Followers

Thursday, January 31, 2013

[kajian_manhaj]

Di dalam halaqah yang biasa saya lalui, antara agendanya selain tilawah wa tadabbur, bacaan hadith, musykilah, mutabaah segala macam, adalah slot kajian manhaj. Kajian Manhaj ni pulak, biasa diberi atau diterima di dalam bentuk rusmul bayan, semacam “peta minda” yang superb lagi “awesome” (at least to me), yang membantu kita memahami main point tajuk, mengetahui dan menghafal dalil-dalilnya, serta belajar serba-sedikit Bahasa Arab.

 

Terkadang, saya cuba coretkan di dalam blog saya (yang kini, dan yang terdahulu) sedikit penerangan ringkas tentang kajian manhaj yang saya baru sampaikan, terutamanya di dalam daurah, sebagai sharing terutamanya bagi peserta/ pendengar yang tak berapa faham (dan memang biasanya akan ada peserta/ pendengar yang tak faham, terutamanya disebabkan saya bercakap dengan speed yang laju).

 

Cumanya, walaupun saya telah cuba dan berusaha menuliskan “syarah rusmul bayan” ni even sejak zaman student, tapi sering kali, di pertengahan jalan, saya akan rasa tulisan saya dah meleret-leret panjang, so akan membosankan, lalu kesimpulannya saya sebenarnya yang syok sendiri. Jadi pantas saya akan cuba tamatkan penulisan saya itu secepat yang mungkin.

 

Namun, bila kajian manhaj ini tidak disalinkan di sini, cons dia pulak ialah kerugian yang amat besar andainya buku nota/ catatan halaqah saya hilang. Maka, saya sudah tidak lagi mempunyai bahan rujukan (melainkan ianya telah pun disyarahkan di dalam buku-buku lain, misalnya bukunya Pak Irwan Prayitno dan sebagainya). Cumanya, tak semua bahan rusmul bayan yang ada rekod disyarahkan, antaranya bahan “Ashabul Kahfi” ini.

 

Maka, kesimpulannya ialah, pada pandangan kalian, patutkah saya menulis explanation rusmul bayan ashabul kahfi yang saya postkan sebelum ini, yang tentunya akan panjang berjela dan memakan banyak siri? Saya fikir, lebih baik sesiapa yang pernah mendengar pengisian tajuk inilah yang menulis tentangnya, kerana insyaAllah akan lebih menarik berbanding saya sendiri yang menulisnya.

 

So apa pandangan kalian semua? Ke tak paham amende saya dok merepek ni?

 

Wednesday, January 30, 2013

Bola Tanggung...

Solat itu penting. Siapa yang berani menafikan kepentingan solat? Sebagai amal pertama yang dipertanyakan di Mahsyar kelak. Sebagai satu-satunya wahyu yang memerlukan An-Nabi SAW itu naik ke langit mengadap langsung ALLAH Azza Wa Jalla. Sebagai amal yang membezakan seorang Muslim dengan seorang yang Kafir. Sebegitulah peri-pentingnya solat di dalam kehidupan seseorang Muslim.

 

 

Dan Solat, harus diakui merupakan satu "antibodi" yang bisa menjauhkan seseorang daripada ketidak istiqamahan. Namun, tatkala ALLAH SWT berbicara tentang istiqamah, ALLAH tidak langsung menyebut agar memelihara solat. Tapi, justeru yang dipesan oleh ALLAH Azza Wa Jalla terlebih dahulu, adalah hal yang lain.

 

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

"Maka, istiqamahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan juga orang-orang yang bertaubat yang besertamu, dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), yang menyebabkan kamu disentuh oleh Api Neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu dapat menghapuskan kejahatan. Demikianlah peringatan (dari Allah) bagi orang-orang yang mahu mengambil peringatan."

(Surah Hud [11]:112-114)

 

Istiqamah. Kemudian jangan cenderung kepada orang zalim. Kemudian peliharalah solat. Dan seterusnya, dan seterusnya, dan seterusnya.

 

 

Nah, masih remehkah hal "bagi bola tanggung kepada musuh" hingga memudahkan mereka membuat SMASH, wahai saudaraku?

 

Thursday, January 24, 2013

[kajian_manhaj]: Surah Al-Kahfi

 

Menurut Syed Qutb di dalam Tafsir Fi Dzilal (gambar atas), Surah Al-Kahfi as a whole berbicara tentang hal-hal –yang saya ringkaskan- seperti berikut:

 

 

 

Wallahu a’lam.

 

Maaf atas kualiti gambar.

 

[kajian_manhaj]: Ashabul Kahfi

Assalamualaikum

 

Dikongsikan bahan “Ashabul Kahfi” untuk manfaat semua, insyaAllah.

 

 

 

Yang “khosaisul kahfi” di atas tu, mintak maaf, kalau tak silap ada ikhwah mintak masa saya tengah training, so saya pun gunalah kertas kosong yang dibekalkan oleh hotel. Tu yang guna kertas bergarisan tu.

 

Wallahu a’lam.

 

[JOM]: PERINTANG

PERINTANG

 

Anda tidak perlu menjadi graduan bidang kejuruteraan, apa lagi menjadi Jurutera Profesional (Ir.) mahupun Jurutera Kompeten, untuk mengetahui hukum asas keelektrikan. Itulah rumus V=I.R, dimana "V" mewakili Voltan (unitnya Volt), "I" mewakili arus elektrik (unitnya Ampere) manakala "R" mewakili kerintangan (unitnya Omh atau Ω). Para engineer memanggilnya sebagai Ohm's Law, biarpun para Om (panggilan untuk "pakcik" di dalam Bahasa Indonesia) tidak pernah pula meletakkan apa-apa undang-undang yang seumpamanya.

 

 

 

Perintang, atau di dalam bahasa omputihnya disebut "Resistor", adalah komponen yang membawa nilai kerintangan di dalam sesebuah litar. Ianya berfungsi, antara lain, untuk mengurang dan menurunkan arus yang mengaliri sesuatu litar elektrik. Sesuai dengan hukum asas keelektrikan tadi, V=IR, di mana untuk sesebuah litar ataupun perkakas yang nilai Voltannya tetap, arus akan berkurangan dengan semakin meningkatkan nilai kerintangannya. Begitulah sebaliknya, arus akan meninggi, dengan berkurangnya nilai kerintangan Sang Perintang itu tadi. Ringkasnya sebegini:-

 

I  ↑   R  ↓

I  ↓   R  ↑

 

 

Sebahagian orang, tentu akan prefer nilai rintangan yang rendah. Kerana, dengan yang demikian, nilai Arusmu akan setanding nilai Voltanmu. Untuk lampu, nilai Arus yang tinggi akan membantu kecerahan lampu yang lebih baik. Untuk kipas, nilai Arus yang besar, dapat menjadikan putaran kipas semakin laju, maka lebih beranginlah kamar tidurmu dan tidak perlulah kita berpeluh-peluh menahan kepanasan iklim tropika negara kita. Namun, di sinilah penilaian manusia, terkadang tersilap, terkadang tersingkap akan ada cacat-celanya.

 

Biarpun Arus Elektrik yang tinggi bermanfaat untuk "kepuasan maksimum" radas-radas elektrik, terkadang Arus yang tinggi itu juga bisa menjahanamkan perkakas-perkakas elektrik itu. Ia bukan sekadar bisa merosakkkan peralatan, bahkan bisa mengancam nyawa manusia yang berdekatan. Itulah sebabnya, litar-litar elektrik itu kebiasaannya dihiasi dengan Perintang, kerana nilai rintangan itulah yang bertindak menyelamatkan litar tersebut, sehingga tetap beroperasi lalu membawa kebahagiaan kepada kehidupan manusia sejagat.

 

Saudaraku,

 

Kehidupan ini umpama litar. Terkadang manusia akan "terbakar" dek tingginya "Arus Kehidupan". Maka di sinilah pentingnya "rintangan-rintangan", yang menyeri dan bertaburan sepanjang perjalanan kehidupan. Dengan adanya rintangan, ujian , dugaan dan ranjau kehidupan, Allah memberikanmu kesempatan untuk beroleh keredhaan dan keampunan, dengan syarat engkau bisa bersabar menempuh segala ujian yang telah DIA ditetapkan. Sabda Nabi SAW;

 

"Barangsiapa dikehendaki oleh Allah akan memperoleh kebaikan, maka Allah akan memberikan musibah kepadanya."

(Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah. Hadith no. 39 Riyadhus Sholihin)

 

Juga, rintangan kehidupan itu akan mematangkan dirimu, menjadikan dirimu lebih baik dariapada yang sebelumnya, lalu beroleh kebaikan-kebaikan yang tidak pernah engkau duga, tidak pernah engkau sangkakan, biarpun asalnya kau meratapi betapa sulitnya semua ujian dan dugaan. Lihatlah firman Tuhanmu;

 

"...bolehjadi benda yang kamu benci, benda itulah yang baik untukmu. Bolehjadi benda yang kamu sukai,benda itulah yang buruk buatmu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah [2]:216)

 

Oleh kerana itulah, para ulamak dan salafus-soleh sering kali mengingatkan, betapa kesenangan dan kemewahan itulah fitnah kehidupan, yang harus engkau risaukan. Berapa ramai manusia tumbang, saat mereka melalui kemewahan dan kesenangan, tanpa menyedari tingginya "arus kehidupan" itu, tenyata memusnahkan "litar keimanan". Dan, berapa ramai pula insan yang bertambah baik, dengan hebatnya "rintangan kehidupan", sehingga mereka kemudiannya muncul mengemudi sejarah perjuangan, persis yang dilalui dan dialami generasi Muhajirin, yang kedukaan penyiksaan dan kekerasan di awal perjuangan, justeru menjadi bekal untuk mereka kemudiannya mewarisi podium keKhalifahan.

 

Ternyata benarlah good news buat mereka yang "rintangan kehidupan", berjaya menurunkan "arus kesombongan dan kebongkakan";

 

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,"

(Surah Al-Baqarah [2]:155)

 

Maka, renungkanlah kembali pesannya Alfred Pennyworth, Sang Butlernya keluarga Wayne Gotham City;

 

 

 

"Why do we fall, Sir?

 

 

So that we can learn to pick ourselves up."

 

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Jurutera Profesional  dan Jurutera Elektrik Kompeten

Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Sijil Pengajian Syariah

 

 

Monday, January 21, 2013

Scholar Footballer

Nak tahu hukum main bola, tanya ulama’.

 

Nak menang perlawanan bola, tanya Cisse dan Ba.

 

 

Nak tahu dalil bolehkah Kristian menggunakan nama “Allah”, tanya ulama’.

 

Tapi, nak tahu kemaslahatan membenarkan atau melarang Kristian guna kalimah Allah, tanyalah “ahli maslahat” atau “ahli hal-ehwal masyarakat.”

 

 

Boleh jadi ahli sains social. Boleh jadi psychiatrist. Boleh jadi juru da’wah. Boleh jadi aktivis masyarakat. Kerana mereka lebih kenal masyarakat, lalu lebih tahu respon umat jika Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

 

Kerana belum tentu ulama’ tahu bermain bola. Tapi tentu dia tahu hukum main bola.

 

Maka ulama’ mungkin tahu nas dan dalil sama ada Quran larang atau tidak Kristian menggunakan kalimah Allah (al-ashlu fil asya’ al-ibahah) tetapi dari sudut maslahat, belum tentu ulama’ mengenal masyarakat yang ia maksudkan.

 

 

 

 

Kite Bako....

 

 

Notice any difference?

 

 

Monday, January 14, 2013

Surah 112

Artikel ini adalah untuk menjawab soalan berkenaan zat Allah, contoh dan pecahannya.

Menurut saya, untuk mengelakkan sebarang salah faham lanjut, kita boleh memahami zat Allah daripada surah yang ke -112 di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Ikhlas.

Allah itu “ahad”. Kenapa tidak disebut “qul huwallahu wahidmisalnya, sedangkan antara “ahad” dan “wahid” more or less the same? Nah, di sinilah pentingnya untuk kita mempelajari Bahasa Arab. Bahasa Arab, walaupun beberapa perkataan arab itu sama maknanya apabila diterjemahkan ke bahasa kita, namun hakikatnya setiap perkataan itu membawa indikasi maksud yang berbeza.

Bila disebut “wahid”, memang Allag itu “satu”. Cuma, bila orang nak lumba lari misalnya, orang akan kira “wahid, isnan, salasa” atau terjemahannya “satu… dua….. tiga…”. Ini berbeza dengan perkataan “ahad.” “Satu” yang dimaksudkan melaui perkataan “ahad,” adalah satu yang tidak digunakan dalam pengiraan. Kerana itulah, ia biasanya diterjemahkan kepada “Esa.”

Contoh yang lain, jika orang tanya Ahmad, satu-satunya anak kepada pasangan Pakcik Jib dan Makcik Mah; “awak anak nombor berapa?” Jika Ahmad menjawab “saya anak no. satu.” Biarpun kenyataan Ahmad ini betul, namun jawapannya itu terkadang akan mengundang soalan susulan seperti “dari berapa adik-beradik?” dan seumpamanya. Tetapi, jika Ahmad menjawab “saya anak tunggal,” maka tidak aka nada soalan susulan yang menyusul. Begitulah perumpamaan bezanya perkataan “ahad” dan “wahid.” Lalu, bila Allahlah satu-satunya di dalam hati kita (satu-satunya atau tunggal atau esa, bukan pertama kerana isteri pertama mungkin akan disusuli oleh isteri kedua dan seumpamanya), maka akan wujudlah yang kita panggil “keikhlasan.”

“Allahu as-Shomad.” Kepada Dialah kita bergantung, kepada Dialah kita berserah, hanya kepada Dialah kita memohon pertolongan. Lantas, orang yang meminta pertolongan kepada yang selain-Nya, seperti kepada bomoh atau kuburan dan sebagainya, akan disebut sebagai syirik. Dan untuk merasakan cukup hanya kepada Allah kita bergantung-harap, maka kita harus merasakan kehebatan dan keagungan Allah Azza Wa Jalla. Sebab, sebagai contoh, jika anda nak minta pengurangan bayaran saman, tak mungkin anda akan mintak kepada peminta sedekah di pinggiran jalan. Tak mungkin, sebab anda tahu dia tidak ada “power.” Tapi, anda biasa akan minta pada seseorang yang diyakini ada kuasa, ada pengaruh, untuk mengurangkan saman tersebut, seperti Pegawai Tinggi Polis, atau Ahli Politik, dan sebagainya. Maka, bila menyebut “Allahus Shomad,” ia datang sekali dengan keyakinan terhadap zat dan sifat-sifat Allah Yang Maha Kuasa.

Ada pun, berkenaan Allah tidak diperanak dan tidak pula diperanakkan, selain merupakan perbezaan di antara kita dan Kristian, ia juga dilihat dari sisi ketergantungan. Insan, apabila ia sampai ke usia lanjut terutamanya, ia akan semakin desperate kepada keinginan memiliki anak. Kerana ia ingin “disayangi” selain “menyayangi”, chewah… Maka Allah, kerana keesaan-Nya, Ia independent. Kalau seluruh makhluk di muka bumi tidak mencintai Allah sekalipun, Allah tidak akan frust menonggeng. Allah tetap tidak akan turun dari jabatannya sebagai Rabb kepada sekalian alam (khusus untuk Malaysia, Rabb buat orang Muslimin sahaja). Seluruh kebahagiaan yang diperoleh daripada sistem kekeluargaan, tidak diperlukan oleh Allah. Namun Allah menyebarkan rahmah dan cinta-Nya kepada makhluk, tetap tidak kunjung putus.

Harap penjelasan ringkas di atas menjawab soalan sang penanya.

p/s - diedit pada pagi 16 Jan 2013 dengan mengeluarkan perkataan "bogus". Maaf, perkataan "bogus" yang biasa saya gunakan bermaksud "magical" atau "awesome".

Wednesday, January 9, 2013

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh k...ejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: "Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim".

Beliau menjelaskan lagi bahawa "perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). "

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat," mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata: "Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman "Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia" bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, " justeru beliau tertanya-tanya: "Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kristian) ?!"

 

 

 

Sumber: https://www.facebook.com/DrMAZA. Juga boleh dirujuk di g-82.blogspot.com