Maka, menjelang saya menghabiskan duit saya untuk membaiki handle pintu kereta saya itu, saya pun terpaksa melakukan adengan ala Mr. Bean, dengan membuka pintu daripada sebelah dalam, dengan terlebih dahulu masuk ke kereta melalui pintu passenger sebelah pemandu. Untuk menyedapkan lagi cerita, pintu belakang driver pun tidak dapat dibuka, satu kerana center locking kereta tidak berfungsi (bermakna saya biasanya terpaksa membuka lock pintu belakang secara manual melalui pintu driver), dan satu lagi kerana pintu belakang tu pun handle dia dah rosak!!
Haha...anda pening membaca cerita saya? Saya lebih pening dengan karenah kereta saya. Daripada 4 pintu, hanya 1 pintu sahaja yang belum saya ganti handlenya. Menakjubkan, bukan? Itu belum cerita lagi kerosakan-kerosakan “tak logik” dan “tak boleh blah” yang lain, yang hanya mampu dipamerkan oleh kereta yang “sejenis” dengan saya. Mungkin ini memang strategi syarikat pengeluar kereta saya, untuk kelihatan unik, mereka pun mencipta kereta yang mampu mengalami kerosakan yang tidak akan pernah (atau sukar) dialami oleh kereta buatan syarikat pengeluar lain. Mungkin strategi agar kereta mereka menjadi tambahan baru kepada the seven wonders of the world kot?
Saudaraku,
Yang lebih menghairankan saya, pernah keluar dalam Majalah 3, juga surat khabar, majalah dan sebagainya, betapa kereta-kereta keluaran syarikat pengeluar ini bagus, best dan sebagainya. Saya masih ingat laporan betapa kononnya di UK, kereta-kereta keluaran syarikat ini merupakan pemenang kategori kereta yang pelanggan paling berpuas hati dengannya. Kereta-kereta mereka, kononnya hebat dari segi itu dan ini. Kereta-kereta mereka, kononnya dinosaur pijak pun tak mati. Model baru pun keluar. Dan sebagainya, dan sebagainya. Sampai-sampai orang Timur Tengah pun terpukau (atau tepatnya; tertipu) dengan berbangga kerana syarikat ini merupakan pengeluar kereta islam sedunia!!
Begitulah, apalah ertinya syarikat itu mengeluarkan model baru itu dan ini, mengimport kereta ke sana ke mari, berbangga di media dengan cerita begitu dan begini, kalau hakikatnya kualiti kereta mereka cukup mengharu-birukan. Kalau handle pintu patah masih ajaib pada anda, sekurang-kurangnya cerita power window senantiasa rosak sudah tidak asing kedengaran? Hmm...tentu sekarang anda sudah boleh agak kereta jenis apa, bukan?
Nah, terkadang ketika kita mengejar kuantiti, glamer, “nama” dan sebagainya, kita pantas melupakan tentang hal kualiti. Lalu, terjadilah apa yang pepatah Melayu katakan; “yang dikejar tak dapat, yang dibawa berkeciciran.” Lihatlah bagaimana syarikat Toyota terpaksa menarik balik beribu-ribu kenderaan mereka di U.S. kerana masalah brek, masalah kualiti, lalu dari untung yang diimpi, justeru rugi yang didapati. Semuanya kerana satu: kualiti.
Dan kualiti, dalam konteks dakwah, dihasilkan melalui yang itu: tarbiyah! Takwin yang daqiq; yang teliti, yang bersungguh-sungguh, yang mantop. Kerana tanpa takwin, tiadalah kualiti. Dan tanpa kualiti, bilangan dan kuantiti yang dikau cari hasil program umum yang menggemparkan, kelak sekadar senilai buih-buih di lautan. Kau akan mengalami kekangan man power untuk melaksanakan, tiada siapa yang sudi untuk menjayakan. Dan arahan yang sifatnya sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami taat) tidak lagi tersahut, kerana apa? Kerana tiada lagi ketaatan! Kenapa tiada ketaatan? Kerana kader yang sedia ada tidak berkualiti. Kenapa tidak berkualiti! Kerana anda sendiri yang kata “sekarang, tarbiyah dah tak penting. Sekarang, takwin (usrah, halaqah) dah tak wajib” seakan anda sendiri yang kata “power window problem tu.. small matter” , “tayar depan MPV terbaru kita masuk ke dalam (sampai tak leh bergerak) tu... small matter” “Yang penting, kereta kita dah diimport ke sana ke mari. Model baru keluar dalam rupa itu dan ini” “logo syarikat kita terpampang kat kereta racing F1 lagi” dan sebagainya. Maka, terimalah takdirnya, anda makin bangkrap, terpaksa melutut mencari rakan kongsi, dan sebagainya.
Nah, apakah anda sanggup membiarkan nasib dakwah juga sebegini?
No comments:
Post a Comment