Followers

Wednesday, September 25, 2013

[JOM]: WARNA

WARNA

Secara konsisten, Allah Azza Wa Jalla ketika berbicara tentang dikeluarkannya manusia daripada gelap Jahiliyyah kepada cahaya hidayah, menyebutkan kegelapan itu dalam bentuk jama', bentuk plural, sedang cahaya pula dalam bentuk mufrad, bentuk singular, iaitu menngunakan perkataanyakni "kegelapan-kegelapan" (bentuk plural instead of just  yang merupakan singularnya) dan perkataan  yakni "cahaya" (bentuk singular) instead of  (yakni bentuk plural).

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"Allah adalah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya-kegelapan"
(Surah Al-Baqarah [2]:257)

Hal yang sama turut disebut di dalam Surah Al-Maidah ayat 16, Surah Ar-Ra'd ayat 16, Surah Ibrahim ayat 1 dan 5, Surah Al-Ahzab ayat 43, Surah Fathir ayat 20, Surah Al-Hadid ayat 9 dan Surah At-Thalaq ayat 11.

Maka wajar, sebahagian besar orang salah sangka dan salah faham, dengan menyangka di antara Zionis dengan Illuminati misalnya, adalah golongan yang sama. Tidak sama sebenarnya! Bahkan di antara Zionis dan Yahudi pun, merupakan dua entity yang berbeza. Golongan Yahudi misalnya, masih merupakan sebuah agama, dan diiktiraf di sisi Islam sebagai golongan Ahli Kitab, yang mana Islam ada peruntukan khas untuk mereka. Sedangkan golongan Illuminati pula adalah penyembah Iblis; Lucifer, yang mempersiapkan dunia untuk menyambut kedatangan "sang penyelamat"; Anti-Christ, yang hakikatnya sebenarnya adalah Dajjal!

Namun, di sebalik perbezaan-perbezaan mereka, they all have something so common: mereka semua adalah kekufuran, dan mereka semua memusuhi Islam! Mereka –baik Yahudi atau Nasara atau Musyrikin atau Illuminati atau Syiah Rafidah dan lain-lainnya- seumpama millatan wahidah, ajaran yang satu, yang senantiasa menjadikan Islam sebagai musuhnya yang paling utama. Lalu dengan pemahaman dan kesedaran ini, kita akan lebih memahami apa yang dilakukan oleh Zionis di Palestin, atau rejim Khemir Rouge di Burma, atau Bassar Asad di Syria, dan oleh Mejar As-Sisi di Mesir. Mereka semua adalah Hizbusy Syaitan, tentera Syaitan, yang merupakan "kegelapan-kegelapan" yang disebutkan tadi, dan cuba menghalang Bani Adam daripada beralih kepada "nur" Islam yang diredhai.

Walaupun yang demikian, sebahagian daripada kita salah faham akan Islam itu sendiri. Kerana Quran menggambarkan Islam sebagai satu-satunya cahaya, bentuk tunggal yang kita sebutkan tadi, lalu orang menyangka di dalam Islam hanya ada "black or white", hanya ada "halal au haram". Islam sifatnya binary: hanya ada angka 0 dan 1, seakan-akan tidak ada yang namanya "warna", tidak ada yang namanya "kepelbagaian" di dalam Dienul Islam yang serba lengkap lagi indah ini. Dengan kefahaman inilah, keindahan dan kesyumulan Islam tidak tertonjol, lalu masyarakat dunia gagal melihat Islam sebagai rahmatan lil 'alamin. Bagaimana Islam bisa menjadi rahmat buat mereka, hatta buat sekalian alam, sedangkan untuk masyarakat Muslim sahaja Islam kelihatan gagal menjadi rahmat kepada penganutnya sendiri?


Di mana rahmatnya Islam, andai wanita yang membuka aurat dalam pertandingan ratu cantik dikatakan haram, sedang wanita yang mempamerkan majoriti bahagian tubuhnya di pentas peragaan, di dewan gymnastic, di balapan, di court takraw (siap lipat-lipat lagi!) tidak pula difatwakan haram?


Di manakah rahmatnya Islam, tatkala sang ratu cantik bertanya kenapa hanya menyertai ratu cantik yang kali ini tidak ada acara pakaian renang yang difatwakan haram, sedang menyertai acara renang itu sendiri, dengan berbikininya, tidak pula ada fatwa pengharaman, lalu pertanyaan itu dianggap sebagai "menghina Islam" dan boleh diambil tindakan, sedangkan artis-artis yang hot dan "kau memang da bomb" memarahi orang-orang yang menegur keseksian mereka dengan ingatan "jangan masuk campur hal orang", "kubur sendiri-sendiri" dan lain seumpamanya, tidak pula dianggap menghina agama? Apakah diskriminasi sebegini petanda Islam itu rahmatan lil 'alamin?

Dan lagi, kerajaan-kerajaan yang paling korup dan gagal mengamalkan good governance, majoritinya –jika tidak semuanya- adalah berasal daripada Negara-negara orang Islam? Yet, kita mahu menggambarkan kepada mereka masyarakat non-Muslim, betapa pemerintahan, betapa jawatan, hanya bisa diberikan kepada Umat Islam. Apakah indah Islam di pandangan mata mereka? Semua ini terjadi, kerana sebahagian kita menyangka bahawa Islam tidak ada "warna", hanya "hitam-putih" semata-mata.

DEMO MENENTANG PERTANDINGAN MISS UNIVERSE DI LONDON (2010)

DEMO MENENTANG PERTANDINGAN MISS WORLD DI LONDON (2011)

Saudaraku,
Tahukah kamu bahawa cahaya mentari tatkala melalui titisan air yang memenuhi langit biru, akan terbias lalu mengeluarkan tujuh warna yang indah, yang kita kenali sebagai pelangi? Ertinya, cahaya memang satu, tetapi ia tetap punya pelbagai warna yang maha indah. Sebegitulah juga Islam, ia memang satu-satunya agama yang benar, innad dina indallahil Islam, tetapi itu tidak bererti tidak ada ruang untuk berbeza sesama kita.

Keindahan Islam, umpama keindahan pelangi yang menyusuli gelap mendungnya awan. Tatkala umat terkapai-kapai mencari solusi segala permasalahan kehidupan, Islam hadir memberikan "warna" yang menghiasi kegersangan jiwa, dan mengukirkan senyuman pada wajah nan muram. Kerana itu, memaksakan manusia untuk mempunyai satu pandangan semata-mata, hitam atau putih, adalah satu pandangan yang menghalang kebaikan dan keindahan Islam daripada mewarnai kesuraman kehidupan insan.


Marilah kita merefleksi pada para Imam kita yang mulia; Imam Malik rahimullah misalnya. Tatkala Sang Khalifah ingin mewajibkan kitab Imam Malik Al-Muwattha' kepada seluruh rakyat jelata, bahkan sang Imam itu tampil berkata: "Wahai Amirul Mukminin, jangan lakukannya! Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah telah bertebaran ke segenap tempat. Setiap kaum telah mempunyai ilmu. Masyarakat telah menerima banyak pandangan dan meredhainya. Sekiranya kamu memaksa mereka menerima satu pandangan sahaja, nescaya akan berlaku fitnah." tegas Sang Imam yang mulia.

Untuk apa kita hendak menghalang manusia untuk bersuara? Atas dasar apa kita hendak menghalang kreativiti mereka untuk berkarya? Firman Allah:

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا
"Katakanlah (wahai Muhammad): Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya."
(Surah Al-Isra' [17]:84)

Hanya dengan memahami betapa cahaya yang tunggal ini mempunyai pelbagai warna, barulah kemudiannya kita dapat appreciate kepelbagaian yang wujud sesama kita. Barulah kita bisa mempelajari dan mempraktikkan apa yang namanya adabul ikhtilaf. Zaman sekarang bukan lagi zaman untuk "menyamakan pandangan sesama kita." Sebaliknya, slogan yang harus menjadi pegangan gerakan Islam zaman kini adalah bagaimana "menguruskan perbezaan pandangan sesama kita."

Memaksakan kehendak kepada orang, memaksakan pandangan dan idea kita kepada pengikut, dan menutup rapat pintu untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat, adalah ciri-ciri sombong seorang dictator. Masyarakat yang tidak terbiasa memberikan pendapat, lebih mudah untuk dipesongkan tatkala pemimpin mereka sendiri telah terpesong. Apatah lagi di akhir zaman yang sinonim dengan fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Kerana itu kita mengkritik "pembunuhan" untuk bersuara, baik ia dengan alasan wala', baik ia atas alasan taat dan tsiqah, mahupun dengan alasan "listen! Listen! Listen!" Apakah baginda Nabi SAW menghalang para sahabatnya untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat? Andai Nabi SAW yang mulia, yang terbimbing oleh wahyu pun memberikan ruang dan kesempatan untuk para sahabat memberikan "warna" di atas "kanvas" perjuangan, apakah kita ini lebih mulia daripada baginda Nabi, hingga pandangan dan pendapat kita merupakan wahyu yang harus dituruti dan ditaati serta tidak bisa dipersoalkan?

Aku rindukan pelangi. Moga ia bisa mewarnai suram hari yang menggerhanakan dunia Islam pada hari ini!


Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
Pengamal "Rusmul Bayan"


Friday, September 20, 2013

Kenaikan Harga Minyak



Petrol sudah naik.Dan seperti naiknya harga minyak, maka rakyat pun turut naik minyak, lantaran kenaikan harga minyak sering membawa kepada “Domino Effect”, yakni harga seluruh barang lain –baik barang keperluan mahupun harga perumahan dan lain sebagainya- akan turut mengalami kenaikan juga.

Namun, pada masa yang sama, rakyat harus rasional juga. Misalnya, semua pekerja pasti inginkan bonus tahunan mahupun kenaikan tahunan. Namun, andainya mereka mempunyai bisnes mereka sendiri, yang menjadi side income mereka, buat nasi lemak contohnya, lalu nasi lemak itu kemudian di”wakilkan” kepada makcik kafe sebuah university untuk dijual dengan perjanjian bayaran sekian-sekian, apakah dengan keuntungannya yang tidak seberapa itu, ia akan melayani tuntutan sang makcik kafe tadi supaya diberikannya bonus, atau “kenaikan tahunan” yakni menambahkan bayaran kepadanya, tanpa ia menaikkan harga nasi lemak tersebut demi mendapatkan keuntungan tambahan? Inilah masalahnya: kita sering meminta itu dan ini bila kita di “bawah”, regardless syarikat kita untung dan menambahkan keuntungan saban tahun atau tidak, namun kita pula tidak sanggup memberikan bonus atau kenaikan gaji kepada pekerja kita andainya untung syarikat kita tidak mengalami pertambahan. Inilah yang saya maksudkan tidak rasional dan bersikap kebudak-budakan.

Malaysia sedang mengalami beban hutang yang teruk. Maka dalam keadaan sebegitu, mana-mana kerajaan pun akan tertekan dan mula memikirkan cara bagaimana untuk menambahkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan demi menyelesaikan masalah hutang ini. Bukankah di dalam hadith Nabi SAW sendiri, yang sering kita baca pagi dan petang dalam Al-Ma’thurat, kita diajarkan oleh baginda Nabi SAW untuk memohon perlindungan daripada bebanan hutang?



Maka, pendekatan yang “terpaksa” dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi isu ini adalah dengan mengurangkan subsidi minyak, yang dengannya kerajaan bakal menjimatkan sekian banyak RM. Mungkin ada cara lain, tapi inilah cara yang dipilih oleh kerajaan, kerana macam mana pun, something has to be done demi menyelamatkan Negaraku yang tercinta ini daripada bangkrap dan menderita di kemudian hari.

Cumanya, saya teringat kisah yang berlaku di zaman Imam An-Nawawi Rahimullahi Ta’ala. Ketika itu datang seruan jihad. Tentera Tatar sedang mengganas. Maka tentunya kerajaan ketika itu, di bawah pimpinan Datin Seri Al-Malik Al-Zahir sebagai FLOM (First Leader of Muslimworld) meminta fatwa daripada para ulamak bagi mengharuskan kerajaan mengambil harta rakyat atas tujuan jihad. Sekali lagi: atas tujuan jihad! Sebuah tujuan yang tentunya lebih mulia dibandingkan sekadar menyelamatkan Negara daripada bebanan hutang, iye kan? Maka lihat jawapan Imam An-Nawawi:

“Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w.”
 (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Makanya, sebelum engkau “rampas” subsidi rakyat marhain wahai sang penguasa, gadaikan dulu “emas-emas” yang dipakai di “pinggang” menteri-menteri dan keluarga mu dahulu!

Gaji ketua menteri sebuah negeri naik, kereta rasmi kau tukar, tapi untuk rakyat kau rampas? Apakah ini semua sekadar “takdir Allah?”

Wednesday, September 18, 2013

(Probably), there are no perfect murabbis….






(But usually), a Murabbi will always love (his madús) perfectly…





All da best in your exams, adik-adikku…..
i would like to recommend:

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2422319/The-True-Move-H-mobile-phone-advert-crying.html

wassalamualaikum

Tuesday, September 17, 2013

Assalamualaikum

Blog ini sedang menghadapi masalah baru, menyebabkan saya tidak dapat menghantar post terbaru direct daripada email. Moga-moga Allah tunjukkan jalan keluar. Amin.

Wassalamualaikum

Wednesday, September 4, 2013

"Kam min fiatin qalilatin ghalabat fiatan kasiratan bi iznillah"

 

“Fairy tales are more than true: not because they tell us that dragons exist, but because they tell us that dragons can be beaten.”

Neil Gaiman, Coraline  

 

 

 

Monday, September 2, 2013

Be Positive!

Dari Anas ra., ia berkata : "Sewaktu Nabi SAW menjumpai seorang wanita sedang menangis di atas kubur, maka beliau bersabda : "Bertakwalah kepada Allah dan sabarlah !" Wanita itu berkata : "Pergilah dairi sini karena sesungguhnya engkau tidak tertimpa musibah sebagaimana yang aku alami !" Wanita itu tidak tahu bahwa yang berkata adalah Nabi. Kemudian ada seseorang yang memberitahukan kalau itu adalah Nabi SAW Maka wanita itu segera datang ke rumah Beliau SAW dan ia tidak menjumpai para penjaga pintu, sehingga dengan mudah ia memasukinya kemudian ia berkata: "Saya tidak tahu kalau yang berkata tadi adalah engkau."Maka beliau bersabda : "Sesungguhnya sabar itu hanyalah pada hari pertama dari musibah itu."

(HR. Bukhari dan Muslim)

 

Dalam riwayat Muslim disebutkan : "Wanita itu menangisi anaknya yang baru meninggal."

 

Antara kelemahan utama umat Islam dewasa ini –termasuklah para aktivis dakwahnya- adalah bermentaliti lemah. Mentaliti loser. Sentiasa rasa dialah yang paling sibuk di alam maya ini. Sentiasa rasa menjadi yang terbaik adalah hal yang lebih mustahil berbanding mission impossible itu sendiri. Sedangkan perjuangan para Anbiya' wal Mursalin, beserta para pengikutnya –dan semoga kita semua berada se"bahtera" dalam pelayaran perjuangan bersama mereka- dijayakan pertama-tamanya oleh mentality yang positif, kemudian membawa kepada jasadiyah yang sihat, lalu menatijahkan sebuah pergerakan/ harakah yang produktif lagi berterusan/ mustamirah. Inilah yang diindikasikan oleh Allah SWT di dalam qalam-Nya yang mulia:-

 

وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka;

i)             tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah

ii)             dan mereka juga tidak lemah tenaga

iii)            dan tidak pula mahu tunduk mengalah (kepada musuh)

dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabra"

(Surah Ali Imran [3]:146)

 

Malah banyak lagi ayat-ayat Al-Quran beserta hadith-hadith Nabi SAW, selain peristiwa-peristiwa sirah, yang mana menggambarkan betapa Islam senantiasa memotivasikan para penganutnya untuk berfikiran positif, di saat seakan tiada pilihan lain melainkan berfikiran negatif.

 

Bukankah Islam, seperti di dalam surah Al-Anfal, menggambarkan pertembungan pihak Muslimin dengan pihak musuh (Musyrikin Quraisy) sebagai suatu hal yang dijanjikan untuk menetapkan yang benar dan membinasakan yang kufur, walhal pihak Muslimin yang berada di medan Badar itu bukanlah keluar untuk tunjuan berperang?

 

وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ

"Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya"

(Surah Al-Anfal [8]:7)

 

Atau, di saat pihak Muslimin sedang sibuk menggali parit mengelilingi kota Madinah, sebagai persiapan melayani tentera "rest of the world" di dalam Perang Ahzab yang sangat menggetarkan, apa lagi peperangan sebelum itu (Uhud) dimenangi oleh musuh, tiba-tiba Nabi SAW menjanjikan seribu satu harapan, tatkala memecahkan batu besar yang menghalang pekerjaan, dengan janji-jani impossible betapa umat Islam kelak akan menguasai Parsi, akan menguasai Rom, dan akan menguasai Ethiopia?

 

 

Maka apakah rahsianya? Berfikiran positif! Jangan hanya merasakan awaklah yang paling sibuk, awaklah yang paling malang, awaklah yang paling teruk diuji. Seperti di dalam hadith Bab Sabar Riyadhus Salihin di atas tadi. Dek kerana sang wanita itu sibuk merasa betapa tiada seorang pun yang bisa memahami rasa kehilangan dan kematian, menyebabkan dia memarahi baginda Nabi, untuk kemudiannya Nabi SAW mendeklarasikan betapa "sabar itu pada pukulan yang pertama."

 

 

Maka seandainya engkau merasa sedih dengan apa yang menimpamu pada hari ini, bandingkanlah kembali ujian dan dugaan yang menimpa orang-orang seperti Anwar Ibrahim, atau Dr. Mursi, dan yang lain seumpamanya; apakah engkau lebih teruk teruji berbanding dengan mereka semua?

 

Lemparkanlah jauh-jauh sifat "seorang ikan" (baca: selfish) agar engkau lebih positif melayari kehidupan penuh dengan pancaroba dugaan.

 

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

"Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

(Surah An-Nisa' [4]:104)