhkan jiwa, mengembalikan iman ke tahap yang sepatutnya; "Sungguh demi Allah, seandainya kalian mau, kalian bisa mengatakan –dan kalian benar adanya- Engkau (ya Muhammad) datang kepada kami (kaum Anshar) dalam kondisi didustakan, lalu kami membenarkanmu. Engkau datang kepada kami dalam kondisi terabaikan, lalu kami menolongmu. Engkau datang kepada kami dalam keadaan menderita, lalu kami menampungmy. Dan engkau datang kepada kami dalam kondisi sengsara, lalu kami membantumu."

Itulah suri yang memahami umatnya. Itulah teladan yang mengasihi jiwa-jiwa. Itulah panutan yang menebarkan kebaikan. Menmaintenancekan jiwa-jiwa yang rosak, lalu menggantikannya dengan keimanan dan persaudaraan yang baru, guna memastikan perjalanan dan peredaran "rotating machine" mengharungi perjuangan.

"Wahai sahabat Anshar, apakah kalian dapatkan dalam diri kalian kecintaan akan sepotong dunia, yang saya gunakan untuk melunakkan hati suatu kaum sehingga mereka mau memeluk Islam, sementara saya sudah tidak meragukan lagi keislaman kalian?

Wahai sahabat Anshar, apakah kalian rela bila orang lain pergi membawa kambing dan unta, sedangkan kalian pulang membawa Rasulullah? Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya tidak ada hijrah nescaya saya adalah salah seorang dari kaum Anshar. Seandainya seluruh manusia menempuh jalan di suatu lereng bukit dan kaum Anshar menempuh jalan di lereng bukit yang lain, saya akan melalui lereng bukit bersama orang-orang Anshar.

Ya Allah, rahmatilah sahabat Anshar, anak-anak, dan cucu-cucu mereka..."

Serentak, menangislah kesemua mereka hingga janggut mereka banjir dengan air mata. "Kami rela mendapat Rasulullah!"

Nah, bagaimana pula dengan kita. Apakah kita turut sama, beroleh Ar-Rasul Al-Musthofa yang tercinta?
       
Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Pengamal "Rusmul Bayan"