Followers

Wednesday, July 10, 2013

Media sosial

Saya tidak ada facebook. Tidak ada tweeter. Dan tidak punya lain-lain media social yang "terhangat di pasaran." Saya hanya punya blog: dua akaun dengan blogspot, iaitu blog ini dan blog lama saya (faridul.blogspot.com) serta 1 akaun blog lama di wordpress (faridul.wordpress.com). Itu saja. Mungkin ada 2-3 akaun laman-laman social yang wujud secara "tidak sengaja", di mana saya menerima email yang me-linkkan saya ke web sekian-sekian, sedar-sedar saya telah tertubuh sebuah akaun. Namun, saya tidak aktif dalam akaun-akaun tersebut, bahkan tidak ingat pun login ID dan passwordnya. Namun, saya turut punya akaun linkedin. Itu pun baru sangat saya buka. Itupun bersebab, yang menggerakkan hati saya untuk mewujudkan akaunnya.

 

 

Di linkedin, saya menambah 2 jenis golongan ke dalam senarai kenalan saya. Golongan yang pertama adalah golongan yang saya lihat punya banyak kelebihan dari segi background experiencenya, sama ada pakar dalam sesebuah bidang, atau kebetulan bekerja dalam syarikat yang saya mungkin perlu berurusan di kemudian hari, seperti Suruhanjaya Tenaga, kontraktor dan sebagainya. Golongan yang kedua pula, adalah para headhunter. Haha!!

 

Di linkedin juga, saya cuba menyumbang idea, pendapat, ilmu dan kepakaran, melalui ruangan discussion group yang ada. Ini selaras dengan maxim atau quotable quote ketua pelajar terbaik yang pernah diwujudkan oleh sekolah saya, iaitu ketua pelajar tahun 1996, saudara WBA. Saat majalah tahunan sekolah melihatkan quote yang panjang lebar daripada para SPM leaversnya, saudara WBA memberikan quotenya dalam satu perkataan yang mudah: Contribute!

 

Dan itulah yang cuba saya lakukan: contribute! Apatah lagi, yang menggerakkan lagi hati saya untuk berbuat yang demikian ada dua. Yang pertama, adalah kisah yang tercatat di bawah:

 

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

"Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

(Surah Al-Kahfi [18]:94)

 

Raja Dzulqarnain, bukan tidak boleh mengambil upah daripada kaum tersebut. Bahkan, mereka yang menawarkan diri untuk mengambil khidmatnya. Tetapi ternyata, Raja Dzulqarnain tidak menjadikan kepakarannya sebagai satu-satunya alasan untuk meraih keuntungan duniawi. Maka, saya sebagai seorang Jurutera Professional bertauliah serta Jurutera Elektrik Kompeten bertauliah, harus juga melakukan hal yang sama.

 

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ

"Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu)…"

(Surah Al-Kahfi [18]:95)

 

Yang kedua, adalah nasihat penuh hikmat daripada seorang yang bernama Ben Parker –lebih dikenali sebagai Uncle Ben- kepada menakannya Peter Parker, yang kemudiannya mengubah course kehidupan Peter untuk selamanya;

 

"with great power, comes great responsibility!"

 

Lalu, lahirlah Spider-Man, adiwira yang turut menyumbang dan bertanggung jawab dalam memastikan keamanan kota metropolitan New York terjaga dan terpelihara, daripada para pengganggu dan perosak keamanan.

 

 

Inilah dua kisah yang menggerakkan hati dan diri saya, untuk turut menyumbang kepada para jurutera seantero dunia. Kerana linkedin itu, adalah "menghubungkan manusia kepada agama." Ye lah, link = hubung, Din = agama. Maka "link ke din", mewajarkan kita untuk cuba menghubungkan para warga kerja seluruh dunia, ke agama yang diredhai oleh-Nya. Wallahu a'lam.

 

Saya boleh ditemui di linkedin. http://my.linkedin.com/pub/ir-faridul-farhan-abd-wahab/64/92/454/

 

 

No comments:

Post a Comment