Petrol sudah naik.Dan
seperti naiknya harga minyak, maka rakyat pun turut naik minyak, lantaran
kenaikan harga minyak sering membawa kepada “Domino
Effect”, yakni harga seluruh barang lain –baik barang keperluan mahupun
harga perumahan dan lain sebagainya- akan turut mengalami kenaikan juga.
Namun, pada masa yang
sama, rakyat harus rasional juga. Misalnya, semua pekerja pasti inginkan bonus tahunan
mahupun kenaikan tahunan. Namun, andainya mereka mempunyai bisnes mereka
sendiri, yang menjadi side income mereka,
buat nasi lemak contohnya, lalu nasi lemak itu kemudian di”wakilkan” kepada
makcik kafe sebuah university untuk dijual dengan perjanjian bayaran
sekian-sekian, apakah dengan keuntungannya yang tidak seberapa itu, ia akan
melayani tuntutan sang makcik kafe tadi supaya diberikannya bonus, atau “kenaikan
tahunan” yakni menambahkan bayaran kepadanya, tanpa ia menaikkan harga nasi
lemak tersebut demi mendapatkan keuntungan tambahan? Inilah masalahnya: kita
sering meminta itu dan ini bila kita di “bawah”, regardless syarikat kita untung dan menambahkan keuntungan saban
tahun atau tidak, namun kita pula tidak sanggup memberikan bonus atau kenaikan
gaji kepada pekerja kita andainya untung syarikat kita tidak mengalami
pertambahan. Inilah yang saya maksudkan tidak rasional dan bersikap
kebudak-budakan.
Malaysia sedang
mengalami beban hutang yang teruk. Maka dalam keadaan sebegitu, mana-mana
kerajaan pun akan tertekan dan mula memikirkan cara bagaimana untuk menambahkan
pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan demi menyelesaikan masalah hutang
ini. Bukankah di dalam hadith Nabi SAW sendiri, yang sering kita baca pagi dan
petang dalam Al-Ma’thurat, kita
diajarkan oleh baginda Nabi SAW untuk memohon perlindungan daripada bebanan
hutang?
Maka, pendekatan yang “terpaksa”
dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi isu ini adalah dengan
mengurangkan subsidi minyak, yang dengannya kerajaan bakal menjimatkan sekian
banyak RM. Mungkin ada cara lain, tapi inilah cara yang dipilih oleh kerajaan,
kerana macam mana pun, something has to
be done demi menyelamatkan Negaraku yang tercinta ini daripada bangkrap dan
menderita di kemudian hari.
Cumanya, saya teringat
kisah yang berlaku di zaman Imam An-Nawawi Rahimullahi
Ta’ala. Ketika itu datang seruan jihad. Tentera Tatar sedang mengganas.
Maka tentunya kerajaan ketika itu, di bawah pimpinan Datin Seri Al-Malik
Al-Zahir sebagai FLOM (First Leader of Muslimworld) meminta fatwa daripada para
ulamak bagi mengharuskan kerajaan mengambil harta rakyat atas tujuan jihad. Sekali
lagi: atas tujuan jihad! Sebuah tujuan yang tentunya lebih mulia dibandingkan
sekadar menyelamatkan Negara daripada bebanan hutang, iye kan? Maka lihat
jawapan Imam An-Nawawi:
“Setahu saya engkau dahulunya
seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan
kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki
seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas.
Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki
sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba
lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya
memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta
dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat
itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri
kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w.”
(lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam
al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Makanya, sebelum engkau
“rampas” subsidi rakyat marhain wahai sang penguasa, gadaikan dulu “emas-emas”
yang dipakai di “pinggang” menteri-menteri dan keluarga mu dahulu!
Gaji ketua menteri
sebuah negeri naik, kereta rasmi kau tukar, tapi untuk rakyat kau rampas?
Apakah ini semua sekadar “takdir Allah?”
No comments:
Post a Comment