Soalan
salam abg faridul..ni ana dari sa'idiyyah...luqman nul hakim..lama tak jumpa dengan abg..abg p kaba???erm..sebenarnya saya ingin tanya...apakah amal yang boleh membuatkan seseorang itu dapat mengambil ibrah daripada rutin harian dia??
Luqmanul Hakim
As-Sa’idiyyah, Seremban
Jawapan
Wa’alaikumus salam warahmatullah saudara Manul. Terima kasih di atas soalan, saya akan cuba menjawabnya sebaik mungkin insyaAllah.
Cuma saya ingin me-rephrase balik soalan saudara Manul, mengikut pemaham saya, seperti berikut:
Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang agar ia dapat mengambil ibrah daripada kehdiupan sehari-harinya?
Harap soalan yang telah saya rephrase di atas menepati soalan sebenar saudara Manul.
1) Di dalam kehidupan, manusia yang berjaya dan berbahagia adalah manusia yang sentiasa think positive, lalu ia pun dapat melihat hikmah yang tersembunyi di sebalik cerita duka yang menimpa hidupnya. Ini kerana tidak semua berita duka itu sepenuhnya suatu musibah, dan sebaliknya tidak semua khabar gembira itu pelangi indah yang berkekalan. Allah SWT tegaskan di dalam al-Quran, tepatnya di dalam surah al-Baqarah [2]:ayat 216; “boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedang sesuatu (yang kamu benci) itulah yang baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedang sesuatu (yang kamu sukai) itulah yang buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
2) Bila kita sudah mempunyai minda yang positif ini, barulah kita bisa mengambil ibrah (pelajaran) daripada perjalanan hidup kita sehari-hari. Untuk itu, aqal kita haruslah kita manfaatkan sebaiknya. Baik ketika mahu mempositifkan minda, mahu pun tatkala mahu menggali ibrah daripada kehidupan kita. Firman Allah SWT di dalam surah Yunus [10]:ayat 100; “Dan tidaklah dijadikan seseorang itu beriman kecuali dengan izin Allah. Dan Allah menimpakan kehinaan ke atas mereka yang tidak menggunakan akalnya.”
3) Al-Quran menyebut lagi, bahawa orang yang cerdik ini akan sentiasa melihat kebesaran dan kekuasan Allah dalam setiap kejadian, baik yang berada di langit, mahupun yang berada di bumi. Baik peristiwa yang berlaku di siang hari, mahupun di malam hari. Lalu dia meneruskan tadabbur (perenungan)nya itu dengan berzikir kepada Allah dalam setiap ketika, kemudian tetap terus memikirkan tentang kehidupannya, lantaran percaya tiada yang sia-sia dalam kehidupan ini. Seperti Isaac Newton misalnya yang memerhatikan fenomena gugurnya epal dari pokoknya, lalu menjumpai teori Graviti. Lihatlah firman Allah di dalam surah Ali Imran [3]:190-191: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang bijak (ulul albab). Iaitu mereka yang mengingati (berzikir) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan baring, dan memikirkan (tafakur) tentang kejadian langit dan bumi, seraya berdoa, Tuhan kami, tidaklah engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada api Neraka.”
4) Dan untuk mendapat ibrah dalam kehidupan, jangan malu untuk belajar daripada sesiapa sahaja. Bahkan daripada non-Muslim sahaja kita bisa belajar, lantaran Allah SWT sahaja merakamkan kata-kata Ratu Saba’ (yang ketika itu masih Musyrik) tentang definisi penjajahan (rujuk surah An-Naml [27]:34). Bahkan pada yang lebih rendah maqamnya daripada manusia, iaitu binatang ternak pun, kita bisa menggali ibrah. Firman Allah; “Dan sesungguhnya untuk kamu, pada binatang ternak itu, terdapat ibrah..” (Surah An-Nahl [16]:66)
5) Kehidupan ini bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Jika kita melihatnya sebagai ujian daripada Allah agar kita sabar dan bersyukur, lalu diberikan Syurga untuk kita, maka akan indahlah kehidupan ini. Namun jika kita melihatnya sebagai “penjara dunia”, maka berdukacitalah kita dalam kehidupan nan fana ini.
Wallahu’alam
Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah
No comments:
Post a Comment