أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
|
"Maka patutkah mereka mencari yang selain daripada agama Allah? Padahal kepadaNyalah berIslam (tunduk taat) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan."
(Surah Ali Imran [3]:83)
Allah SWT mengadress mereka-mereka yang tidak mahu tunduk, tidak mahu patuh, tidak mahu taat kepada perintah-Nya dengan ayat yang di atas. Dan persoalan yang dikemukakan oleh Allah Azza Wa Jalla di atas, adalah persoalan yang sangat wajar dan sangat relevan untuk dipertanyakan: di saat semua yang dilangit mahupun di bumi memilih ber"Islam" dengan Islam yang sebenarnya, lalu mengapa masih ada di kalangan manusia yang memilih hal yang bertentangan dengan apa yang telah termaktub melalui agama-Nya?
Dan lagi, Allah SWT mendetailkan lagi contoh-contoh makhluk yang memilih tunduk merendah dan patuh kepada perintah-Nya:
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?"
(Surah Al-Hajj [22]:18)
Matahari adalah source of power. Sehebat-hebat manusia, ia mungkin bisa mendarat di bulan, tetapi ia selamanya tidak akan pernah dapat mendarat di matahari. Biarpun teknologi menemukan kapal angkasa yang bisa bergerak sepantas cahaya untuk membisakan jarak perjalanan menuju ke matahari, kita tetap tak akan bisa untuk mendarat di atas planet/ bintang yang telah diciptakan dengan sifat maha panas ini. Hatta, jika kita pergi ke matahari pada waktu malam pun, konon untuk mengelak bahang sang mentari, tetap kita takkan pernah bisa mendarat di atasnya. Itupun, matahari memilih tunduk kepada kuasa Ilahi Rabbi.
Begitu juga halnya dengan sang gunung. Sehebat-hebat dan sekuat-sekuat manusia, tapi andainya ia melompat daripada kapal terbang ke atas sebuah gunung atau bukit, tetap yang akan hancur berderai adalah kepala hotak sang manusia tersebut –walau sekeras mana pun "keras kepala"nya- sedang sang bukit mahupun gunung tidak tercalar dan tidak retak walau secumit pun. Itupun, Allah Azza Wa Jalla menggambarkan akan betapa takut dan gerunnya gunung kepada Allah, maka mengapa tidak manusia merasakan kecuakkan yang sama?
لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
|
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
(Surah Al-Hasyr [59]:21)
Semua yang tunduk kepada Allah ini, hakikatnya lebih gah dan lebih mantop penciptaannya berbanding makhluk bergelar manusia.
لَخَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
|
"Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"
(Surah Ghafir [40]:57).
Oleh yang demikian, setelah mengetahui hakikat ini, mengepa anda masih memilih option-option yang lain daripada yang telah ditetapkan oleh deenul Islam? Mengapa engkau memilih menuduh orang tanpa bukti misalnya, sedangkan engkau sedia maklum menuduh orang tanpa bukti, di sisi Islam, adalah satu kejahatan, satu dosa, yang sangat besar lagi sangat serius?
Sidang akhbar bagi mendedahkan bukti terhadap Mat Sabu yang dikatakan berfahaman Syiah di Putrajaya. Yang paling kanan adalah Zamihan, anak murid serta pengkagum Hassan Saqqaf (fahaman Ahbasy) seperti dalam gambar dibawah:
Menuduh orang (tanpa bukti), memfitnah orang, dendam kesumat, menolak dalil dan nash, melakukan bidáh, menzalimi rakyat dan sebagainya, adalah seumpama mencari ajaran yang selain daripada ajaran yang telah diajarkan oleh agama Islam yang suci. Walhal, makhluk-makhluk yang lebih besar lagi gagah daripada kita pun memilih tunduk dan taat kepada Allah, baik secara suka mahu pun terpaksa. Maka, why do you keep running from God?
No comments:
Post a Comment