Wa'alaikumussalam
Akhi,
Kata Syed Qutb (mudah-mudahan Allah merahmatinya); "orang yang hidup untuk dirinya sendiri, akan hidup sebagai orang yang kerdil dan mati juga sebagai orang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup untuk orang lain, akan hidup sebagai orang yang besar dan mati juga sebagai orang yang besar."
Terkadang, bila ana runsing dek masalah-masalah dalam kehidupan, ana akan merenung kembali diri ini. Memuhasabah balik hidup ini. Apakah ana lebih banyak dirunsingkan dek masalah-masalah berbentuk peribadi berkenaan kehidupan, ataupun dirunsingkan dek masalah-masalah yang terjadi berkaitan dengan dakwah?
Cukuplah menjadi bukti betapa kerdilnya hidup kita ini,andai kita lebih banyak dirunsingkan dengan masalah-masalah peribadi, berbanding dirunsingkan dek masalah-masalah yang berkenaan dengan dakwah. Apakah mungkin kita hidup demi Allah, demi dakwah, demi umat,andai saja masalahmasalah yang membelenggu kehidupan kita ini, justeru bukan masalah-masalah yang terjadi dek terjerumusnya kita ke dalam kancah dakwah? Kerana jika kita tidak berdakwah, maka sudah tentu kita tiada masalah untuk kita selesaikan. Tiada masalah untuk kita fikirkan. Tiada masalah untuk kita kecewakan. Lalu, jika priority hidup kita adalah dunia, maka tentunya masalah-masalah berbaur dunialah yang lebih banyak menghantui kita.
Akhi yang ana kasihi kerana Allah,
Kerana itu, jika keberadaan anta di bumi XXX tidak lagi atas kehendak anta, maka jadikanlah ia sebagai kehendak dakwah. Bahawa anta ada misi yang lebih mulia daripada menjadi seorang ITcian atau seorg doctor atau seorang doctor dan sebagainya. Bahawa anta ada misi yang lebih besar daripada sekadar menggenggam segulung ijazah. Bahawa anta ada misi lebih agung daripada sekadar memiliki sebuah settled carrier. Tetapi, anta ada misi utk menghidupkan dakwah dibumimu itu.
Jika potensi sehebat dirimu tumbang di gelanggang dakwah, apakah mereka yang tidak sehebat dirimu punya peluang lagi di sana?jika potensi sehebat dirimu putus asa dan putus harap, dek kerana lupa kau ada misi mulia yg menjangkaui misi duniawi manusia biasa, apakah umat juga akan punya harapan lagi?
Akhi,
Muliakanlah kembali misi mu di sana, Kau bukan lagi seorang yg mengejar sebuah kelulusan, tapi seorang yang mahu menghidupkan bumi XXX dengan dakwah. Maka jadikanlah pelajaran mu itu medan merasakan kebesaran dan keagungan Allah. jadilkanlah kesempatan mu di sana untuk belajar segala macam ilmu seperti multimedia, cara buat kartun, video dan yang seumpamanya, yang tentu banyak manfaatnya untuk dakwah kita kelak.
Apalah akhi kehidupan dunia yang sekejap cuma,dibanding kehidupan Akhirat yang kekal abadi?
Akhi,ingatlah. Allah tak akan pernah mensia-siakan para "kekasihnya". Dia pasti membantu,mereka-mereka yang sudi membantu agama-Nya. Apakah kau sudah lupa, atau meragui segala janji-Nya?
Ya Allah, bantulah saudara kami! Adik kami! Sahabat kami! Anak kecil kami! Muliakanlah ia,selagi mana ia rasa terbeban kerana ingin meninggikan kalimah agama Mu ya Allah! Bukakanlah hatinya,agar keikhlasan hatinya bukan sekadar menenangkan dirinya, tapi menyinari jua hati sahabat-sahabatnya!
Ya Allah, sekian lama bumi XXX itu merindui logam dakwah,yang bisa menyinari para penghuninya dengan tarbiyah! Maka janganlah Kau goyahkan hati saudara kami ini ya Allah, hingga ia menyia-nyiakan potensinya, dek kecewa dengan kilauan kemewahan dan kemegahan dunia!
Ya Allah, jika bisa kekuatan kami dan kesebaran kami dikongsikan dengannya, maka utuskanlah kesabaran kami bagi menampung kedukaannya! Dan mustajabkanlah doa kami,guna menenangkan dan mententeramkan hatinya!
Akhi,bertahanlah! Kerana bersama kesulitan,ada kemudahan. iya, bersama kesulitan,akan ada kemudahan
Wassalam
Kekandamu di jalan dakwah,
Faridul Farhan Abd Wahab
(melalui email dengan sedikit editing. Semua yang membaca post ini diminta mengaminkan doa kami. Terima kasih)
No comments:
Post a Comment