Saya benci K.L! Selain jemnya, jalan-jalannya yang tidak friendly membuatkan saya tidak menggemari bandaraya ibu Negara Malaysia itu. Barangkali kerana sikap tidak sukakannya, maka saya terlajak jalan menyebabkan saya tersesat seketika, sebelum kembali menjumpai halatuju yang diinginkan. Akibat tersesat seketika itu, menyebabkan saya sampai di Majid K –salah sebuah masjid terkemuka di ibu Negara- tatkala solat isyak sedang didirikan. Saya sempat masbuk, sebelum kemudiannya ada orang “menepuk” belakang saya tatkala jemaah utama telah selesai menunaikan solat, sebagai tanda ingin bermakmumkan saya.
Selesai solat ba’diah Isyak, saya berjumpa akh X dan kami pun memulakan perjalanan ke biliknya. Setelah bersembang lima-sepuluh minit, kami pun memulakan halaqah kami dengan tilawatul Quran seperti biasa.
Fiqh Daulah
Kami membaca muka surat yang di atas, sorang satu muka. Saya membaca dulu disemak oleh akh X, sebelum akh X menyambung muka surat yang kemudiannya dengan disemak oleh saya. Selesai bertilawah, tibalah giliran untuk bertadabbur. Sebelum itu, saya katakana kepada akh X bahawa pembacaan dan pengetahuan saya tentang fiqhud daulah sebenarnya kurang. Ini kerana berbanding pembacaan saya tentang ilmu fiqh hukum, atau tafsir, atau hadith, atau harakah dan sebagainya, saya agak jarang membaca buku-buku bercorak fiqhud daulah, sangat sedikit, sesedikit saya membaca buku-buku engineering saya (haha… kantoi malas belajar!) Walau bagaimana pun, analisa politik secara umum memang saya sudah mengikutinya sejak zaman persekolahan lagi.
Ketika di matrik, selain membaca akhbar Harakah dan Tamadun, saya turut membeli setiap keluaran majalah “Detik”, majalah hal-ehwal politik yang diketuai oleh Ahmad Lutfi Othman. Selain itu, apabila berkunjung ke cyber cafĂ© (zaman tu internet tak macam hari ini) atau melayari internet di rumah, saya sering menjenguk web-web yang berbicara tentang politik, terutamanya web “Mahazalim.” Akibatnya, saya agak peka isu-isu semasa, apatah lagi tabiat membaca web-web politik sebegitu bahkan berterusan sehingga hari ini. Setiap hari, insyaAllah saya akan membaca sehingga berbelas-belas atau berpuluh-puluh web politik, selain bacaan-bacaan yang lainnya. Namun secara kesimpulan, fiqh politik menurut neraca gerakan islam jarang saya tekuni.
Ada sebabnya. Di zaman pelajar, saya sedar kebanyakan aktivis dakwah amat galak menekuni bahan-bahan yang bersifat siyasi dan fiqhud daulah. Akibatnya, mereka mungkin bagus kalau berbicara tentang politik, namun hampeh dan hancur dalam hal tarbiyah. Itulah sebabnya usrah-usrah di zaman itu, bukan sekadar tidak berkualiti, malahan tidak konsisten.
Sejak sebelum tarbiyah, saya memahami dakwah dari segi yang berbeza. Saya menyedari kepentingan politik, tapi saya merasakan bahawa politik akan datang kemudian setelah asas-asas dakwah dan tarbiyah berjalan kukuh di tengah-tengah masyarakat. Hingga saya merasakan ketika itu, ada banyak pendekatan yang dilakukan oleh PAS (sebagai satu-satunya gerakan Islam yang saya ketahui saat itu, zaman sebelum tarbiyah. Yang lain-lainnya seperti JIM, ABIM dan lain-lain saya anggap NGO “suka-suka” tidak sampai ke “maqam” atau taraf gerakan islam) yang tidak tepat. Alhamdulillah, saat Salahuddin Ayub menjabat jawatan Ketua Pemuda PAS, saya dapati banyak pendekatannya yang selaras dengan pandangan saya selama ini. Misalnya dulu saat berlangsungnya konsert, seingat saya, Pemuda PAS akan membuat demonstrasi. Saya melihat tindakan begitu –biarpun baik- namun menyebabkan masyarakat menjadi takut dan menganggap gerakan Islam sebagai ekstremist. Saya merasakan saat itu bahawa pendekatan yang lebih tepat adalah pendekatan dakwah, dan itulah yang dilakukan oleh Pemuda PAS di bawah kepimpinan Salahuddin Ayub (seingat saya) iaitu berbanding demonstrasi, mereka mengedarkan risalah kepada pengunjung-pengunjung konsert.
Setelah saya mula mengikuti tarbiyah (akhir tahun 2000), ternyata pemahaman saya betapa politik itu akan datang kemudian ternyata benar. Murabbi saya saat itu sering kali mengingatkan kata-kata mashur Syeikh Mustafa Mashur; “tarbiyah bukanlah segala-galanya. Namun segala-galanya tak kan menjadi, tanpa tarbiyah.” Oleh yang demikian, saya menumpukan pembacaan saya terhadap bahan-bahan lain, selain sebagai bekal untuk menjalankan aktiviti dakwah, juga sebagai tarbiyah atau supplement tambahan untuk diri saya. Saya membaca pelbagai macam buku feqah seperti Nailul Authar Imam Syaukani, Fiqhus Sunnah Sayyid Sabiq, Fiqh Syafi’e, Bidayatul Mujtahid Imam Ibnu Rusyd, Bulughul Maram Ibnu Hajar, Fiqh Muashirah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi serta laman web eramuslim.com dan sebuah web feqah kendalian ikhwan Indonesia yang saya lupa namanya. Kemudiannya barulah saya diperkenalkan dengan pandangan feqah dari manhaj salafi oleh akhi Azral, lalu saya banyak membaca perbahasan hukum di al-ahkam.net, membaca buku-buku Nashiruddin Al-Albani dan lain sebagainya. Ini banyak membantu saya untuk menjawab soalan-soalan berkaitan hukum oleh anak-anak halaqah saya secara fiqh muqarran (fiqh perbandingan).
Selain itu, saya membaca tafsir-tafsir dimulai dengan Tafsir Ibnu Katsir (sebab tafsir tu paling murah, lalu saya beli), Tafsir Al-Azhar Pak Hamka, dan Tafsir Fi Zhilal Sayyid Qutb. Ketika itu Tafsir Fi Zhilal harganya mahal, mencecah ribuan, maka saya hanya mampu beli dari awal hingga penghujung surah Ali Imran, selain Juzuk 30. Yang lainnya, saya terpaksa berkunjung ke library untuk membacanya.
Kerana Murabbi saya tatkala mentadabburkan al-Quran di dalam halaqah sering merujuk kepada Tafsir Ibnu Abbas, maka saya pun berusaha mencari Tafsir Ibnu Abbas. Rupa-rupanya ayah saya ada Tafsir itu, lalu saya pun kebas Tafsir Ibnu Abbad dan juga Tafsir At-Tabari ayah. Hanya bertahun kemudiannya –saat saya dah bekerja- saya menambahkan koleksi tafsir saya dengan Tafsir Sya’rawi dan Tafsir Al-Maraghi.
Cuma yang saya sedar kelemahan utama saya sekarang, adalah dalam bab hadith. Dan bahan rujukan untuk hadith pun sangat kurang. Di sinilah peranan akh Azral Abdul Rahim sangat besar kepada saya. Berbanding ikhwah lain yang memandang sinis akhi Azral dan menganggapnya sebagai “salah fikr” (ejekan mereka kepada fikrah salafi Azral), saya pula memandang baik segala cerita akh Azral. Kisah kepalsuan hadith Tsa’labah dan sebagainya, menarik minat saya. Melalui Azral saya mengenali lebih rapat nama Ustaz Sari Zainul Abidin (Dr. Maza, masa tu belum dapat PhD. Masa tu memang saya dah pernah dengar nama beliau, melalui pembacaan dalam majalah “Tamadhun” kalau tak silap, juga kisah beliau berdebat dengan Astora Jabat) serta nama Nashiruddin Al-Albani. Juga web al-ahkam.net. Cuma bezanya saya dengan beliau, saya melihat manhaj salafi ni bagus terutamanya dari segi kesahihan sumber, sedangkan dari segi pendekatan, manhaj Ikhwan sangat sesuai. Kerana itu –berbanding ikhwah-ikhwah yang mula rapat dengan manhaj salaf yang lain- saya tidak berhenti mengadakan halaqah, kerana saya meyakini pendekatan Ikhwan sangat sesuai dalam membina sebuah ummah yang diidam-idamkan.
Apabila dakwah dan tarbiyah sudah berkembang, insyaAllah otomatik siyasah dan daulah akan datang dengan sendirinya, persis Maratibul Amal yang diajarkan oleh Imam Hasan Al-Banna. Maka itulah antara sebabnya saya kurang mentelaah bahan-bahan fiqhud daulah, kerana apabila tiba masanya kelak, secara teorinya saya yakin orang yang terbiasa beramal akan figure out a way to handle and manage it, selain saya bukanlah rijal untuk marhalah itu (menjadi qaidah siyasiyah yakni pemimpin umat untuk mihwar muassasi-dauli) serta rakan-rakan gerakan Islam lain sudah pun menyiapkan diri mereka untuk itu. Kerana itulah saya anggap ilmu fiqhud daulah bukanlah tidak penting, tetapi less priority for the time being berbanding ilmu-ilmu lain diperlukan bagi mereka-mereka yang menumpukan perhatikan terhadap gerakan dakwah dan tarbiyah.
“Namun, untuk tidak menghampakan permintaan anta akhi, maka insyaAllah kita akan bincangkan juga isu-isu politik/ kenegaraan dengan bertadabburkan surah Saba’ yang telah kita baca ini,” kata saya kepada akh X.
Apakah ada yang boleh kita tadabburkan daripada ayat-ayat Surah Saba’ di atas dari aspek politik/ kenegaraan, selain ayat baldatun tayyibah wa rabbun ghafur?
Bersambung, kalau rajin…..
No comments:
Post a Comment