Followers

Sunday, November 13, 2011

Root Cause Analysis (RCA)

Dunia hari ini sudah memperlihatkan perubahan dari segi pendekatan dan cara industri melihat sesebuah perkara. Hari ini, kebanyakan industri tidak sekadar menghantar staf-staf mereka untuk mengikuti training berbentuk technical sesuai dengan background staf serta syarikat, tetapi turut menghantar para staf untuk mendalami training yang berbentuk soft skill. Soft skill ini termasuklah tajuk-tajuk seperti kemahiran menyelia, menulis technical report yang baik, thinking outside the box, root cause analysis, dan lain sebagainya.

 

Root Cause Analysis (atau biasa dipanggil dengan singkatannya, RCA) merupakan satu skill yang sangat penting dalam menganalisa sesebuah masalah, isu mahu pun kerosakan. Tidak kiralah bidang apa pun, baik bidang medic mahupun engineering mahupun ekonomi, politik, sains farmasi dan lain sebagainya, memahami root cause kepada sesebuah masalah sangat penting demi mengatasi masalah tersebut. Kerana seringkali masalah yang cuba kita selesaikan itu pun sebenarnya bukanlah masalah, sebaliknya merupakan symptom sesebuah masalah.

 

Misalnya begini. Kereta anda tidak mati tengah jalan. Lalu anda pun memanggil Mater the Tow Truck (rujuk Cars) dan menunda kereta anda ke bengkel. Anda pun menyuruh En. Pomen untuk overhaul atau menukar enjin kereta anda. Silapnya di sini, anda membelanjakan duit hingga beribu-ribu ringgit, untuk memperbaiki suatu yang sebenarnya tidak bermasalah pun. Sebab punca sebenar kereta anda mati tengah jalan, justeru adalah kerana minyak kereta nada sudah kehabisan! Lalu dengan menggantikan enjin, kereta tetap tidak jalan coz anda tidak menyelesaikan root cause of the problem.

 

Sama juga seperti seorang patient yang mendatangi seorang doktor. Dia mengadu demam. Lalu sang doktor pun memberikannya Panadol. Juga ubat anti-biotik. Selang beberapa hari, demam sang patient tetap tidak kebah? Kenapa? Pertamanya, kerana Allah SWT tak izin. Sembuh tak sembuh penyakit seseorang, adalah hak mutlak Allah semata-mata, dengan disertakan usaha dan ikhtiyar, tawakal dan doa daripada sang manusia.

 

“Dan apabila aku sakit, maka DIAlah yang menyembuhkanku”

(Surah Asy-Syu’ara’ [26]:81)

 

Keduanya, kerana demam sang patient tadi justeru bukan masalah pun, tetapi symptom of the problem sebenarnya. Masalah atau penyakit sebenarnya ialah denggi. Denggi itulah yang menunjukkan demam sebagai symptomnya. Lalu, sang doktor tidak memberikan penyelesaian kepada masalah tersebut, justeru kerana tidak mengenal pasti root cause kepada penyakit sang patient tadi.

 

Untuk mengenal pasti root cause problem ini, kita biasa gunakan kaedah 4M:-

 

         i.            Man

       ii.            Machine

      iii.            Method

     iv.            Material

 

Nah, sebegitu jugalah dalam kita mengenal pasti masalah umat pada hari ini. Umat dapat dikembalikan kepada status khairul ummahnya (Surah Ali Imran [3]:110), hanya ketika mereka sudah melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri Rabbani (Surah An-Nur [24]:55). Maka kegagalan dakwah untuk menjulang kembali kemulian umat ini, memerlukan kita untuk mengidentify root causenya. Apakah Manpower yang memikul dakwah ini Rabbani (Rabbaniyatur Rijal)? Bagaimana pula machnine yang digunakan untuk “produce”  umat ini (Rabbaniyatul Jama’ah)? Apakah ianya gagal, kerana pendekatan (method) yang digunakan tidak seperti di dalam “manual book” bergelar Al-Quran dan As-Sunnah (Rabbaniyatul Uslub)? Bagaimana material yang digunakan, adakah ianya punya defect (Rabbaniyatul Manhaj)?

 

Bersambung…..

 

(Artikel ini adalah nota ringkas untuk tajuk “Rabbaniyatud Dakwah”. Juga boleh rujuk artikel-artikel yang pernah ditulis sebelum ini:-

http://faridul.wordpress.com/2010/05/04/kajian-manhaj-ciri-ciri-dakwah-bhgn-1/

http://faridul.wordpress.com/2010/05/09/ciri-ciri-dakwah-bhgn-2/

http://faridul.wordpress.com/2010/05/17/ciri-ciri-dakwah-bhgn-3-rabbaniyatud-dakwah-bhgn-1/)

 

 

4 comments:

  1. Menarik, ana pernah dengar daripada seorang ustaz juga dia kata kalau sesebuah komuniti sedang dilanda kemarau jangan diberikan life-jacket kepada mereka. Huraian anta memahamkan ana lagi contoh yg ustaz tu bagi, iaitu Root Cause Analysis. Heh, ana ni x ready nk jd engineer lagi. =_='

    ReplyDelete
  2. Erm Ikhwan, ana tak berapa paham maksud ustaz tu pasal bagi life jacket masa kemarau....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. owh, maksud ustaz.. kalau masalah seorang tu tgh berada di tempat yg kemarau jangan bagi life-jacket pada dia, sbb life-jacket nak selamatkan orang yg sedang lemas. Klu masalahnya kemarau kita kena bagikan air. Solution yg xtepat xkn menyelesaikan masalah = RCA. Wallahu'alam.
    p/s: Ust. Salam pny analogi ni.

    ReplyDelete