Followers

Monday, January 14, 2013

Surah 112

Artikel ini adalah untuk menjawab soalan berkenaan zat Allah, contoh dan pecahannya.

Menurut saya, untuk mengelakkan sebarang salah faham lanjut, kita boleh memahami zat Allah daripada surah yang ke -112 di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Ikhlas.

Allah itu “ahad”. Kenapa tidak disebut “qul huwallahu wahidmisalnya, sedangkan antara “ahad” dan “wahid” more or less the same? Nah, di sinilah pentingnya untuk kita mempelajari Bahasa Arab. Bahasa Arab, walaupun beberapa perkataan arab itu sama maknanya apabila diterjemahkan ke bahasa kita, namun hakikatnya setiap perkataan itu membawa indikasi maksud yang berbeza.

Bila disebut “wahid”, memang Allag itu “satu”. Cuma, bila orang nak lumba lari misalnya, orang akan kira “wahid, isnan, salasa” atau terjemahannya “satu… dua….. tiga…”. Ini berbeza dengan perkataan “ahad.” “Satu” yang dimaksudkan melaui perkataan “ahad,” adalah satu yang tidak digunakan dalam pengiraan. Kerana itulah, ia biasanya diterjemahkan kepada “Esa.”

Contoh yang lain, jika orang tanya Ahmad, satu-satunya anak kepada pasangan Pakcik Jib dan Makcik Mah; “awak anak nombor berapa?” Jika Ahmad menjawab “saya anak no. satu.” Biarpun kenyataan Ahmad ini betul, namun jawapannya itu terkadang akan mengundang soalan susulan seperti “dari berapa adik-beradik?” dan seumpamanya. Tetapi, jika Ahmad menjawab “saya anak tunggal,” maka tidak aka nada soalan susulan yang menyusul. Begitulah perumpamaan bezanya perkataan “ahad” dan “wahid.” Lalu, bila Allahlah satu-satunya di dalam hati kita (satu-satunya atau tunggal atau esa, bukan pertama kerana isteri pertama mungkin akan disusuli oleh isteri kedua dan seumpamanya), maka akan wujudlah yang kita panggil “keikhlasan.”

“Allahu as-Shomad.” Kepada Dialah kita bergantung, kepada Dialah kita berserah, hanya kepada Dialah kita memohon pertolongan. Lantas, orang yang meminta pertolongan kepada yang selain-Nya, seperti kepada bomoh atau kuburan dan sebagainya, akan disebut sebagai syirik. Dan untuk merasakan cukup hanya kepada Allah kita bergantung-harap, maka kita harus merasakan kehebatan dan keagungan Allah Azza Wa Jalla. Sebab, sebagai contoh, jika anda nak minta pengurangan bayaran saman, tak mungkin anda akan mintak kepada peminta sedekah di pinggiran jalan. Tak mungkin, sebab anda tahu dia tidak ada “power.” Tapi, anda biasa akan minta pada seseorang yang diyakini ada kuasa, ada pengaruh, untuk mengurangkan saman tersebut, seperti Pegawai Tinggi Polis, atau Ahli Politik, dan sebagainya. Maka, bila menyebut “Allahus Shomad,” ia datang sekali dengan keyakinan terhadap zat dan sifat-sifat Allah Yang Maha Kuasa.

Ada pun, berkenaan Allah tidak diperanak dan tidak pula diperanakkan, selain merupakan perbezaan di antara kita dan Kristian, ia juga dilihat dari sisi ketergantungan. Insan, apabila ia sampai ke usia lanjut terutamanya, ia akan semakin desperate kepada keinginan memiliki anak. Kerana ia ingin “disayangi” selain “menyayangi”, chewah… Maka Allah, kerana keesaan-Nya, Ia independent. Kalau seluruh makhluk di muka bumi tidak mencintai Allah sekalipun, Allah tidak akan frust menonggeng. Allah tetap tidak akan turun dari jabatannya sebagai Rabb kepada sekalian alam (khusus untuk Malaysia, Rabb buat orang Muslimin sahaja). Seluruh kebahagiaan yang diperoleh daripada sistem kekeluargaan, tidak diperlukan oleh Allah. Namun Allah menyebarkan rahmah dan cinta-Nya kepada makhluk, tetap tidak kunjung putus.

Harap penjelasan ringkas di atas menjawab soalan sang penanya.

p/s - diedit pada pagi 16 Jan 2013 dengan mengeluarkan perkataan "bogus". Maaf, perkataan "bogus" yang biasa saya gunakan bermaksud "magical" atau "awesome".

1 comment:

  1. uish akhi,'bogus' actually ada makna yg x berapa molek dlm bahasa inggeris kan..?

    -fawzan

    ReplyDelete