Followers

Monday, June 20, 2011

Double Trouble

Ketika pertemuan mingguan Futuwwah baru-baru ini, kami dimaklumkan oleh salah seorang akh (saudara) kami berkenaan Usrah Ilmuan Syariah & Da’ie (rujuk http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/994-usrah-ilmuan-shariah-a-daie-.html dan juga http://saifulislam.com/9956) yang menggabungkan ramai tokoh-tokoh “terhangat di pasaran” seperti UZAR, Dr. Maszlee, Dr. Zulkifli Al-Bakri, Dr. Abdul Basit, dan lain-lain lagi. Seperti tulisan saya sebelum ini (http://farhan-albanna.blogspot.com/2011/06/silkygirl.html) , anda tentu dapat mengagak betapa tatkala berita ini sampai ke telinga saya, tentu saja saya sangat gembira. Hati mana yang tidak gembira melihatkan pertemuan para “tokoh-tokoh” dapat duduk satu meja, tentunya ini berita baik buat umat, apatah lagi “aura” pertemuan mereka sahaja sudah mampu “menyinari” kebanyakan daripada kita.

 

Kalau dua gergasi rock besar seperti Search dan Wings bisa bergabung dalam sebuah konsert dinamakan Double Trouble, mengulangi nostalgia yang pernah mereka laksanakan pada awal 1990-an, maka tentulah teramat wajar tatkala para ilmuan, ulama’ dan para duat kita dapat bergabung tenaga demi kemaslahatan umat. Ia bukan sekadar “Double Trouble”, bahkan mungkin “triple”, atau lebih lagi!

 

Cuma saya ada beberapa cadangan, yang mungkin ada di kalangan anda yang membaca artikel ini mempunyai authority untuk menjadikan cadangan daripada insan kerdil seperti saya ini realiti, itu pun kalau ianya bermanfaat untuk umat. Yang pertama, alangkah indahnya jika para anggota usrah ini dilantik sebagai Mufti. Kerana dengan position mereka sebagai Mufti, mereka akan punya lebih authority untuk laksanakan apa yang telah mereka semua bincangkan. Tak lama pun tak apa, setidaknya penglibatan sebentar mereka sebagai Mufti dapat “menyegarkan” institusi agama tanahair, selain mendinamikkan fatwa agar lebih kontemporari, juga meningkatkan standard kelayakan untuk menjadi Mufti, iaitu perlu memiliki PhD dan sebagainya. Penglibatan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sebagai Mufti Perlis selama 2 tahun misalnya, menjadi contoh yang sangat baik di mana keterlibatan beliau di dalam institusi Mufti tanah air, telah menimbulkan fenomena baru di kalangan masyarakat umum. Mungkin kalian yang soleh-solehah tidak sedar, tetapi di kalangan orang awam, nukilan Minda Tajdid mingguannya, telah menjadikan buah pemikiran beliau mempunyai ramai silent readers dan juga silent student. Ceramah-ceramah beliau lewat Youtube pun, mula dicari-cari oleh ramai orang.

 

Yang kedua, seperti juga anda, saya juga mempunyai cadangan nama-nama yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk diterima masuk atau dijemput masuk menjadi sebahagian ahli usrah yang “power” ini. Pada saya, kelayakan untuk bergabung bersama tokoh-tokoh ini tidak sekadar bergantung kepada ilmunya, tetapi juga kepada ketajaman pemikirannya. Ramai orang yang soleh, banyak ilmu, tapi kurang cekap strateginya. Kerana itulah syarat untuk menjadi pemimpin, menurut al-Quran (seperti yang dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah), bukan sekadar al-amanah (baik, boleh dipercayai, soleh dan sebagainya) tetapi juga punya al-quwwah (kekuatan, kecerdasan akal, kepakaran, strategis, think tank dan sebagainya), seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al-Qasas [28], ayat 26. Oleh yang demikian, nama-nama seperti pengasas modul ISK, ustaz Dr. Kamarus Salam wajar dipertimbangkan. Tentunya akan banyak membawa manfaat kepada usrah ini, selain beliau sendiri akan beroleh banyak manfaat. Biarpun saya sendiri belum pernah mendengar secara “live” pengisian beliau, tetapi melihatkan “kesan” dakwah beliau, selain kelulusan PhD yang beliau miliki, tentu satu asset yang sungguh bernilai untuk semua.

 

Juga, seorang pendakwah bebas dan pakar motivasi yang terbukti mampu “membina” sekian ramai orang, al-fadhil ustaz Dr. Hizul Azri. Biarpun dari segi kelulusan beliau, beliau bukanlah seorang ustaz, tetapi kafa’ah syar’iyyah (potensi ilmu agama) yang dimiliki beliau, selain bakat dakwah dan strategi yang dimilikinya, menjadikan beliau mampu melahirkan ramai pendakwah-pendakwah muda, menukarkan mereka from zero to hero. “Anugerah Allah yang harus kita semua manfaatkan” kata salah seorang anak binaannya (rujuk http://satuummah.blogspot.com/2011/06/mp3-taujih-al-akh-doktor-haji-mohd.html).

 

Apa pun itu cuma pandangan saya. Yang penting jangan sampai berita baik ini melalaikan kita betapa kita semua pun punya peranan tersendiri dalam membela dan menyebarkan agama suci ini.

 

Wassalam.

 

5 comments:

  1. salam..

    saya cadangkan Ust Faridul join 'usrah' ni..x kurang powernya..hehe..

    lame x jumpe akh..

    ReplyDelete
  2. salam..
    bukan akh pun dulu pernah bersama Dr.hizul kew..?

    -technicboy-

    ReplyDelete
  3. saya sokong idea yang sangat bagus ni! especeli ttg pemilihan mufti tu. minimal mesti ada PhD dan bukan sekadar menjadi pak turut. harus teguh pndirian spt Prof MAZA. oh ttg calon2 usrah gabungan tu, memang serius DOUBLE TROUBLE! boleh gegarkan satu malaysia. konfem blh kalah kan konsert search+wings..tapi persoalannya, adakah calon2 itu akan menerima? sila jawab al fadhil ustaz..

    ReplyDelete
  4. saya sukakan permisalan yang anda suka buat, silky girl, double trouble, yang saya rasakan orang umum akan lebih mudah memahami maksud yang ingin anda sampaikan..

    berkenaan dengan memanfaatkan masyaikh2 dakwah, maka itu sangatlah baik.

    berkenaan cadangan anda supaya mereka menjadi mufti, kita mgkn bersetuju, tetapi mereka belum tentu setuju utk menjadi mufti kerana beberapa pmaslahah yang kita belum nampak seperti mana mereka melihat dan menilai.

    ustaz zahazan pernah menolak untuk menjadi mufti melaka kerana maslahah tertentu yg beliau tidak coretkan dalam tulisan dan ceramah beliau.

    insyaallah,moga menjadi medan nasihat dan fikiran kita semua.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum admin..boeh x saya nak berhubung dengan admin?

    ReplyDelete