Followers

Wednesday, February 2, 2011

[isu semasa]: Mesir

Assalamu’alaikum

 

Saya tertarik membaca pandangan Ustaz Emran, seperti yang di copy & paste oleh akhi Zikri dalam blognya satuummah.blogspot.com. Sejujurnya, saya sependapat dengan ustaz Emran dalam hal melibatkan pelajar Malaysia di Mesir. Maafkan saya.

 

Konon, kita di Malaysia nak berdemo Jumaat ini, nak tunjukkan solidariti terhadap rakyat Mesir kononnya. Yang memang dah di Mesir pula, sibuk nak pulang, melepaskan peluang merasakan secara langsung “pengalaman Ikhwanul Muslimin sejak zaman Jamal Abdul Naser” seperti yang sering dibincang-bincang di dalam usrah-usrah dan sebagainya. Di mana erti solidaritinya?

 

Maaf sekali lagi jika anda tidak sependapat dengan saya. Berikut saya salinkan artikelnya:-

 

Pelajar Malaysia di Mesir pada kritikan saya terlalu bergantung kepada kerajaan, sistem dan kurang pandai berdikari. Saya kecewa memikirkan bagaimanalah dan kenapakah mereka dihantar belajar ke sana ? Lebih baik kerajaan buka sahaja cawangan Al-Azhar Malaysia dan pelajar belajar di bawah ketiak ibubapa. Kita sedang bercakap tentang revolusi ummah !
Saya bangga jika ada anak saya di sana !! Dia terlibat dalam catatan sejarah, lebih bangga jika dia turut serta dalam revolusi tersebut bersama rakan-rakan arabnya !opsss....sori anak saya tidak duduk dalam penempatan pelajar Malaysia dan berkawan sesama malaysia....menghabiskan beras katanya...:)

Ujian tidak diminta, tetapi jika peluang sudah diberi mengapa mahu lari ? Teringat zaman kehebatan PMRAM dahulu...apabila mahasiswa Al-Azhar Melayu bahu membahu dengabn pelajar Arab yang lain membuat bantahan dan sebagainya...terasa nikmatnya ukhuwah dan ummah....sekarang ini ? Mak, ayah, cek tak ada duit nak beli prepaid, cek takleh nak makan kedai tutup...cek takut...ada orang jahat nak kacau cek..budak Melayu :)

Saya bukan seperti orang agama Melayu, bukan mentaliti agamawan kolot dan mundur tetapi seorang Muslim yang progresif dan melihat ke masa hadapan. Saya mohon sesiapa yang saya sudah berikan ruang untuk berbicara untuk sedar bila masanya kita harus menghormati pendirian orang lain yang berbeza dengan kita dan tidak terus memaksa orang lain untuk tetap setuju dengan kita.

Pendirian saya, seperti firman Allah swt : "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-baqarah : 216)

Malaysia tidak akan selama-lamanya aman, janji Allah tentang kewujudan fitnah akhir zaman adalah semestinya perlu kita perhatikan. Kita harus bersiap sedia dan tidak selama-lamanya mendidik anak-anak muda khasnya para pelajar yang menjadi harapan ummah untuk terus lena dalam kemanjaan.

Duduk serumah ramai-ramai pun kecoh ? Mesin ATM tak boleh keluarkan duit pun kecoh ? Tiada makanan kerana takut hendak keluar, tiada arah tuju, tidak boleh menghubungi sesiapa pun kecoh ? Tidak dapat sambung pengajian pun kecoh ? Takut pun kecoh ?

Macam mana nak lahirkan pemuda yang mampu menjadi seperti Salahuddin Al-Ayubi ? atau pemudi dan srikandi seperti ibu Imam Syafie ? Lemah jiwa anak-anak muda kita dengan hiburan dan kemewahan serta kesenangan sehingga tamadun dan kemuliaan Islam dan generasi masa depan diwarisi oleh mereka yang cinta dunia dan takut mati.

Saya tidak berbicara tentang apakah boleh atau tidak pelajar Malaysia pulang...silakan jika diselamatkan oleh kerajaan maka bersyukurlah kerana anda MASIH ADA TEMPAT UNTUK PULANG DAN BERLARI MENYELAMATKAN DIRI TETAPI BAGAIMANA DENGAN RAKYAT MESIR YANG SELAMA INI DITINDAS ?? KE MANA MEREKA MAHU BERLARI ??? KE MANA RAKYAT PALESTIN MAHU PERGI MENGADU NASIB DAN BERLARI ???? KE MALAYSIA ???

Kita sepatutnya mengambil pelajaran dan menjadikan peristiwa revolusi ini sebagai pengajaran untuk lebih memperbaiki diri kita agar lebih kuat dan lebih tabah menghadapi ujian.

Saya pernah berada di tanah Arab dan mengalami peristiwa yang lebih mengancam dan membahayakan dari apa yang menimpa pelajar Malaysia di Mesir. Jadikanlah pengajaran betapa selama ini rakyat kita terlalu hidup mewah dan bergantung kepada sistem dan kebendaan.

Jika pelajar malaysia ada hubungan baik dengan rakan-rakan dari penduduk tempatan seperti pelajar arab yang lain nescaya masalah mereka akan berkurangan dan mereka akan mendapat bantuan dan kemudahan. Jika mereka boleh bercakap arab nescaya masalah komunikasi mereka akan berkurangan. Jika mereka pandai menyesuaikan diri di negara arab sudah pasti masalah-masalah teknikal dan remeh dapat dielakkan. Jika mereka hidup berjamaah dan dalam keadaan yang terkawal serta bersama saling jaga menjagai nescaya masalah mereka akan berkurangan.

Ini sebaliknya yang berlaku apabila rakyat Malaysia menjadikan tempat belajar itu seperti tempat bercuti, datang kelas, hadiri kuliah dan balik ke asrama. Hujung tahun balik ke Malaysia dan bercuti bersama keluarga. Bumi tempat mereka belajar itu tidak lebih sekadar tempat persinggahan sementara yang tidak pernah mereka ambil peduli pun apa yang berlaku.....lantaklah bukan hal kami kata mereka.

Apa yang penting pelajaran.....sijil...isteri/suami...balik Malaysia ada pekerjaan.

Minda apa ini ??? Pemikiran apa ini ??? Kebendaan ??? sebab itu bila berlaku sedikit gangguan kepada sistem kehidupan yang mereka imani dan bergantung selama ini.....aduh seksanya jiwa....tolong kami...ibu...tolong kami ayah....tolong kami itu dan ini.

Mana perginya rijal dan pemuda serta pemudi yang boleh berdikari dan mampu mengharungi masalah dengan penuh ketabahan membuktikan keperibadian seorang Muslim ???

Bukan perang pun di mesir cuma revolusi.

Jika pelajar Malaysia boleh bergaul dengan orang arab di sana dan pandai menguruskan diri nescaya mereka tidak akan terganggu pun. Bukanlah penjenayah dan penjahat yang mengerakkan revolusi tetapi rijal-rijal dakwah dan mereka yang terlibat dengan Ikhwan Muslimun dan ramai lagi institusi syabab yang berkefahaman agama dan bersedia membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Akhir kata rayuan dan kritikan saya (ini kritikan dan teguran terima jika mahu dan sila tolok jika tidak mahu menerimanya usah memanjangkan bicara) ialah supaya rakyat Malaysia di mana-mana pun usahlah memalukan nama agama Islam dan menjadi kayu dan duri di dalam revolusi atau perjuangan menegakkan keadilan.

Contohnya jadi duri, ialah mereka yang berkata Revolusi di Mesir ini menyusahkan kerana menyebabkan pelajar Malaysia terpaksa pulang, terpaksa kelaparan, terpaksa bersusah payah.....cubalah sedar kamu tu penumpang di negara Mesir dan rakyatnya telah menerima kamu di sana...sekarang mereka sedang berjuang untuk menegakkan keadilan dan memperjuangan hak mereka.....sekiranya kamu tidak menyokong mereka maka janganlah menyusahkan mereka....keluarlah segera ke negara kamu atau duduk diam-diam dan bersabar sambil berusaha memelihara diri kamu.

Wassalam.

sumber: facebook ustaz emran ahmad (seperti yang dicopy & paste dari satuummah.blogspot.com)

 

24 comments:

  1. perghhh...
    sangat2 dahsyat dan memang perlu difikirkan dengan dalam2...
    mungkin menjadi terlalu manja kerna tak pernah disusahkan oleh dunia dakwah...
    entah...
    nak cakap pun susah...
    tapi ana suka idea ni...

    sebab kami di 'sini' pernah dikecam org2 atasan sehingga diugut itu & ini...
    tp alhamdulillah ada ikhwah suruh check balik surah al-baqarah dari ayat 148 hingga 157...

    jkk kepada ikhwah yg mengingatkan kami...

    ReplyDelete
  2. peringatan yang sangat best!

    bagi ikhwah, bukankah ini peluang yang ditunggu-tunggu selama ini..?

    dulu hanya berkata-kata, kali ini peluang 'tuk merelealisasikannya..! dari medan kata ke medan amal dan ke medan jihad!

    ReplyDelete
  3. ya akhi, moga kalau kita berada di mesir, inilah fikrah yang akan kita pegang, ana merindui untuk berjuang bersama ikhwan dan seangkatan dengan mereka.

    ReplyDelete
  4. hhmmm.... Kebanyakan apa yg di kata sy setuju.... Namun sy rase mcm agak kurang sensitive statement tu..
    Bukan la ape... Mimang la anak2 malaysia ni manja... Tp tindakan
    untuk keluarkan pelajar2 malaysia tu bkn nya satu tindakan lebih memanjakan meraka... Namun ia merupakan sebuah langkah berjaga-jaga.
    Ini kerana mimang la revolusi ni bkn di mulakan oleh para penjenayah, namun banyak penjenayah yg mengambil kesempatan atas ketakstabilan utk melakukan jenayah... Jika la pelajar-pelajar malaysia ni jd mangsa jenayah itu siapakah yang akan membantu mereka??? Polis?? Polis pun terlibat dlm rusuhan... Askar pun sibuk mengawal rusuhan.... Askar tak kan dikerah untuk menjaga pelajar2 kita......

    Rusuhan revolusi mimang bkn mcm perang....
    At least kalo di perang jika mati, mati syahid, tp kalo terbunuh akibat penjenayah2 tu.... Tak ke mati katak name nye tu....

    ReplyDelete
  5. Abe Am & Kahfi8...
    Pujian harus diberikan kepada ustaz Emran (kerana ini copy& paste pendapat beliau) serta akhi Zikri (yang mula menyiarkan pendapat ustaz Emran ini.

    ReplyDelete
  6. Akhi Zikri,
    Jazakallah khairan kerana senantiasa menyiarkan artikel-artikel yang berguna...
    Hoho..sorry ana copy and paste dari blog anta...

    ReplyDelete
  7. Anonynomous,
    Sebenarnya saya dah jangka akan ada perbezaan pendapat dalam hal ini. Tapi semoga perbezaan pendapat dalam isu ini, tidak sampai membawa musibah kepada ukhuwah dan persahabatan sesama kita.

    Andainya artikel "copy & paste" ini boleh menimbulkan ketidak harmonian, saya tidak teragak untuk delete entry yang ini. Walau bagaimana pun, at the time being saya tetap sependirian dengan ustaz Emran dalam hal ini.
    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  8. ya.. saya setuju dgn semangat ini.. tetapi jujrnya saya sendiri x mampu untuk sertai mereka.. ALLAH.. tepuk dada tanya iman mu, jgn salahkn sesiapa, salahkan diri sendiri.. ini adalah krisis politik, plajar mlaysia dilarang sama sekali myertainya. jika ini terjadi di tanah tumpah darahku, sy x segan2 menjadi seperti mereka.insyaALLAH

    ps: esok sy dan rakan2 akan bertolak ke jeddah, moga semuanya selamat.. amin

    ReplyDelete
  9. pelajar mesir g sane nak belajar, bukan nak bergaduh. lgpun, itu kancah politik negara masing2, musuh dlm selimut mesir. buat ape kita nk p msuk dlm selimut depa? kita penumpang, so xpayah la nk sebok dlm management depa.. ape yg kita dh tlg kat palestine sejak 60 tahun lalu? ditindas israel n US ? kenapa mesir ni kita lgi kecoh sedangkan palestine org mati hari2?

    ReplyDelete
  10. Tggkatkan semangat Revolusi umat islam di dunia!
    http://www.facebook.com/pages/Kami-Menyokong-Revolusi-Islam-Di-Mesir/137635732967700

    ReplyDelete
  11. SYA X BERAPA PASTI APA YG BERLAKU.. NAK KATA JIHAD.. IANYA SESAMA MUSLIM.(WALLAHUALAM ALLAH MAHA MENGETAHUI).TAPI SEKIRA NYA WAS2.. LBH BEK BALIK JE.. SBB SESAMA MUSLIM PON KDG2 ADE PERGADUHAN.. TEPUK DADA TANYA IMAN.. MAAF SKIRA TERSALAH BAHASA

    ReplyDelete
  12. soal mesir bukan soal rakyat mesir jer...
    tp ni soal ummah...

    sgt stuju dgn artikel ni...ni la ujian mereka yg dah lama dlm DnT, adakah dah sgp mempraktikkan apa yg dididik oleh murobbi msg2...

    tp, we're not in their shoes...kta x rasa sndri lg bedil2 gas2 kereta kebal...
    kita kt sni blh ckp mcm2, tp kita sndri x dk kt sana

    ReplyDelete
  13. pada pandangan sy, tak dinafikan satu revolusi yg insyaAllah satu hari nti akn bakal mnegakkan kembali pemerintahan khalifah di bumi mesir, namun pd pendapat saya rusuhan bukanlah caranya,,Rasulullah sndri tidak melakukan sebarang kekerasan dlm mengambil alih sesebuah pemerintahan...
    dalam islam kita akan berperang sekiranya kita yang diserang oleh musuh terlebih dahulu dan demi mempertahankan kedaulatan islam...
    Rasulullah sgt berhikmah dlm pentadbrannya & pemerintahannya..
    bg sy mmg IM yg initiate kn smgt utk bgkit berjuang bg rakyat mesir, namun segolongan rakyat mesir telah bertindak di luar kawalan,,,
    riot yg dilakukan ini akn mnimbulkan fitnah kpd kbgkitan islam sekiranya disalah tafsir..
    islam tidak menganjurkan kekerasan dlm pemerintahan,,

    ReplyDelete
  14. dalam islam kita kan berperang sekiranya diserang oleh musuh terlebih dahulu--ingin saya utarakan semula bukankah skang ni mmg kita sedang diperangi??Palestine bukankah saudara kita??Darah dan syahid mereka bukankah kita yang harus meneruskannya??Demo dan rusuhan berlaku apabila pemerintahan bersikap pekak dan buta.Malah terus menghantar askar2x mereka yg tak berprikemanusiaan.

    ReplyDelete
  15. betul tu,,pelajar Malaysia di luar negara yg mendapat tajaan terlalu manja,,,

    ReplyDelete
  16. seriously, mereka datang ke sana untuk belajar, sesiapa pun adalah normal untuk rasa terancam apabila menghadapi keadaan yang gawat lagi-lagi itu bukan negara mereka. kalau melarikan diri dari negara sendiri baru lain cerita. kenapa harus nak pertikaikan mereka nak balik ke, penakut ke or so on, bukan mereka nak direkrutkan sebagai askar, come on, mereka adala malaysian, kalian kalau di tempat mereka berani lah tak balik kan dan turut berjuang sama dengan mereka. ini lah pemikiran diletakkan di lutut, walhal mereka, rakyat mesir berjuang mengibarkan bendera mereka dan bukan agama, perhati betul-betul. tak salah pelajar malaysia nak balik, itu bukan perjuangan mereka nak jadi landak yang mati terpijak.

    ReplyDelete
  17. terima kasih pd artikel ustz emran tu, terasa tertampar, tersedak sungguh...terasa sgt diri nie manja..allah xtakdirkan sume nie berlaku melainkan ader ibrah besar yg hrus diambil iktibar..

    ReplyDelete
  18. saya agak bersetuju dgn post ini cume yer

    tindakan membawa pulang pelajar Malaysia adalah kerana itu kehendak mereka yg ingin pulang ke tanah air,hak mdapatkan keamanan,,kerajaan mesti menunaikan itu,,

    kita juga mesti mjaga sensitiviti kaum keluarga yg mana sanak saudara mereka terlibat dlm isu eni,,fitrah manusia bimbangkan keselamatan org yg mereka sayangi spt kita juga

    tetapi jika ada pelajar Malaysia yg belajar di sana yg tidak mahu pulang & ingin berjuang di sana,ingin berjihad,ingin mati syahid,,kami rakyat Malaysia sgt3 myokong nya dan silakan

    rai kanlah semua pendapat

    ReplyDelete
  19. saya sangat bersetuju dengan ustaz Emran. namun bagi saya, artikel ini ditujukan pada mereka yang berada di dalam lingkungan tarbiyah, yang setiap kali di dalam usrah menyebut2 revolusi Islam yang harus dijuangkan oleh para Muslim. rasa macam tidak sesuai jika orang-orang seperti ini adalah orang pertama yang nak balik ke Malaysia kerana tidak sanggup dengan kekacauan.

    dan artikel ini tidak sesuai untuk mereka yang menafikan apa yang terjadi di Mesir itu tiada kaitan dengan umat Islam. kerana fikirannya telah mengatakan "buat apa kita ni nak sebok2 hal Mesir". sedangkan Mesir sangatlah berkaitan dengan sempadan laluan barang2 makanan dan alatan2 ke Gaza. bukankah revolusi ini juga berkaitan rapat dengan Palestine?

    apa2 pun, revolusi di Mesir inilah telah memperlihatkan kepada kita bahawa rakyat2 Malaysia memang manja kerana sudah terlalu biasa berada di zon yang sangat selesa.

    tiada daya kita, selain dari-Nya.

    wallahu a'lam

    ReplyDelete
  20. izinkan ana copy artikel ini utk di paste kan blog ana...ana pun turut setuju dgn pendapat ustaz..berangkali ana sebelum ini mmg berfikir didalam kotak...jrn ana turut rase semangt juang pemuda islam ini semakin rapuh dan mereka tdk mengenal erti islam yg sebenar..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum ustaz...saya ada soalan mengenai music ni....saya nk tau adakah alat music selain kompang dibenarkan dalam islam??

    ReplyDelete
  22. Semua pengomentar.

    Selamat datang dan terima kasih di atas pandangan masing-masing.

    Saya berlapang dada dengan semua komentar.

    ReplyDelete
  23. Nur,
    1) Isu musik dan alat musik adalah 2 isu yang berbeza

    2) Isu muzik, boleh rujuk buku-buku qaradhawi. Paling mudah masuk web ni:- http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/index.html

    ReplyDelete
  24. Nur,
    3) Isu alat muzik seperti gitar dan sebagainya, sila baca buku Qaradhawi "Fiqh Muzik" (lebih kurang gitu tajuknya). Dalam buku tu, Qaradhawi ada bahas kan hadith tentang larangan menggunakan alat muzik yang dipetik macam gitar, biola dan sebagainya

    ReplyDelete