JUZ 3
Di antara sikap extreme yang diambil oleh sebahagian daripada umat Islam, adalah sikap melampau (ghulu) terhadap agama yang lain. Hal ini terjadi –barangkali- kerana mereka tidak menyedari betapa Islam mengiktiraf keberadaan Rasul dan agama yang lain.
Permulaan Juz 3 ini, Allah Azza Wa Jalla menyebutkan tentang Rasul-rasul. Betapa di antara satu Rasul dengan Rasul yang lain, masing-masing mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Namun, in the end, seperti yang bakal disimpulkan di dalam ayat kedua terakhir di dalam Surah Al-Baqarah, biarpun masing-masing berbeza, Islam memilih sikap untuk "tidak membezakan" di antara satu sama lain. Kerana itu di saat sebahagian Kristian misalnya mengatakan Jesus is better than Muhammad, sikap kita pula ialah we love Jesus! Malah, we love and believe in all the Prophets (Rasul-rasul) alaihumus salam!
Islam tidak mengambil sikap bermusuh dengan orang yang lain daripada kita. Umat Muhammad SAW tidak di ajar bermusuh dengan umat nabi-nabi lain. Walaupun Islam tidak mengiktiraf agama selain dengan agama yang dittashihkan kemudiannya oleh baginda Muhammad SAW, tetapi Islam tetap mengajar kita untuk respect. Malah, melihatkan asbabun nuzul ayat La ikraha fiddin, kita akan dapati pemaksaan seorang anak untuk memeluk Islam pun tidak dibenarkan. Apa lagi hal-hal yang lainnya.
Kenapa kita sukar memahami konsep ini? Kerana kita tidak terbiasa untuk berbeza. Lihatlah saja gerakan-gerakan Islam. Sudahlah banyak, malahan di antara satu dengan yang lainnya bermusuhan pula. Sedangkan Allah Azza Wa Jalla menyebutkan az-zulumat itu yang banyak, sedang an-nur itu hanya satu sahaja. Tetapi bila kita tidak punya sikap open for discussion, open for different opinions, orang-orang bawahan hanya layak dengar dan taat semata-mata, mempertanyakan pimpinan dianggap tidak wala', tidak taat, tidak tsiqah, maka itulah yang menyebabkan porak-perandanya umat islam, jangankan dalam menyikapi non Muslim, malah menyikapi Muslim yang berlainan pandangan dan gerakan dengannya.
Kerana itu, ayat ke-260 Surah Al-Baqarah memberikan kita banyak pengajaran berguna. Nabi Ibrahim A.S meminta kepada Allah untuk melihat bagaimana yang mati itu bisa dihidupkan. Allah Azza Wa Jalla tidak pula menghukum Ibrahim A.S kerana "mempersoalkan kepimpinan" –Nya. Sebegitu jugalah tatkala para Malaikat membangkitkan dan mempersoalkan kewajaran pemilihan manusia sebagai khalifah di muka bumi pada permulaan Juz 1. Ternyata Allah Azza Wa Jalla tidak menyahkan malaikat daripada Syurga lantaran ke"tidak tsiqahan" mereka itu (tidak tsiqah menurut kebanyakan aktivis dakwah).
Keterbukaan ini penting, kerana nantinya di dalam Surah Ali Imran, setelah kita dihidangkan dengan kisah Bani Israel di zaman Nabi Musa A.S, yang mewakili kelompok Yahudi yang kita kenali hari ini, Surah Ali Imran pula menghidangkan kita kisah perjalanan hidup Nabi Isa A.S. Dan kelompok yang diwakilinya, biarpun masih saja Bani Israel, tetapi memahamkan kita akan kelompok dominan yang satu lagi selain Yahudi, yakni Kristian.
Nanti di Juzu'-juzu'selanjutnya, kita akan dapati toleransi hokum terhadap masyarakat Ahli Kitab ini, yang sebahagian kelompok masyarakat kita membantah: itu Ahli Kitab zaman dulu, zaman Nabi SAW. Tidakkah mereka sedar, betapa Ahli Kitab zaman dulu yang mereka maksudkan itu, di dalam ayat ke-21 Surah Ali Imran digambarkan mengambil sikap hingga membunuh Nabi-nabi mereka? Maka banyakkah bezanya Ahli kitab zaman dulu yang ada toleransi hukum terhadap mereka (dalam bab penyembelihan dan pernikahan) dengan ahli kitab zaman sekarang?
Mungkin sudah tiba masanya kita lebih mempelajari untuk lebih mengenali kelompok-kelompok Ahli Kitab ini.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment