Rephrase Soalan
Pada pandangan ustaz, patut atau tak seorang akh/ukhti yang faham, mengahwini seseorang yang tidak terlibat dengan jemaahnya, namun terbukti kesolehannya?
Jawapan
Terima kasih kepada saudara/saudari yang bertanya di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. InsyaAllah kami akan cuba menjawab soalan saudara/i sebaik mungkin.
1) Di dalam sebuah hadith, seperti yang sedia tersohor di tengah-tengah masyarakat, Rasulullah s.a.w telah pun memberikan tips bagaimana memilih pasangan hidup. Sabdanya: “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini tidaklah melarang seseorang lelaki menikahi seorang wanita kerana kecantikannya. Atau kerana keturunannya. Atau kerana hartanya. Cuma, tips yang diberikan oleh Nabi SAW jika anda inginkan perkahwinan yang bahagia, iaitu dengan menjadikan factor agama sebagai factor penentu tatkala memilih pasangan hidup.
Berkenaan hal ini, konon ada formula menarik yang diberikan oleh Al-Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam zaman silam. Tatkala beliau ditanya tentang wanita terbaik, beliau menjawab;-
“Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik (keturunan), tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang “1” tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali “0”
(Sumber: futuwwah-training.blogspot.com)
2) Memang diakui, seseorang manusia akan cenderung kepada keindahan, maka sering kali seorang lelaki akan “cair” tatkala melihatkan keindahan dan kecantikan seseorang wanita, lantas, seperti pepatah Melayu “cinta itu buta” lalu “mereka-reka” kesolehan dan agama pada wanita tersebut, sedangkan jika ia mencari wanita yang beragama, tentu ia akan menikahi wanita yang lain. Tetapi cinta telah membutakan mata hatinya. Secantik-cantik Puteri Diana, ia tidak mampu memberikan kebahagiaan kepada Putera Charles, hingga Charles, disebalik kemewahan dan kedudukan dirinya dan kecantikan isterinya, ia gagal beroleh kebahagiaan, lalu perkahwinannya kemudian berakhir dengan penceraian. Lalu ketika ia bernikah untuk kedua kalinya, siapakah yang menjadi pilihannya? Camelia Parker, seorang wanita yang dari segi umur mahu pun paras rupa, langsung tidak standing atau sama maqam dengan kecantikan Diana. Namun waniat itulah yang dapat membahagiakan seorang Charles. Ini di antara contoh betapa kecantikan belum tentu menjamin kebahagiaan.
3) Namun begitu, suatu hakikat yang perlu kita akui ialah betapa ratio wanita lebih banyak daripada lelaki, baik dalam jemaah dakwah, mahupun dalam alam nyata. Maka oleh kerana kita shortage bilangan lelaki sefikrah untuk mengambil wanita daieyah sebagai teman hidupnya, kita harus menerima hakikat betapa aka nada seorang ukhti daieyaht yang akan berkahwin dengan jejaka di luar daripada jemaahnya. Asalkan suaminya itu soleh, maka kita harus meredhainya, melainkan jiwa para akhawat setuju untuk dipoligami, maka merekalah yang harus mengoffer suami mereka untuk dinikahi oleh ukht daieyah tadi. Dengan itu, kita dapat menyelematkan seorang ukht daripada dinikahi oleh lelaki yang diluar daripada jemaahnya.
4) Di sisi yang lain, seorang akh juga tentunya tidak diwajibkan untuk menikahi gadis sejemaah. Asalnya pilihan hatinya itu solehah, maka tidak sepatutnya jemaah dakwah “mengharamkan apa yang Allah SWT dan Islam halalkan.” Namun begitu, pada masa yang sama, seorang akh itu, kalau pun tetap dengan keputusannya mahu menikahi wanita di luar jemaahnya, haruslah ia juga turut membantu menyelesaikan isu ramai akhawat jemaahnya yang tidak ketemu jodoh. Kalau para akh lebih bertanggung jawab terhadap jemaahnya, termasuk kebajikan ahlinya, misalnya persoalan jodoh akhawat jemaahnya, pada pandangan saya, hal ini tidak akan berlaku.
Wallahu a’lam.
Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah
JAZAKALLAHUKHAIRANKATHIRA ustaz!benar2 menghargainya.
ReplyDelete-yang bertanya.