Saya sudah berbicara tentang impact yang ditinggalkan oleh kekalahan [http://farhan-albanna.blogspot.com/2013/05/rise_24.html] yang menjelma “di saat-saat akhir.” Kesannya cukup mendalam, lantaran semua orang sangka kemenangan sudah menjadi “hak milik” mutlak mereka, dan kekalahan seakan tak kan pernah mungkin menjelma. Namun, begitu kekalahan yang terlihat mustahil itu “merampas” kemenangan yang sudah di hadapan mata, kesan psychology yang ditinggalkannya seakan tertempa di atas parut-parut luka untuk kita semua menghadapinya.
Tanyakan sahaja kepada penyokong Bayern Munich (pasca Champions League 1999). Atau para pengkaji sirah yang menyelusuri peristiwa medan Uhud. Mereka tentunya membenarkan apa yang teori-teori para pengkaji psychology –mungkin- nyatakan tentang perasaan down yang menyentap jiwa akibat “keputusan akhir yang bertentangan dengan majority minit perlawanan”. Seperti sebuah permainan bola sepak: anda menguasai 90 minit perlawanan, menyerang habis-habisan, tiba-tiba pihak lawan melakukan satu-satunya counter attack, dan berjaya menjaringkan gol kemenangan di saat-saat akhir perlawanan. Perasaan down dan frust yang menimpa, tentunya berbeza lagi mendalam berbanding kekalahan-kekalahan biasa.
Hal ini, sudah saya ceritakan sebelum ini. Cumanya di sini, saya ingin menjelaskan hal tersebut, berdasarkan kaedah-kaedah fizik dan ilmu kejuruteraan. Bersediakah anda untuk mendengarkannya?
Peristiwa final Champions League tahun 1999 di antara Bayern Munich dan Manchester United, menyaksikan kedudukan Bayern Munich di ambang kemenangan, menghiasi kebanyakan “kekerapan” perlawanan. Masakan tidak, Bayern menjaringkan gol seawal minit yang ke 6, hasil jaringan cantik Mario Basler. Ertinya, Bayern “memenangi perlawanan” selama 85 minit perlawanan, sebelum Teddy Sheringham menyamakan kedudukan pada minit ke 91 (masa kecederaan), dan Ole Gunnar Solksjaer “menyentap” kemenangan dari “jantung Bayern” pada minit ke 3 masa kecederaan. Ertinya, Bayern di depan sepanjang 85 minit, sedang Man U hanya di depan selama seminit. 85 nisbah 1, itu adalah perbandingan “kekerapan” mendahului lawan yang sangat beza jurangnya.
Kekerapan, di dalam bahasa fiziknya diistilahkan sebagai frequency. Di Malaysia dan kebanyakan Negara lain di dunia, frequency elektriknya adalah 50Hz, sedang di Amerika Syarikat yang perasan mereka bagus (poyo) dan suka berbeza dengan orang lain, frequency elektriknya adalah 60Hz.
Secara fizik, apabila “kekerapan” itu semakin besar, “masa” akan menjadi semakin kecil. Sedang apabila “kekerapan” itu semakin kurang, “masa”nya pula akan semakin lama. Ini kerana, rumus fizik menyatakan bahawa ft = 1, di mana f = frequency sedang t = masa. Maka, dalam erti kata lain, f itu berkadar songsang dengan t (masa). Jika f naik, t turun, untuk kekal bernilai 1, begitulah juga sebaliknya.
Nah, itulah sebabnya, ketika “kekerapan kekalahan” bagi Bayern Munich itu terlalu kecil berbanding “kekerapan mereka mendahului perlawanan,” maka impak masanya, t, lebih panjang daripada biasa, kerana kekerapan yang rendah, akan menyaksikan keperitan dalam masa (t) yang lebih lama.
Saudaraku,
Kerana itulah, mereka yang menghabiskan begitu banyak masa berjuang, begitu Allah izinkan kemenangan atau hasil pengorbanan mereka berbuah, biarpun baru beberapa ketika, tapi jiwa mereka akan merasa bahagia yang tidak terhingga. Kerana biarpun kemanisan itu baru menjelma sesaat berbanding penderitaan yang lebih “kerap” menghiasi perjuangan mereka, namun, kerana masa itu berkadar songsang dengan kekerapan, kebahagiaan itu seakan lebih manis berbanding kesedihannya.
Barangkali inilah rahsianya tatkala Nabi SAW bersabda di dalam sebuah hadith (rujuk Sunan Ibn Majah, al-Juzu’ as-stani, terbitan darul fikri, ms. 1445, bab Sifat an-nar, hadith 4321, terjemahan sendiri oleh penulis):
“Di datangkan di Hari Kiamat… dengan mukmin yang paling dahsyat “dharar wa bala’” (kesengsaraan dan ujian penderitaannya), kemudian Dia (Allah) berfirman: celuplah dia secelup ke dalam Syurga”, maka dia pun dicelup ke dalamnya secelup Cuma, kemudian Dia berkata kepadanya; “Wahai Fulan! Pernahkah engkau merasakan kesengsaraan atau penderitaan?” Maka dia pun berkata; “tidak! Aku tidak pernah merasakan penderitaan mahupun kesengsaraan.”
(Hadith daripada Anas bin Malik. Ibnu Majah mengambilnya daripada Al-Khalil bin Amru)
Hanya kerana secelup ke dalam Syurga, manusia lupa segala derita dunia. Sebegitu juga dengan awal hadith itu, manusia yang “kekerapan” kehidupannya dipenuhi bahagia, hanya dengan secelup ke dalam Neraka, manusia terus lupa cerita bahagia di dunia. Sungguh tepat pesannya Nabi SAW, dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud R.A;
“ada seorang antara kamu mengerjakan amalan ahli Neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan Neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli Syurga, dia pun masuk ke dalam Syurga.”
(HR Bukhari (3208) dan Muslim (2643). Hadith ke 4 dalam Al-Arbain An-Nawawiyyah Imam Nawawi)
Kerana itu, kita dianjurkan untuk “bercinta selepas pernikahan.” Agar saat akad nikah itu, biarpun cuma sekali kekerapannya, akan meninggalkan “impact bahagia” yang berkepanjangan. Kerana orang yang melihat detik pernikahan itu sebagai “an yukima hududullah” akan melihat percintaan dengan isterinya berkelanjutan dalam masa yang berkepanjangan. Sedang mereka yang melihat alam perkahwinan itu hanyalah transisi atau kelanjutan daripada alam percintaannya, maka kekerapan itu akan menjadikan detik manis perkahwinannya hanya bertahan sementara. Cinta, gagal berkelanjutan ke akhir waktu. “Bius cinta”, ternyata menghadiahkan sebuah malapetaka!
Sebab itu, kita disuruh bertasbih, memuji dan mengagungkan Rabb kita, saat pertolongan Allah datang dan manusia pun masuk ke Deen Allah dengan berbondong-bondong, agar pujian daripada Allah itu menjadi ungkapan akhir hayat kita hendaknya, biarpun tidak kerap, namun menghasilkan bahagia berkekalan di Syurga, seperti dalam hadith Arbain ke-4 tadi.
Maka, wahai ahli psychology, kami para jurutera, telah membantu fakta anda, dengan penjelasan dari segi fizik.
Maka, segeralah rise, wahai the Down Knight!
No comments:
Post a Comment