Surat khabar Harian Metro semalam melaporkan, jersi baru pasukan TRW yang akan digunakan untuk musim baru yang bakal menjelang tiba ini, telah "bocor" hingga mula dicetak di negara jiran. Saya tidak pasti akan sikap dan perasaan peminat pasukan TRW tatkala mendengar perkhabaran ini, namun apa yang pasti pihak pengurusan pasukan TRW tentunya kecewa, kerana jersi rasmi TRW ini turut menyumbang kepada dana yang akan digunakan oleh pasukan TRW dalam menguruskan perbelanjaan-perbelanjaan pasukan mereka.
Saya tertanya-tanya, apakah yang menjadikan anda "sebahagian" daripada sesebuah pasukan? Jika anda hadir menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Manchester United vs Girlchester United misalnya, dengan memakai jersi rasmi Red Revils serta muka yang bercat/ kaler merah, dan menjerit-jerit konon untuk menyokong dan membangkitkan semangat pemain-pemain, namun tidak satu pun nama pemain The Red Devils yang anda kenal, apakah anda layak dianggap seorang Red Devil?
Atau, anda mempunyai degree di dalam bidang medic, tetapi tidak pernah practice ilmu medicine. Anda memilih kerja mengembala kambing misalnya, dan kalau kebetulan ada seorang negro lalu di hadapan anda dalam keadaan tenat, anda langsung tidak akan menjenguk dan melayannya, dengan alasan "dia bukannya Muslim." Sedang etika kedoktoran tidak mengajarkan anda berbuat sedemikian. Maka, layakkah anda digelar seorang doctor?
Ada pihak yang mendakwa merekalah "Ikhwanul Muslimin" di Malaysia ini. Namun apakah benar, apakah layak mereka merasakan mereka sebahagian daripada Ikhwan andainya pandangan dan pendirian mereka senantiasa berbeza dengan Ikhwan yang sebenarnya?
Kita sedang kecoh dengan isu rampasan Bible oleh pihak berkuasa agama tempatan. Dan lain-lain isu yang sewaktu dengannya. Agak-agak, apakah sikap Ikhwanul Muslimin andainya berada dalam situasi yang sama?
Tidak susah untuk mendapatkan jawapan. Bukalah website rasmi Ikhwan. Ini alamat urlnya: www.ikhwanweb.com. Kemudian kalau malas sangat atau kalau nak senang, pergilah ke ruangan search. Taiplah "church" ke, atau lain-lain carian yang boleh memberikan berita-berita archieve tentang sikap Ikhwan terhadap Kristian minority di Mesir. Juga boleh search juga website-website Indonesia yang pro Ikhwan.
Marilah merenung surat Khalifah 'Umar bin al-Khattab kepada gabenornya di Mesir iaitu 'Amr bin al-'As.:-
"Ketahuilah wahai 'Amr, sesungguhnya Allah melihat engkau dan amalanmu. Sesungguhnya Allah berfirman dalam kitabnya "(mereka berdoa: wahai Tuhan) jadilah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa" (Surah al-Furqan:74) tujuannya agar dicontohi. Sesungguhnya (wahai 'Amr) bersamamu terdapat ahl zimmah (rakyat non-muslim) dan 'ahd (non-muslim yang mengikat perjanjian). Rasulullah s.a.w telah berpesan mengenai mereka. Baginda juga berpesan mengenai kaum qibti (Coptic) dengan menyebut: "Aku berpesan agar kamu berbuat baik kepada kaum qibti kerana bagi mereka hak perlindungan dan hubungan rahim (keluarga)". Kekeluargaan mereka disebabkan Nabi Ismail a.s. dari keturunan mereka. Nabi s.a.w juga bersabda: "Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi mu'ahid (rakyat non-muslim) ataupun membebankannya di luar kemampuannya maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat". Jaga-jaga wahai 'Amr jangan sampai Rasulullah itu memusuhimu kerana baginda akan menentang musuhnya…sesungguh aku ini takut jika seekor unta yang berada di bawah wilayahmu mati tersesat jalan lalu aku ditanya oleh Allah pada Hari Kiamat" (Kanz al-'Umal 5/760).
Maka, benarkah mempertahankan orang Kristian itu satu kesalahan?
No comments:
Post a Comment