Followers

Tuesday, August 28, 2012

[PMP]: HONESTY

“Honesty is our duty to understand the truth and act in a truthful manner both in our communications and in our conduct.”
-PMI Code of Ethics and Professional Conduct-


Maka, untuk menjadi orang yang jujur, harus senantiasa berpegang pada kebenaran terlebih dahulu. Bukan “taat” atau “tsiqah” yang terlebih dahulu. Imam Hasan Al-Banna lalu menyebut “faham” sebagai yang pertama-tamanya, kerana tiada ketaatan mahupun ketsiqahan pada makhluk, bahkan kepada sesiapa pun, andainya ia bukan berpaksi dan bertunjang pada kebenaran dan kejujuran terhadap Tuhan pencipta makhluk.





[PMP]: FAIRNESS

“Fairness is our duty to make decisions and act impartially and objectively. Our conduct must be free from competing self interest, prejudice and favoritism.”
-PMI Code of Ethics and Professional Conduct-


Memang, berlaku adil adalah antara hal yang tersulit dan tersukar untuk dilakukan oleh seseorang insan. Apatah lagi kepada dua golongan: kepada yang kita sayang, dan kepada yang kita benci.

Kita cenderung meng”iya” dan menyokong orang yang kita sayang, dan kita cenderung mereject dan menjauhi orang yang kita benci. Kerana itu, saya percaya gerakan Islam harus keluar daripada sifat Hizbiyyah, kerana ianya merosakkan pertimbangan fairness seseorang. Lalu ia menjadi tidak professional, dan tidak beretika.





RE: [PMP]: RESPECT

“Respect is our duty to show a high regard for ourselves, others, and the resources entrusted to us.”
-PMI Code of Ethics and Professional Conduct-


Maka, orang akan respect dirinya sendiri dengan selalu bersyukur . Akan respect orang lain dengan merasa rendah diri (tawadhuk). Akan respect segala resources dengan zuhud.




[PMP]: RESPONSIBILITY

“Responsibility is our duty to take ownership for the decisions we make or fail to make, the actions we take or fail to take, and the consequences that result.”
-PMI Code of Ethics and Professional Conduct-


Ramai orang berminat dengan kepimpinan, tetapi lupa bahawa ia bukan sekadar “berjawatan”, tetapi juga sebuah “kebertanggung jawaban.”

Maka, oleh kerana yang namanya tanggung jawab itu adalah bagaimana kita take ownership akan setiap keputusan yang kita buat, atau tidak buat.  Atau tindakan yang kita lakukan, atau gagal laksanakan. Atau segala kesan yang berlaku akibat keputusan dan tindakan yang dibuat atau tidak dibuat, maka ada benarnya pepatah omputih…the Captain sinks with his ship!

Benarlah sabda Nabi SAW; “setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kami akan dipertanggungjawabkan di atas apa yang dipimpinnya”




Thursday, August 16, 2012

The "Down" Knight Rises

“Why do we fall, sir?

 

So that we can learn to pick ourselves up.”

 

 

 

Sahabat,

 

Barangkali, inilah yang perlu untuk dirimu fahami. Bahawa yang namanya “jatuh” itu, tidak semestinya bererti “futur”. Yang namanya “tumbang”, tidak seperlunya bermaksud “gugur”.  Yang namanya “turun”, tidak seharusnya menandakan sebuah “pengakhiran.” Tetapi, sudah memang menjadi lumrah insan, imannya, terkadang akan jatuh. Akan tumbang. Akan turun. Tetapi, bagi para pejuangan panji kebenaran, “jatuh”nya graf keimanan mereka, tidaklah sampai menjadikan mereka futur. Tidaklah sampai gugur. Tidaklah juga sampai berakhir “riwayat keimanan” mereka. Bahkan, bak kata Alfred Pennyworth di atas, terkadang kita semua perlu “jatuh”, agar kita bisa belajar akan bagaimana caranya untuk bisa bangkit semula selepas melalui sebuah zaman kejatuhan.

 

Kerana itu, manusia-manusia yang beriman, adalah spesies makhluk yang cukup menakjubkan menurut Nabi. Ini kerana, seakan mereka menyedari betapa bersama setiap gerhana, akan ada sinar cerah yang memancarkan. Bersama setiap ribut, kelak menyusul pelangi indah yang menceriakan. Bersama setiap kesulitan… “fainna ma’al usri;- yusra”… akan ada bermacam jenis kemudahan, yang menghilang dan menenggelamkan segala macam memori-memori duka yang pernah bertaburan di medan sebuah perjuangan.

 

Lantas, segala hal, menurut The Mukminin itu, akan sentiasa baik baginya. Jika yang melandanya adalah sebuah kemudaratan, justeru ia bisa bersabar, lalu sabar itu baik baginya. Jika yang diterimanya adalah sebuah kenikmatan, justeru ia akan bersyukur, lantas syukur itulah yang baik buat dirinya. Sabda Nabi SAW; “ajaib sungguh urusan orang Mukmin (The Mukminin). Sesungguhnya setiap urusannya, baginya semuanya baik. Dan hal itu tidaklah demikian akan terjadi kepada seseorang, melainkan dia seorang Mukmin. Ketika ia ditimpa dengan suatu kesenangan, ia bersyukur, dan syukur itu justeru baik untuk dirinya. Dan ketika ia ditimpa dengan suatu kesusahan, ia bersabar, maka (sabar) itu baik untuknya”

(Hadith riwayat Muslim)

 

 

The Mukminin itu tahu, terkadang Allah susunkan untuknya sebuah kesulitan, yang mungkin menjatuhkan level keimanan, justeru agar ia lebih menghargai akan makna kesusahan. Atau, agar ia tahu menghargai perasaan orang lain. Atau, agar bisa menjiwai hakikat makna sebuah kesabaran. Atau, untuk menghidupkan raja’ wa tawakkal dalam menongkah badai yang menghiasi perjuangan. Atau, demi menjiwai ayat-ayat suci Al-Quran, hingga tiada hari yang dilalui tanpanya, betapa sibuk dan letihnya ia, lantaran kejatuhan itu mengajarkannya betapa Al-Quran itulah sebaik-baik bekal, buat insan yang dilanda kesusahan, ditimpa ujian, disergah cacian dan hinaan, dan merasakan masa depannya seakan-akan kelam.

 

Ujian itu justeru mematangkan, justeru mendewasakan, justeru menghaluskan lagi pandangan dan perasaannya, hingga bisa punya jiwa besar yang sanggup digunakan -atau kalau bisa diagihkan- buat umat seluruhnya, biarpun hati dan perasaannya menjadi “harga” yang perlu ia gadaikan.

 

Kerana itu, down itu manusiawi wahai saudaraku. Tetapi berkekalannya kita dalam keadaan down itulah, yang menghakis habis ciri-ciri “keperajuritan” dalam diri kita. Firman Allah;

 

“..janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan orang-orang Kafir.”

(Surah Yusuf [12]:87)

 

Selagi mana insan itu meyakini betapa Tuhannya tidak akan pernah mensia-siakannya, tentu ia bisa beroleh ibrah daripada ujian dan dugaan yang ditempuhnya. Sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadith Qudsi; Sesungguhnya Aku (Allah) berada bersama-sama persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku..(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Ibnu Majah)

 

Bukankah Tuhanmu telah mengingatkanmu;

 

“..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan hal itu baik untukmu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan hal itulah yang buruk buatmu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui barang sedikit pun.”

(Surah Al-Baqarah [2]:216)

 

Maka, bangkitlah wahai “The “Down” Knight”, kembalilah kepada “fitrah” kepahlawananmu, hingga bisa kau meraikan kebangkitanmu.

 

 

Salam Aidilfitri, Salam kebangkitan sekaligus kepulangan, insan kepada fitrahnya yang sebenar.

 

The “Down Knight”……. has now risen!

 

Saudaramu,

Faridul Farhan Abd Wahab

Tumpat, Kelantan

 

Wednesday, August 8, 2012

[email]:

Wa'alaikumussalam

Akhi,


Kata Syed Qutb (mudah-mudahan Allah merahmatinya);  "orang yang hidup untuk dirinya sendiri, akan hidup sebagai orang yang kerdil dan mati juga sebagai orang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup untuk orang lain, akan hidup sebagai orang yang besar dan mati juga sebagai orang yang besar."

Terkadang, bila ana runsing dek masalah-masalah dalam kehidupan, ana akan merenung kembali diri ini. Memuhasabah balik hidup ini. Apakah ana lebih banyak dirunsingkan dek masalah-masalah berbentuk peribadi berkenaan kehidupan, ataupun dirunsingkan dek masalah-masalah yang terjadi berkaitan dengan dakwah?

Cukuplah menjadi bukti betapa kerdilnya hidup kita ini,andai kita lebih banyak dirunsingkan dengan masalah-masalah peribadi, berbanding dirunsingkan dek masalah-masalah yang berkenaan dengan dakwah. Apakah mungkin kita hidup demi Allah, demi dakwah, demi umat,andai saja masalahmasalah yang membelenggu kehidupan kita ini, justeru bukan masalah-masalah yang terjadi dek terjerumusnya kita ke dalam kancah dakwah? Kerana jika kita tidak berdakwah, maka sudah tentu kita tiada masalah untuk kita selesaikan. Tiada masalah untuk kita fikirkan. Tiada masalah untuk kita kecewakan. Lalu, jika priority hidup kita adalah dunia, maka tentunya masalah-masalah berbaur dunialah yang lebih banyak menghantui kita.

Akhi yang ana kasihi kerana Allah,


Kerana itu, jika keberadaan anta di bumi XXX tidak lagi atas kehendak anta, maka jadikanlah ia sebagai kehendak dakwah. Bahawa anta ada misi yang lebih mulia daripada menjadi seorang ITcian atau seorg doctor atau seorang doctor dan sebagainya. Bahawa anta ada misi yang lebih besar daripada sekadar menggenggam segulung ijazah. Bahawa anta ada misi lebih agung daripada sekadar memiliki sebuah settled carrier. Tetapi, anta ada misi utk menghidupkan dakwah dibumimu itu.

Jika potensi sehebat dirimu tumbang di gelanggang dakwah, apakah mereka yang tidak sehebat dirimu punya peluang lagi di sana?jika potensi sehebat dirimu putus asa dan putus harap, dek kerana lupa kau ada misi mulia yg menjangkaui misi duniawi manusia biasa, apakah umat juga akan punya harapan lagi?

Akhi,


Muliakanlah kembali misi mu di sana, Kau bukan lagi seorang yg mengejar sebuah kelulusan, tapi seorang yang mahu menghidupkan bumi XXX dengan dakwah. Maka jadikanlah pelajaran mu itu medan merasakan kebesaran dan keagungan Allah. jadilkanlah kesempatan mu di sana untuk belajar segala macam ilmu seperti multimedia, cara buat kartun, video dan yang seumpamanya, yang tentu banyak manfaatnya untuk dakwah kita kelak.

Apalah akhi kehidupan dunia yang sekejap cuma,dibanding kehidupan Akhirat yang kekal abadi?

Akhi,ingatlah. Allah tak akan pernah mensia-siakan para "kekasihnya". Dia pasti membantu,mereka-mereka yang sudi membantu agama-Nya. Apakah kau sudah lupa, atau meragui segala janji-Nya?

Ya Allah, bantulah saudara kami!  Adik kami! Sahabat kami! Anak kecil kami! Muliakanlah ia,selagi mana ia rasa terbeban kerana ingin meninggikan kalimah agama Mu ya Allah! Bukakanlah hatinya,agar keikhlasan hatinya bukan sekadar menenangkan dirinya, tapi menyinari jua hati sahabat-sahabatnya!

Ya Allah, sekian lama bumi XXX itu merindui logam dakwah,yang bisa menyinari para penghuninya dengan tarbiyah! Maka janganlah Kau goyahkan hati saudara kami ini ya Allah, hingga ia menyia-nyiakan potensinya, dek kecewa dengan kilauan kemewahan dan kemegahan dunia!

Ya Allah, jika bisa kekuatan kami dan kesebaran kami dikongsikan dengannya, maka utuskanlah kesabaran kami bagi menampung kedukaannya! Dan mustajabkanlah doa kami,guna menenangkan dan mententeramkan hatinya!

Akhi,bertahanlah! Kerana bersama kesulitan,ada kemudahan. iya, bersama kesulitan,akan ada kemudahan

Wassalam

Kekandamu di jalan dakwah,

 

Faridul Farhan Abd Wahab

 

(melalui email dengan sedikit editing. Semua yang membaca post ini diminta mengaminkan doa kami. Terima kasih)

 

Monday, August 6, 2012

Nuzul Quran

Kenapa orang sibuk menyambut Nuzul Al-Quran, sedang Al-Quran itu sendiri tidak mereka sambut?

 

 

Bersungguhlah meraikan "Nuzul"nya, tetapi "Quran"nya diabai dan tidak dibaca?

 

Persis orang yang bergembira sakan dengan "hari kelahiran" sang anak, tetapi mengabaikan sang anaknya itu sendiri. Atau, seorang yang membeli kasut boot bola yang baru lagi canggih, tapi dek kerana terlalu sayangkan bootnya itu, ia tidak memakainya, sekadar mem"frame"kannya seperti cenderamata.

 

 

Firman Allah;

 

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

"Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai."

(Surah Al-Furqan [25]:30)

 

Sunday, August 5, 2012

"Harapan"

إِنَّ رَجُلًا أَذْنَبَ ذَنْبًا فَقَالَ: رَبِّ إِنِّي أَذْنَبْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْهُ، فَقَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: عَبْدِي عَمِل ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ عَمِلَ ذَنْبًا آخَرَ فَقَالَ: رَبِّ إِنِّي عَمِلْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْهُ، فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالى: عَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ ربًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ،قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ عَمِلَ ذَنْبًا آخَرَ فَقَالَ: رَبِّ إِنِّي عَمِلْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْهُ لِي، فَقَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: عَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ ربًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ عَمِلَ ذَنْبًا آخَرَ فَقَالَ: رَبِّ إِنِّي عَمِلْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْهُ لِي، فَقَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: عَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ ربًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، أُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي فَلْيَعْمَلْ مَا شَاء

"Seorang lelaki melakukan dosa lalu berkata; "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunkanlah aku!

Allah berfirman; "Hamba-Ku telah melakukan dosa, sedang dia tahu betapa dia ada Tuhan yang dapat mengampunkan dosa dan mengambil tindakan terhadapnya. Maka Aku ampunkan hambaku itu."

Kemudian, orang itu melakukan dosa yang lain, lalu ia berkata; "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunkanlah aku!

Allah berfirman; "Hamba-Ku telah melakukan dosa, sedang dia tahu betapa dia ada Tuhan yang dapat mengampunkan dosa dan mengambil tindakan terhadapnya. Maka Aku ampunkan hambaku itu."

Kemudian, orang itu melakukan dosa lagi, lalu ia berkata; "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunkanlah aku!

Allah berfirman; "Hamba-Ku telah melakukan dosa, sedang dia tahu betapa dia ada Tuhan yang dapat mengampunkan dosa dan mengambil tindakan terhadapnya. Maka Aku ampunkan hambaku itu."

Kemudian, orang itu melakukan dosa lagi, lalu ia berkata; "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunkanlah aku!

Allah berfirman; "Hamba-Ku telah melakukan dosa, sedang dia tahu betapa dia ada Tuhan yang dapat mengampunkan dosa dan mengambil tindakan terhadapnya. Maka Aku ampunkan hambaku itu. Saksikanlah, bahawa aku telah mengampunkan hamba-Ku, maka lakukanlah apa yang dia kehendaki."

(HR Ahmad daripada Abu Hurairah. Rujuk Tafsir Ibnu Katsir, surah 3 ayat 135)

 

Gambar: diarihati.com  melalui carian di Google Image

 

Sahabat, sekali lagi, Islam adalah agama "harapan". Yang sentiasa memberikan "harapan" kepada insan. Selagi mana ia tulus untuk bertemu Rabbnya dengan berjalan, tentu Rabbnya sudi bertemu dengannya secara berlari. Kiranya ia berusaha mendekati Rabbnya sehasta, tentu Rabbnya sudi mendekat dengannya sedepa.

Maka, jangan pernah hilang rasa "harapan" ini....