Followers

Monday, October 25, 2010

Antibiotik

Semakin anda sembuh daripada demam mahu pun wabak penyakit, sering pula anda akan berhenti daripada menghabiskan ubat yang dibekalkan. Anda sudah sembuh, maka silakan anda berhenti daripada memakannya. Namun, satu hal yang tidak harus anda berhenti, adalah tetap terus setia mengambil antibiotic. Kerana tanpanya, kesembuhan yang dikau rasa, mungkin tidak berkekalan lama.

Begitulah juga dengan perjuangan. Semakin dakwah itu berkembang besar, meluas, dan merata ke tengah-tengah panggung masyarakat, kita para aktivis mula melihat tanda “kesembuhan” di dalam tubuh umat seakan sudah semakin mampir lagaknya. Masakan tidak, diterimanya dakwah oleh masyarakat, seakan mengindikasikan tentang semakin menghilangnya “penyakit” jahiliyah dalam batang tubuh mereka. Namun, jangan sesekali dikau lupa, untuk tetap terus menghabiskan antibiotikmu, seperti yang telah ditetapkan ke atas dirimu.

“Apabila datang pertolongan ALLAH dan kemenangan.

Dan kamu lihat manusia kelak akan masuk ke dalam agama Allah secara bonding-bondong.

Maka bertasbihlah, dengan memuji Tuhan-mu dan beristigfarlah.

Sesungguhnya Dia Maha Menerima Taubah”
(Surah an-Nasr: 1-4)

Lihatlah, hatta Fathu Makkah sahaja Allah tetap memperingatkan untuk tetap terus bertasbih, tetap terus bertahmid dan tetap terus beristighfar, lantaran itu merupakan ubat antibiotic yang bisa menyembuhkan kita dari sifat bongkak, gejala sombong atau penyakit bangga diri, yang kelak mengembalikan penyakit yang sebelumnya bersungguh kita tentangi, tetapi kembali membiak begitu “antibiotic” dikau pantas tinggalkan.

Kerana itu usrah atau halaqah -yang merupakan nadi serta batu-bata asas kepada perjuangan- sudah mula kau tinggalkan, engkau kelak akan hanyut dan berpenyakit, bukan menyembuhkan seperti yang seharusnya. Lantaran usrah dan halaqah itulah yang akan senantiasa memelihara kesihatanmu dalam mengambil keputusan, atau mengimunkan dirimu daripada fitnah dan godaan keduniaan. Bersama dengan pakej mutaba'ah, bukan dunia yang bertakhta di hatimu insyaAllah, tetapi bahkan dunia yang berada di dalam cengkaman tanganmu.

Fuh, siapa sangka sang engineer pun bisa berbicara kedoktoran. Adakah ini merupakan tanda-tanda gelar Ir. Harus segera ditambah dengan gelar Dr. Pula di hadapan?

1 comment:

  1. subhanallah menarik artikel ni. Ana sgt appreciate sebagai medical student. Jazakallah prof! =)

    ReplyDelete