Followers

Sunday, February 13, 2011

[Tempatan]: Tiada Coke di Sini!

Tiada Coke di Sini!

Duduk dan order satu Coke. Besar kemungkinan anda akan terperanjat sakan. Tidak pernah anda memasuki mana-mana restoran mamak dan tidak dihidangkan minuman lazim anda. Tidak pernah.

Hakimsa berbangga dan berani

Hakimsa berbangga dan berani

“Kami tak jual Coke di sini. Maaf,” kata pelayan beruniform di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam Worldwide. “Tetapi kenapa?,” anda bertanya agak kecewa dan juga hairan. “Oh, sebabnya Coke salah satu produk yang secara terang-terangan membantu Israel. Si Zionist tu?,” dia menjawab, anda pula termalu kerana dididik kepada siapa anda patut berpihak.

Menurut ampunya Restoran Hakim, Haji Hakimsa Shah, dia telah memboikot Coke daripada menghampiri peti sejuknya sejak serangan berdarah tanpa berhati perut oleh Israel ke atas Gaza pada tahun 2008. Baginya, kerakusan dan kezaliman rejim apartheid gila zionist Israel itu cukup untuk dijadikan alasan membantutkan mana-mana pendana yang menyalurkan wang kepada negara haram itu. Walaupun hanya pada kadar 1 sen bagi setiap tin Coke.

Hakimsa memiliki dua buah restoran 24 jam di Seksyen 7, yang pertama di Worldwide berhampiran Universiti Industri Selangor dan sebuah lagi di jalan menghala ke kawasan perindustrian Bukit Raja. Dalam usahanya yang kerdil, Hakimsa yakin dia mampu menyebarkan mesej bahawa sesiapapun jangan memberikan sambutan kepada negara seperti Israel yang sedang mewah dengan hasil jualan produk-produk pengeluar yang sememangnya mendanakan rejim ganas zionist itu. Dia memaklumkan Biro HALUAN Palestin bahawa jualan kasarnya tidak terjejas sejak memboikot Coke, malahan bertambah pula rezekinya.

Suatu petanda kepada peruncit dan pengusaha restoran bahawa tidak ada alasan untuk menolak jenama-jenama yang memboncengkan Israel. Tahniah kepada Restoran Hakim. Kami yakin beliau akan muncul di kaca TV selepas berita ini tersebar. Namun, kami masih perlu meyakinkan beliau untuk terus memboikot kesemua 6 jenama yang dikenalpasti Biro HALUAN Palestin. Ianya seperti logo-logo di bawah. Sila klik di atas logo berkenaan untuk mengetahui kenapa anda perlu memboikotnya.

http://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2011/02/coke.jpghttp://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2011/02/mcd.jpghttp://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2011/02/nestle.jpghttp://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2011/02/carr.jpghttp://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2011/02/saralee.jpghttp://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2011/02/kraft.jpg

Hakimsa (kanan) dan pembantunya pelawa anda cari Coke dalam peti sejuk di restorannya

Hakimsa (kanan) dan pembantunya pelawa anda cari Coke dalam peti sejuk di restorannya

 

 

Sumber: http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=5142

3 comments:

  1. woah hebat, tiga posts dlm sehari! ;)

    akh, kalau coke diboikot, maka minuman2 yg sesyarikat dgnnya juga wajib diboikot la kan..? 100 plus, sprite sume tu... sbb nampak tin 100 plus dalam gambar encik hakimsa tu.

    lagi satu, ana tak sure sama ada list brg2 yg kena boikot tu updated ke tak. sbb dulu, tima dgr ceramah Ismail Patel, pengasas Friends of al-Aqsa, dia kata brgan nestle dah boleh digunakan sbb nestle dah stop support rejim zionis.

    wallahu alam. mungkin kena buat further studies dan update list2 yg ada..

    jzkk ntok post2 yg menarik! ;)

    ReplyDelete
  2. gabbana, bukan ke 100plus tu f&n? f&n under coke kah? rasenyer tidak. f&n tu mcm based kat s'pore jer..tahu yg f&n ni pun ade kuarkan beer...kalau sprite tu iye under coca-cola...

    ReplyDelete
  3. Gabbana,
    100plus under f&n. lebih kurang 2 tahun lepas, saya pernah tanya sorang exec f&n (training sekali) tentang f&n. dia kata f&n ni sinaporean company, no connection with U.S. howver, ana still researching kot-kot ada connection.

    berkenaan statement ismaail patel tu, ana ada try search dalam web friends of aqsa after anta komen tu, tapi tak jumpa la

    sorry sebab actually dah reply komen anta hari tu, tapi tak tau psai apa tak keluar pulak...

    ReplyDelete