Tatkala lalat hinggap kat kita, kita punya pilihan bagaimana untuk melihatnya.
Yang pertama, merasa biasa-biasa sahaja. Lantaran makanan yang halalan toyyiban pun, lalat turut hinggap kepadanya.
Yang kedua, merasa betapa busuk dan hinanya kita. Kerana lalat sinonim dengan najis, dan tiada kekotoran dan kebusukan itu, melainkan dihinggapi dan dipenuhi oleh lalat.
Maka pilihlah, sama ada kekal merasa bangga dan mulia, atau tunduk memikirkan dirimu yang hina-dina.
Maka menangislah Imam Ahmad, tatkala mendengar puisi yang mengesankan;
“Ketika berkata Tuhan kepadaku,
Tidakkah malu bermaksiat terhadap-Ku?
Menyembunyikan dosa daripada makhluk-Ku
Dengan penuh noda menghadap diri-Ku?”
Apakah lalat itu hinggap kerana “busuk”nya kita, lantaran dosa itu –bak kata Muhammad bin Wasi’ Al-Azdi- andainya ia mengeluarkan bau, nescaya tiada siapa yang akan mendekati kita. Tiada siapa… kecuali lalat!
-Farhan Al-Banna “biar hina di dunia fana, asal mulia di Akhirat sana”-
No comments:
Post a Comment