Followers

Wednesday, September 25, 2013

[JOM]: WARNA

WARNA

Secara konsisten, Allah Azza Wa Jalla ketika berbicara tentang dikeluarkannya manusia daripada gelap Jahiliyyah kepada cahaya hidayah, menyebutkan kegelapan itu dalam bentuk jama', bentuk plural, sedang cahaya pula dalam bentuk mufrad, bentuk singular, iaitu menngunakan perkataanyakni "kegelapan-kegelapan" (bentuk plural instead of just  yang merupakan singularnya) dan perkataan  yakni "cahaya" (bentuk singular) instead of  (yakni bentuk plural).

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"Allah adalah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya-kegelapan"
(Surah Al-Baqarah [2]:257)

Hal yang sama turut disebut di dalam Surah Al-Maidah ayat 16, Surah Ar-Ra'd ayat 16, Surah Ibrahim ayat 1 dan 5, Surah Al-Ahzab ayat 43, Surah Fathir ayat 20, Surah Al-Hadid ayat 9 dan Surah At-Thalaq ayat 11.

Maka wajar, sebahagian besar orang salah sangka dan salah faham, dengan menyangka di antara Zionis dengan Illuminati misalnya, adalah golongan yang sama. Tidak sama sebenarnya! Bahkan di antara Zionis dan Yahudi pun, merupakan dua entity yang berbeza. Golongan Yahudi misalnya, masih merupakan sebuah agama, dan diiktiraf di sisi Islam sebagai golongan Ahli Kitab, yang mana Islam ada peruntukan khas untuk mereka. Sedangkan golongan Illuminati pula adalah penyembah Iblis; Lucifer, yang mempersiapkan dunia untuk menyambut kedatangan "sang penyelamat"; Anti-Christ, yang hakikatnya sebenarnya adalah Dajjal!

Namun, di sebalik perbezaan-perbezaan mereka, they all have something so common: mereka semua adalah kekufuran, dan mereka semua memusuhi Islam! Mereka –baik Yahudi atau Nasara atau Musyrikin atau Illuminati atau Syiah Rafidah dan lain-lainnya- seumpama millatan wahidah, ajaran yang satu, yang senantiasa menjadikan Islam sebagai musuhnya yang paling utama. Lalu dengan pemahaman dan kesedaran ini, kita akan lebih memahami apa yang dilakukan oleh Zionis di Palestin, atau rejim Khemir Rouge di Burma, atau Bassar Asad di Syria, dan oleh Mejar As-Sisi di Mesir. Mereka semua adalah Hizbusy Syaitan, tentera Syaitan, yang merupakan "kegelapan-kegelapan" yang disebutkan tadi, dan cuba menghalang Bani Adam daripada beralih kepada "nur" Islam yang diredhai.

Walaupun yang demikian, sebahagian daripada kita salah faham akan Islam itu sendiri. Kerana Quran menggambarkan Islam sebagai satu-satunya cahaya, bentuk tunggal yang kita sebutkan tadi, lalu orang menyangka di dalam Islam hanya ada "black or white", hanya ada "halal au haram". Islam sifatnya binary: hanya ada angka 0 dan 1, seakan-akan tidak ada yang namanya "warna", tidak ada yang namanya "kepelbagaian" di dalam Dienul Islam yang serba lengkap lagi indah ini. Dengan kefahaman inilah, keindahan dan kesyumulan Islam tidak tertonjol, lalu masyarakat dunia gagal melihat Islam sebagai rahmatan lil 'alamin. Bagaimana Islam bisa menjadi rahmat buat mereka, hatta buat sekalian alam, sedangkan untuk masyarakat Muslim sahaja Islam kelihatan gagal menjadi rahmat kepada penganutnya sendiri?


Di mana rahmatnya Islam, andai wanita yang membuka aurat dalam pertandingan ratu cantik dikatakan haram, sedang wanita yang mempamerkan majoriti bahagian tubuhnya di pentas peragaan, di dewan gymnastic, di balapan, di court takraw (siap lipat-lipat lagi!) tidak pula difatwakan haram?


Di manakah rahmatnya Islam, tatkala sang ratu cantik bertanya kenapa hanya menyertai ratu cantik yang kali ini tidak ada acara pakaian renang yang difatwakan haram, sedang menyertai acara renang itu sendiri, dengan berbikininya, tidak pula ada fatwa pengharaman, lalu pertanyaan itu dianggap sebagai "menghina Islam" dan boleh diambil tindakan, sedangkan artis-artis yang hot dan "kau memang da bomb" memarahi orang-orang yang menegur keseksian mereka dengan ingatan "jangan masuk campur hal orang", "kubur sendiri-sendiri" dan lain seumpamanya, tidak pula dianggap menghina agama? Apakah diskriminasi sebegini petanda Islam itu rahmatan lil 'alamin?

Dan lagi, kerajaan-kerajaan yang paling korup dan gagal mengamalkan good governance, majoritinya –jika tidak semuanya- adalah berasal daripada Negara-negara orang Islam? Yet, kita mahu menggambarkan kepada mereka masyarakat non-Muslim, betapa pemerintahan, betapa jawatan, hanya bisa diberikan kepada Umat Islam. Apakah indah Islam di pandangan mata mereka? Semua ini terjadi, kerana sebahagian kita menyangka bahawa Islam tidak ada "warna", hanya "hitam-putih" semata-mata.

DEMO MENENTANG PERTANDINGAN MISS UNIVERSE DI LONDON (2010)

DEMO MENENTANG PERTANDINGAN MISS WORLD DI LONDON (2011)

Saudaraku,
Tahukah kamu bahawa cahaya mentari tatkala melalui titisan air yang memenuhi langit biru, akan terbias lalu mengeluarkan tujuh warna yang indah, yang kita kenali sebagai pelangi? Ertinya, cahaya memang satu, tetapi ia tetap punya pelbagai warna yang maha indah. Sebegitulah juga Islam, ia memang satu-satunya agama yang benar, innad dina indallahil Islam, tetapi itu tidak bererti tidak ada ruang untuk berbeza sesama kita.

Keindahan Islam, umpama keindahan pelangi yang menyusuli gelap mendungnya awan. Tatkala umat terkapai-kapai mencari solusi segala permasalahan kehidupan, Islam hadir memberikan "warna" yang menghiasi kegersangan jiwa, dan mengukirkan senyuman pada wajah nan muram. Kerana itu, memaksakan manusia untuk mempunyai satu pandangan semata-mata, hitam atau putih, adalah satu pandangan yang menghalang kebaikan dan keindahan Islam daripada mewarnai kesuraman kehidupan insan.


Marilah kita merefleksi pada para Imam kita yang mulia; Imam Malik rahimullah misalnya. Tatkala Sang Khalifah ingin mewajibkan kitab Imam Malik Al-Muwattha' kepada seluruh rakyat jelata, bahkan sang Imam itu tampil berkata: "Wahai Amirul Mukminin, jangan lakukannya! Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah telah bertebaran ke segenap tempat. Setiap kaum telah mempunyai ilmu. Masyarakat telah menerima banyak pandangan dan meredhainya. Sekiranya kamu memaksa mereka menerima satu pandangan sahaja, nescaya akan berlaku fitnah." tegas Sang Imam yang mulia.

Untuk apa kita hendak menghalang manusia untuk bersuara? Atas dasar apa kita hendak menghalang kreativiti mereka untuk berkarya? Firman Allah:

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا
"Katakanlah (wahai Muhammad): Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya."
(Surah Al-Isra' [17]:84)

Hanya dengan memahami betapa cahaya yang tunggal ini mempunyai pelbagai warna, barulah kemudiannya kita dapat appreciate kepelbagaian yang wujud sesama kita. Barulah kita bisa mempelajari dan mempraktikkan apa yang namanya adabul ikhtilaf. Zaman sekarang bukan lagi zaman untuk "menyamakan pandangan sesama kita." Sebaliknya, slogan yang harus menjadi pegangan gerakan Islam zaman kini adalah bagaimana "menguruskan perbezaan pandangan sesama kita."

Memaksakan kehendak kepada orang, memaksakan pandangan dan idea kita kepada pengikut, dan menutup rapat pintu untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat, adalah ciri-ciri sombong seorang dictator. Masyarakat yang tidak terbiasa memberikan pendapat, lebih mudah untuk dipesongkan tatkala pemimpin mereka sendiri telah terpesong. Apatah lagi di akhir zaman yang sinonim dengan fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Kerana itu kita mengkritik "pembunuhan" untuk bersuara, baik ia dengan alasan wala', baik ia atas alasan taat dan tsiqah, mahupun dengan alasan "listen! Listen! Listen!" Apakah baginda Nabi SAW menghalang para sahabatnya untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat? Andai Nabi SAW yang mulia, yang terbimbing oleh wahyu pun memberikan ruang dan kesempatan untuk para sahabat memberikan "warna" di atas "kanvas" perjuangan, apakah kita ini lebih mulia daripada baginda Nabi, hingga pandangan dan pendapat kita merupakan wahyu yang harus dituruti dan ditaati serta tidak bisa dipersoalkan?

Aku rindukan pelangi. Moga ia bisa mewarnai suram hari yang menggerhanakan dunia Islam pada hari ini!


Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
Pengamal "Rusmul Bayan"


1 comment:

  1. putih itu semua warna (keindahan) yag disatukan
    sedang hitam itutanpa warna. kosong

    ReplyDelete