Followers

Wednesday, April 18, 2012

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa - A Tribute to Tuan Guru Hj. Salleh

Atuk saya, Arbain bin Hassan atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, merupakan seorang petani (pesawah) sekaligus seorang Tuan Guru yang mengajar agama di serata negeri Selangor. Bahkan, menjelang saat-saat akhir kehidupannya pun, beliau masih sempat ke kebun serta masih sempat mengajar di masjid, biarpun dalam keadaan beransuh lemah dan semakin keletihan.

 

 

Saya masih ingat, ketika saya masih di sekolah rendah, saya sudah terdedah dengan dunia politik lantaran Atuk merupakan calon pilihanraya untuk beberapa kawasan (kawasan bertukar-tukar) mewakili tiket PAS. Pilihanraya terakhir yang ditandinginya ialah pada tahun 1995. Menjelang zaman Reformasi, Atuk sudah tidak lagi aktif di bidang politik.

 

Namun, beliau masih meneruskan khidmat baktinya sebagai AJK Dewan Ulamak PAS Selangor untuk beberapa tahun selepas itu. Barangkali itulah sebabnya, tatkala saya berkunjung ke klinik Dr. Rani (sekarang ADUN Meru sekaligus Pesuruhjaya PAS Selangor) di zaman student dahulu, tatkala ibu saya bertanya kepada Dr. Rani “Doktor kenal kot ayah dia ni..” maka Dr. Rani akan menjawab; “kenal, apa tak kenal… Tok dia pun saya kenal. Tuan Guru Haji Salleh kan?” begitulah risalah perjuangan menemukan mereka. Alhamdulillah, sebagai penghargaan kepada sumbang-bakti beliau semasa masih aktif di dalam PAS, Pihak Dewan Ulamak PAS Selangor telah menganugerahkannya anugerah “Tokoh Ulamak” untuk tahun 2009.

 

Wajar, tatkala jasad beliau hendak disemadikan pada hari Selasa lepas (17 April 2012) –sehari selepas kewafatannya pada hari sebelumnya- “sungaian” manusia (kurang sedikit daripada “lautan”) membajiri rumah dan suraunya. Terdetik rasa hiba di hati melihatkan bukti “sumbangannya” pada ummah ini. Masakan tidak, bagi insan yang tidak punya harta dan kuasa apa-apa, tentunya sumbang-baktinyalah yang telah menggerakkan kaki mereka untuk turut sama mengiringi jasadnya, dan hati mereka untuk mendoakannya.

 

Sayang, cucunya yang seorang ini tidak memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang bisa dipelajari daripadanya. Sayang, cucunya yang seorang ini tidak mampu “mewarisi” kewarakan dan kealimannya, hingga tak mampu mem”bangun” manusia seperti yang telah ia lakukan.

 

Moga Allah mengampuni dan merahmati Atuk dan Tuan Guru kami, dan menempatkannya di tempat yang terpuji, seperti “riang” dan tenangnya wajah beliau saat menghadap Rabbul Izzati….

 

5 comments:

  1. Assalam ustaz. Ana merasa sangat terkesan dengan gaya penulisan ustaz. Seperti Prius-C, compact dan cukup. Penulisan mcm ni penting terutama utk species pembaca yg meningkat naek macam ana ni. Mau padat, tapi tidak mau panjang, bak nasihat arwah Haji Mokhtar kpd ustaz.

    Dulu ana pernah visit blog ustaz, tp mungkin waktu tu Allah belom memberi ana kefahaman utk menterjemah pentadabburan (is there any such word?) ustaz. Ana rasa teknik tadabbur ustaz sgt unik dan menarik dan insyaAllah akn membantu ustaz utk menjalankan dakwah bil qalam.

    Cuma ana nak tnya 1 hal, bila ana baca penulisan ustaz, seolah-olah membaca karya aktivis dakwah dari indonesia pula. Benarkah elemen-elemen yg ana rs tu, atau sekadar mainan pikiran je?

    Jzkk ustaz.

    ReplyDelete
  2. Wassalamualaikum Al-Fateh

    Terima kasih di atas komentarnya.

    Memang sejak dari bangku sekolah, ana meminati sastera. Dan jika diperhatikan di akhir tahun 80-an dahulu, Indonesia lebih ke hadapan dalam soal penerbitan buku agama, sedang buku-buku sastera -pada ana- bahasanya seakan Bahasa Indonesia.

    Bahkan ana juga sangat meminati tulisan-tulisan Ustaz Anis Matta (PKS). Mungkin tulisan-tulisannyalah yang bangat mempengaruhi tulisan ana.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Benar, ana setuju, ustaz. Even kebanyakan al quran terjemahan sekarang pun byk meminjam bahasa indonesia. Tapi takpalah, masih lagi dalam serumpun yg sama. Jadi, dakwah menggunakan bahasa indonesia masih boleh difahami.

    Agak menarik, bagaimana ustaz, seorg engineer, tapi meminati sastera. Ni bukan calang-calang logam, bahkan logam emas inshaAllah.

    Honestly, ustaz ade gaya penulisan ustaz yg tersendiri. Semoga Allah sentiasa bantu ustaz utk menyentuh hati-hati kat luar sana.

    ReplyDelete
  4. Jazakallah khairan akhi al-fateh

    ReplyDelete