Followers

Thursday, January 31, 2013

[kajian_manhaj]

Di dalam halaqah yang biasa saya lalui, antara agendanya selain tilawah wa tadabbur, bacaan hadith, musykilah, mutabaah segala macam, adalah slot kajian manhaj. Kajian Manhaj ni pulak, biasa diberi atau diterima di dalam bentuk rusmul bayan, semacam “peta minda” yang superb lagi “awesome” (at least to me), yang membantu kita memahami main point tajuk, mengetahui dan menghafal dalil-dalilnya, serta belajar serba-sedikit Bahasa Arab.

 

Terkadang, saya cuba coretkan di dalam blog saya (yang kini, dan yang terdahulu) sedikit penerangan ringkas tentang kajian manhaj yang saya baru sampaikan, terutamanya di dalam daurah, sebagai sharing terutamanya bagi peserta/ pendengar yang tak berapa faham (dan memang biasanya akan ada peserta/ pendengar yang tak faham, terutamanya disebabkan saya bercakap dengan speed yang laju).

 

Cumanya, walaupun saya telah cuba dan berusaha menuliskan “syarah rusmul bayan” ni even sejak zaman student, tapi sering kali, di pertengahan jalan, saya akan rasa tulisan saya dah meleret-leret panjang, so akan membosankan, lalu kesimpulannya saya sebenarnya yang syok sendiri. Jadi pantas saya akan cuba tamatkan penulisan saya itu secepat yang mungkin.

 

Namun, bila kajian manhaj ini tidak disalinkan di sini, cons dia pulak ialah kerugian yang amat besar andainya buku nota/ catatan halaqah saya hilang. Maka, saya sudah tidak lagi mempunyai bahan rujukan (melainkan ianya telah pun disyarahkan di dalam buku-buku lain, misalnya bukunya Pak Irwan Prayitno dan sebagainya). Cumanya, tak semua bahan rusmul bayan yang ada rekod disyarahkan, antaranya bahan “Ashabul Kahfi” ini.

 

Maka, kesimpulannya ialah, pada pandangan kalian, patutkah saya menulis explanation rusmul bayan ashabul kahfi yang saya postkan sebelum ini, yang tentunya akan panjang berjela dan memakan banyak siri? Saya fikir, lebih baik sesiapa yang pernah mendengar pengisian tajuk inilah yang menulis tentangnya, kerana insyaAllah akan lebih menarik berbanding saya sendiri yang menulisnya.

 

So apa pandangan kalian semua? Ke tak paham amende saya dok merepek ni?

 

5 comments:

  1. salam ustaz, ana rasa sangat perlu
    sebab ada beberapa point yang x faham dan mungkin perlu explanation melalui tulisan. jazakallah khair. Moga Allah pandang usaha ustaz

    ReplyDelete
  2. Salam ustz, ana vote perlu!!
    Sbb kalau ada yg ditulis, blh fotostet n dibincang bersama yg lain.
    (sbb ana xhebat menulis, so mampu fotostet je..... :'( )

    ReplyDelete
  3. Slm alaik ustaz. Ana rasa ia satu kepentingan skrg untuk menulis beserta keterangan. Kerana bila disampaikn melalui percakapan, maksud yang hendak disampaikn mungkin berbeza dengan org yang menerima. Sekurg2 nye taklah berlaku pencairan bila ditulis. .i.allah

    ReplyDelete
  4. Akhi yang dirindui, ana menanti penulisan antum dalam blog ini.

    Ana sangat sokong !

    Sangat suka andai anta sudi kongsikan. Agar menjadi rujukan generasi akan datang. Biarlah panjang berjela macam mana pun.

    Dulu anta pernah cakap kat ana, blog anta ni tak sefemes blog Akh Gabanna dan Ukht Muharikah. Tapi pada hakikatnya, blog anta banyak dirujuk oleh penggerak-penggerak dakwah seantero dunia.

    Jadi amatlah perlu anta tulis, agar fikrah anta terus hidup.

    :)

    - mutarabbi anta di Mesir

    ReplyDelete
  5. teruskan menulis ustaz :)

    ReplyDelete