Followers

Thursday, June 9, 2011

SilkyGirl

Wahai Rabb

Mengapa para kekasih yang saling mencintai kerana-Mu

Engkau takdirkan saling mengenal dalam pangkuan bumi yang jauh

Engkau berikan perasaan sedih dalam khusyu’ ini

Namun para bijak bestari membisiki;

“perpisahan badan tidak melunturkan kecintaan

Yang disertai pemeliharaan janji dan mulianya kenangan”

            -petikan surat Syaikh Al-Bahi Al-Khauli kepada Syaikh Abu Hasan Ali An-Nadwi-

 

 

Perasan bercampur baur tatkala membaca kisah-kisah para tokoh kontemporari seperti yang diceritakan oleh Ustaz Abdullah Al-‘Aqil di dalam bukunya “Mereka Yang Telah Pergi (Min A’lami Al-Harakah wa Ad-Da’wah Al-Islamiyah Al-Mu’ashirah)”. Sungguh, mengenal seorang tokoh sahaja sudah cukup banyak mutiara-mutiara hikmah yang bisa diraih oleh seseorang, apatah lagi kesempatan bergaul dengan 71 orang tokoh, tentunya telah membawa manfaat yang sangat besar kepada Ustaz Abdullah al-‘Aqil, seperti mana kisah-kisah mereka sudah cukup memberikan manfaat dan hikmah buat mereka-mereka yang membaca kisah yang telah beliau kongsikan. Ternyata benar kata-kata Maimun bin Mahran: “Siapa yang persahabatannya tidak memberikan manfaat maka permusuhannya tidak akan membahayakanmu.”

 

Kerana itu, setiap kali berkesempatan membaca atau pun mendengar perkongsian daripada mereka-mereka yang banyak bergaul dengan tokoh-tokoh dari kalangan orang-orang soleh ini, perasaan bercampur-baur itu pasti timbul. Perkongsian mereka pasti mengesankan jiwa, disamping membangkitkan semangat, mengukuhkan tekad, menambahkan keimanan, serta memperkuatkan keazaman lantaran itulah sebenarnya yang dirindukan oleh umat hari ini: contoh teladan yang hidup di tengah-tengah kehidupan mereka.

 

Juga, perasaan cemburu dengan insan-insan yang beroleh kesempatan sekaligus penghormatan untuk berkawan, berkenalan dan berterusan menerima manfaat daripada tokoh-tokoh yang sebegitu heba, disertakan juga dengan kekaguman kepada mereka, yakni insan-insan yang terbiasa berkawan dan dikawani oleh tokoh-tokoh sehebat Tuan Guru Nik Aziz, atau Dr. Maza, atau Ustaz Shamsuri, atau UZAR, atau Ust. Hasrizal, atau UQY, dan sebagainya, sedang saya dan kebanyakan sahabat-sahabat saya hanya berpeluang untuk belajar dan mengambil manfaat daripada tokoh-tokoh sebegini dari kejauhan.

 

Bukan tidak mahu berkenalan dengan tokoh-tokoh ini, tetapi terkadang kita harus sedar diri, siapalah “orang kerdil” seperti kami untuk berteman dan dikenali oleh manusia-manusia sehebat mereka. Apakah mungkin tokoh-tokoh ini bisa menjadi “cermin” bagi insan-insan kerdil seperti kami, sedang seorang sahabat adalah cerminan sahabatnya yang lain? Apakah layak orang-orang seperti kami, untuk dikenali dan dihubungi oleh tokoh-tokoh yang dikagumi masyarakat ramai ini?

 

Oleh yang demikian, buat mereka-mereka yang menjadi kenalan, yang sering diajak berbincang, yang mempunyai kapasiti untuk menghubungi tokoh-tokoh hebat sebegini dan yang seangkatan dengannya, syukurilah “haruman kasturi” yang kalian perolehi daripada persahabatan suci kalian tadi. Dan sebarkanlah “haruman kasturi” ini kepada kami semua, agar kami yang “bukan sapa-sapa” ini turut menerima manfaat daripada kalian, setelah kami tidak memungkinkan untuk memperoleh “haruman” itu daripada tok syeikh-tok syeikh tadi, melainkan sekadar daripada kejauhan.

 

Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.

(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

 

Kalau Mawi saja tidak malu “melompat-lompat” mengejar Syarifah Amani demi mempromosikan haruman Silky Girl, maka janganlah kalian malu untuk berkongsi haruman merbak yang kalian peroleh itu dengan kami. Sungguh kami menghargainya, insyaAllah….

 

2 comments:

  1. Salam ustaz,

    ana juga antara yang bukan sapa2, huhu..kadang2 sangat mendambakan sentuhan langsung tokoh2 tersebut.. sangat2 cemburu dgn yg berpeluang..
    tp teringat kata seorang teman warga indonesia di tmpt belajar, dia x terlibat dgn dakwah pun... tp dia menyatakan..
    sbnrnya kita yg x dibr perhatian ini ditarbiyah langsung oleh Tuhan. ana x kata kita x diberi perhatian..tp ana cuba rasionalkan diri terima kenyataan.. :)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumus salam warahmatullah

    jazakallah khairan anonymous di atas pandangannya

    ReplyDelete