Followers

Sunday, August 5, 2012

"Harapan"

إِنَّ رَجُلًا أَذْنَبَ ذَنْبًا فَقَالَ: رَبِّ إِنِّي أَذْنَبْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْهُ، فَقَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: عَبْدِي عَمِل ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ عَمِلَ ذَنْبًا آخَرَ فَقَالَ: رَبِّ إِنِّي عَمِلْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْهُ، فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالى: عَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ ربًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ،قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ عَمِلَ ذَنْبًا آخَرَ فَقَالَ: رَبِّ إِنِّي عَمِلْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْهُ لِي، فَقَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: عَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ ربًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ عَمِلَ ذَنْبًا آخَرَ فَقَالَ: رَبِّ إِنِّي عَمِلْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْهُ لِي، فَقَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: عَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ ربًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، أُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِي فَلْيَعْمَلْ مَا شَاء

"Seorang lelaki melakukan dosa lalu berkata; "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunkanlah aku!

Allah berfirman; "Hamba-Ku telah melakukan dosa, sedang dia tahu betapa dia ada Tuhan yang dapat mengampunkan dosa dan mengambil tindakan terhadapnya. Maka Aku ampunkan hambaku itu."

Kemudian, orang itu melakukan dosa yang lain, lalu ia berkata; "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunkanlah aku!

Allah berfirman; "Hamba-Ku telah melakukan dosa, sedang dia tahu betapa dia ada Tuhan yang dapat mengampunkan dosa dan mengambil tindakan terhadapnya. Maka Aku ampunkan hambaku itu."

Kemudian, orang itu melakukan dosa lagi, lalu ia berkata; "Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa, maka ampunkanlah aku!

Allah berfirman; "Hamba-Ku telah melakukan dosa, sedang dia tahu betapa dia ada Tuhan yang dapat mengampunkan dosa dan mengambil tindakan terhadapnya. Maka Aku ampunkan hambaku itu. Saksikanlah, bahawa aku telah mengampunkan hamba-Ku, maka lakukanlah apa yang dia kehendaki."

(HR Ahmad daripada Abu Hurairah. Rujuk Tafsir Ibnu Katsir, surah 3 ayat 135)

Gambar: diarihati.com  melalui carian di Google Image

Sahabat, sekali lagi, Islam adalah agama "harapan". Yang sentiasa memberikan "harapan" kepada insan. Selagi mana ia tulus untuk bertemu Rabbnya dengan berjalan, tentu Rabbnya sudi bertemu dengannya secara berlari. Kiranya ia berusaha mendekati Rabbnya sehasta, tentu Rabbnya sudi mendekat dengannya sedepa.

Maka, jangan pernah hilang rasa "harapan" ini....

No comments:

Post a Comment