Followers

Friday, November 30, 2012

We Are Soldiers

Orang kata;

"God gives the hardest battles to His strongest soldiers."

 

 

Oleh itu,

di saat engkau merasa down, terduduk dan hampir tertewas…

lagi merasakan betapa hina dan loser nya dirimu,

dalam melayari ombak badai samudera perjuangan….

bertahanlah! Dan janganlah sesekali berputus asa

bahkan sambung dan paterilah asa mu itu

sekuat-kuatnya….

seketat-ketatnya…

seerat-eratnya…

kerana ujian Tuhan tak akan pernah melampaui batas kemampuanmu…

bukankah itu sudah menjadi janji nan benar dari Tuhanmu?

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

lantaran hanya "tentera-tentera"-Nya yang terbaik,

yang dipilih oleh Dia untuk berjuang dan berjuang dan terus berjuang…

mempertahan dan mendaulatkan agama-Nya

hingga bisa beroleh sebuah keredhaan

 

Apakah kau ragu akan pemilihan-Nya?

Apakah kau tergamak mempertikaikan pemilihan-Nya?

 

Maka,

semakin sesak halanganmu itu…

semakin sulit penghadang itu…

semakin besar musykilah mu itu…

justeru,

semakin kuatlah Dia memanggil-manggil jiwa mu

untuk mendekat dan berharap hanya kepada-Nya

 

Kau tidak lagi bersandarkan kepada kekuatanmu…

sebaliknya, sebulatnya, kau bersandar kepada kekuatan Yang Esa

kerana وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

"mana ada pertolongan, melainkan daripada sisi Allah"

 

Kerana..

when the going gets tough…

the tough gets going….

kau tetap berjuang hingga titisan darah atau peluh atau asa yang terakhir

"panji" pun akan tetap tegak, biar jasadmu sendiri telah jatuh tersungkur

hingga…..

tatkala seakan tiada lagi daya mahu pun upaya….

datanglah janji Allah….

حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا

جَاءَهُمْ نَصْرُنَا

فَنُجِّيَ مَنْ نَشَاءُ ۖ

وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

"sehingga, apabila para rasul itu hampir berputus asa

Dan merasa bahawa betapa mereka telah didustakan

Lalu datanglah perolongan Allah….

Yang menyelamatkan sesiapa yang kehendaki-Nya….

Dan tidaklah dapat para pendosa itu

Untuk menolak azab yang akan menimpa mereka semua"

 

 

Lantas…

Ingatlah!

Betapa God gives the hardest battles…

to His strongest soldiers

And you my friend, are definetly one of them

….insyaAllah

 

 

(p/s - artikel tiada kena mengena dengan gambar)

 

 

Sunday, November 25, 2012

[JOM]: KOTAK FIUS

KOTAK FIUS

 

Jika ada di antara kita yang masih kurang jelas akan peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh para Jurutera, atau, lebih femes dengan panggilan omputihnya: Engineer, maka perhatikanlah kembali rumah kediamanmu.  Baik rumah kampung mahupun rumah bandar, baik rumah lama mahupun rumah baru, baik rumah kayu mahupun rumah batu, asal saja rumah itu dibekalkan dengan tenaga elektrik, dikau akan dapati "kotak fius" sebagai mukaddimah untuk litar elektrik rumahmu.

 

 

Tahukah kamu apakah kegunaan fius-fius itu? Fius-fius itu berperanan untuk menyelamatkan litar rumah, bersama-sama perkakas-perkakasan elektrik yang tersambung dengannya, daripada terbakar dek lebihan arus yang mengalir di dalam litar berkenaan, dikeranakan oleh sesuatu sebab. Ertinya, sang fius telah melakukan suatu "pengorbanan" yang cukup mulia, dengan mengorbankan dirinya, demi memutuskan litar dan menyelamatkan litar, perkakas dan manusia yang lainnya daripada ditimpa bencana: terkena renjatan elektrik!. Ia berperan umpama sebatang lilin, yang membakar dirinya demi kebahagiaan yang lain-lainnya. Ia berfungsi, persis yang digambarkan oleh seorang Sayyid Quttub, bahawa "orang yang hidup untuk dirinya sendiri, akan hidup sebagai orang yang kerdil dan mati pula sebagai orang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup untuk orang lain, akan hidup sebagai orang yang besar, dan matinya juga sebagai orang yang besar." Lalu, sang fius yang telah terbakar itu tadi pun harus diganti, lalu kehidupan pun dimulakan kembali.

 

Indahnya Islam, Islam senantiasa mendorong penganutnya untuk melihat, merenung, membuka mata demi memerhatikan persekitarannya. Bukan dengan sebuah penglihatan yang boleh menumbuhkan dosa, sebaliknya dengan sebuah renungan yang bisa mengembalikan insan kepada rasa kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Hingga, Quran juga di dalam banyak tempat menganjurkan penganut-penganutnya untuk mengembara di muka bumi Tuhan ini. Namun, bukan untuk sebuah pengembaraan yang sekadar seronok-seronok, sebaliknya untuk merenung dan mengkaji alam, demi memastikan prestasi iman akan melonjak kembali. Firman Allah;

 

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا

 

"Tidakkah mereka berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka..."

(Surah Rum [30]:9)

 

Maka, bagi yang sudi memerhatikan persekitaran rumahmu dengan teliti, mungkin dikau akan sedari betapa kotak fius dengan fius-fius berwarna hitam seperti di atas, sudah tidak lagi terdapat, atau memang langsung tidak pernah terdapat lagi padalitar elektrik rumah kediamanmu. Hal ini kerana, para engineer, dengan jiwa keterbukaan dan berlapang dadanya, telah sudi memuhasabah teknologi kotak fius yang diguna pakai, lalu mengupgrade teknologinya dengan menggantikan fius-fius berwarna hitam tadi dengan MCB, lantas kotak fius yang diguna-pakai suatu masa dahulu, telah digantikan dengan MCB-MCB dan kini dikenali sebagai kotak suis atau kotak agihan.

 

 

Bezanya di antara MCB (Miniature Circuit Breaker) dengan fius tadi ialah, jika sang fius mengorbankan dirinya demi menyelamatkan sang litar, MCB pula cukup melakukan fungsi dan misi yang sama, iaitu memutuskan litar di kala memerlukan, namun tanpa perlu mengorbankan dirinya sendiri. Ini menjadi added advantage kepada pengguna, kerana jika dengan fius, para pengguna harus mengeluarkan sedikit wang demi mengganti fius yang terbakar setiap kali adanya lebihan arus, namun dengan kehadiran MCB, cukup buat kita untuk meng"ON"kan kembali suis pada MCB itu, untuk memastikan aliran arus elektrik kembali pulih seperti sedia kala. Ertinya selepas MCB tadi "terputus", ia bisa "bersambung" kembali seperti sedia kala, lalu para pengguna pun mendapat manfaat yang besar, yakni dengan penjimatan kos dek perbuatan "taubat"nya sang MCB itu tadi.

 

Saudaraku,

 

Zaman sekarang, kita tidak perlu lagi bertindak seperti sang fius, yang begitu terjadinya "kemelampauan" arus, ia pun terbakar, lalu tidak ada harapan lagi untuk berfungsi, hingga perlulah ianya diganti. Cukup kita menjadi bak MCB. Setiap kali ia "melampaui" batas, ia bisa kembali seperti sedia-kala. Ertinya, MCB memberikan "harapan" kembali kepada litar elektrik untuk berfungsi, cukup dengan "menyambungkan" kembali litarnya.

 

Maka sebegitulah juga dengan diri kita. Islam senantiasa memberikan harapan kepada umatnya, untuk kembali menyambungkan "litarnya" dengan Allah Azza Wa Jalla, yang terputus dek sikap kita yang melampaui batas. Allah sentiasa membukakan pintu taubat-Nya, untuk insan kembali menyambung hubungan dengan-Nya, biar seberapa banyak dosa yang "memutuskan" litar keimannya. Firman Allah;

 

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

 

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

(Surah Az-Zumar [39]:53)

 

Sabda Nabi SAW;

 

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: Allah Ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan "

(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : haditsnya hasan shahih).

 

Itulah Islam, sebuah agama "harapan". Lalu dengan "harapan" ini, insan bisa maju ke hadapan, kerana ia tidak pernah mengenal noktah dalam episod perjuangan. Di dalam kitabnya Muhammad Al-Ghazali Qabasat Minar Rasul, Muhammad Al-Ghazali bahkan meletakkan hadith berkenaan "harapan", sebagai mukaddimah kepada kumpulan hadith-hadith pilihannya. Sabda Nabi SAW;

 

"Sekiranya berlaku Kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlakunya Kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapatkan pahala"

 

Kerana itu, manusia tidak seharusnya memutuskan "harapan" yang telah diberikan Islam kepada penganutnya. Islam tidak mewajibkan anda mempunyai "fius" baru untuk kau gantikan fius lamamu yang telah rosak, kerana litar yang putus itu pada sebuah MCB, terkadang mendatangkan kebaikan buat dirimu, lantaran "harapan" yang senantiasa dicurahkan oleh Allah kepadamu. Lihatlah bagaimana Nabi SAW memotivasikan orang-orang yang tergagap-gagap membaca Al-Quran di dalam sabdanya;

 

« الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ »

متفقٌ عَلَيْهِ

"Orang yang membaca al-Qur'an dan dia mahir dengan bacaannya itu, maka dia beserta para malaikat yang mulia lagi taat. Sedangkan orang yang membaca al-Qur'an dengan tersekat-sekat dan terasa sukar baginya maka dia mendapat dua pahala."

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, rujuk Riyadhus-Shalihin oleh al-Nawawi (diteliti dan disemak hadisnya oleh Syu 'aib al-Arna'uth, Dar al-Ma'mun, Riyadh 1996) – hadis no: 994

 

Nah, jika inilah sikap sebenar Islam, bagaimana mungkin ada di kalangan "orang agama" yang membatalkan ibadah seseorang, hanya kerana kelemahan atau kekurangan yang sedikit di dalam membaca Al-Quran?

 

Mengapa ada pihak yang sibuk membuka aib dan mencari kelemahan dan kekurangan orang-orang yang baru sahaja berhijrah, sedangkan Nabi kita SAW  yang mulia sahaja menggambarkan, di dalam kitab Riyadhus Salihin, bab Sabar nukilan Imam Nawawi, betapa Islam adalah agama yang memberikan "harapan", hatta kepada sang pembunuh 99 nyawa sekalipun?

 

Rahmat dan hidayah Allah tidak menimpa kelompok-kelompok tertentu semata-mata. Tidak juga menjadi hak milik mutlak bangsa tertentu sahaja. Tetapi, rahmat dan hidayah Allah itu menimpa siapa sahaja individu yang Allah berkenan untuk memberikannya kepada dirinya, biarpun manusia-manusia lain yang berkenan, atau berusaha menyesatkannya. Oleh itu, berilah "harapan" kepada manusia, untuk ia kembali menautkan dirinya dengan Tuhannya. Berilah "harapan" kepada manusia, untuk ia kembali merasakan "arus kuasa" yang dicurahkan oleh Tuhan, kepada hamba-hamba-Nya.

 

 

Daripada "Jirim" turun kepada "Atom" turun lagi kepada "Elektron", lalu mengalirlah elektron-elektron itu menjadi arus elektrik, tetapi memasuki "Kotak Fius" terlebih dahulu. Nah, selepas ini, apa pula?

 

 

Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Jurutera Profesional  dan Jurutera Elektrik Kompeten

Lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Sijil Pengajian Syariah

 

 

Friday, November 23, 2012

Islam yang tidak bertentangan dengan sains

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
"…sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
(Surah al-Qashas [28]:26)

Syaikhul Islam Al-Imam Ibnu Tayyimah rahimullahi Ta'ala di dalam karyanya "al-Siyasah al-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah", m/s 27-28 (cetakan Dar Al-Arqam, Kuwait), menjadikan dalil ini tatkala membahaskan tentang isu rukun-rukun dalam bab kepimpinan. Ertinya, menurut Syaikhul Islam, abila berbicara akan bab kepimpinan, "kepimpinan ulamak" semata-mata justeru tidak mencukupi, kerana ciri-ciri kepimpinan ulamak itu diwakili oleh الْأَمِينُ yakni amanah, atau dalam istilah lainnya Syariatullah. Tetapi, harus ada juga pada seorang pemimpin itu, ciri-ciri الْقَوِيُّ yakni kekuatan, atau dalam istilah dunia professional pada hari ini, bisa disebut juga sebagai "kompetensi". Kompetensi inilah, suatu perkara yang berlaku secara lumrah, atau tidak menentang "hukum alam", yang kita kenali sebagai Sunnatullah.

Itulah sebabnya, ketika Quran berbicara tentang sang bijak, ulul albab, Allah tidak sekadar menyebut mereka sebagai orang yang berzikir semata-mata. Tetapi mereka turut merupakan orang yang berfikir, kerana begitulah Islam; Islam mewajibkan penganutnya meyakini kekuatan dan kekuasaan Allah. Kemampuan Allah melakukan hal yang beyond the norm, inilah yang kita sebut sebagai Syariatullah. Tapi, at the same time, Islam juga menggariskan pemahaman, betapa secara lumrahnya semua perkara berlangsung berdasarkan norma logiknya, dan inilah yang kita maksudkan sebagai Sunnatullah.

Firman Allah:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."
(Surah Ali Imran [3]:190-191)

Oleh yang demikian, tidak menjadi kesalahan tatkala kita menyebut sesuatu berdasarkan norma logikanya, tanpa meragui kemampuan Syariatullah to be against it. Misalnya, Islam tidak pernah menentang kenyataan betapa wanita tidak akan pernah mungkin melahirkan zuriat, melainkan ia telah digauli oleh seorang lelaki, sama ada ia sudah bernikah atau pun tidak. Maka, Islam akan bersetuju bahawa sang wanita itu –andainya ia masih bujang- tentu telah berzina, kalau andainya ia tiba-tiba didapati telah mengandung. Kerana pelahiran dan pembentukan zuriat itu, secara saintifik atau sunnatullahnya, memang memerlukan percampuran di antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Ini kenyataannya. Bila kita sebut hal ini, tidak bererti aqidah kita rosak, kerana secara syariatullah boleh saja Allah Yang Maha Berkuasa menjadikan wanita mengandung tanpa adanya percampuran lelaki, seperti yang berlaku pada Maryam ibunya Nabi Isa alaihis salam. Namun, secara kebiasaannya, kita sebut wanita tidak akan mengandung melainkan ia telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Inilah bahasa atau hukum umum dalam kehidupan manusia, dan Islam mengakui hal itu. Maka, tidaklah menjadi kesalahan ketika Quran di dalam Surah Al-Kahfi menyebut matahari terbenam di Barat, seperti yang disaksikan oleh Dzulkarnain, walhal kita tahu matahari sebenarnya tidak timbul dan tidak tenggelam! Tetapi, peredaran bumilah yang membuat kita melihatnya seakan-akan yang demikian. Tetapi Quran berbicara hal-hal normal yang difahami manusia, bukan berbicara hal itu dari segi saintifiknya.

Firman Allah:

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا ۗ قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا
"Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka."
(Surah Al-Kahfi [18]:86)

Oleh yang demikian, Islam tentunya tidak go against fakta sains betapa "tenaga tidak boleh dicipta, dan tidak boleh dimusnahkan." Kerana ketika syariatullah menetapkan tenaga boleh dimusnahkan, maka ketika itulah berlakunya hari Kiamat, dan Kiamat adalah penghabisan kepada semua logika dan norma kehidupan! Seperti tidak lagi timbulnya matahari dari Timur, dan tidak juga terbenam di Barat! Apa lagi terbenam "di sebuah mata air hitam berlumpur" seperti yang disebutkan Allah di dalam Surah Al-Kahfi!

Dan menyebut fakta sains itu sebagai "Hukum Keabadian Tenaga" juga tiada salahnya, kerana itulah istilah yang diguna pakai, seperti mana Quran menyebut "matahari terbenam" di dalam kisah Dzulkarnain walhal matahari tidak pernah terbenam sebenarnya, tetapi begitulah istilah yang diguna pakai dan difahami oleh manusia, maka Islam yang memang dekat dengan kemanusiaan pun berbicara sesuai dengan akal dan pemikiran masyarakat kemanusiaan!

Sejadah "solat" yang menggemparkan tanahair. Begitulah Islam (konon), ia hanya berbicara hal "miracle", tetapi tidak pernah bebricara tentang penemuan teknologi, pengurusan professional dan lain-lain hal menyangkut kemanusiaan

Maka, janganlah kita tampilkan Islam kepada masyarakat sebagai sebuah ajaran yang penuh dengan mistik, dan jauh daripada saintifik. Islam hanya bebricara tentang perkara miracle, dan seolah-olah tidak memberikan ruang untuk perkara realistic. Sungguh, Islam tidaklah sejumud itu, bahkan dengan Islamlah, tentu umat ini dapat kembali kepada kegemilangan! Dengan syarat, dalam beriman kepada yang syariatullah, kita tidak sampai menafikan yang sunnatullah!

(tajuk artikel ini telah diedit pada jam 5.58pm)

Sunday, November 11, 2012

Idola anak muda

Tahniah kepada dua anak muda ini:-

 

·         Zulfahmi Kamaruddin, Pelumba Moto 3 Malaysia

 

 

Naik podium untuk kali kedua, di Grand Prix Valencia (bukti kejayaan terdahulu, di Grand Prix Sepang bukan kebetulan) dan lari dari semburan arak juga kali kedua.

 

·         Pierre Andre, Pelakon dan Pengarah terkenal

 

 

Pemenang Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012. Ucapannya sejurus diumumkan sebagai pemenang;

"Dan yang terakhir sekali,ini yang paling penting, tujuan saya hari ini, saya datang ke
sini, apa yang saya ingin katakan, anugerah yang paling hebat adalah
LA ILA HAILLALLAH (Shahadah), yang Allah berikan pada kita, letak dalam
hati kita ,jagalah kalimah ini, carilah ia,kerana itulah kemenangan yang sebenar.

Allahu Akbar, Assalamualaikum..
Peace. love Allah, love Muhammad"

 

 

Kedua-duanya telah meninggalkan kesan dan impak yang sangat positif. Bacalah komentar orang ramai di blog serta youtube.

 

Marilah kita doakan moga Allah kurniakan rahmat dan keistiqamahan buat keduanya.

 

Belajar daripada perbezaan

Saya kini dibiar tertanya-tanya. Pelajar yang bagaimanakah yang sebenarnya bergelar pelajar pintar? Dulu, di zaman sekolah rendah, kami dimomokkan bahawa yang di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) -juga dikenali sebagai sekolah sains- itulah yang dikira bijak. Kemudian warga MRSM pula tidak kurang hebatnya, bahkan sebahagian beranggapan mereka itulah pelajar yang cerdik. Terbaru, saya dimaklumkan bahawa mereka yang terpilih ke Sekolah Permata itulah yang maha pandai.

 

 

Lalu, saya merenungkan kembali definisi bijak. Definisi cerdik. Definisi pandai, menurut petunjuk yang diberikan oleh Al-Quran Al-Karim.

 

"Orang-orang yang berakal", itulah antara gambaran manusia-manusia yang pintar menurut Al-Quran. Di dalam Bahasa Arabnya, disebut "ulu al-albab". Perkataan "albab" itu mufradnya (singular) adalah "lub". Dan "lub", ertinya "inti". "Isi". Atau terkadang dirujuk juga sebagai "hati".

 

Ulu Al-albab ini pula, disebut beberapa kali di dalam Quran, dengan ciri-ciri yang saling berbeza sesamanya, untuk meletakkan ciri-ciri unggul sebagai penghias peribadi insan-insan cemerlang ini. Salah satunya ialah ayat ke 190, surah Ali Imran.

 

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal"

 

Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang salah satu ciri yang dimiliki oleh para bijak pandai ini. Seseorang yang mampu melihat "sesuatu", melihat "ayat" yakni "tanda", pada penciptaan langit tidak bertiang itu, juga bumi yang penuh khazanah ini. Tidak ketinggalan, disebutkan juga salah satu cirinya, iaitu mengambil ibrah daripada "َاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَار ".

 

·          Contoh perbezaan yang menghasilkan rahmat & kelapangan (sumber gambar: jspiotto.blogspot.com)

 

"اخْتِلَاف " itu secara umum maksudnya perbezaan, atau perselisihan. Maka pada perbezaan dan perselisihan itu terdapat "ayat", yang mendekatkan "zikir" kepada Sang Maha Pencipta, setidak-tidaknya buat para ulu al-albab ini. Tetapi, dengan memahami bagaimana "perbezaan" di antara langit dan bumi ini, barulah insan –barangkali- dapat belajar daripadanya, berbanding sentiasa membenci dan memusuhinya. Kata Syaikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi, "اخْتِلَاف " di antara siang dan malam di sini mempunyai dua makna;

 

1)    Datangnya malam setelah siang bererti keduanya berbeza, namun saling menggantikan

2)    Pergantian yang lain, yang tercermin pada cahaya siang dan kegelapan malam. Lalu siang waktunya untuk "bergerak", sedang malam pula menjadi waktu untuk beristirehat.

(Tafsir Sya'rawi, tetapi dengan olahan kata penulis)

 

Pokoknya, persamaan itu tidak semestinya senantiasa bermanfaat. Dan perbezaan itu tidak semestinya merugikan. Bahkan, terkandung "ayat" yakni tanda-tanda yang mampu menghasilkan kebijaksanaan. Sehingga Qaradhawi menyatakan, betapa "perselisihan (dalam perkara furu') itu adalah rahmat dan kelapangan." "Perselisihan itu adalah kekayaan." (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, "Ash-Shohwah Al-Islamiyyah: baina al-ikhtilaf al-masyru' wa at-tafarruq al-mazmum") Tetapi dengan syarat, kita tahu bagaimana berakhlak dalam menanganinya.

 

 

Itulah sang bijak: menambah khazanah ilmunya dengan bijak mengambil kepelbagaian sumber dan keilmuan. Adakah anda sang bijak itu?

 

Wednesday, November 7, 2012

[copy&paste]: Amal mu tiada guna?

Tiadalah perkara yang harus lebih dikuatiri bagi seseorang yang
ber'amal melainkan riya'. Sungguh,ia meng"hangus"kan 'amal.
Menjadikan kita menyesal pada hari akhirat.

Kata 'Ali karamullahuwajhah dalam kitab al-kabair,imam az zahabi, 
Antara 3 tanda riya' adalah,

1)
يَكْسَلُ إذَا كَانَ وَحْدَهُ  
merasa malas ketika bersendirian

2)
وَيَنْشَطُ إذَا كَانَ فِي النَّاسِ 
menjadi rajin jika berada di tengah-tengah orang yang ramai

3)
وَيَزِيدُ فِي الْعَمَلِ إذَا أُثْنِيَ عَلَيْهِ وَيَنْقُصُ إذَا ذُمَّ 
amal bertambah jika dipuji dan berkurang jika  diejek

~ Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadamu,hanya pada-Mu kami mohon perlindungan.

Oh,apalagi yang ingin kau ratapi wahai hati,

melainkan 'amal yang kau lakukan itu,

akhirnya hangus dimamah riya',
Sungguh,semarakkan niatmu,

Betulkan langkahmu,

'amalmu kerana Zat yang agung,

Zat yang hanya pada-Nya Engkau mengabdikan diri,

hanya pada-Nya dirintih pertolongan,
wahai jiwa, hubungkanlah hatimu ke langit,

 

 

Sumber: http://mindaislah.blogspot.com/

 

Tuesday, November 6, 2012

[copy&paste]: Konsep Ulama' dan Kepimpinannya

"Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?" pertanyaan begini sering timbul.

 

"Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?" soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

 

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

 

Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?

 

KELUASAN TAKRIF

 

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.

 

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:

 

 وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

"Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." [Faathir 35: 28]

 

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta'aala.

 

KRITERIA NABI

 

Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?

 

Allah Subhanahu wa Ta'aala membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf 'alayhima al-Solaatu wa al-Salaam.

Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:

 

 قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN" [al-Qasas 28: 26]

 

Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta'aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

 

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.

 

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

 

Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa 'alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat AMEEN (integriti).

 

Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi. Lalu tatkala Yusuf 'alayhi al-Salaam meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata: 

 

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)" [Yusuf 12: 55]

 

HAFEEZ itu adalah soal integriti manakala ALEEM pula merujuk kepada ilmu serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda.

 

Apakah input yang diperlukan untuk mengangkat manusia yang ULAMA berada dari kotak 2 dan 3 kepada Quadrant Par Excellence di kotak 4?

 

Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama' iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah. Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.

 

Justeru, sebelum Allah Subhanahu wa Ta'aala mengisytiharkan bahawa manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah Subhanahu wa Ta'aala menjelaskan terlebih dahulu senario-senario yang tidak mungkin difahami kecuali oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.

 

 وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالزُّبُرِ وَبِالْكِتَابِ الْمُنِيرِ

Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulNya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas.

 

ثُمَّ أَخَذْتُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ

Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu.

 

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

 

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [Faathir 35: 25-28]

 

Ya…

 

Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh kepada ketetapan-ketetapan Allah Subhanahu wa Ta'aala. Itulah cara mereka takut dan khusyu' kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan hukum alam iaitu hukum Allah 'Azza wa Jalla yang Maha Esa. Jika seluruh makhluk di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan manusia? Kemusnahan kaum-kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).

 

Mampukah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang Alim (Ulama), andai dia bersolat khusyu', menjaga halal dan haram dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam?

Dia Syariatik.

 

Tetapi dia tidak Saintifik.

 

Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains (Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side of the same coin.

 

KESARJANAAN ERA OTHMANIYYAH

 

Hal ini sangat ketara pada kaedah pembinaan tsaqafah (ilmu dan pemikiran) seseorang untuk melayakkan dirinya dianggap sebagai Ulama' di era Othmaniyyah. Taskopruluzade Ahmet(1495 – 1561), seorang encyclopaedist Othmaniyyah yang terkenal dengan kitabnya Shakaik al-Nu'maniya telah menjelaskan klasifikasi ilmu seorang yang diiktiraf sebagai Alim Ulama. Ilmu-ilmu yang perlu dikuasai adalah:

 

  • The calligraphic sciences: writing implements, styles of writing, etc
  • The oral sciences: the Arabic language amd phonetics, lexicography, etymology, grammar and syntax, rhetoric, prosody, poetry, composition, history and other literary sciences.
  • The intellectual sciences: logic and dialectics.
  • The Spiritual sciences:
  • The theoretical rational sciences: general theology, natural sciences, mathematics.
  • The practical rational sciences: ethics, political sciences.
  • the theoretical religious sciences: the Quran and Sunnah, the sciences devoted to their interpretation – Quranic exegesis, the study of prophetic traditions, Islamic theology and the principles of Islamic law and jurisprudence.
  • The practical religious sciences: practical ethics, etiquette, ihtisab, and all subjects relating to Muslim life and worship.

The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 -1600 by Halil Inalcik (1997), page 165.

 

Inilah kriteria individu yang dikenali sebagai kelompok Sarjana atau Ulama di era Othmaniyyah. Kriteria inilah yang diletakkan untuk kelayakan seseorang itu mengisi jawatan mudarris, kadi, mufti dan seterusnya Sheikh ul-Islam.

 

Kesimpulannya, seorang saintis yang menolak hukum Syariat bukan sarjana dan bukan Ulama. Manakala seorang ustaz atau tuan guru yang menolak hukum Sains juga bukan sarjana dan bukan Ulama. Kedua-duanya adalah kelompok songsang yang tidak takut kepada Allah.

 

DEWAN ULAMA DAN INTELEKTUAL ISLAM

 

Al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa dalam kenangan. Kembali ke Rahmatullah pada April 2000

Semasa Muktamar PAS berlangsung pada tahun 1983, Ustaz Yusuf Rawa yang mempelopori konsep Kepimpinan Ulama sebagai reaksi kepada peralihan era Dato' Asri Muda kepada kepimpinan yang baru, beliau (Ustaz Yusuf Rawa) telah menukar nama Dewan Ulama PAS kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam.

 

Katanya:

Pembinaan kembali insan Muslim menerusi program pendidikan dan tarbiyyah akan dikendalikan perlaksanaannya oleh Dewan Ulama dan Intelektual Islam yang akan diberi tugas dan peranan penting dalam penyusunan baru organisasi Parti Islam.

 

Para Ulama dan intelektual Islam merupakan gabungan tenaga yang penting dalam usaha memupuk dan meningkatkan kesedaran Islam di kalangan ummah. Seluruh tenaga PAS di peringkat ahli-ahli dan pimpinan mestilah turut secara aktif bagi membantu para Ulama dan intelektual Islam itu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam suasana baru itu.

 

Perubahan Dewan Ulama kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam juga bertujuan untuk memadukan Ulama dan intelektual Islam sekali gus menghapuskan jurang perbezaan keilmuan yang wujud di kalangan mereka dan mengadunkan ilmu serta pengalaman masing- masing dalam konsep, matlamat dan peranan ilmu dalam Islam sehingga dualisma yang memisahkan ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu dihapuskan!

-[Kamaruddin Jaafar (ed.) : Memperingati Yusuf Rawa, pp. 55-66]

 

Sungguh hebat kenyataan Ustaz Yusuf Rawa ini kerana ia sudah pun dibentangkan seawal tahun 1983. Gagasan Kepimpinan Ulama yang diusahakan beliau bukanlah suatu gerakan untuk menghasilkan para MULLAH sebagaimana yang dirisaukan oleh al-Marhum Ustaz Abu Bakar Hamzah. Sebaliknya ia adalah gagasan untuk merawat paradigma sekular sama ada sekular pada menolak agama, atau sekular pada menolak intelektual sains. Ulama yang berkelayakan memimpin ialah ulama yang harmoni pada konsep ini.

 

Apa yang diperlukan oleh PAS untuk memenangkan Islam, adalah para ideologue yang pemikirannya telah dirawat daripada dualisma sekularisma yang memisahkan di antara ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu tadi.

 

Tetapi, apa yang berlaku, hanyalah kepada memadukan golongan Ulama dan intelektual ini di dalam kebersamaan mereka bekerja di dalam satu parti, tetapi memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview) masih belum berlangsung dengan baik.

Golongan agamawan berjaya duduk semeja dengan golongan profesional tetapi proses memadukan disiplin dan ilmu masing-masing tidak berlaku. Golongan agamawan melihat banyaknya bahagian mereka yang perlu dipelajari oleh golongan profesional, tetapi tidak pula jelas pada melihat apa yang perlu agamawan ini ambil daripada disiplin dan ilmu golongan profesional seperjuangannya itu tadi.

 

Pergeseran di antara golongan Ulama' dan profesional, dalam mendefinisikan kelayakan kepimpinan, menunjukkan bahawa cita-cita al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa masih jauh dari realiti yang ada. Golongan profesional yang sekular mungkin tidak akan mendekatkan diri kepada PAS, tetapi masalah yang besar ialah bagaimana pula dengan ustaz sekular yang menolak ilmu aqliyyah, Sunnatullah atau ilmu Sains di dalam PAS?

 

Justeru, dalam suasana PAS sedang bergerak menuju kepada kepimpinan negara, keperluan untuk menguasai ilmu secara holistik bagi menghasilkan response yang tepat kepada kemajmukan Malaysia, kecamukan ideologi di dalam politik, ekonomi dan sosial serta gelombang globalisasi yang begitu meruncing, sentimen pergeseran di antara golongan agamawan dengan profesional, hanya akan mengheret PAS berpatah balik ke belakang, lebih ke belakang daripada 1983 yang telah didefiniskan dengan tepat dan jelas oleh al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa.

 

Sesungguhnya kelayakan memimpin bukanlah pada agamawan atau Profesional, tetapi pada kemurnian aqliyyah Islam yang dicernakan di dalam kriteria Nabi Musa dan Nabi Yusuf yang kita warisi perjuangannya itu. Itulah ULAMA yang HAKIKI.

 

Kepimpinan Ulama bukan slogan atau retorik, tetapi satu agenda yang menuntut perubahan. Mengubah pemikiran agar berubah pendekatan dan kaedah perjuangan.

 

Selamat maju jaya, buat sekalian pejuang agama!

 

 

HASRIZAL
43000 BSP

Sumber: http://saifulislam.com/?p=227