Reminder of Ramadhan (ROR): Juz 1
Ketika di tahun akhir pengajian, saya memilih untuk bersolat tarawikh di masjid-masjid dan surau-surau di luar daripada kampus. Salah satu surau pilihan, adalah surau yang terletak di pecan Parit Buntar. Saya tidak ingat nama surau tersebut, tetapi seingatan saya di surau itulah saya mengikuti pengajian Ustaz Hj. Shamsuri pada hari Rabu malam Khamis, setiap 2 minggu sekali.
Solat tarawikh di surau itu diimamkan oleh mudir sebuah ma'had tahfiz yang saya difahamkan terletak berdekatan. Sebelum mengimamkan solat tarawikh, beliau akan memberikan tazkirah sekitar 10 ke 30 minit tentang surah-surah yang akan beliau baca, biasanya 1 malam 1 Juz. Maka bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia, saya ingin menulis tadabbur serba ringkas berkenaan intipati Juzuk-juzuk di dalam Al-Quran, mudah-mudahan bermanfaat.
JUZ 1
Selepas Surah Al-Fatihah, Juz 1 seluruhnya cover Surah Al-Baqarah. Surah Al-Baqarah, dimulakan dengan menceritakan tentang perihal the good guys. Hero-hero sejati yang sepatutnya menjadi impian bukan sekadar buat kanak-kanak, malah orang-orang dewasa seperti kita juga. Semoga, dengan memulakan pembacaan Al-Baqarah, kita akan cuba menjadi seperti pihak yang pertama-tama kita jumpa di dalam Al-Baqarah ini, yakni "orang-orang yang bertaqwa." Dan orang-orang bertaqwa ini, seperti petani, "muflihun" beroleh kejayaan, mendapat kemenangan, dek usaha siang-malam mereka bertani demi "menumbuhkan" umat ini.
Kemudian, Surah Al-Baqarah bercerita panjang lebar tentang musuh. Bermula mush yang bernama "Kafirun." Kemudian "Munafiqun." Kemudian kembali ke kisah awal kejadian, dengan diperkenalkan pula kepada "murabbi" musuh-musuh kita ini iaitu Al-Iblis Laknatullah.
Dan kisah beserta cerita tentang musuh ini berterusan lagi, dengan cerita tentang Yahudi Bani Israel.
Bererti, ketika melayari kisah-kisah di dalam Juz 1, kita banyak membaca tentang musuh. Nah, apa di antara ibrahnya? Bagi saya, di antara ibrah yang boleh kita ambil, adalah musuh kita terlalu ramai. Maka, apakah kita masih nak berpeluk tubuh, berdiam diri, tanpa melakukan apa-apa usaha untuk "memadamkan" bangunan Islam yang sedang terbakar ini?
Panjang lebar cerita tentang musuh. Apakah "geng baik" ini punya peluang untuk menang? Kini, perhatikan pula bagaimana Juz 1 ditutup. Allah bercerita tentang kisah Nabi Ibrahim, juga anaknya Nabi Ismail, 'alaihuma assalam. In the end, the good guys always win.
Perjalanan dan perjuangan kita masih panjang. Namun yakinlah, aka nada mentari yang membelah kegelapan.
Wallahu a'lam.
Abu Kembar
No comments:
Post a Comment