Followers

Friday, February 24, 2012

SELENDANG

Sabda Nabi S.A.W; "Al-Islam ya'lu wa la yu'la alaih" "Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi (kedudukan) daripadanya." Namun, kedudukan dan posisi Islam yang berada di tempat yang tinggi itu, sudah pun "teralih" pada hari ini. Bukan lagi Islam yang kelihatan tinggi (di mata manusia), tetapi Barat, Jepun, dan yang lain sebagainya, itulah yang menjadi rujukan, itulah yang menjadi perhatian, itulah yang menjadi siulan oleh masyarakat moden kita pada hari ini.

 

Lalu, berbagai pihak, berbagai "kabilah", berbagai "suku" dan berbagai "kaum" berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangannya. Malangnya, setiap pihak, setiap "kabilah", setiap hizb (puak) termasuk setiap NGO dan jemaah, saling bercakaran dalam proses mengembalikan keagungan islam itu.

 

Saudaraku,

 

Bagaimana kiranya jika "lau kana bainana", Ar-Rasul musthofa Muhammad Bin Abdullah S.A.W ada di tengah-tengah kalangan kita, apa Nabi nan mulia meredhai permusuhan dan pergaduhan di atas nama Islam ini? Dan kira-kiranya, apakah penyelesaian yang akan diambil junjungan kita nan mulia untuk menyelesaikan hal yang sebegitu melarat di kalangan para pejuang Islam ini?

 

Saya jadi teringat dengan masa kira-kira 5 tahun sebelum kenabian. Satu ketika, Makkah dilanda banjir besar, yang kemudiannya menyebabkan Ka'bah nan mulia rosak teruk dan perlu diperbaiki. Demikian selesai pemulihan Ka'bah, kabilah-kabilah Arab mula berselisih akan siapakah yang berhak mendapatkan kehormatan untuk meletakkan kembali Hajarul Aswad ke posisinya. Perselisihan berlanjut sehingga 4 atau 5 hari –demikian menurut Mubarakfury dalam Rahiqul Makhtum dan Al-Butty dalam Fiqhus Shirah- hingga hampir-hampir mengakibatkan pertumpahan darah.

 

Lalu, bagaimana Ar-Rasul menyelesaikannya? Dihamparkan sehelai selendang, diletakkan Hajarul Aswad di atasnya, lalu dijemput setiap ketua kabilah memegang bahagian hujungnya dan mengangkatnya bersama-sama. Akhirnya, baginda berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut, yang asal ceritanya terjadi, kerana niat yang murni, tetapi hampir mengakibatkan tragedi.

 

Saudaraku,

 

Mengembalikan ketinggian Islam, apa itu bukan matlamat yang suci? Sesuci mengangkat dan mengembalikan Hajarul Aswad ke posisinya? Namun, apa perlu matlamat yang suci itu, mengakibatkan persengketaan dan permusuhan, yang menghancur-leburkan ketulusan dan kemuliaan perjuangan?

 

 

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

 

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisih pendapat sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar."

(Surah Ali Imran [3]:105)

 

Saudaraku,

 

Apa tidak bolehkah kita sama-sama mengembalikan kemulian Islam ini, dengan masing-masing di antara kita berperanan, dan mengangkat "selendang" perjuangan ini bersama-sama? Apa perlukah hanya kelompok kita sahaja yang mengangkat "hajar Aswad" itu, lalu menafikan dan melukakan kelompok-kelompok yang lainnya?

 

Apa perlu kita menuruti jejak langkah kabilah-kabilah Arab sebelum zaman kenabian, sedang kita mengaku cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan Islam, tapi melalaikan contoh yang telah Nabi S.A.W teladankan?

 

Mengapa rela kita menghalang-halangi saudara seperjuangan, hanya kerana berbeza "kabilah" dengan diri kita? Mengapa perlu kita jatuh-menjatuhkan saudara seperjuangan, hanya kerana mengutamakan "kabilah" kita? Mengapa tergamak kita menjadikan kabilah kita "agama" baru, hingga yang diluar daripada kelompok kita seakan-akan sama tarafnya dengan mereka yang di luar daripada agama kita?

 

 

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ

 

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai berperang dalam bulan haram; katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah dan (ingatlah), fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan.."

(Surah Al-Baqarah [2]:217)

 

Renungkanlah kembali pesanan UZAR; "Jika kita tidak mampu menyebar & memandu kebaikan, jangan sama sekali menjadi penghalang bagi mereka yang ingin menyebarkannya."

 

Moga Islam akan gah kembali di "Carta Hati." Iya, Islamlah yang berada di Carta Hati. Dengar ya Najwa Latif…

 

 

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  "izinkan saya turut sama memegang "selendang" itu.."- 

 

Thursday, February 23, 2012

“Jika kita tidak mampu menyebar & memandu kebaikan, jangan sama sekali menjadi penghalang bagi mereka yang ingin menyebarkannya.”

-     Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

 

 

Nota: gambar hiasan adalah pilihan empunya blog. Tiada kaitan dengan pengeluar kata-kata hikmah di atas.

 

Monday, February 20, 2012

“Keep your friends close and your enemies CLOSER

-Sun Tzu, Chinese General, military strategist, and author of The Art of War, an immensely influential ancient Chinese book on military strategy

Saturday, February 18, 2012

“To lead the people, walk behind them.”

-Lao Tzu (Chinese taoist Philosopher, founder of Taoism, wrote "Tao Te Ching" (also "The Book of the Way").

 

 

 

Thursday, February 16, 2012

Andre Villas-Boas (AVB)

Andre Villas-Boas. Usianya baru 34 tahun (35 Oktober ini). Hanya beberapa bulan lebih tua daripada penjaring terbanyak pasukan Chelsea sepanjang zaman, Frank Lampard. Bahkan, ia hanya tua 5 bulan sahaja daripada ayam tambatannya sendiri, Didier Drogba. Namun, pengurus yang sering digelar AVB ini jugalah yang terpilih untuk mengisi kerusi panas yang pernah dikemudi ke persada kegemilangan oleh “The Special One”, iaitu pengurus phenomenal iaitu Jose Mourinho.

 

Berbeza dengan pengurus-pengurus sebelumnya, AVB lebih bernasib baik apabila pemilik kelab Chelsea, sang Billionaire Roman Abramovich bisa bersabar dan masih memberikan ruang dan peluang kepada AVB untuk kembali menukilkan kejayaan.

 

Namun, Chelsea yang mengalami transformasi “identiti” di bawah kendalian Abramovich, yang menyaksikan mereka memenangi dan merampas kejuaraan Liga Inggeris daripada Manchester United sebanyak 3 kali dan Naib Juara Juara-Juara Eropah sebanyak sekali –semuanya dengan pelaburan berbillion-billion dolar juga- kini diambang kemerosotan. Entah bila kali terakhir mereka tidak berada di senarai top three Liga Inggeris, namun musim ini, “sengat” mereka sebagai pasukan pilihan sudah mula hilang taringnya. Hingga, akhbar tempatan minggu ini melaporkan, AVB sudah hilang sokongan apa lagi kepercayaan, bukan sekadar daripada penyokong Chelsea sendiri, malah pemain-pemain pun sudah tidak mempedulikan nasibnya. Mengapa ini semua berlaku?

 

Jawapannya mudah. Bila anda sudah melaburkan sekian banyak wang, anda tentu mengharapkan sekian baik keputusan. Dengan pelaburan dan barisan bintang yang Chelsea ada, untuk tidak kelihatan sebagai pencabar kejuaraan, adalah suatu keaiban yang tidak mungkin dimaafkan.

 

Saudaraku,

Berapa ramai di kalangan kita sudah melalui “pelaburan” yang sekian gempak. Hadir ke seminar itu dan ini. Diberi jawatan di dalam NGO yang maha tinggi. Hadir ke ceramah ulamak tersohor. Namun, segala “pelaburan” itu, sekadar melihatkan “kemandulan” sang “AVB” untuk melahirkan manusia-manusia “istimewa”, yang bukan sekadar siap-siaga memperjudikan segalanya demi Islam, malah turut sama meneruskan re-genesasi aktivis Islam.

 

Apalah ertinya anda gah dalam program gempak ala pasukan Chelsea, andai anda melahirkan keputusan menghampakan persis AVB?

 

Wajarlah Allah memperingatkan:

 

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,”

(Surah An-Nisa’ [4]:95)

 

Mamang, bukan hasil yang dihitungkan, namun usaha jua yang diperkirakan. Namun, benarkah usaha anda telah setimpal, tatkala jalur-jalur regenesasi memang langsung tidak pernah kelihatan?

 

“If there’s a will, there’s a way” kata orang. “Man jadda wa jadda” kata pepatah. Maka, adakah anda ingin menjadi seorang lagi AVB, yang hanya gah dengan program, tapi fail dalam perjuangan?

 

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab  “Ya Allah, teguhkanlah keistiqamahanku..”-

 

 

[copy&paste]: Wanita Muslimah

A British man came to Sheikh and asked: Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

Then the British man asked the Sheikh:... Why do your girls cover up their body and hair? The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British: If I asked you to take one of the sweets which one will you choose? The British replied: The covered one. The Sheikh said: that’s how we treat and see our woman....

 

Source:  https://www.facebook.com/pages/Zaharuddinnet/226669856575

 

 

Sunday, February 5, 2012

Sup Tulang

Dulu, saya tidak pernah memesan sup tulang tatkala makan di luar. Ini semua berpunca daripada kesalah fahaman saya. Sangka saya, sup tulang hanya menghidangkan tulangnya semata-mata. Maka, alangkah ruginya orang yang memesan sup tulang; alangkah baiknya ia memesan isi daging itu, fikir saya. Hari ini, saya semakin menikmati hidangan sup tulang, ternyata ianya sungguh menyelerakan.

Saudaraku,

Mungkin benar, sup tulang kurang dari segi isi dan inti, jika dibandingkan dengan sup-sup yang lain. Namun, dek kerana isinya yang lembut dan enak, meratah daging yang melekat pada tulang itu sungguh satu yang mengujakan.

Begitulah halnya dengan seorang Muslim. Mukmin yang “lekat” dirinya pada prinsip-prinsip Islam, seerat lekatnya daging pada tulang, akan menghasilkan “isi” yang membahagiakan. Malangnya, ramai pejuang-pejuang Islam di luar sana lebih sudi meninggalkan “kelekatannya” pada “tulang sendi” iaitu prinsip-prinsip Islam ini, hanya kerana mengejar suatu yang kelihatan lebih gempak, lebih besar, lebih gah, lebih glamer dan sebagainya.

Saya pernah ditinggalkan rakan seperjuangan, hanya kerana berteraskan alasan “takut orang lain kata apa.” Hairan, sejak bila perjuangan ini tegak di atas komen dan kritikan orang, sedang ibadur Rahman, yakni hamba-hamba yang merasakan sifat Ar-Rahmannya Allah, lalu melekatlah sifat pengasih itu di dalam diri mereka, adalah kelompok insan yang berpegang teguh pada asas dan prinsip-prinsip Islam, biar apa pun yang diperkatakan oleh orang.

“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.”

(Surah Al-Furqan [25]:63)

Islam mengajar umatnya untuk mempunyai pendirian, sentiasa “lekat” pada prinsip Islam hingga akhirnya menghasilkan kemenangan, berbanding hanyut di dalam arus “sup” pandangan orang. Sabda Nabi S.A.W;

“Janganlah seseorang daripada kamu menjadi “imma’ah” (ikut-ikutan). Ia berkata: jika manusia baik, aku pun baik, sedang jika mereka jelek, aku pun jelek,” Sebaliknya, tetapkanlah pendirian kamu. Jika manusia baik, kamu ikut jadi baik, sedang jika mereka jelek, kamu menjauhi kejelekan mereka itu.”

(Hadith riwayat Imam Tirmidzi)

Mukmin yang bersifat “sup tulang” ini akan mampu adil dalam memberikan pandangan, biarpun pandangannya itu mungkin merugikan kelompoknya, dan menguntungkan pesaingnya.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan.”

(Surah An-Nisa’ [4]:135)

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surah Al-Ma’idah [5]:8)

Saya menjadi hairan dengan pengikut sebuah gerakan Islam. Tatkala pimpinannya mengkritik pimpinan gerakan Islam yang lainnya, tentunya kritikan itu mengundang kemarahan dan respon daripada pengikut gerakan Islam yang dikritiknya. Namun, sang pengikut ini, dalam membela pemimpinnya, boleh pula melaungkan betapa para pengikut yang marah tadi seharusnya berlapang dada dalam menerima kritikan. Apa yang diperkatakannya (berlapadang dada) itu benar, tetapi tidak kena, kerana ia minta orang berlapang dada dengan kritikan, sedang ia sendiri bermati-matani mempertahankan pimpinannya daripada kritikan, sedangkan sang pimpinannya itulah yang terlebih dahulu –dan terlebih gatal- mengkritik pimpinan gerakan Islam yang lainnya. Mengapa dia tidak boleh pula berlapang dada menerima kritikan orang lain terhadap pimpinannya?

Islam itu, ketika memilih “sup-sup” yang lainnya, akan menjadi “milik” satu kelompok sahaja. Sehingga muncullah iktiqad betapa “Allah akan memelihara golongan kami sahaja.” Iktiqad ini sekaligus menafikan sumbangan dan keistiqamahan orang lain yang berada di luar jemaahnya. Sehingga Dr. Yusuf Al-Qarahdawi sahaja menegur anggota-anggota Ikhwan Muslimin yang berlebih-lebihan mengkritik pengunduran Syeikh Muhammad Al-Ghazali daripada jemaah Ikhwan. Sejak bila pengasas jemaah Ikhwan, Hasan Al-Banna menanamkan doktrin hanya Ikhwan yang masuk Syurga, sehingga sumbangan dan dakwah Syeikh Muhammad Al-Ghazali harus dinafikan?

Inilah akibat salah faham terhadap sup tulang: kerana tidak mengetahui natijah positifnya, manusia memilih sup-sup lain yang kelihatan gah dengan isinya. Sedang jaminan Allah itu, ada pada mereka yang berpegang teguh pada “tulang” prinsip Islam itu.

Dari Abu Najih Al-Irbadh bin Sariah R.A, dia berkata: Rasulullah S.A.W memberikan kami nasihat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata: “Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat.”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Saya wasiatkan kalian untuk bertaqwa kepada Allah, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Kerana di antara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku, dan ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara-perkara bid’ah, kerana semua yang bid’ah itu adalah sesat.”

(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi, dia berkata: hadith ini hasan sahih)

Sup tulang. Sup Gearbox yang “kaw” tu pun keluarga sup tulang jugak tau!

-Ir. Faridul Farhan Abd Wahab “Sibghatullah: indah di luar, “gearbox” di dalam”-