ARANG BATU
Diakui, tenaga boleh ubah atau renewable energy mempunyai "aura" dan "pesona"nya yang tersendiri. Tidak hairanlah semakin banyak institusi pengajian tinggi baik yang awam mahupun yang swasta, baik tempatan mahupun yang luar negara, yang menubuhkan pusat-pusat khas yang mengkhususkan kajian terhadap sektor dan industri ini. Bagi orang awam pula, mereka menyatakan sokongan dan dokongan kepada renewable energy ini kerana pada pemikiran mereka, penggunaan tenaga boleh ubah ini –yang mengambil tenaga daripada cahaya mentari, atau angin, atau takungan air dan sebagainya- akan tentunya membawa kepada zero costing, atau dalam lain perkataan, penggunaan tenaga elektrik secara percuma.
Sayangnya, kesemua yang disebutkan di atas tadi, hanya merupakan persepsi mereka semata-mata. Hakikatnya, renewable energy ini sebenarnya tidaklah reliable (boleh diharap) selain juga tidak begitu efisyen. Misalannya tenaga solar. Dengan jumlah cahaya mentari yang tidak bisa kita kawal, bagaimana mungkin tenaga solar boleh kita harapkan untuk tujuan menjana keperluan tenaga (secara konsisten) sesebuah Bandar? Itulah sebabnya, kebergantungan kita terhadap thermal power plant, yang menjana tenaganya daripada gas, atau arang batu, dan sebagainya, masih tidak dapat kita nafi, masih tidak dapat untuk kita ketepikan.
Hari ini, dengan kos thermal power plant berasaskan gas yang dianggap tinggi, negara kita semakin cenderung kepada tenaga yang berasaskan kepada arang batu. Hingga, wajar, projek-projek pembinaan power plant baru di negara kita, merupakan power plant-power plant yang berasaskan kepada arang batu sebagai sumber utamanya. Ternyata, di sebalik "kehodohan" dan kehitaman arang batu ini, terselindung manfaat yang luar biasa besar, yang bisa membahagiakan kehidupan manusiawi sejagat.
Saudaraku,
Ramai daripada kita sedia tahu hadith baginda Nabi SAW berkenaan kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing yang sedang dalam kedahagaan. Mari kita lihat "highlight" hadith ini.
Sabda Nabi SAW: "Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu" (Riwayat al-Bukhari).
Siapakah "wira" di dalam hadith ini? Seorang pelacur!
Apa-apaan saja yang disumbangkan oleh sang pelacur tadi? Air daripada telaga., yang free of charge! Bukan air sirap bandung, atau kopi cappuccino, atau ABC special, dan lain-lain air yang mungkin punya harga yang tinggi. Sebaliknya hanya air yang sifatnya biasa-biasa sahaja, malah harganya pula no cost encured!
Dan siapakah yang dibantu oleh sang pelacur tadi? Seekor anjing! Yang, menurut masyarakat kita, anjing itu najis mughalazoh! Keji. Hina. Jijik. Seakan tiada nilainya di sisi manusia.
Namun, di sebalik wira yang yang kelihatannya hina, sumbangan yang nampaknya tidak berharga, dan watak yang dibantu yang tiada nilainya, ar-Rasul menyimpulkan kisah ini sebagai pemenang anugerah yang tiada-taranya: Syurga!
Seperti arang batu. Ia hodoh. Hitam. Buruk. Kotor. Apakah ada manusia yang berminat dan berkecendurungan kepadanya? Namun, bagi mereka-mereka yang tahu akan nilai dan harga sekilo arang batu ini, mereka melihatnya sebagai bahan mentah yang sangat berharga. Bahkan, bisa menjadikan mereka kaya!
Saydina Bilal radhiallahu anhu juga sedemikian. Sudahlah bekas hamba. Hitam legam. Hingga, kalau saja ukuran kasta dibenarkan di sisi agama kita, tentu masyarakat akan menilai Saydina Bilal pada nilai kasta yang paling rendah sekali. Namun, Bilal di sisi Allah dan Rasul-Nya, justeru sangat-sangat mulia. Bukan sekadar ahli Syurga, malahan kakinya saja dibenarkan menginjak Baitullah demi melaungkan azan. Hingga benar sabda Nabi kita SAW di dalam hadith riwayat Ibnu Majah:
"Kehormatan seseorang Mukmin itu lebih besar di sisi Allah berbanding kehormatan engkau (Ya Ka'bah)," (Hadith 3932, Sunan Ibnu Majah, Juzu'2, Darul Fikr)
Tiada siapa di kalangan kita tahu kedudukan dan nilai kita di sisi Allah wahai saudaraku. Boleh jadi orang yang kelihatannya mulia di sisi manusia, justeru hina di sisi peghuni langit kesemuanya. Dan boleh jadi mereka yang kelihatannya kerdil, atau hina di mata kita, dia teramat mulia di kalangan penghuni langit yang di atas sana. Seperti intan permata yang nampak cantik dan molek, tetapi tidak bernilai dan berguna untuk menjanakan tenaga, sebaliknya arang batu yang kotor, hodoh dan hitam legam, dan tidak dipandang oleh kebanyakan daripada manusia, justeru sangat berguna untuk menjanakan tenaga bagi membantu kehidupan kita semua.
Kerana itu, jangan suka berbangga dan memandang tinggi diri sendiri, dan jangan pula suka memandang lekeh dan rendah terhadap diri dan pendapat orang lain, biar pun ia orang bawahan kita, atau anak usrah, atau siapa pun dia yang berada di "bawah" kedudukannya berbanding kita. Firman Allah:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Surah Luqman [31]:18)
Tatkala orang atas –siapa pun dia. Baik bos sebuah syarikat. Atau kepimpinan sesebuah negara. Atau amir sebuah jemaaah dakwah. Atau naqib/ murabbi sebuah usrah- memilih "veto" di dalam setiap katanya, dan mewajibkan sam'an wa tho'an (dengar dan patuh) terhadap para pengikutnya, itu saja merupakan tanda memandang lekeh terhadap orang lain, seakan hanya kita saja yang tahu semuanya, sedang bawahan kita tidak reti apa-apa. Tetapi kesiapan kepada dialog dan memberikan ruang untuk bawahan berbicara, mengemukakan idea, adalah proses kita memanfaatkan potensi manusia, seperti mana kita gain the best from arang batu, dengan memperolehi tenaga elektrik yang diperlukan oleh kita semua.
Bukankah di dalam Surah Al-Fatihah sahaja, Allah memasukkan mesej betapa Quran-Nya harus punya interaksi dua hala?
Sabda Nabi SAW: "Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : "Aku membagi shalat antara Aku dan hambaKu separoh-separoh, dan bagi hambaKu apa yang dimintanya.
Apabila hamba membaca : Alhamdulillahi rabbil 'alamin (Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam), maka Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman: "HambaKu memuji Aku". Apabila ia membaca Arrahmanirrahim (Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang), maka Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman : Hamba Ku menyanjung Aku. Apabila ia membaca : Maliki yaumiddin. (Yang Memiliki hari Pembalasan), maka Allah berfirman : "HambaKu memuliakan Aku", dan sekali waktu Dia berfirman : "HambaKu menyerah kepadaKu".
Apabila ia membaca : Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in (Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan), Allah berfirman : "Ini antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dimintanya".
Apabila ia membaca : Ihdinashshirathal mustaqim. Shirathal ladzina an'amta alaihim ghairil maghdhubi'alaihim wa ladhdhallin (Tunjukilah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang Engkau beri petunjuk atas mereka bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai atas mereka dan bukan (jalan) orang-orang yang sesat). Maka Allah berfirman : "Ini untuk hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dimintanya".
(Hadits ditakhrij oleh Muslim)
Arang batu. Jangan sampai ada yang tersilap lalu mengorder air "Arang Batu Campur" (ABC jugak kan?)

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab Ijazah Kejuruteraan Elektrik, Sijil Pengajian Syariah Jurutera Profesional berdaftar & Jurutera Elektrik Kompeten bertauliah |