Dalam bidang engineering, yang namanya “gelombang”, ternyata sangat banyak kegunaannya.
Selain berguna lagi maha penting di dalam bidang komunikasi –maklumat dipindahkan melalui dua jenis gelombang, gelombang maklumat dan gelombang pembawa- gelombang juga digunakan oleh para engineer untuk menginterperasi (betul ke ejaan?) sesuatu perkara. Misalnya, melalui gelumbang yang dicatatkan dalam suatu jangka masa dan kemudiannya ditukarkan kepada bentuk FFT (Fast Fourier Transform), seseorang jurutera dapat mengetahui apakah sumber yang menyebabkan terjadinya vibration (getaran) pada sesebuah mesin.
Contoh yang lain, adalah penggunaan osiloskop bagi melihat gelombang yang mewakili denyut jantung seseorang pesakit. Lihatlah betapa gelabahnya para doktor tatkala osiloskop memaparkan bentuk gelombang yang rata misalnya, sebagai menunjukkan jantung sang pesakit sudah berhenti berdenyut, dan nyawa sang pesakit sudah berpisah dari kefanaan badan.
Itulah sebabnya, “gelombang kebangkitan” yang ditunjukkan oleh rakyat harus diinterperasi dengan betul-betul oleh kita semua. Bila salah menginterpratenya, maka punahlah segala harapan kita. Lalu timbul persoalan, jika benar gelombang mempunyai kuasa untuk memudahkan kita “membaca” apa sebenarnya yang berlaku, seperti gelombang yang mengajarkan kita tentang isu vibration kepada “gelombang kebangkitan rakyat” yang sepatutnya menunjukkan bilakah akan tamatnya sesebuah rejim yang berkuasa, maka, mengapa segala harapan untuk melihatkan kezaliman dan kesombongan sebuah rejim berubah “ini kali lah!” tidak pula kesampaian?
Jawapannya adalah; bukan gelombang itu yang salah memaklumkan, tetapi orang yang menginterperasinya itulah yang silap! Sebab itu, Vibration Institute, institusi yang ditubuhkan khusus untuk mengkaji hal-ehwal berkaitan dengan vibration (tengok orang Kafir. Macam-macam institusi mereka tubuhkan demi mengkaji dan menjadi pakar sesebuah bidang. Orang Islam pulak, sibuk kolot dengan interperasi tentang sunnah yang bukan-bukan, seakan-akan Islam tak ajar umatnya untuk maju dan berdaya saing!) telah memberikan tauliah (certification) kepada orang-orang yang dirasakan layak sahaja untuk menginterperasi gelombang yang dihasilkan oleh vibration itu. Lalu adalah kursus Vibration Analysis, khusus mengajar dan memberikan tauliah Certified Vibration Analysis (bahasa Melayunya: Pengalisis Getaran Bertauliah) kepada individu-individu yang dirasakan layak dan berhak dan pakar dan mampu menginterperasi gelombang-gelombang vibration itu dengan jitu dan tepat.
Maka, menginterperasi gelombang “kebangkitan rakyat”, tidak dapat dilakukan oleh sebarangan orang. Sering, kesalahan menginterperasi “minda masyarakat”, mengakibatkan pendakwah dan gerakan Islam mengambil pendekatan yang salah. Sebagai contoh, benarkah sebilangan masyarakat Muslim ini terlalu naïf sehingga boleh murtad hanya disebabkan Bible menggunakan kalimah Allah, atau, masyarakat tanahiar kita yang murtad, mereka keluar daripada Islam justeru bukanlah disebabkan oleh hal-hal bersifat intelek, tetapi lebih disebabkan oleh wang dan cinta? Nah, salah menginterperasi perkara ini, bakal menyaksikan pendekatan yang digunakan kita akan pasti berbeza.
Yang merasakan bahawa masyarakat akan menjadi keliru andai Bible dibenarkan menggunakan kalimah Allah misalnya, tentu akan bermati-matian meminta pihak berkuasa menghalang penggunaan ini. Namun, bagi yang menginterperasi punca orang murtad adalah disebabkan oleh wang dan cinta, mereka akan merasakan bahawa sama ada kalimah Allah digunakan atau tidak di dalam Bible tidak banyak bezanya, kerana manusia murtad disebabkan hal yang berbeza: sekali lagi, wang dan cinta! Bahkan, membenarkan penggunaan kalimah di dalam Bible, justeru dapat menarik mereka yang sedia beriman kepada Bible untuk mendekati Islam, seperti strategi yang telah digunakan oleh pakar perbandingan agama, almarhum Syeikh Ahmed Deedat.
Benarkah gelombang yang melihatkan rakyat semakin mendekati ceramah dan aktiviti keagamaan adalah petunjuk kesedaran rakyat beragama, yang akan mengakibatkan kebangkitan rakyat terhadap kerajaan Thaghut lagi Jahiloiyah,atau justeru hanya sekadar trend semata-mata, maka, itu memerlukan “tauliah” untuk menganalisisnya. “Tauliah” tidak rasmi yang hanya bisa diperoleh, tatkala kita bersedia untuk tunduk rendah diri, dan mendengar pandangan (mengutip maklumat) daripada sesiapa sahaja. Sikap sombong dan bongkak, dan merasakan I am the best, tidak akan membantu kita membaca “gelombang perubahan selera masyarakat” ini.
Maka gelombang kebangkitan yang sedang dihidangkan oleh rakyat; bagaimana kita menginterperasinya? Dan bagaimana pula gerakan Islam harus bersikap?
Singgah-singgah ler :D
ReplyDeletehttp://dakwahmakandalam.blogspot.com/
its interpretasi ustaz dalam malay..bukan interperasi..Allahu a'lam
ReplyDeleteJazakallah khairan hawariyyun
ReplyDelete