Followers

Tuesday, December 10, 2013

SYIAH BERBAJU SUNNI

Antara perkara yang perlu diawasi dalam negara ini ialah 'Syiah Berbaju Sunni'. Ini seperti yang pernah berlaku di Jordan di mana seorang tokoh yang berakidah Syiah tetapi berpura-pura sunni. Beliau ialah Hasan as-Saqqaf. Beliau berlagak aktif bermazhab Syafii dan mempertahankan ASWJ namun terbongkar beliau seorang Syiah. Jordan mengenakan tahanan ke atasnya kerana didakwa menjadi perisik Iran. Dalam buku-bukunya beliau sibuk menuduh orang itu dan ini sebagai bukan ASWJ dan cuba mengeruhkan hubungan negara-negara umat Islam dengan Qatar dan Saudi atas tuduhan mereka bukan ASWJ. Namun akhirnya beliau sendiri mengakui bermazhab Muktazilah. Sebenarnya bukan muktazilah tetapi Syiah. Namun kerana perbahasan akidah Syiah dan Muktazilah sama dalam isu kalam beliau mendakwa kononnya beliau muktazilah supaya lebih ringan. Hasan as-Saqqaf mempunyai gelintir anak murid di negara-negara tertentu termasuk negara kita. Terima kasih pihak yang membikin video ini. Video ini mendedahkan Siapakah Hasan as-Saqqaf yang cuba dibela oleh sesetengah pihak terutama muridnya

No comments:

Post a Comment