Followers

Monday, December 27, 2010

[serial permotoran]: ABSORBER

Have you ever wondered what makes a Mercedes, a BMW, a Volvo or even a Lexus, stand-high in a class of its’ own? Well, some people say, that among the major aspects of the so called high-class vehicles which differentiate them from others, is their suspension system. With a good suspension system, you will still get such comfort even though you drive on roads full of puddle, or remain “un-bouncy” when your car collides with hectic bumpers. All this leisure and comfort, should be thanked to the shock absorber.

 

A shock absorber –as explain by our good companion Mr. Wikipedia- is a mechanical device (one kind of dashpot) designed to smooth out or damp shock impulse, and dissipate kinetic energy. In a vehicle, shock absorbers reduce the effect of traveling over rough ground, leading to improved ride quality and increase in comfort. 

 

In other words, it is the shock absorber who is the one responsible in settling all those vibration issues. And it is shock dissipation of the absorber or the suspension system, which bring the comfort in your riding, further on bringing luxury to any vehicle which masters the issue.

 

Yet, i’ll bet you that you still would realise a bumper or puddle hit by your car’s tyre, wouldn’t you? This is because, even the best shock absorber in town still could not dissipate 100% shock and vibration, especially if the speed of the vehicle is increased. Man’s technology just ain’t that good enough, at the moment.

 

Doesn’t this makes you wonder how magnificent the Creator had created a “shock absorber” inside a Woodpeckers head, especially as its’ skull doesn’t explode into pieces, even though the speed of its pecking, added with the roughness of the tree it is pecking, is far beyond Mercedes or BMW or Lexus standard? Did you know that a woodpecker, could actually perform 38 to 43 peeks in just two or three seconds, without suffering any injury neither on its peek nor skull?

 

Now, do you still think that the Creator of such “suspension system” inside the birds’ skull, is still less supreme to man itself, until it needs feeding, or birthing, or even other “manly” action which could only bring down the attributes of a God, from “Creator” to “creation”?

 

Probably our Proton could learn from this. To be as good as “Woody Wood Pecker”, you need to be “down to earth.” And when you are humble and noble, then good will accompany you along the way. Let us learn from the creations, so that the Creator will teach us more.

 

 

 

Thank You and Best Regards.

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab |  signs of the Creator, in our everyday life!

 

Sunday, December 26, 2010

[arkib]: TRANSFORMER (Adabul Ikhtilaf)

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab

(24 November 2004)

 

Sebuah transformer -transformer tiga fasa terutamanya- digunakan untuk menjana dan mengalirkan tenaga elektrik dalam nada yang banyak.[1] Hasilnya, sesuatu sistem berkemungkinan mengandungi lima kali lganda nilai kVA yang di”install”kan oleh transformer, berbanding yang dibekalkan oleh generator.[2] Hal ini menjadikan transformer, dan “ahli keluarganya”, antara komponen terpenting di dalam proses penjanaan tenaga elektrik.

Adapun transformer, bila ditekuni “nasab keturunannya”, terbahagi pula kepada beberapa jenis. Antara yang terpenting dan sering hadir dalam tugas-tugasan keelektrikan ialah Step-up transformer, berperanan meng”agung”kan lagi tenaga elektrik itu, kepada tahap yang cukup “menggemparkan”, sedang ada pula step-down transformer, berperanan men”tawadhuk”kan tenaga elekrik yang semakin “menyombong” itu.

Cuba perhatikan kisah ini. Walaupun kedua-dua jenis transformer tersebut, bukan sahaja mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berlainan bahkan berlawanan, tetapi tetap saja mereka hidup harmoni di bawah kategori dan panggilaan sertaan sapaan sebagai “transformer”. Sedangkan manusia, andainya mahu belajar daripada kisah sang transformer, tentunya tidak akan berpecah dan saling bermusuh seperti yang terjadi kini. Barangkali komponen statik bernama transformer itu lebih menghayati pesanan ALLAH yang disebut berulang kali di dalam al-Quran, “Sesungguhnya kamu merupakan umat yang satu…” sehingga kelihatan seakan-akan tiada perbezaan di kalangan para “penganut” fahaman transformer, kecuali bila dilakukan kajian lebih mendalam. Dek kerana itulah, Yusuf al-Qaradhawi di dalam Fiqh Ikhtilafnya merumuskan satu penawar kepada perpecahan dan pertelagahan: carilah persamaan di antara kamu, dan jauhilah hal-hal yang bisa membezakan kamu!

Inilah rahsianya ajaran Ilahi ketika Rabb Yang Maha Agung merumuskan formula dalam menjalin kesefahaman bahkan kepada ahli kitab: “Katakanlah; Wahai ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimat/ketetapan yang sama/ tiada perbezaan antara kami dan kamu…” (ali Imran:64) Kerana perbezaan, selagi tidak menyangkut masalah pokok (baca: aqidah) haruslah di”tenggelamkan” buat sementara waktu, tambahan pula dalam kondisi umat yang terus dibantai oleh musuh. (Secara terangan-terangan) bermula dengan Yahudi di Palestin, Kristian (baca: Amerika), Hindu di Kashmir, kini tiba giliran Buddha di Selatan Thailand. Andainya umat lebih menumpukan isu-isu sebegini, tentunya persefahaman, kesepakatan dan perpaduan antara umat Islam mampu dicapai. Semaklah senandung Syauqi, penyair terkenal. “Musibah..” seperti kata penyair Syauqi, “..selalu merukunkan orang-orang yang terkena musibah.”[3]

Dan bukan itu sahaja pelajaran yang bisa diraih dari kisah “keluarga” sang transformer. Semangat membara yang dikandung oleh step-up transformer, sehingga mampu meledakkan “tenaga elektrik” umat ke satu nilai yang tinggi, harus dicontohi oleh kita semua. Kerana kebangkitan dan kesedaran ini, harus dijanakan oleh suatu keazaman dan keteguhan yang dikandung oleh insan-insan berjiwa “step-up transformer”. Inilah erti kisah kebangkitan umat. Dan “step-up” ini (baca: kebangkitan) diperoleh melalui amal jama’i. Ertinya, sebagaimana essentialnya step-up transformer di awal kisah penjanaan tenaga elektik dari power plant, maka sebegitu pentinglah juga amal jama’i untuk memulakan kisah kebangkitan umat. “Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat menyeru kepada kebaikan, beramar makruf dan nahi munkar..” (ali Imran:104). Bukankah mukminin dan mukminat itu saling bahu membahu antara satu sama lain ? (atTaubah:71)

Tetapi kepetahan dan kelancaran aliran elektrik ini, terkadang perlu disabarkan dan ditawadhukkan oleh step-down transformer. Kerana tanpa kehadirannya di hujung sambungan rangkain sistem elektrik, tepatnya di bahagian distribution (pengagihan), akan menyebabkan sumber tenaga yang hendak disampaikan, bukan membawa natijah kemanfaatan, tetapi sebaliknya membakar pengguna akibat keterlebihan. Di sinilah peranannya syura. Kerana syura, betapa lemah pun ia, tetap sahaja lebih barakah berbanding keputusan yang diambil sendiri-sendiri. Itulah sebabnya, oleh ulama’ silam, dirumuskan bahawa “salah dalam bersyura lebih baik berbanding benar dalam bersendirian.” Dan seorang atau sekumpulan mukmin yang sedang menggelegak semangat perjuangan di dalam dirinya, atau berombak lautan kesungguhannya, atau berMega voltan pengorbanannya, hanya ketawadhukkan yang bisa menundukkan ia untuk patuh kepada keputusan syura.

Itulah sebabnya ulama’ dakwah mengatakan, bahawa barisan “pemain” di dalam perjuangan ini haruslah ditopang oleh dua unsur: Hikmatus syuyukh wa hamasatusy syabab. Pengalaman orang-orang tua, diadun dengan semangat orang-orang muda. Kenapa perlu kedua unsur ini? Kerana pemuda, yang ibarat step-up transformer, dipenuhi kesungguhan, keutuhan dan keteguhan semangat, yang bisa memastikan berterusan (istimrariyah) perjuangan suci ini. Sedang orang tua, dengan pengalaman-pengalamannya, dengan fungsi step-down transformernya, lebih matang sehingga lebih mengerti erti kesabaran, dan mampu mengajar anak-anak muda yang sedang menggelora keazamannya erti ketawadhukkan. Inilah yang diperlukan untuk menjaga ashalah (keaslian) dakwah ini. Kerana tabiat jalan dakwah, ia tak mungkin berbuah dalam masa yang singkat. Rasakan saja antara mee segera dengan mee di warong mamak, mana sama keenakkannya, tidak selari harga keduanya.

Maka inilah sifat “transformer kehidupan”. Semangat dan keazaman yang membara yang dihasilkan oleh step-up transformer bersifat kepahlawanan. Sedang kesabaran dan ketawadhukkan yang disifatkan oleh step-down transformer lebih bersifar pembelaan. Keduanya perlu kerana dalam seni mempertahankan diri, menyerang dan menangkis sama pentingnya.

Adapun banyak yang boleh dipelajari daripada “komponen” kehidupan. Ataupun “sistem kuasa” kehidupan. Dan TNBlah yang harus banyak belajar, supaya tidak berlaku lagi kecurian batang besi pada menara elektriknya di masa hadapan.

 

“Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da’i sepanjang hari”

RUJUKAN

1 P.C Sen, “Principles of Electric Machines and Power Electronics”, John Wiley & Sons 1997, m/s 69
2 Hadi Saadat, “Power System Analysis”, McGraw Hill 1999, m/s 64
3 Syair dipetik dari buku Umar Tilmisani, “Dzikrayaat Laa Mudzakiraat”

 

 

Wednesday, December 22, 2010

[arkib]: Hidden Files

Ketika berkata Tuhan kepadaku
Tidakkah malu maksiat terhadap-Ku,
Menyembunyikan dosa dari makhluk-Ku
Dengan penuh noda menghadap-Ku?

 

Demi mendengar puisi ini, Imam Ahmad bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Kedengaran suara tangisannya dari dalam dan beliau mengulang-ulang syair itu.[1]

Begitulah kepekaan orang-orang yang beriman. Mereka semua telah dikurniakan kelembutan perasaan, sehingga begitu mudah tersentuh melihat kerosakan umat, begitu mudah menjadi gerun bila diingatkan tentang kebesaran ALLAH, dan begitu mudah bersyukur dengan segala nikmat yang mereka perolehi walaupun pada pandangan manusiawi tidak bernilai atau berharga. Sungguhpun kelembutan dan kepekaan ini sering membasahkan mata mereka dengan sedu tangisan, tetapi kepekaan ini jugalah yang membakar jiwa dan kekentalan semangat mereka sehingga begitu garang dan menggerunkan setiap kali bangun membela Islam. Itulah kenapa para sahabat diberi jolokan “singa di pagi hari, rahib di malam hari”, kerana kegarangan “singa” yang mereka tampilkan dalam kehidupan seharian (sebagai suatu amaran buat musuh Islam), tiba-tiba “menikus” di malam hari, di dalam sujud mereka kepada Ilahi.

Dan kelembutan dan kepekaan inilah yang harus ada pada kita semua. Itulah sebabnya para ulama’ Islam mengesyorkan kepada kita, agar memenuhi perjalanan hidup ini dengan puisi-puisi dan syair-syair, kerana menurut mereka, sastera inilah yang bisa melembutkan hati dan menghaluskan jiwa.
“Puisi,” kata Muhammad Ahmad ar-Rasyid dalam al-Munthalaq nya, “Mempunyai kuasa untuk membantu sesiapa sahaja yang menggunakannya samada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan, untuk menolong kebenaran atau kebatilan.” Inilah sebabnya para ulama’ Islam begitu cenderung kepada puisi, sehingga mampu menghafal banyak bait-bait puisi. Jangankan Hassan al-Banna yang menyelesaikan pendidikannya dengan iringan hafalan beribu bait puisi, bahkan para sahabat pun mempunyai wakil-wakil yang menguasai sastera, sehingga tatkala mereka dihidang pula dengan keindahan sastera di dalam al-Quran, mereka hanyut khusyuk di dalam keasyikan keindahan ayat-ayat suci-Nya. Bahkan Saydina Umar R.A pun berpesan supaya mengajarkan sastera kepada anak-anak. Kerana dengannya anak yang pengecut, akan menjadi pemberani.[2]

Sungguh, di dalam setiap daripada kita, ada “hidden file”nya yang tersembunyi. Bawalah kekuncimu ke Start. Masuklah kepada icon Control Panel. Selusuri ruangan Folder Options. Dan tukarkanlah view Hidden files and folders kepada zahirnya file-file dan folder-folder tersembunyi tersebut. Biarpun seketika. Walaupun sementara. Tetap harus file-file dan folder-folder yang tersembunyi ini, biar seremeh apapun ia, harus dilihat sekali-sekali, sebagai suatu muhasabah buat kita. Kerana terkadang kita lupa untuk men”Scan”nya, atau me”Refrag”nya, sehingga kita terluput virus yang ingin kita hapuskan, atau kita tertinggal menyusun kekemasan hard disk yang ingin kita aturkan.


Saudaraku,
Ambillah sedikit masa untuk kita menggali diri kita. Merenung kembali rentetan hari kita. Menyelam mencari kesalahan-kesalahn kita. Mengorek mencari kelemahan-kelemahan kita. Kerana dengan demikian, mudah-mudahan kepekaan dan kehalusan akan timbul pada diri kita. Hingga kita memperoleh kemahuan yang kuat. Sehingga kita muncul sebagai pembela saudara-saudara kita. Sehingga mata kita tidak lagi bakhil untuk mengalirkan air matanya. Sehingga kepekaan terhadap persekitaran kita, akan menjadikan keazaman kita sentiasa membara, ayunan kaki kita sentiasa melangkah, tangan kita sentiasa bekerja, dan mulut kita bisu daripada memberikan alasan-alasan dalam beramal.

Janganlah ada lagi Hidden Files yang tidak disedari oleh kita. Sehingga tidak wujudnya keutuhan untuk mempertahan dan meninggikan kalimat agama. Hanya kepekaan dan kehalusan inilah yang akan merealisasikan hadith baginda Nabi
SAW “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga ia cinta saudaranya seperti mana ia cinta pada dirinya sendiri” (H.R Bukhari dan Muslim). Kepekaan dan kehalusan inilah yang mewujudkan saling interaksi orang yang beriman, satunya para mujahid di jalan ALLAH, sedang yang satu lagi para penolong dan pendokong mereka. Dan saling interaksi ini natural, tidak dibuat-buat, tidak ditunjuk-tunjuk, dan tidak perlu diminta. Tetapi hati masing-masing mendorong untuk memahami yang lainnya. Saksikanlah interaksi ini di dalam firmannya: “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan ALLAH; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta. Kamu kenal mereka dengan memelihara sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan ALLAH), maka sesungguhnya ALLAH maha mengetahui.” (al-Baqarah:273)

Biarpun folder-folder amalan kita sembunyikan, tetapi semuanya tak pernah terluput dari penilaian ALLAH. Begitu juga folder-folder kejahatan yang kita sembunyikan, tak pernah alpa dari pembalasan ALLAH. Maka lihatlah sekali sekala Hidden Folder anda, sebelum file tersebut menyebarkan virusnya akibat tidak pernah diScan.

 


Wassalamualaikum

 

 

“Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da’i sepanjang hari”

 

Faridul Farhan Abd Wahab, B.Eng(Hons) Electrical Engineering
Mujahid Engineer (Producing army of ALLAH)

(Ditulis pada November 2004)

 

*artikel-artikel dari blog lama sedang dalam proses pemindahan ke blog baru ini. Artikel lama yang telah dipindahkan ke blog baru, akan di delete daripada blog lama, insyaAllah.

RUJUKAN

1 Muhammad Ahmad ar-Rasyid, “al-Munthalaq”
2 Anis Matta, “Mencari Pahlawan Indonesia”, The Tarbawi Centre (2004)

 

 

Sunday, December 19, 2010

[serial permotoran]: Side Mirror

Kutatap buku Sejarah Duniaku

betapa gahnya piramid, tembok

                        dan runtuhan itu:

benda-benda ajaib di dunia.

 

Kerana berkuasanya manusia

maka dibina piramid itu

piramid yang menyaksikan

terhapusnya naywa-nyawa

tertimbusnya tulang-belulang

golongan rakyat bergelar hamba

akibat ketaatan dan ketakutan

kepada seorang Tuhan

yang mengerah dan bermegah di puncaknya.

 

Kerana halobanya manusia

maka didirikan tembok itu

tembok yang melambangkan

lemasnya jiwa

gemasnya perasaan

golongan rakyat bergelar hamba

akibat ketaatan dan ketakutan

kepada secebis keturunan mewah

yang khuatir “hartanya” kan pecah.

 

kerana degilnya manusia

maka runtuhlah kota-kota itu

runtuhan yang membuktikan

handalnya kita

gagalnya kita

golongan makhluk bergelar manusia

akibat membuktikan ketamadunan

kepada saudara-saudara sendiri

yang asyik berlumba entah ke mana

 

 

“Tadabbur” Wira Budiman Azizan (WBA) terhadap sejarah lewat sajak “Gah”nya[1], wajar menjadi pelajaran buat kita semua. Masakan tidak, sejarah sememangnya penting lagi perlu untuk menjadi pedoman buat insan-insan, dalam melayari bahtera kehidupan. Bahkan al-Quran sendiri, hadir dengan kira-kira 2/3 ayatnya, membawa kembali cereka sejarah untuk dipertontonkan oleh sekalian alam, abadi, terpatri, berkekalan, selari dengan terpeliharanya kalam indah Tuhan hingga ke penghujung zaman. Bahkan, begitu Allah menutup “ahsanul qashas” “cerita terbaik” tentang kisah Nabi Allah Yusuf itu, tidaklah Allah mengakhirinya melainkan dengan menyebut “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka, terdapat “ibrah”/ “pelajaran” bagi orang-orang yang berakal” (Surah Yusuf [12]:111) Ertinya sejarah, akan selamanya memberikan manfaat buat kehidupan insani, selagi manusia tetap sudi untuk belajar danbermuhasabah daripada cerita-cerita para pendahulu mereka itu.

 

Ia umpama side mirror pada kenderaan. Sekali-sekala, melirik ke belakang, melihat helaian-helaian permaidani sejarah itu perlu, agar pemanduanmu itu akan selamat sampai ke destinasi yang dikau tuju. Membelah rebut badai kehidupan, atau gelap dan kelamnya malam, demi menuju cahaya nan gemilang. Menahan ngantuk atau amarah dek jem dan trafik yang menggeramkan, asal “rehat” dan bahagia abadi terhidang di hujung perjalanan. Bahkan tanpa side mirror itu, anda bisa disaman, kerana pemanduan anda bisa membahayakan manusia-manusia baik di hadapan mahupun di belakang.

 

Lantara itu, baik dalam berpolitik, atau berekonomi, atau berdakwah, dan lain sebagainya, kegagalanmu belajar daripada side mirror mu itu, sekadar menjadikan potensimu terjebuk ke lubang yang sama berulang-ulang. Walhal, orang beriman tidak akan masuk ke lubang yang sama dua kali; begitulah pesan seorang Nabi.

 

Dari sejarah, kita kemudiannya menyedari, bukankah umat Islam pernah bertakhta dan menerajui dunia berabad-abad lamanya? Dari sejarah, kita kemudiannya teringat, bukankah bilangan yang sedikit sering kali bisa melalah luntukkan bilangan yang banyak, tatkala izin Allah dan pertolongan-Nya senantiasa memayungi dan menaungi mereka? Dari sejarah, kita kembali meyakini, setiran-tiran penguasa, bukankah Firaun yang gagah perkasa, akhirnya tumbang dan terhumban ditelan laut akhirnya?

 

Tapi, side mirror hanya perlu dipandang sekali-sekala. Jangan kerana terlalu khayal melayani kereta di belakang, menyebabkan dirimu terlupa untuk melihat kenderaan-kenderaan yang berada di hadapan. Begitulah, dek terlalu syok berbangga dengan sejarah silam, manusia akhirnya lupa mengembalikan kegemilangan lampau dalam realiti kehidupan. Ustaziyatul alam harus segera direalisasikan, dengan senantiasa memandang ke hadapan, tanpa lupa untuk sekali-sekala mengintai ke belakang.

 

Lalu sejarah pun mengembalikan putarannya: kegemilangan Islam, pasti kan kembali, akhirnya.

 

Kututup buku Sejarah Duniaku

sejarah penindasan, penguasaan

                        dan kejatuhan:

tidaklah seajaib mana

 

 

RUJUKAN

 

[1]        Sajak “Gah” oleh Wira Budiman Azizan, Dewan Siswa Oktober 1996

 

 

Thank You and Best Regards.

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab | yang sedang dikaffarahi demam |

 

Wednesday, December 15, 2010

[arkib]: Litar R, L, C

Perintang, R, induktor, L, dan kapasitor, C, adalah unsur penting atau komponen litar yang boleh mengubah magnitud dan juga sudut fasa gelombang arus atau voltan litar. 1 Bahkan litar yang mengandungi setiap elemen ini amat berguna, lagi bermanfaat di dalam bidang elektronik, hingga sahaja dalam sedar atau tidak, ia merupakan litar utama di bahagian hadapan radio dan televisyen.2  Apatah lagi jika elemen-elemen ini membentuk suatu pakatan atau amal jama’i yang dipenuhi embun-embun ukhwah serta urat-urat mahabbah, sehingga mana terkadang tiada kuasa yang akan terlesap atau terbazir natijah daripada kerjasama dan tautan ukhwah yang erat ini.

 

            Begitulah juga dengan litar kehidupan. Tika mana yang mewarnai kehidupan itu, adalah watak-watak yang bisa memberikan manfaat pada seseorang mukmin, maka sudah tentu kehidupannya itu akan bisa mengantarkannya bertemu Rabbnya kelak dalam suasana meriangkan akibat keredhaan yang diperolehinya hasil “warna-warni” indah yang ia lukiskan sepanjang melakari kertas kehidupan.

 

            Lantaran itu, keluarga dan teman, komponen-komponen penting yang menapak dalam kehidupan, harus mampu berperanan aktif lagi bermanfaat hingga hampir dapat dipastikan meter elektrik umurnya tidak berlaku sebarang pembaziran. Sesuai dengan sebuah hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan dihasankan oleh al-Albani; “Agama seseorang itu terletak pada temannya. Maka perhatikanlah dengan siapa ia berteman.” Begitu juga ketika Bukhari dan Muslim meriwayat pergaulan yang mencelup manfaat hasil perkenalan dengan penjual kasturi, berbanding keringat peluh akibat bahang berdekatan dengan penjual besi.

 

            Begitu juga “komponen-komponen” yang terkandung dalam keluarga. Sangat bisa dipastikan bahawa sering saja faktor ini menjadi antara punca “kuasa” seorang da’i itu terbazir akibat induktor dan kapasitor yang terpasang di dalamnya bukanlah yang tulen, hingga dapat dipastikan kelancaran produknya. Lantaran itu banyak ayat al-Quran memperingatkan hal ini, supaya jangan sampai ketika hendak membina litar kekeluargaan, kita tersilap memilih komponen lalu mengakibatkan tumbangnya kita daripada jalan keredhaan-NYA. “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka…”  (Q.S at-Taghabun [64]:14)

 

            Tertarik dengan tulisan Kiyai Haji Rahmat Abdullah3 dalam ruangan tetap Maharot-nya, hinggakan ternukil suatu situasi yang sering terjadi dewasa ini. Bagaimana sang suami dan sang isteri konon ceritanya bertemu di jalan dakwah, lantas memilih mendirikan rumah tangga juga atas alasan yang sama. Tika mana sang suami berangkat untuk membina kader-kader dakwah-amalan rutinnya bahkan sebelum bertemu “kapasitor” hatinya- hingga terkadang sampai larut malam, membuatkan sang isteri terdera dalam bungkusan selimut sepi lalu melemparkan bara keindahan hari-hari madu mereka, agar bisa terbakar perjalanan dakwah “bateri” hatinya itu. Perang pun mulai berkecamuk dalam hati sang da’i, zauji au da’wati? (isteriku atau dakwahku?)

 

            Sebetulnya sang isteri berperanan bak kapasitor pada litar, bila mana bateri seakan murung hingga “kering arus” untuk mengaktifkan litar, maka tika itu kapasitor menjalarkan voltan tambahan, yang bisa menghidupkan semangat sang suami untuk terus menyumbang pada litar dakwah. Tetapi ternyata terkadang hal di atas terjadi -bahkan amat sering terjadi- hingga wujud dua profil. Satu yang gugur, bak penulisan Ustaz Fathi Yakan al-Mutasaqitun ala at-Thariqu ad-Da’wah (Mereka yang berguguran/ keciciran/ tersangkut pokok di atas jalan dakwah). Sedang yang satu lagi juga gugur. Tetapi gugur sebagai syuhada’!

 

            Lantas, ketika mana sang suami berhadapan situasi ini, dengan mantap sang da’i merangkum kata menang, bak kata KH Rahmat Abdullah tadi: “Adindaku, kita bertemu di jalan dakwah. ALLAH melimpahkan kebahagian kepada kita ke dakwah yang diberkahi-Nya. Haruskah kita meninggalkannya, sesudah kekuatan kita bersatu dan bertambah, yang seharusnya lebih melipat gandakan kontribusi kita terhadap dakwah? Jangan kita langgar janji kita pada-NYA, sehingga keturunan kita kelak terhina dan bercerai berai, lantaran khianat kita.”4

 

            Bukan mudah membina kehidupan. Seperti juga membina litar. Tetapi, tiada yang mustahil, hinggakan projek tahun akhir saja bisa disiapkan dalam masa kurang 2 minggu.

 

“Engineer di siang hari, Murabbi di malam hari, da’i sepanjang hari.”

 

 

RUJUKAN

 

1           Ahmed Hashem, Mohd Zambri Zainuddin, “Fizik Matrikulasi Jilid 1” , Fajar Bakti Sdn. Bhd., m/s 307

2           Ibid, m/s 318

3           Ketua Dewan Syura, Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia.

4           Majalah Tarbawi 30 September 2001, ruangan Maharot  bertajuk “Tarbiyah Dzatiyah”, dengan sedikit penambahan dan penukaran oleh penulis.

 

 

Thank You and Best Regards.

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab 

 

Saturday, December 11, 2010

FIT

Antara hal terpenting yang harus dimiliki oleh seorang ahli sukan, bersamaan dengan semangat kesukanannya, adalah stamia. Stamina inilah yang akan membuatmu terus bertahan, yang menjadikanmu pantas menyerang, dan menzahirkan dirimu sebagai pemenang. Kerna pemenang itu bukanlah siapa yang “sampai dulu” dalam perlumbaan. Tetapi pemenang itu adalah siapa saja yang berjaya “menghabiskan perlumbaan.”

 

Inilah sifir yang diguna pakai oleh para ahli sukan. Biarpun kau sudah tentu tidak mampu menjadi johan, jangan pernah dikau mengalah, dan teruskanlah... teruskanlah menghabiskan perjuangan. Tetapi, tanpa stamina, tanpa fitness, sukar kau berdiri gah di atas gelanggang. Sulit dikau melintasi garisan penamat. Susah untuk dikau mencatatkan namamu dalam helaian permaidani sejarah. Kerna asal menghabiskan perlumbaan, nama tau tetap tercatat mempunyai “nombor”, biar pun seberapa corot nombormu itu. Tetapi jika dikau tewas di medan juang, kau disqualified, tiada bernombor, lalu hilanglah seri dan kehormatan yang diimpi.

 

Jika kau tewas di medan jihad,

Gelaran syuhada’ Allah memberi,

Arwah pahlawan senyum melihat,

Mujahid bangga melepas pergi.

 

Mungkin kerana itu, ramai yang mula menyedari awlawiyat (priority) menjaga fitness ini. Hingga, tertubuhlah Fitness First, bagai cendawan menuruti ributan hujan. Atau pelangi yang menyerikan pagi. Atau bunga yang kembang menceriakan kedukaan sang awan.

 

Hingga, manusia-manusia yang kemudiannya berhenti beramal, cuti daripada melakukan, sering kali akan hilang langsung staminanya. Akan pupus terus fitnessnya. Akan boroi terus perutnya. Lalu untuk memulakan kembali, sudah menjadi mission impossible yang harus ia harungi.

 

Kerana itu, janganlah pernah berhenti wahai saudaraku. Jangan sampai memboroi perutmu. Atau semput kudratmu. Atau lemah keinginanmu. Bukankah mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai Ilahi berbanding mukmin yang lemah?

 

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

 Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

 Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

 Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

 Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

-KH Rahmat Abdullah

 

 

Berjuanglah hingga titisan darah terakhirmu. Bergeraklah hingga keringatmu kering terganti keringat nan baru. Teruslah berjuang jangan sampai hilang stamina dan fitness mu. Kerana tiada istilah “rehat” daripada berjuang dalam kamus hidup seorang hero mukmin nan sejati. Tiada istilah “berhenti” bari mereka yang hidupnya untuk “bergerak.” Kerna “rehat” atau “berhenti” itu nantinya di sana, di alam abadi nan indah. Di kelilingi bidadari-bidadari suci lagi jelita, dipayungi redha Tuhanmu Yang Maha Esa.

 

 Jadilah orang yang fit. Jangan pula jadi Mat Pit. Cepat penat, perut pula buncit!

 

 

Thank You and Best Regards.

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab |  P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah

 

Wednesday, December 8, 2010

The Sixth Sense

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Demi Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya, (terkadang) aku tidur di atas tanah dengan perut lapar dan (terkadang) aku ikatkan sebuah batu ke perutku untuk menahan lapar. Suatu hari aku duduk di jalan yang biasa dilalui mereka (Nabi S.A.W dan para sahabatnya). Ketika Abu Bakar lewat (melintasi), aku memintanya membacakan untukku sebuah ayat Al-Quran dan aku memintanya hanya dengan maksud barangkali dia dapat menghilangkan rasa laparku, tetapi dia lewat begitu sahaja.

 

Kemudian Umar lewat di depanku dan aku memintanya membacakan sebuh ayat dari kitab Allah, dan aku memintanya hanya dengan maksud barangkali dia dapat menghilangkan rasa laparku, tetapi dia lewat begitu sahaja. Akhirnya Abul Qasim (Nabi S.A.W.) lewat dan dia tersenyum ketika melihatku kerana dia tahu maksudku hanya dengan melihat wajahku. Nabi S.A.W bersabda: “Wahai Aba Hirr!”. Aku menjawab: “Labbaik,  ya Rasulullah!”. Nabi bersabda kepadaku: “Ikuti aku”. Nabi S.A.W. pergi dan aku berjalan di belakangnya, mengikutinya.

 

Kemudian Nabi S.A.W. masuk ke dalam rumahnya dan aku meminta izin masuk ke dalam rumahnya dan diizinkan. Nabi S.A.W. melihat semangkuk susu dan berkata: “Dari mana ini?”. Mereka berkata: “Itu hadiah dari si Fulan untukmu”. Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai Aba Hirr!”. Aku berkata: “Labbaik , ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Pangillah orang-orang Shuffah” . Orang-orag Shuffah adalah tamu-tamu Islam yang tidak memiliki keluarga, wang atau seseorang yang dapat mereka mintai pertolongan dan setiap kali objek sedekah (sesuatu yang diberikan dengan kemurahan hati) diberikan kepada Nabi S.A.W., Nabi akan memberikannya kepada mereka sedangkan Nabi S.A.W sendiri sama sekali tidak menyentuhnya. Dan setiap kali hadiah apa pun diberikan kepada Nabi S.A.W., Nabi akan memberikannya sebahagian untuk mereka dan sebahagian untuk diri Nabi S.A.W.

 

Perintah Nabi S.A.W. itu membuatku kecewa dan aku berkata kepada diriku sendiri: “Bagaimana mungkin susu semangkuk cukup untuk orang-orang Shuffah”. Menurutku susu itu hanya cukup untuk diriku sendiri. Nabi S.A.W. menyuruhku memberikan susu itu kepada mereka. Aku akan takjub seandainya masih ada sisa untukku. Tetapi bagaimanapun aku harus taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Maka aku pergi menemui orang-orang Shuffah tiu dan memanggil mereka. Merekapun berdatangan dan meminta izin masuk rumah. Nabi S.A.W. memberi mereka izin. Mereka duduk di dalam rumah itu. Nabi S.A.W. bersabda: “Wahai Aba Hirr!”. Aku berkata: “Labbaik, ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Bawalah susu ini dan berikan kepada mereka”. Maka aku membawa semangkuk susu itu kepada mereka satu persatu dan setiap mereka mengembalikannya kepadaku setelah meminumnya, mangkuk susu itu tetap penuh.

 

Setelah mereka semua selesai minum dari mangkuk susu itu, aku memberikannya kepada Nabi S.A.W. yang memegang mangkuk susu itu seraya tersenyum jenaka dan berkata kepadaku: “Wahai Aba Hirr!”. Aku menjawab: “Labbaik, ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Masih cukup untuk engkau dan aku”. Aku berkata: “Engkau berkata benar ya Rasulullah!”. Nabi S.A.W. bersabda: “Duduklah dan minumlah”. Aku duduk dan meminumnya. Nabi S.A.W.  berkali-kali memintaku untuk meminumnya hingga aku berkata: “Tidak, demi Zat yang mengutusmu sebagai pembawa kebenaran, perutku sudah sangat kenyang”. Nabi S.A.W. bersabda: “Berikan kepadaku”. Ketika kuberikan mangkuk itu kepadannya, Nabi S.A.W. memuji dan menyebut nama Allah dan meminum sisa susu itu.

[Hadith Riwayat Al-Bukhari]

 

Saudaraku, sebenarnya terlalu banyak ibrah yang dapat kita kutip dari hadis yang panjang lebar di atas. Cuma, untuk kali ini, cukuplah kita fokuskan kepada sifat Rasulullah yang begitu “empati” terhadap para sahabat. InsyaAllah, jika diizinkan, kita gali ibrah-ibrah lain dalam hadis di atas pada kesempatan yang lain.

 

Saudaraku, betapa, orang Mukmin itu hubungannya cukup istimewa. Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. pernah bersabda:

 

“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

Bahkan Rasulullah juga pernah mengibaratkan orang mukmin itu umpama satu tubuh. Seandainya satu bahagian tubuh sakit, maka bahagain yang lain turut merasakannya:

 

"Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Justeru Saudaraku, marilah kita cuba contohi sikap Rasulullah yang sepertimana ugkapan Abu Hurairah di dalam hadis di atas “Akhirnya Abul Qasim (Nabi S.A.W.) lewat dan dia tersenyum ketika melihatku kerana dia tahu maksudku hanya dengan melihat wajahku”. Betapa, Nabi begitu memahami sahabat baginda sehinggakan dengan melihat riak wajah muka sahaja baginda mengetahui kondisi sang sahabat tersebut. Rasulullah seolah-olah menpunyai “Sixth Sense”-deria keenam yang dapat mengetahui keadaan para sahabat dengan melihat riak wajah mereka.

 

Di dalam Al-Quran Allah berfriman:

 

“(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui” (Al-Baqarah: 273)

 

Dalam ayat di atas, Allah berfirman bahawa “...kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya...” maka saudaraku, takkanlah jika kita lihat sahabat kita yang selalu ceria, tiba-tiba murung, kita katakan tidak ada apa-apa yang berlaku padanya. Bagaimana mungkin kita sampai “gagal” untuk meng “sense” perubahan dirinya? Samaada kita tak peka atau sememangnya sahabat kita pandai “mengcover”  apa yang terjadi padanya? Orang mukmin itu jika boleh diibaratkan, mempunyai “telepathy[1] yang boleh berkomunikasi tanpa perlu berkata-kata.

 

It's amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark
Try as I may I can never explain
What I hear when you don't say a thing

The smile on your face let's me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
Try as they may, they can never defy
What's been said between your heart and mine

The smile on your face let me know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all

Oh, the smile on your face let's I know that you need me
There's a truth in your eyes saying you'll never leave me
The touch of your hand says you'll catch me wherever I fall
You say it best, when you say nothing at all [2]

 

Ya, mungkin sukar. Tapi ianya perlu kepada perlatihan, kepedulian serta kepekaan yang tinggi. Ianya tidak mustahil! Rasul yang mulia telah tunjukkan.Juga ibrah dalam ayat di atas, menunjukkan bahawa sifat-sifat seorang mukmin itu adalah mereka “memelihara diri dari meminta-minta” sepertimana sikap Abu Hurairah di dalam hadis tersebut. Makna kata mereka tidak mengambil kesempatan di atas “kefakiran” mereka. Tetapi, dalam masa yang sama sang saudara/sahabatnya mampu “membaca” kesusahan yang dialami saudaranya yang lain dan berusaha membantunya. Betapa indahnya Islam dimana di satu pihak tidak meminta-minta (tidak ambil kesempatan) dan di satu pihak yang lain “concern” –ambil peduli tentang kesusahan yang melanda sahabtanya.

 

Saudaraku, nasihat buat saya –terutamanya- dan juga kalian, moga kita lebih peka terhadap saudara di sekeliling kita. Mudah-mudahan manisnya ukhuwwah itu dapat kita kecapi.

 

Al-Faqir  Illallah,

Saudaramu,

-Sensory Enhancement in Progress-

 

Nota Penghujung:

[1] Telepathy: Apparent communication from one mind to another without using sensory perceptions.

[2] Dipetik dari lagu “When You Say Nothing At All oleh Ronan Keating

 

 

Karya: ustaz Mohd Shahman Md. Azmi, Senior Consultant Futuwwah Enterprise

 www.futuwwah.com 

 

Monday, December 6, 2010

[arkib]: Spider-Man 2

 

No Matter What I Do………

 

 

 

No Matter How Hard I Try…..

 

 

 

            Semacam inilah bisikan hati baginda Nabi. Setelah ditentang hebat di Mekah, ditolak pula mentah-mentah di Thaif. Hinggakan keluarlah dari mulutnya yang mulia sebuah doa. Yang hingga kini tiap kali doa itu dibaca, perasaan jadi pilu. Hati jadi hiba. Mata jadi pedih. Jiwa jadi bergelora. Beberapa ungkapan kalimat manusia semulia ini, cukup menggoncangkan perasaan sesiapa saja, kerana bisa menyedarkan kita apa yang perlu dilalui oleh susuk semulia ini, demi kerana cintanya pada agama, demi kerana cintanya kepada kita. “Ya ALLAH, kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku, kurangnya kesanggupanku, dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia…..”

 

            Hollywood kini umpama dirasuk fobia. Bersusulan saja penyakit mereka. Mula ada yang namanya Superman. Menyusul kemudian yang namanya Batman. Ada pula yang namanya Hulk. Apa kurang yang namanya Punisher. Hangat diperkatakan kini yang namanya Spider. Khabarnya bakal menyusul pula Fantastic Four. Satu demi satu, seorang demi seorang, hero karangan fantasi mereka di’hidup’kan buat tatapan masyarakat, sebagai memberikan sebuah harapan, agar mudah-mudahan manusia akan menerima kedamaian. Tetapi kita meyakini, dan sentiasa harus meyakini, “We believe there’s a hero inside all of us….”  Dan itulah yang kita cari.

 

            Kita mengharapkan bahawa setiap dari kita sedar, bahawa semua kita mempunyai potensi menjadi “hero”. Dengan kebolehan masing-masing. Dengan potensi masing-masing. Dan inilah yang telah ditonjolkan oleh para sahabat. Ada yang namanya Abu Bakar, dengan “super power”nya hingga mengalahkan neraca iman kita semua. Ada yang namanya Umar, dengan kuasa kepahlawanannya yang luar biasa, hingga “Iblis Octiphus” melarikan diri dari lorong yang dilaluinya. Ada juga yang namanya Abu Dzar. Yang walaupun dalam sebuah hadith dinyatakan kecacatan anak kelahiran Ghifar ini hingga tak melayakkannya menjadi pemimpin, tetapi dengan tarbiyah yang begitu singkat, bahkan ia pantas menjadi seorang hero, hingga Islamlah “Pirates of the Carrabien” dari kalangan suku Ghifar. Ada pula yang namanya Khalid. Sungguhpun kafaah syariahnya barangkali kurang, hingga dikritik hebat tatkala menjadi imam, tetapi siapa yang dapat menafikan kehebatannya bermain pedang dan menguasai perang?? Lalu betapa banyak para sahabat, yang sungguhpun mempunyai kekurangan, yang sungguhpun mempunyai kelemahan, tetapi mereka mampu mengoptimakan potensi mereka, hanya kerana kesedaran yang mudah. Bahawa dalam diri mereka juga ada hero yang tersembunyi. Yang harus dibebaskan. Yang perlu ditonjolkan.

 

            Dan hero yang diperlukan oleh masyarakat bukanlah sang perwira yang bertopeng, mahupun sang pahlawan dengan kuasa-kuasa mustahil, tetapi hero yang diperlukan ialah mereka-mereka yang menyedari bahawa sebaik-baik hero ialah “..yang menyeru kepada ALLAH, beramal soleh dan menyatakan bahawa sesungguhnya aku seorang Muslim!!”  (Q.S al-Fusilat [41]:33). Lantaran itu Imam al-Banna menjawab pertanyaan seorang wartawan yang bertanya tentang gambaran dirinya, seraya menyatakan bahawa ia seorang “petualang”. Tetapi, petualang ini –yang bernama Hassan al-Banna- adalah petualang yang mencari kebenaran. Bahawa petualang ini, menyedari hakikat dirinya. Solatnya ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Ibadahnya tak pernah tertumpah melainkan ke takungan berisi lautan ihsan dan mahabbatuLLAH yang suci. Hidupnya juga semata-mata kerana ALLAH, hinggakan kehidupannya itu adalah berorientasikan kisah seorang hero, yang sentiasa melakukan penyelamatan. Tetapi dalam hal ini, cuba menyelamatkan agamanya daripada dimusnahkan, daripada dihinakan, daripada diperlecehkan. Lantaran cereka hidupnya ini adalah didasarkan hal itu, ia terpaksa melakukan pengorbanan. Biar yang namanya wang harta. Biar maharnya semahal jiwa. Biar celaan yang diperolehinya. Walaupun siksaan yang bakal menantinya. Tetapi itulah sunnah orang yang berjuang, hero yang menjadi harapan orang. “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S al-Baqarah [2]:155)

 

            Sampai bila hidupnya menjadi pejuang? Hingga ALLAH berkenan menjadikan penghujung drama kehidupannya, dengan memperoleh kemenangan yang abadi. Ia tamatkan “watak”nya dengan semulia-mulia penamatan. Dan kemuliaan apa lagi yang bisa kita harapkan?? Lantaran itu Imam al-Banna menegaskan; “inilah aku!!”, lalu bertanya pula kepada kita, siapa kita???

 

            Hero mukmin sejati tidak banyak beralasan, lantaran menyedari “..ALLAH tak akan membebani kita dengan sesuatu yang diluar kesanggupan kita…”  Maka siapa pun dia, lantaran jiwa-jiwa sang pahlawan ada dalam dirinya, pantas ia melakukan pengorbanan-pengorbanan ini. Betapa sibuk pun ia. Walau dunia datang menggoda. Biar godaan datang menghalang.

 

            Semua kita merupakan hero. Biar betapa dahsyatnya “villain” kita. Tetapi penghujung cerekanya, tetap milik kita. Lantas kisah suka duka baginda Rasul, ALLAH tutup dengan suatu keputusan, seperti yang digambarkan oleh al-Quran; “Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan ALLAH, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami  kehendaki…” (Q.S Yusuf [12]:110)

 

 

*Artikel ini disebar luaskan pada tahun 2005

 

 

Thursday, December 2, 2010

[arkib]: OSILOSKOP

OSILOSKOP GELOMBANG (Gelombang Kebangkitan)

 

            Ketika seluruh dunia memperlihatkan kebangkitan gelombang Islam (walaupun yang namanya gelombang itu hanya bisa dilihat lewat osiloskop), maka di tanah air kita yang tercinta, tak kurang hebatnya omongan yang sedemikian. Lihatlah saja pukauan kegemilangannya –sama ada di Turki, di Barat, bahkan hinggakan ke negara jiran kita Indonesia –fenomena kebangkitan ini dilihat memberikan harapan baru beserta ‘denyutan’ semangat baru bagi umat Islam seluruhnya. Hinggakan kata-kata al-Qardhawi, beserta sejumlah ulama’ lain, bahawa abad ke-21 ini adalah hak milik umat Islam, memberikan sinar baru buat kita semua.

 

            Semua hasil-hasil yang terpampang kini, sudah tentunya tidak berlaku dengan tiba-tiba. Walaupun ALLAH SWT sememangnya menjanjikan kemenangan ini (lihat surah al-Jumuah[61]:8-9), tetapi sedangkan dalam ALLAH memberikan keajaiban kepada Maryam lewat pepohon yang berbuah di luar musimnya, tetapi tetap saja ia disuruh untuk menggoyangkan dahannya -guna sebagai asbab untuk gugurnya buah itu- maka apatah lagi yang namanya fenomena kebangkitan yang sedang kita perkatakan.

 

 Begitulah sunnatuLLAH dan realiti kehidupan. Bahawa hasil-hasil yang demikian, sungguhpun seajaib mana pun kejadiannya, memerlukan asbab atau tepatnya gerak kerja guna memberikan penghasilan yang dicita-citakan. Bukankah Baginda Rasul juga melakukan kerja dakwah ini hinggakan menjangkau 23 tahun lamanya?

 

            Namun, disebalik keributan dan seribu satu harapan ini, terkadang timbul satu ‘ralat’ dalam kita menganalisis segala data-data ini. Ini kerana, yang namanya gelombang, hanya bisa dilihat lewat bantuan alat sumbangan teknologi kini –tepatnya osiloskop. Ertinya analisis gelombang lewat mata kasar, hanya akan memberikan harapan palsu lagi hampa kepada para penganalisisnya. Hinggakan ketika mereka telah bersiap-siap untuk menyambut kemenangan, ternyata hadiah kejayaan tidak kunjung tiba. Sekadar memberikan sebuah kehampaan kepada para pengharapnya, akibat kedangkalan dalam menganalisis gelombang itu.

 

            Ini kerana, alat osiloskop yang diperlukan demi melihat bentuk gelombang ini hanya bisa dibayar oleh sebuah pekerjaan, sebuah usaha dakwah yang murni, sebuah strategi yang berkesan. Itulah sebabnya ALLAH menetapkan kepada para hamba-Nya untuk bekerja (at-Taubah [9]:105), kerana ‘osiloskop’ ini tidak mungkin terbeli oleh sekadar sebuah omong-omongan semata-mata. Barangkali itulah sebabnya Syed Qutb mengatakan –kepada para da’i yang sekadar berbangga dengan sebuah ‘gelaran’-“sesungguhnya al-Quran itu tak akan dapat difahami oleh orang yang duduk-duduk”.

 

            Kerana tanpa usaha yang setimpal, maka wajarkah hasil yang sedemikian besar, sebegitu indah, diberikan kepada kita umat Malaysia? Sedangkan analisa kita selama ini -tentang sebuah kebangkitan- sekadar suatu analisis mata kasar yang menjanjikan seribu satu kekeliruan.

 

            Ini kerana bagi orang-orang yang turun ke medan perjuangan -bak kata Ustaz Anis Matta; “Janganlah pernah berfikir menjadi pahlawan tanpa melakukan kerja-kerja sang pahlawan”-adalah orang-orang yang dikurniakan oleh ALLAH ‘osiloskop’ ini, hinggakan ia mampu dan berhasil dalam melakukan suatu analisa yang jitu dan tepat, guna memberikan khabar gembira buat kita semua.

 

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya ALLAH memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu ‘cahaya’ (osiloskop) yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan (melihat gelombang) dan Dia mengampuni kamu…”

(Surah al-Hadid [57]:28)

 

“..dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH, nescaya Dia akan memberikan “osiloskop” petunjuk kepada hatinya..”

(Surah at-Taghabun [64]:11)

 

Nah, maka analisis kebangkitan ini justeru tidak wajar dilakukan sekadar dengan mata kasar, tetapi harus dilihat lewat osiloskop mata hati, yang hanya diberikan oleh ALLAH  kepada orang-orang yang berjuang. Sedang orang-orang yang sekadar berbangga dengan gelaran-gelaran, andainya ada osiloskop pun, radasnya itu telah rosak lantaran tidak diservis, tidak dihidupkan suisnya. Buta pandangan hatinya. Tuli pendengarannya. Statik pemikirannya.

 

Itulah yang dimaksudkan dengan hikmah. Yang namanya hikmah, seperti yang diuraikan oleh Pak Hamka dalam tafsir al-Azharnya, adalah keupayaan seorang mukmin menganalisis hal-hal yang tersirat, yang dibayangi oleh sebuah cereka bergelar kehidupan. Dan bukankah yang namanya gelombang juga merupakan hal yang tersirat? Fenomena yang tidak mampu ditangkap oleh pandangan mata kasar?

 

Entah bila agaknya akan muncul gelombang kebangkitan. Gelombang yang menjanjikan manisnya kemenangan, indahnya kesabaran, lazatnya ketaqwaan, hangatnya pekerjaan. Bukan sekadar suatu gelombang harapan…. Yang sekadar menjanjikan seribu satu kehampaan.

 

Sunday, November 28, 2010

PARACHUTE

Kata orang, minda itu umpama parachute (payung terjun); ia hanya akan berfungsi, ketika ianya dibuka.

Begitulah, Allah SWT bahkan mengancam orang-orang yang tidak mahu mempergunakan akalnya, dengan ancaman penginaan. Dengan ancaman kekejian. Dengan ancaman “kekotoran”, tatkala menyebutkan “ar-rijs” (keji, kotor, najis) terhadap orang-orang yang tidak mahu mempergunakan akal.

“dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.”

(Surah Yunus [10:100])

Sungguh, bila saja minda tidak terbuka, bagaimana bisa kita berlapang dada? Dan begitu dada tidak bisa merasakan sejahtera (salamatus sadr) maka ketika itulah bibit-bibit awal berlakunya perpecahan.

Bukankah yang senantiasa dibanggakan oleh orang-orang beriman –seperti mana difirmankan ALLAH di dalam kalam-Nya- adalah deklarasi penuh kebanggaan betapa “wa qola innani minal muslimin“dan berkatalah: sesungguhnya aku ini dari kalangan oarng-orang muslimin!” Ternyata, yang dibanggakan oleh seorang duat –seperti yang diajar indah di dalam al-Quran- bukanlah deklarasi kita ini jemaah mana. Harakah mana. Kumpulan apa. Tidak! Tetapi, yang harus kau banggakan, adalah keIslaman kalian. Keimanan kalian. Ketaqwaan kalian. Ukhuwwah Islamiyah yang dituntut sesama saudara seagama mu. Bukan ungkapan sempit sebatas lima, enam ribu orang ahli gerakan Islam kalian sahaja.

Tatkala ketemu saudara seiman yang berbeza pandangan dan gerakan dengan kalian, bukankah lebih wajar kita bicara masalah keimanan? Bicara hal-hal yang mampu menimbulkan kesekepakatan. Bicara perkara-perkara yang mampu menghangatkan ukhuwah sesama kalian? Tapi, apabila dada telah sempit, yang pertama dan terutama yang harus dikau tanyakan begitu bertemu saudara seiman yang lain “gerakan”, setelah sekian lama tidak ketemu, adalah soal-soal kejamaahan yang tidak lain melainkan menjauhkan ia daripadamu. Bukankah pada non-muslim sahaja kita dituntut bergaul dengan baik? Bukankah dengan ahli kitab sahaja kita dituntut berbicara kalimah-kalimah “sawa’” yakni kesamaan? Nah, sejak bila ajaran Quran dan Sunnah mengajarkan kepada kita untuk senantiasa mencari titik seteru dan perbezaan kepada sesama saudara seperjuangan, hanya kerana ia berlainan harakah, jemaah, kumpulan dan gerakan?

“Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang Muslim

(Surah Ali Imran [3]:64)

Dada jadi sempit tatkala minda tidak dibuka. Dan minda jadi tidak berguna tatkala ia tidak dibuka. Lalu hiduplah ia dalam “kandang pemikiran”, “penjara pemikiran” yang telah disempadankan oleh musuh-musuh kita. Kandang inilah, yang dinamakan ghazwul fikri.

Seperti parachute, bukalah cepat minda mu, agar kau tidak jatuh terhempap menyembah bumi, lalu yang timbul tidak lain melainkan Kesakitan, kepedihan, dan keperitan. Sedang dengan parachute, kau bisa “menari” indah di langit nan tinggi, menikmati keluasan dan keindahan langit Ilahi. Untuk kemudian mendarat selamat di permukaan bumi. Dan menyuburkan ia dengan pandangan-pandangan indah di atas sana. Dan menyedarkan penghuninya akan keindahan hidup “di atas”, apa lagi tok nenek kita pun asalnya dari “sana.”

Bukalah parachute mu, dan moga selamat “pendaratan” mu. Bukalah mindamu, dan moga membumi segala ideamu.