Followers

Tuesday, July 1, 2014

Reminder of Ramadhan [RoR]: Juz 2

JUZ 2

 

Begitu melayari Juz 2, kita akan berjumpa dengan satu-satunya bulan yang disebutkan di dalam Al-Quran: Bulan Ramadhan. Dan menariknya, tatkala Allah Azza Wa Jalla menyebut tentang bulan Ramadhan, Dia tidak langsung menyebutkan tentang berpuasa. Sebaliknya, dia menyebut Ramadhan sebagai bulan diturunkan Al-Quran terlebih dahulu. Kemudian baru menyebut tentang berpuasa. Itu pun, Dia menyebutkan tentang rukhsah di dalam berpuasa. Semoga pemahaman yang mendalam terhadap sumber rujukan Islam, yakni Al-Quran, akan mengenlighten kita betapa Islam ini sebenarnya mudah. Lalu dengan mudah dan praktiknya Islam itu, lalu ia pun kelihatannya indah.

 

Namun kenapa Islam tidak kelihatan indah? Kerana kebanyakan daripada kita melihat essence Islam itu pada fiqh dan ibadah semata-mata. Kebetulan, pertengahan Juz 2 ini banyak berbicara tentang persoalan-persoalan dan hukum-hukum. Yas alunaka anil khamri wal maisir. Yas alunaka anil ahillah. Yas alunaka anil syahril haram. Tentang qisas. Tentang puasa. Dan lain seumpamanya.

 

Menariknya, permulaan Juz 2 ini bermula pada cerita perpindahan kiblat. Dari Baitul Maqdis, ila Baitullah Al-Haram. Solat menghadap kiblat, sangat besar kepentingannya. Syarat sah solat lagi. Namun, Allah sendiri menyebutkan di dalam ayat yang ke 177, bahawa bukanlah solat menghadap mana yang penting, sebaliknya tujuannya utamanya, yang membawa kepada keimanan, dan lain seumpanya.

 

Nah, bila keimanan terhadap Quran, terhadap nash, terhadap dalil longer, bawaklah dalil Quran dan hadith banyak mana pun tentang betapa mudah dan memudahkannya Islam terhadap manusia, kita tetap tidak dapat terima. Kerana, kita merasakan bahawa agama menurut kita, adalah ibadah yang serba perfect. Tidak semena-mena, kita menjadi perfectionist, terutama apabila berbicara tentang ibadah. Mungkin mereka-mereka ini tidak pernah membawa kitab Riyadhus Solihin oleh tokoh mazhab Syafi'e yang utama, iaitu Imam Nawawi, di mana di dalam kitabnya itu, imam Nawawi menukilkan satu bab yang bertajuk "bab pentingnya mendatangi solat dan majlis ilmu dan ibadat dengan sakinah (perlahan pergerakan) dan wiqar (tenang perasaan)". Itulah sebabnya, jika makanan sudah terhidang, Nabi SAW suruh makan dulu, kemudian baru solat!

 

Lalu menghampiri penutup Juz 2, kita dibawakan dengan kisah sejarah: Thalut vs Jalut. Jika permulaan Juz 2 berbicara tentang essence dalam ibadah, iaitu keimanan, lalu barulah ibadah itu menjadi proses untuk memperoleh manfaat, kisah Thalut dan Jalut menampilkan sekelompok mengikut Thalut yang ada masalah dalam system believe mereka, hingga akhirnya gentar untuk berhadapan dengan musuh, serta sebahagian yang teguh keimanannya, lalu "ibadah jihad" itu tidak lain melainkan menjadi asbab mereka beroleh keredhaan, dan menjadi asbab mereka memperoleh kemenangan.

 

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Perenggan 4: Perkataan "longer" tu sepatutnya "longgar", kan? Nice post. Short but well-composed. Jzkk :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ni. berharap semoga perkongsian sebegini akan berterusan. sgt2 membantu untuk memahami setiap juzuk dalam quran.

    ReplyDelete