Saya mendengar radion ikim semalam dalam perjalanan pulang. Slot Ibrah, bersama Ustaz Ashaari (moga Allah memelihara dan merahmati beliau). Tentang "Qarunic Lifestyle."
Di antara ciri-ciri "Qarun"ic Lifestyle ini adalah:-
1) Menunjuk-nunjukkan kekayaan
Tak salah menjadi kaya. Tapi isunya dengan Qarun ini ialah, ia mempamer-pamerkan kekayaan tersebut dengan nada megah. Hingga kunci-kunci gedungnya sahaja harus dipikul oleh bodyguard-bodyguard bertubuh sasa (Surah 28:76)
2) Mengclaim bahawa kejayaannya mengumpulkan hartanya itu, adalah dek kerana kebijaksaannya
Kita memang disuruh berusaha, tetapi segala yang diperoleh itu adalah nikmat pemberiannya. Rujuk Surah 28:78
3) Tak mahu mendengar nasihat
Kerana sudah merasa gah, sapa lagi yang bisa menegur? Lihat Surah 29:39
benar sungguh
ReplyDelete