Followers

Tuesday, May 14, 2013

[Travelog]: Islam dan Kenegaraan bhgn. 1

"Kalau boleh malam ni nak mintak abg cerita sikit pasal politik/ daulah sempena PRU13 yang baru berlalu," lebih kurang begitu sms daripada akh X kepada saya beberapa minit sebelum berangkat berhalaqah dengannya. Halaqah yang baru berlangsung beberapa hari yang lalu, merupakan satu-satunya halaqah saya yang tinggal untuk sementara ini, memandangkan halaqah dengan adik-adik di destinasi Y dan destinasi Z tiada memandangkan mereka sudah mula bercuti.

 

Saya bukannya seorang murabbi yang gifted, yang ada "aura" atau "x-factor." Maka, saya harus banyak belajar, dan banyak "cuba-jaya" sesuai dengan salah satu ahdafut tarbiyah iaitu "experimental" atau "cuba jaya." Itulah yang saya lakukan dalam dunia penulisan, cuba menukar gaya penulisan seraya mengambil positif komentar-komentar orang, misalnya di dalam penulisan ini di mana saya mencuba menulis tentang pengalaman atau travelog. Oleh yang demikian, terkadang saya menggunakan pendekatan yang berbeza di antara halaqah-halaqah yang berbeza. Halaqah di destinasi Y misalnya, agenda halaqah lebih tersusun dan berkesinambungan, di mana semasa tilawah, memang kami bermula daripada awal surah Al-Fatihah kepada surah Al-Baqarah dan seterusnya dan seterusnya. Bahan Kajian Manhaj semasa halaqah pun lebih tersusun, di mana tajuknya telah saya study awal-awal lagi. Berbeza dengan halaqah di destinasi Z dan dengan akh X, tilawah saya serahkan kepada mereka untuk memilih surah apa yang mereka mahu baca. Kemudian kami tadabbur bersama. Kalau pun saya sudah prepare sesuatu bahan, tetapi sering kali saya akan menukar bahan untuk disampaikan untuk disesuaikan dengan apa yang telah kami tilawah dan tadabburkan sebentar tadi.

 

Oleh kerana akhi X sudah request untuk membincangkan tentang aspek politik dan kenegaraan, maka dalam beberapa minit yang tinggal saya terpaksa memikirkan bahan apa yang harus saya sampaikan. Kemudian saya menukar fikiran seraya memikirkan surah apa ayat berapa yang boleh kami tilawah dan tadabburkan bersama, yang ada kaitannya dengan tema politik dan kenegaraan. Serta-merta saya teringatkan ayat yang diberikan semasa Khutbah Jumaat yang terbaru, pasca PRU 13, yang khabarnya turut menjadi teks khutbah Jumaat seantero Negara, di mana mimbar bercerita tentang konteks kenegaraan berdasarkan surah Saba' ayat 15 iaitu:

 

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَنْ يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: Dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun."

 

Maka, tilawah dan tadabbur yang dipilih untuk malam itu adalah Surah Saba', dengan perkaitan ayat 15 di atas dengan ayat-ayat sebelumnya dan selepasnya.

 

 

Bersambung…

 

No comments:

Post a Comment