Dalam sejarah, bukan tidak ada peristiwa mendukakan batang tubuh umat Islam. Antaranya tentulah, kesudahan kepada “kemenangan yang menjelma di hadapan mata”, iaitu Perang Uhud.
Kesedihan kerana ditimpa kekalahan, itu ramai yang bisa absorb perasaan itu. Tetapi kekalahan yang berkesudahan, di saat haruman kemenangan sudah begitu dekat, adalah tamparan yang jauh lebih hebat berbanding kekalahan-kekalahan teruk, atau kekalahan yang lain-lainnya. Tanyakan saja kepada penyokong pasukan bola sepak Bayern Munich. Tahun 1999, mereka sedang dalam perjalanan melakar sejarah mereka yang tersendiri, untuk muncul juara treble. Setelah mengungguli Liga Jerman dan Piala Jerman, kemenangan di pentas final Piala Juara-Juara Eropah (Champions League) akan melengkap legacy mereka di hamparan permaidani sejarah.
Namun, apakah yang berlaku? Mendahulu lawan mereka Manchester United hingga ke minit ke-90 perlawanan, tiba-tiba, dalam masa kecederaan, Teddy Sheringham menanduk masuk gol penyamaan. Hancur langsung moral mereka. Walaupun masih berkedudukan 1-1, tapi itulah, gol penyamaan di saat masa sebenar sudah tamat, cukup menyentak jiwa dan semangat mereka. Kemudian, masih dalam masa kecederaan, Oleh Gunnar Solskjaer memastikan kemenangan menjadi hak milik The Red Devils. Kekalahan tersebut, jauh lebih dirasakan oleh siapa pun, berbanding kekalahan besar di pentas final. Sebabnya adalah: kemenangan sudah di hadapan mata!
Maka sebegitu jugalah dengan Perang Uhud. Umat Islam seakan-akan telah “menang dalam masa perlawanan sebenar”, hingga mendorong pasukan pemanah meninggalkan post mereka untuk turun mendapatkan “habuan” mereka, sebelum Khalid al-Walid (yang masih belum Islam) “menjaringkan gol” yang menyebabkan keputusan peperangan bertukar “dalam masa kecederaan.” Lalu terkorbanlah Hamzah. Lukalah Rasulullah. Dan semakin megahnya ego dan kesombongan pasukan Quraisy pimpinan Abu Sufyan.
Barangkali, keputusan PRU 13 yang baru berlalu, ada “bau-bau bacang” dengan cerita ini. Melihatkan sambutan luar biasa rakyat berbilang bangsa terhadap siri-siri demonstrasi dan ceramah yang diadakan, saya yakin ramai rakyat Malaysia meyakini bahawa penukaran kerajaan dan tumbangnya keangkuhan Barisan Nasional pasti berlaku “ini kalilah!” Sayangnya, begitu berakhirnya proses pengundian –walau apa pun perdebatannya, dari dakwat kekal yang mahal yang tidak kekal, kepada pengundi bangla berkad pengenalan, kepada penghalauan petugar-petugas PR saat proses pengiraan undi, dan lain sebagainya- at the end of the day, Barisan Nasional tetap diumumkan sebagai pemenang. Maka harapan ramai rakyat untuk mendapatkan pendidikan percuma, penurunan harga petrol dan kereta, penghapusan saman AES dan lain sebagainya, terpaksa bertukar kepada sekadar meredhai BR1M dan GST buat mereka. Keyakinan betapa kemenangan sudah di hadapan mata, seakan disentap untuk kesekian kalinya.
Itulah sebabnya, affect keputusan PRU 13 kali ini lebih mendalam berbanding kekalahan-kekalahan dalam PRU-PRU yang sebelumnya. Slogan “ini kalilah” terpaksa akur dengan slogan “lain kalilah.”
Kini, where do we proceed from here? Maka, marilah kita menyulusuri kembali part-part akhir Surah Ali Imran, Kerana di sana, ada banyak pedoman, ada banyak petunjuk, bagaimana untuk bangkit, daripada “kesengsaraan perasaan” dan “kehancuran semangat” akibat disentapnya kemenangan di hadapan mata. Kesedihan kita, barangkali seperti kesedihan baginda Rasul begitu tamat Perang Uhud. Tapi Allah menyuruh baginda bangkit, dan bangkit, dan bangkit… apatah lagi yang menanti baginda dan umat Islam kemudiannya, adalah pertembungan “Madinah vs. rest of the world” dalam sebuah peperangan yang dinamakan Perang Ahzab. Ahzab = pakatan.
Maka, bukan hanya baginda Rasul, bukan hanya The Dark Knight, tapi kita semua, harus segera bangit. RISE!
No comments:
Post a Comment