Followers

Saturday, December 11, 2010

FIT

Antara hal terpenting yang harus dimiliki oleh seorang ahli sukan, bersamaan dengan semangat kesukanannya, adalah stamia. Stamina inilah yang akan membuatmu terus bertahan, yang menjadikanmu pantas menyerang, dan menzahirkan dirimu sebagai pemenang. Kerna pemenang itu bukanlah siapa yang “sampai dulu” dalam perlumbaan. Tetapi pemenang itu adalah siapa saja yang berjaya “menghabiskan perlumbaan.”

 

Inilah sifir yang diguna pakai oleh para ahli sukan. Biarpun kau sudah tentu tidak mampu menjadi johan, jangan pernah dikau mengalah, dan teruskanlah... teruskanlah menghabiskan perjuangan. Tetapi, tanpa stamina, tanpa fitness, sukar kau berdiri gah di atas gelanggang. Sulit dikau melintasi garisan penamat. Susah untuk dikau mencatatkan namamu dalam helaian permaidani sejarah. Kerna asal menghabiskan perlumbaan, nama tau tetap tercatat mempunyai “nombor”, biar pun seberapa corot nombormu itu. Tetapi jika dikau tewas di medan juang, kau disqualified, tiada bernombor, lalu hilanglah seri dan kehormatan yang diimpi.

 

Jika kau tewas di medan jihad,

Gelaran syuhada’ Allah memberi,

Arwah pahlawan senyum melihat,

Mujahid bangga melepas pergi.

 

Mungkin kerana itu, ramai yang mula menyedari awlawiyat (priority) menjaga fitness ini. Hingga, tertubuhlah Fitness First, bagai cendawan menuruti ributan hujan. Atau pelangi yang menyerikan pagi. Atau bunga yang kembang menceriakan kedukaan sang awan.

 

Hingga, manusia-manusia yang kemudiannya berhenti beramal, cuti daripada melakukan, sering kali akan hilang langsung staminanya. Akan pupus terus fitnessnya. Akan boroi terus perutnya. Lalu untuk memulakan kembali, sudah menjadi mission impossible yang harus ia harungi.

 

Kerana itu, janganlah pernah berhenti wahai saudaraku. Jangan sampai memboroi perutmu. Atau semput kudratmu. Atau lemah keinginanmu. Bukankah mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai Ilahi berbanding mukmin yang lemah?

 

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

 Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

 Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

 Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

 Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

-KH Rahmat Abdullah

 

 

Berjuanglah hingga titisan darah terakhirmu. Bergeraklah hingga keringatmu kering terganti keringat nan baru. Teruslah berjuang jangan sampai hilang stamina dan fitness mu. Kerana tiada istilah “rehat” daripada berjuang dalam kamus hidup seorang hero mukmin nan sejati. Tiada istilah “berhenti” bari mereka yang hidupnya untuk “bergerak.” Kerna “rehat” atau “berhenti” itu nantinya di sana, di alam abadi nan indah. Di kelilingi bidadari-bidadari suci lagi jelita, dipayungi redha Tuhanmu Yang Maha Esa.

 

 Jadilah orang yang fit. Jangan pula jadi Mat Pit. Cepat penat, perut pula buncit!

 

 

Thank You and Best Regards.

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab |  P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah

 

3 comments:

  1. 'fit' gak boleh bermaksud 'sawan'.
    hehe so kna jadi 'fit' yg mcm mana ni?

    ReplyDelete
  2. tu fit dalam medic kot. ni fit dalam sukan..

    nice entry!

    LIKE!

    ape lagi.. riadah la..!

    ReplyDelete