Followers

Wednesday, October 15, 2014

Sering kadang, banyak perkara yang dapat kita pelajari daripada kanak-kanak…

·        Kartun Ninja Turtle zaman saya…

Anak-anak saya –seperti saya juga di kala usia mereka- adalah peminat rancangan animasi "Teenaga Mutant Ninja Turtle." Bagi yang tidak pernah menonton rancangan animasi ini, ianya berkisarkan tentang 4 ekor penyu (turtle) yang telah menjadi mutant, lalu di"usrahkan" dan di"halaqahkan" oleh seekor tikus (khilaf: ada yang kata dia memang seekor tikus. Ada yang kata dia pun mutant gabungan manusia dan seekor tikus) yang mana tikus itu (namanya Splinter) bertindak sebagai murabbi mereka. Lalu membesarlah mereka dalam "tarbiyah ninja" sehingga berjaya menjadi Teenage Mutant Ninja Turtle: kumpulan hero penyelamat bumi! 


·        Ninja Turtle zaman anak-anak…

Berkawan dengan anak-anak terkadang benar-benar memberikan pengajaran berguna buat kita. Selain menajamkan pemikiran untuk menjawab soalan anak-anak yang macam-macam, corak pemikiran simple mereka juga menjadi buah berguna buat diri yang ingin bermuhasabah. Cuba fikirkan, bukankah penyu itu slow. Lambat. Nah,macam mana pula penyu boleh jadi Ninja? Boleh bergerak pantas menewaskan musuh-musuh?

Saya mengambil jalan mudah bagi merungkaikan persoalan tersebut: sebab kartun tu tipu hahahaha…. Tapi apa pun, the creators of Teenage Mutant Ninja Turtle has definitely add-in an important item to the turtle characters that all of us –especially Muslims- should have: Hope! Belief!

Tanpa hope, tanpa belief ini, apa mungkin baginda Musa A.S bias menghadapi ke"gergasian" kerajaan Firaun? Apa mungkin baginda akan terlepas daripada ancaman Firaun lewat laut Merah yang terbelah secara ajaibnya?

Anak-anak tidak peduli bagaimana penyu yang sebenarnya lambat, boleh tiba-tiba bergerak pantas seperti Ninja. Kerana pemikiran mereka hasil tarbiyah ala kartun sebenarnya turut memberikan ruang yang positif buat mereka: believe in the impossible! Dan sebeginilah yang cuba ditanamkan oleh Islam kepada mentality para penganutnya: ada mentari dan pelangi indah di hujung gerhana (kemunduran Islam)!

Memang ada yang harus kita pelajari daripada anak-anak. Belajarlah, untuk mempercayai kemustahilan!

Wednesday, October 8, 2014

Hydrogen

H20

Ketika artikel ini ditulis, saya sedang berada di Cilegon, sebuah kota industri yang terletak di dalam provinsi Banten, Indonesia. Saya berada di sini atas urusan kerja, di sebuah kilang pengeluar gas oksigen, jauh beribu batu daripada kampung halaman tercinta, dengan dipisahkan samudera luas terbentang biru warnanya. 


Laut adalah paduan air dalam bentuk asli yang kita kenalinya: cecair (liquid). Pada artikel yang lepas, kita sudah berbicara bentuk lain kepada makhluk yang bernama air ini: steam. Steam, adalah air tetapi di dalam bentuk gas. Nah, jika air (dalam bentuk cecair) sering dikaitkan dengan ketenangan dan kedamaian, kenyamanan dan kebugaran, maka –seperti yang sudah kita bicarakan pada edisi yang lalu- steam pula bisa mendatangkan impak yang menggerunkan lagi menakutkan. Siapa sangka, di sebalik ketenangan dan kenyamanan yang dipamerkan sang air, terkandung kekuatan luar biasa tatkala ia berubah bentuk kepada bentuknya yang lain: steam. Benarlah kata pepatah; air yang tenang, jangan sangka tiada bahaya. Nantikan saja bentuk steamnya hahaha…. (peribahasa dirobah sendiri. Maaf).

Lalu, jika air itu adalah bentuk cecairnya kepada steam sedang steam itu pula adalah bentuk gasnya kepada air, maka apakah komponen asas kepada air atau steam ini? Jawapannya, terletak pada panggilan sains atau kimia kepada sang air ini; itulah H20. Dua atom Hydrogen, dan satu atom oksigen.

Hydrogen adalah elemen yang paling ringan dan paling banyak di alam maya ini. Oleh kerana hydrogen hanya menjana air dan tiada apa-apa lagi pengeluaran yang berbahaya tatkala ianya dibakar, hydrogen dikategorikan sebagai environmentally friendly dengan masa depan yang cerah.

Sifat environmentally friendly yang dipunyai oleh hydrogen ini, mengingatkan kita kepada sifat asas yang seharusnya dipunyai oleh orang-orang Muslim kita. Di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim, nabi kita SAW diberitakan bersabda;

"Seorang Muslim itu adalah seorang yang orang-orang Muslim yang lain terselamat daripada (gangguan) lidahnya dan tangannya."

Nah, bayangkan seandainya semua orang-orang Islam mempraktikkan requirement yang terkandung di dalam hadith di atas. Tentulah masyarakat seantero dunia akan melihat, betapa Islam ini benar-benar merupakan rahmatan lil 'alamin untuk masyarakat sejagat. Sayangnya, ternyata hakikat yang terpampang di hadapan mereka mempamerkan hal yang berlawanan dan yang sebaliknya.

Lihatlah sahaja bagaimana dunia politik hari ini misalnya, sudah mula menjadi "semurah" dunia hiburan. Jika dunia hiburan sinonim dengan gossip-gosip yang jelasnya sama ada kisah-kisah fitnah ataupun pembukaan aib sesama Muslim (sedangkan jelas Islam menyuruh kita menutup aib saudara kita), lalu apa bezanya dengan dunia politik? Hari ini bila kau disuka kau dipuja, esok bila kau dibenci kau dicerca. Hari ini apabila orang memerlukanmu kau disanjung, esok bila sudah tidak diperlu kau dilambung. Hari ini kejayaanmu pantas dijunjung, esok bila kejayaan itu ingin dirampas, segala aib dan kelemahan atau rekaan tiba-tiba muncul sebegitu pantas. Politik sudah saling tidak ubah seperti dunia hiburan.

Tetapi, di balik sifat hydrogen yang bisa mendinginkan itu, ia ada kuasa letupan yang luar biasa. Hingga, anda akan mengelak percampuran hydrogen dengan udara, kerana bisa menghasilkan letupan yang menggerunkan. Tetapi andai kuasa letupan ini digunakan pada jalan yang betul, ia tetap memberi manfaat yang besar kepada kehidupan manusia, seperti yang sedang cuba dilakukan oleh para pengeluar industri automatif dunia yang cuba memperkenalkan kenderaan berasaskan hydrogen cell.

Kerna itu, syeikh Mutawalli Sya'rawi menimbulkan persoalan, tatkala ia membahaskan firmanullahi Ta'ala di dalam surah Al-Ma'idah ayat yang ke-54:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya"

Kata Sya'rawi, "mengapa Allah mengatakan   kerana  menunjukkan suatu ketinggian, sedangkan   mengisyaratkan sesuatu yang rendah." Jawapan saya,  seperti perbahasan kita tentang hydrogen tadi! Sifat hydrogen sebagai agen penyejuk adalah contoh kerendahan dirinya, sedang sifatnya yang mampu meletup adalah contoh kemuliaan dan bangga dirinya. Lalu Sya'rawi menyambung lagi; "maksud yang dituju adalah untuk menunjukkan bahawa kelembutan di sini bukan makna yang sering dipahami orang, tapi kelembutan yang syarat dengan sifat mengayomi dan menyayangi. Meskipun terkesan bahawa kelembutan itu berstatus rendah..."

"Kelembutan adalah faktor yang membuat harkat seorang mukmin menjadi mulia. Makna ini dinyatakan dalam sebuah pepatah: "Orang yang tawadhu' dinaikkan martabatnya oleh Allah."
(Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi, "Tafsir Sya'rawi (Jilid 3)", Duta Azhar, ms. 739-740)

Ramai yang tidak sedar, sikap low profile  sebenarnya tidaklah menurunkan darjat seseorang. Malah sikap low profile, tawadhu' dan rendah diri ini bahkan bisa mengangkat darjat sesorang di kalangan penghuni langit, selain akhlak terpuji di kalangan para mukmin penghuni bumi. Seperti hydrogen, ianya mungkin ringan dan menyejukkan pada pandangan engineer fresh grad, tetapi suatu kuasa luar biasa di kalangan para pakar industri automatif.

Lihatlah sikap "hydrogen" yang dipamerkan oleh Imam kita yang mulia, Imam An-Nawawi rahimahullah. An-Nawawi digelar sebagai "muhyiddin", yakni "orang yang menghidupkan agama" oleh orang-orang di zamannnya. An-Nawawi, dek rasa tawadhu' dan rendah dirinya, tidak menyukai gelar itu diberikan kepadanya. Malah melarang keras orang memanggil gelaran sebegitu mulia itu terhadap dirinya. Kata Al-Lakhmi; "shahih darinya bahawa dia mengatakan; "aku tidak menghalalkan siapa pun yang menggelariku dengan Muhyiddin." (Syaikh Ahmad Farid, "Niografi 60 Ulama Ahlus Sunnah", Darul Haq, ms. 845)

Tetapi lihatlah bagaimana Allah memunculkan gelar ini untuknya untuk mengenang dan mengabdikan namanya. Inilah yang disebutkan oleh baginda Nabi SAW di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah;

"tidaklah seseorang bertawadhu' kerana Allah melainkan Allah (pasti) meninggikan (darjat)nya."
(HR Muslim (Al-Birr, 16/141), Tirmidzi (Al-Birr, 4/376), Ahmad dalam Al-Musnad 2/386 dan Ad-Darimi (Az-Zakah, 1/396)

Maka janganlah memandang rendah kepada seseorang wahai kawanku. Siapa tahu, mungkin ia lebih dapat berbakti kepada agama ini, berbanding dengan dirimu!

Bersambung..... 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Pengamal "Rusmul Bayan"