Followers

Sunday, June 9, 2013

Al-Falaq #1

Sepanjang 3 semester lalu, sedar tidak sedar, kita sudah membahaskan tentang Surah An-Nas (saya dan anak-anak halaqah saya) serta beberapa bahan lain bersifat haraki in between masa setahun itu. Secara ringkas, surah An-Nas bercerita tentang hal berikut:

 

 

Sekarang, mari kita lanjutkan perbicaraan kita dengan membahaskan pula tentang surah Al-Falaq.

 

Jika surah An-Nas membincangkan tentang musuh-musuh manusia, surah Al-Falaq juga membicarakan tema yang hampir serupa. Cuma serangan musuh di dalam Surah An-Nas lebih bersifat dakhili (internal), digambarkan dalam ayat "fi sudhurin nas", misalnya adalah Ghazwul Fikri. Surah Al-Falaq pula, serangan musuh itu bolehlah kita sifatkan dari segi khariji (external).

 

Manusia, ia perlu sedar betapa musuh-musuh Islam akan memerangi mereka hatta ke tahap serangan secara fizikal.Perkara ini sering dilupakan oleh mereka, termasuk oleh sebahagian aktivis-aktivis gerakan Islam. Sebahagian mereka dengan penuh sombong dan bongkak, lagi over confident mengatakan "zaman sekarang kan dakwah dah terbuka!"

 

"eh, dakwah kita kan legal"

 

"kita kan dah ada NGO!"

 

Dan lain-lain ungkapan yang semisalnya. Mereka seakan-akan lupa firman Allah Ta'ala;

 

إِنَّهُمْ إِنْ يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَنْ تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا

"Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya"

(Surah Al-Kahfi [18]:20)

 

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ

"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu…"

(Surah Al-Anfal [8]:30)

 

Salah seorang tokoh rujukan gerakan Islam sedunia, Syeikh Fathi Yakan, merupakan seorang yang secara jahar merupakan seorang aktivis dakwah. Bahkan, beliau merupakan salah seorang MP (Member of Parliament) di Lubnan. Namun, biarpun gerakan dakwahnya jahar, beliau tetap berpesan di dalam bukunya Nahwa Wa'yi Haraki Islami Abjadiyyat at-Tashawwur al-Harakiy lil-Amal al-Islami akan kepentingan dan kewajipan "Tarbiyyah Amniyah"" yakni "tarbiyah menjaga security" di kalangan gerakan Islam.Bayangkan, Fathi Yakan yang sudah masuk ke arena politik masih melihat kepentingan hal ini, ini sebahagian aktivis dakwah tanahair pula berasa ia "terlalu besar" hingga seakan "tidak terancam" dengan serangan external musuh Islam ini.

 

Walaupun ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang zalim itu sudah tidak ada, namun lihatlah saja apa yang berlaku terhadap K-Fiqh Politik anjuran NGO MURSHID tahun lepas. Sungguhpun di dalam MURSHID ada pensyarah UIA sendiri (Dr. Zaharuddin, Dr. Maszlee serta mantan pensyarah UIA Dr. Zahazan), tetapi itu tidak menghalang pihak pentadbiran UIA untuk membatalkan tempahan K-Fiqh pada saat-saat akhir, hingga menyebabkan acara itu terpaksa dipindahkan ke Shah Alam. Walaupun timbalan menteri daripada UMNO pun turut terlibat dalam acara itu (ahli panel forum di malam harinya), namun begitulah fobia dan paniknya pemerintah yang zalim terhadap kesedaran dan cinta pada ilmunya rakyat. Saya tidak hairan, kerana Al-Quran sudah menceritakan tentang semua ini.

 

Jadi, mari kita mulakan perbincangan kita tentang surah Al-Falaq ini, insyaAllah…

 

 

 

Bersambung……

 

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..

    Saya baru saja menjumpai blog ini sebulan yang lepas..

    Saya ingin mencari mentor Jurutera Elektrik, langkah menuju ke Jurutera Professional. Sudikah tuan punya blog ini menjadi mentor saya?

    Semoga tuan beristiqamah berkongsi ilmu pada masa akan datang insyaAllah..


    Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumus salam wbt

    Tuan boleh berhubung dengan saya melalui email saya faridul@jimahev.com

    Wassalam

    ReplyDelete