Followers

Wednesday, June 15, 2011

The Outsiders

Jumaat lepas, dalam kunjungan saya ke kedai buku UKM, saya sempat "tergoda" untuk membeli sebuah buku berkaitan kaum Maya dan tokohnya, Nostradamus.

 

Huh, mungkin bagi sesetengah orang, minat saya secara tiba-tiba kepada "sejarah" adalah suatu perkara tidak berfaedah. Untuk apa belajar tentang sejarah orang? Bukankah lebih baik belajar tentang sejarah Islam? Manusia, terkadang ia memilih hidup di dalam "sangkar" pemikiran. "Sangkar" pemikiran inilah satu kejayaan ghazwul fikri (psychological war mush-musuh Islam) agar umat Islam menjadi jumud dan tidak terbuka pemikirannya. Di saat para ahli bijak pandai serta para pemikir mempromosikan thinking outside the box, sebahagian Muslim pula boxnya berada di tengah-tengah "kandang" pemikirannya, hingga biar pun ia turut mempromosikan berfikir di luar kotak, ia justeru masih di dalam "kandang", walaupun seudah keluar daripada kotak.

 

Apakah tidak pernah sampai kepada kamu betapa banyak ingatan-ingatan Tuhan, semisalnya ayat-ayat ini?

 

 

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

(Surah Ar-Rum [30]:9)

 

 

۞ أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَاقٍ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.

(Surah Ghafir [40:21)

 

 

Apakah yang ingin diperhatikan itu hanya "akibat" yang menimpa kaum-kaum terdahulu (yakni mereka yang mendustakan Allah), atau termasuk juga  "karakteristik" kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu?

 

Setakat yang sudah saya baca di dalam buku ini, saya tidak merasakan tragedi 2012 Nostradamus sebagai tilikan dan tenunan, tetapi saya melihatnya sebagai kajian astrologi yang sangat mengkagumkan. Ianya bagaikan periodic maintenance atau servis berkala yang kita lakukan pada kereta kita, walaupun dunia kejuruteraan kebanyakannya telah pun beralih kepada predictive maintenance. Kemungkinan 2012 sebenarnya sudah "terawal", dek kerana pengaruh teknologi dan peradaban telah mempercepatkan lagi wear and tear kekuatan bumi kita. Maksud saya begini, tatkala manufacturer kereta anda menetapkan anda harus menukar minyak hitam enjin setiap 10,000km, yang jika tidak enjin anda akan rosak lalu perlu dioverhaul, apakah itu bererti anda telah percaya pada hal yang khurafat, lalu tergelincirlah akidah anda? Nah, sebegitulah juga dengan isu 2012. Konon kaum Maya bukannya menyatakan 2012 sebagai Kiamat dunia, tetapi lebih melihatnya dari segi astrologi betapa bumi akan ditimpa bencana alam sesuai dengan kitaran masa yang terbukti sebelum  ini.

 

Seperti juga kereta di mana biar pun sepatutnya setiap 2 tahun manufacturer merekomenkan kepada anda untuk menukar tayar, terkadang cukup setahun pun, tayar anda sudah botak dan perlu diganti. Maka sebegitulah juga dengan "maintenance" kepada bumi, wear & tear nya sudah mula berlaku. Maka apa yang perlu kita buat adalah mengambil langkah-langkah pencegahan dan perbaikan untuk mengurangkan kesan bencana, seperti kempen "bumi hijau" yang sedang giat dipromosikan hari ini.

 

Kalau pada binatang sahaja Quran menyatakan ada pelajaran buat kita, apatah lagi pada fikrah-fikrah lain yang bertentangan dengan fikrah (cara berfikir) yang telah diajar dan diterapkan kepadakita? Kita sudah ada ISK (Ini Sejarah Kita), mungkin kini kita bisa melakukan penelitian kepada ISM (Ini Sejarah Mereka (Barat)) pula misalnya.

 

Wajar, wahyu Ilahi dimulakan dengan ingatan untuk "mambaca", kerana dengan banyak membaca inilah, fikiran kita diasah, wawasan kita semakin meluas, dan analisis kita semakin tajam. Hatta bekas PM Tun Dr. Mahathir menyatakan di dalam memoarnya "A Doctor in the House" betapa sepanjang hidupnya, hanya ada 1 buku sahaja yang tidak sempat dikhatamkannya, iaitu buku "The Wandering Jew", tidak malukah kita tatkala track record membaca kita terlalu sedih untuk digembar-gemburkan?

 

Kalau mengkaji pemikiran musuh tidak penting menurut kita, untuk apa Quran justeru menyeru mengadakan perjalanan di muka bumi dan melihat tinggalan-tinggalan kehebatan mereka? Untuk apa Quran bercerita tentang Hizbus Syaitan setelah berbicara tentang tauhid dalam surah sependek surah An-Nas [114]? Tentu ada yang kita bisa belajar daripada mereka, dan tentu kematangan berfikir ini, akan membolehkan kita keluar daripada "kesempitan berfikir" kepada keluasan samudera ilmu kurniaan Allah SWT.

 

 

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.

(Surah Al-Kahfi [18]:109)

 

3 comments:

  1. Ana bersetuju dgn apa yg cuba ustaz sampaikan..benar, kebanyakan kita terkongkong dengan sangkar pemikiran yg membuatkan ummat Islam jumud dan tidak dapat berfikiran jauh

    Namun, yg menjadi kemusykilan saya, bagaimana mahu mengelakkan diri kita daripada terpengaruh dengan fikrah yg disampaikan oleh penulis.

    Maksud sy, sy takut jika dalam proses pembacaan, sy terbawa2 dengan cara pemikiran penulis tersebut dan terpengaruh.

    mf jika sy salah..jazakallah..

    ReplyDelete
  2. Anonymous,
    Di situlah kepentingan aqidah yang mantap. Para Rasul menekankan isu aqidah dulu sebelum isu feqah dan sebagainya, kerana dengan kekuatan aqidah, kita tak kan mudah terpengaruh dengan orang lain.
    walla hu'alam

    ReplyDelete
  3. minta pendapat ustaz untuk program ini.. http://www.nasyeed.com/index.php?option=com_content&view=article&id=560:101030-al-farabi-botb&catid=13:update-terkini-aktiviti-di-nasyeedcom&Itemid=32

    sy rasa macam sesuatu yg tidak kena..adakah mereka "menggunakan nama Islam untuk berhibur kerana saya ada mendengar satu lagu(http://www.youtube.com/watch?v=rEDK7drhP6M&feature=player_embedded) daripada kumpulan band yg menyertai program ini, mesejnya ada tetapi keseluruhan lagu tersebut lebih mengfokuskan kepada muzik..mereka juga menggelarkan diri mereka sebagai khalifah..

    ReplyDelete